Friday, June 12, 2009

HujanLah ... BasahkaN seMuanya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:35 PM


Yang ini bukan hujan airmata ye. Tapi hujan betul-betul. Bukan juga hujan cobaaaaaan!! Korang suka salah sangka. Ingat kerja aku asyik nak menangis je ke? Dah tak da kerja lain agaknya.
He he he he..

Sedari pukul 6.00 petang tadi sudah ada tanda-tanda hujan akan turun. Awan hitam sudah berarak datang. Mendung menutupi cahaya matahari. Guruh silih berganti memancar cahaya. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut membawa udara sejuk. Nyaman sekali. Terasa tenang itu ada. Sempit itu sudah terasa lapang sedikit. Alhamdulillah. Ada hikmah di sebalik kesedihan.

Elok benar aku tidur awal sedikit malam ni. Mengqada' tidur semalam yang tak lena. Itu pun kalau mata izinkan. Kadang-kadang kita hanya boleh merancang.

Hujanlah... Basahkan semuanya Bumi Allah S.W.T, Tuhan Alam Semesta.

Nota kakitanganku : Terima kasih Spongebob. Hari ini baru terasa nak ketawa kuat-kuat dan sepuas hati. Dah lama tidak ketawa dalam erti kata sebenar ketawa. Terima kasih. Semoga hujan melenakan malam ini.

6 kUs-kUs:

zhrhtoodem on June 12, 2009 at 8:25 PM said...

waaa..best la ujannn...ohohoh
sejukkkk

myQza on June 12, 2009 at 8:26 PM said...

a'a.. masalahnya.. sampai la ni lom ujan lg!! kilat mo guruh je ni!!

lupie on June 13, 2009 at 4:37 PM said...

Hujan petang okay la...
Hujan pagi ... gone, baju basah ... tak kering kering, kena pakai serbuk cuci Daia ...

myQza on June 13, 2009 at 7:52 PM said...

hehehhe sis lupie...

hujan sedap tidur je sis.. bangun lapar!! Makan!! huH!! Soo GEMUK!!

white rose on June 14, 2009 at 1:10 AM said...

nyanyi laa lagu sudirman tuh...

HUJAN YG TURUN BAGAIKAN MUTIARA...

myQza on June 14, 2009 at 1:23 AM said...

alahaiii.. lagu tu jiwang lah ustazah!! boleh bikin airmata keluar..
sob sob sob...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting