Friday, May 01, 2009

wONDerpEts

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:01 PM

Photobucket

Hehehehehe.. aku tergerak hati pula nak tulis pasal cerita kartun kanak-kanak ni. Wonderpets!! Mula-mula aku memang tak berminat langsung. Maklumlah.. nama pun kartun. Sudah tentu kanak-kanak yang punya cerita. Tapi bila kakak aku suka sangat nyanyi lagu untuk anak-anak dia. Aku jadi kelakar pula dengar. Siap dengan gaya-gaya sekali. Anak buah aku yang sulung tu Dak Wani.. bukan main lagi lah menari-nari siap hentak-hentak kaki segala.

Yang bestnya.. cerita ni ada terjemahan bahasa melayu. Jadi tu yang tambah seronok tengok. bila mula je cerita wani dah baring depan televisyen. Kusyuk tengok walaupun aku tahu dia bukan faham sangat pun jalan ceritanya. Bila karektor kartun tu mula je menyanyi.. dia dah bangun dulu… ha ha ha ha ha.. teruja gila menari tonggang terbalik…


Apa yang aku perasan.. cerita ni walaupun kartun.. banyak pengajaran yang dia tunjukkan. Saling bekerjasama.. ayat tu memang popular…. Sampaikan masa aku pergi kursus di Bidara Puteri hari tu pun.. ada seorang peserta lelaki yang otak dia macam kanak-kanak tak matang ni pun.. suka nyanyi lagu tu bila kami ada buat perbincangan berkumpulan. Dalam serius-serius buat kerja pun, dia je yang selalu aku nampak main-main. Dia tak nyanyi lagu lain. Lagu ni je yang dia ulang-ulang berkali-kali. Sampai aku rasa nak tanpar je muka dia laju-laju sebab mengganggu perbincangan. Ialah.. bila dia dah mula menyanyi… orang lain agak gelak-gelak dan jadi tak serius dengan kerja.

w1



Kesimpulannya.. tidak semua cerita kartun tu.. kartun yang bodoh-bodoh. Ada juga sesetengahnya kartun yang memberi pengajaran untuk kanak-kanak. Tapi kalau setakat Ultraman ke cerita-cerita yang sealiran dengannya tu.. memang aku tak suka. Merepek-repek. Balik-balik gaduh dengan rasaksa. Tak habis-habis. Dan tak mati-mato rasaksa dia.. setiap episode ada je rasaksa baru.. ha ha ha ha ha.. tapu ultraman tu.. tetap satu. Tiada dua.. kuat sungguh!!

Nota kakitanganku : siapa boleh beritahu aku nama ketiga-tiga karektor kartun wonderpets ni dan senikata lagu dia sekali..?? aku nak hafal dan menyanyi-nyanyi riang!! Ha ha ha ha…

3 kUs-kUs:

farish izaryl @izreez on May 1, 2009 at 9:46 PM said...

hehe rmai sgt org suke tgok wonderpets ni..ape yg pnting?.. KERJASAMA..hahahha

myQza on May 1, 2009 at 10:44 PM said...

kami tak kuat dan kami tak besar.. bila bekerjasama semua jadi mudah.. ye ke..? alaaaahh.. sape tau lirik dia ni..

leha on May 26, 2009 at 12:27 AM said...

ape yg penting..kerjasama.. ape ygpenting, kerjasama...ape yg penting kerjasame..wonderpet..wonderpet..wonderpet... kawan2.. ade kambing biri2 menuju ke curam.. kami semua kesian kan die.. mari kite tlg.. ape yg penting kerjasama.. ape yg penting ekrjasame..wonderpet =))

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting