Monday, August 31, 2009

har| |n| sErBa r|nGkas!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 29 kUs-kUs
Photobucket

Hari ini aku goreng mihun. Jadi kalau sudah diri sendiri yang goreng mahu diri sendiri jugalah yang makan. Ekekekeke...

Photobucket

Lauk utama hari ini Kuah Pisang. Alahai.... Aku ini nama sahaja orang kampung tetapi tekak ini mengada-ngada. Kuah Pisang hanya secoet aku ratah.

Photobucket

Buah Durian Belanda yang besar rasaksa itu ada lagi. Hari ini kisar lagi buat Air Durian Belanda!

Kuih Badak Berendam belum sempat berendam sudah habis. Ekekekeke..
Siapa yang tidak tahu rupa kuih ini sila 'Gugel' dengan gigih.
Sekian. Laporan berbuka untuk hari ini.

Nota kakitanganku : Blurp!! Alhamdulillah.

Har| |n| t|aDa PerBar|saN??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:30 PM 29 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Dak Utih : Bos!! Hari ini takde perbarisan ke?
Aku : Takde!!
Dak Itam : Penat kami bangun awal-awal tau!
Dah Utih : Aku ingat nak join perbarisan dengan Dak Itam.
Aku : Ada hati!! Kau tunggu je lah tahun depan.
Dak Utih : Sob Sob Sob!!
Dak Itam : Relekslah Bro.. Tahun depan kita ajak geng kita!!
Aku : Sementara tu kau berbaris je lah dengan Dak Itam kat tingkap tu!!

Nota kakitanganku : ZZzzzzzzzzzzzz....

Ada H|KmahnyA MerDeka KaL| |n|!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:15 AM 28 kUs-kUs

Merdeka 52 Tahun

Tiada Perbarisan... Tiada perhimpunan... Tiada Konsert... Macam-macam yang tiada pada kebiasaannya. Hikmah betul Merdeka kali ini.

Sebabnya Merdeka kali ini jatuh pada Bulan Ramadhan. Betul-betul satu rahmat di saat dunia sedang berperang memerangi H1N1.

Membaca suratkhabar online hari ini, di sini, sesiapa pun mempunyai risiko di jangkiti H1N1 hatta seorang doktor sekalipun. Al-Fatihah untuk Dr. Noorfiza Isa. Allahyarham pasti salah seorang doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan orang lain sehingga nyawa sendiri terkorban.

Aku juga membaca artikel ini . Tetapi bagi aku kibar atau tidak Jalur Gemilang bukan salah satu faktor utama samada kita cintakan negara atau tidak. Lain orang lain pendapatnya. Jika kibar sekalipun di kereta jika tercabut adakah kamu sanggup berhenti dan memungutnya?

Malam tadi tengok 1957 : Filem Hati Malaya!! Untuk memerdekaan negara bukan sesuatu perkara yang mudah. Insaf rasanya. Sedangkan orang sekarang menyambut merdeka dengan konsert-konsert hiburan.

Wallahualam...

Nota kakitanganku : Hati masih terasa sakit dengan syaitan rempit yang ingin membunuh diri atas jalanraya apabila tepat pukul 12.00 malam tadi mereka memulakan upacara itu tanpa menghiraukan tarikh keramat ini.

SaLaM 52 TahuN MerDekA!!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:01 AM 39 kUs-kUs

Merdeka 52 Tahun


SaLam Merdeka Buat Semua.

Merdeka bukan hanya terlafaz di bibir. Tetapi perlu di iringan dengan rasa syukur kerana kita hidup di negara yang bukan di jajah.

Oleh itu jangan biarkan pemikiran dan tingkah laku kita berkait erat dengan budaya asing.

Merdeka bukan hanya laungan semasa berkumpul beramai-ramai sambil menyaksikan konsert.

Merdeka bukan juga hanya memasang atau membalut kenderaan dengan bendera.

Merdeka bukan juga sekadar lagu yang di dendang dondangkan.

Bersyukur seadanya kita. Jangan membandingkan diri sendiri dengan orang lain nescaya kekurangan dan kelebihan itu akan sentiasa nampak.

Kekurangan membuatkan kita mahu lebih sehinggakan sampai satu tahap kita tidak tahu bersyukur.

Kelebihan pula jika tidak terkawal boleh membuatkan kita lupa diri dan asal keturunan.

Bersyukur dan berdoalah agar kita Merdeka dan Bebas dalam erti kata yang sebenar serta sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa! InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Sudah 52 tahun negara Merdeka. Apakah yang telah kita capai setakat hari ini?

Sunday, August 30, 2009

HamPa Dan KecEwa |mp|aN t|Dak tErLaksaNa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 36 kUs-kUs
Harapan musnah buat seketika atas masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan. Kuih Sagu Mata Ikan hanya tinggal ikan sahaja. InsyaAllah. Lain kali boleh buat!

Photobucket

'Cepatlah Mak Lang!! Laparlah!!'

Okey! Okey! Menu utama berbuka hari ini ialah...

Photobucket

Cik Tom!! Bukan Tom-Tom Bak ya kawan-kawan. Tetapi Tom Yam Campur!! Ekekekekke...

Bersama-sama ...

Photobucket

Jus Oren yang di kisar sendiri. Kawan rapat Jus Oren juga ada iaitu Air Tebu.

Sekian. Laporan berbuka puasa yang penuh kesyukuran walau tanpa Kuih Sagu Mata Ikan yang tidak kesampain. Sob sob sob...

Nota kakitanganku : Kenapa Ahad mesti semua kedai runcit tutup? Mengapa? Kenapa?

har| |n| PuNya Ku|H!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:03 PM 28 kUs-kUs

Photobucket


Hari ini bertambah meriah sedikit sebab kakak dan keluarganya akan balik berbuka di rumah. Jadi aku ingin membuat kuih kegemarannya iaitu Kuih Sagu Mata Ikan.

Eh! Bukan kegemaran kakak sahaja tetapi adik dan abang juga. Jadi kira pakejlah kan. Tidak perlu banyak kuih muih yang perlu di buat. He he he...

Aku ambil resepi dari Bakal Doktor Comel Ini. Tolong jangan mengurat beliau. Beliau sudah berpunya. Ekekekekke.. Terima kasih Rai!!

Hari ini cuaca cerah walaupun sebelah pagi hujan. Aku memang terlajak tidur hari ini apabila sudah bangun tidur semula. Nasib baik Dak Itam ada tolong buatkan 'entry' terbaru. Tengok!! Aku minta tolong sedikit mesti muka dia saja yang dia tepek.

Hari ini 'mood' dia pun kurang, asyik mengekor sahaja ke mana aku pergi sedangkan Dak Utih aku tertidur dia sudah pergi berhoye-hoye. Kurang asam!! Ingkar perintah.

Apa perancangan berbuka hari ini? Mahu buat Kuih Sagu Mata Ikan juga? Sila klik ini di atas itu dan ada resepi serta gambar sekali jika kamu tidak tahu apa kuih tersebut. Ekekekeke...

Nota kakitanganku : Dari cerah sudah mendung. Tetapi janganlah hujan.

har| |n| har| AhaD yanG CeraH!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 34 kUs-kUs
Photobucket

Aku....


Photobucket

Aku dan dia...


Photobucket

Dia adik aku....

Photobucket

Dak Utih....

Ahad Hari Cuti! Ada sesiapa yang bekerja sila angkat tangan \o/?
Oh! Makcik Ashie tidak perlu angkat tangan. Aku sudah tahu kamu bekerja. Ekekekekeke..

Aku dan Dak Utih tidak di benarkan keluar. Jadi kami di kuarantin di dalam rumah! Bosan! Pakcik Kimo boleh pula keluar berhoye-hoye. Tidak adil betul. Huh!!

Kamu pula. Apa perancangan hari ini?

Nota kakitangan Dak Itam : Bos! Aku sudah kemaskini. Upah aku mana?

Saturday, August 29, 2009

BoLehLah Dar|paDa t|ADa!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 PM 27 kUs-kUs
Photobucket

Alahai...!! Ikutkan memang tidak berapa jadi walaupun syarat sudah cukup semua!! Tetapi bolehlah daripada tiada. Dapat beri kepada sepupu yang mengidam dan bawa sedikit untuk moreh!!
Kuah kacang lupa mahu di ambil gambar. Ekekekeke...
Resepi di sini.

Hari ini aku seperti biasa lain daripada yang lain. Tidak memilih nasi tetapi....

Photobucket

Laksa.

Dan airnya...

Photobucket

Macam tahu-tahu sahaja kami memang suka durian belanda. Jiran yang jauh sedikit daripada rumah memberi sebiji besar. Dapatlah aku kisar sedikit dan menjadikkannya Jus Durian Belanda yang semulajadi.

Memberi sedikit kepada makcik yang bersedekah, kami sendiri buat berbuka dan di bawa satu jag ke surau untuk moreh juga.

Alhamdulillah...

Nota kakitanganku : Kenyang! Syukur!

|kaN Pun sUDah PaNda| mOgOk seKaranG!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:12 PM 44 kUs-kUs
Photobucket

Kakak Pasar di Tambak Paya menelefon aku. Beliau ada menyimpankan beberapa kilogram ikan untuk aku. Katanya sekarang ikan susah mahu dapat. Mogok agaknya. Siapa yang mogok? Ikahkah? Nelayankah?

Photobucket

Alhamdulillah. Dapat dalam 8kg. Cukuplah untuk seminggu dua ini. Eh! Ini ikan untuk kucing aku okey!

Photobucket

Apa pandang-pandang??

Photobucket

Di masukkan ke dalam plastik. Ini belum rebus. Aku tidak menyiang ikan ini. Di rebus tanpa di siang. Senang dalam plastik. Mahu rebus, keluarkan rendam terus masuk periuk.

Photobucket

Okey! Duduk elok-elok dalam ini bersama-sama dengan ikan dan ayam emak aku. Sabar menunggu giliran okey?

Nota kakitanganku : Aku memang beli sekali banyak. Senang! Kalau ketandusan ikan, aku sudah bersiap sedia. Kucing sekarang mengada-ngada. Lain tidak mahu, ikan sahaja yang dia nampak!!

Waj|Bkah MenUna|kan Perm|ntaaN waN|ta MenGandunG YanG MenG|Dam?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 43 kUs-kUs
Aku berada di kondisi yang serba salah. Aku tidak begitu mahir. Ini bukan masalah malas atau kedekut atau tidak mempunyai waktu lapang. Tetapi masalah aku tidak pakar dalam bab ini.

Ceritanya begini. Minggu lepas Emak balik daripada rumah Makcik yang sekangkang kera dari rumah.

Kata Emak, 'Along minta buatkan cakoi. Sedap dia makan hari itu.'
Aku. 'Eh! Orang bukan tahu sangat. Selalu buat, sekejap jadi, sekejap tidak!.'

Orang itu aku ya!! Bukan orangutan. Aku membahasakan diri begitu dengan Emak dan Abah.

Emak. 'Alah.. Takpe. Kesian. Orang mengandung nak makan.'
Sepupu aku mengandung anak pertama setelah lebih 4 atau 5 tahun berkahwin.

Sejak sebelum puasa beliau minta sampai masuk Ramadhan.
Semalam Emak mengingatkan lagi.
'Buatkanlah!'

Aku memang selalu buat Kuih Cakoi berkuahkan Kuah Kacang buatan Emak.. 'Gugel' jika kamu tidak tahu rupanya. Tetapi walaupun mengikut sukatan yang sama kadangkala jadi kadangkala tidak. Kalau yang jadi aku rajin menghantar ke rumah-rumah jiran berdekatan yang terpilih sahaja. Ha ha ha....

Aku bukan malas. Tetapi gusar tidak menjadi cakoi aku nanti. Tetapi tengah hari semalam, bila ke Family Store langsung aku membeli Yis Mauripan.

Pertanyaan aku. Wajibkah aku menunaikan permintaan wanita mengandung yang mengidam? Aku jenis yang tidak sampai hati walaupun aku tahu cakoi aku tidaklah sehebat buatan Pakar Cakoi. Tetapi bila ada permintaan, itu maknanya boleh tahanlah cakoi aku. Ekekekekeke. 'Perah santan!!'

Nota kakitanganku : Aku tidak pernah berada dalam situasi orang mengandung. Aku minta pendapat kamu. Yang tidak mengandung dan tak pernah pun boleh jawab. Jangan risau. He he he...

Friday, August 28, 2009

PercUbaaN sAtu... Dua... t|Ga...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 46 kUs-kUs
Okey!! Aku begitu teruja untuk mencuba resepi ini dari KakWatierman . Balik sahaja kerja tengah hari tadi aku ke Family Store membeli bahan-bahan yang sangat ringkas.

Aku memulakan operasi waktu petang.

Photobucket

Aku dengan penuh keyakinan di dada mengikut arahan dan sukatan yang telah cantik aku cetak keluar. Siap! Masukkan ke dalam oven. Tetapi aku pelik, kenapa roti aku agak kelakar susunannya. Aku buka balik blog Kakwatie! Cantik!! Di mana silapnya roti aku nampak terbongkang sekeping-sekeping?

Ya Allah! Rasa teruja membuat aku membaca pun jadi kabur. Arahan pertama sudah aku langgar. 12 keping Roti Gardenia di potong kecil-kecil. Tengok!!! Roti aku sekeping-sekeping!!!
Aku gelak bagai tidak ingat! Okey! Nasi sudah menjadi bubur.

Hasilnya....

Photobucket

Amacam? Lulus atau tidak Kakwatie kalau di tolak markah tidak mengikut arahan pertama? Ekekekekeke...

Photobucket

Aku ada memberi jiran sebelah sedikit. Aku pesankan kepada emak, beritahu makcik sebelah ini percubaan pertama. Ha ha ha... Adik mengatakan sedap. Aku bakar agak lama sehingga berkerak! Yup! Di tambah dengan rasa coklat chip! Bangga atas usaha pertama!
Terima kasih kak, InsyaAllah saya buat lagi. Kali ini mengikut arahan yang betul!

Okey! Cerita menu berbuka pula.

Photobucket

Aku berbuka dengan mihun sedangkan orang lain dengan nasi.

Photobucket

Sup Ayam.

Photobucket

Emak. tolong beritahu ini sayur apa? Sawi putih? Aku hanya tukang goreng! :)

Photobucket

Sambal Udang Emak!

Photobucket

Ini juga emak yang buat. Bubur apa ya? Bubur cha-cha? Di tambah jagung dan sagu mata ikan.

Photobucket

Ini kuih apam lebih dari surau malam tadi. Panaskan dan rasanya sedap sangat.

Photobucket

Hari ini Air Soya dan Air Durian Belanda. Ini patinya.

Sekian, terima kasih.

Nota kakitanganku : Alhamdulillah. Usai sudah puasa ke-7!!


tOLak Dua TaMbah t|ga!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 30 kUs-kUs
Ya! Sudah bertambah! Aku terkesima. Rahmat sungguh bila kita menolak dua. Di bahaginya tiga lagi. Aku menerima dalam keterpaksaan. Adakah penerimaan ini hanya sementara. Hanya Allah sahaja yang tentukan.

Apa yang aku repekkan ini?

Oh!! Adik baru Si Oyen adalah 3 ekor. Itu yang sahih aku nampak. Harap-harap 3 sahaja. Tidak mahu lebih. Kurang tidak mengapa.

Masih di atas syiling rumah. Tidak di bawa turun. Aku tidak sabar menanti untuk menggomol-gomol mereka.

Walaupun emak sudah awal-awal meminta semuanya di hantar ke SPCA. Aku diam tanda akur. Tidak baik menderhaka bukan? Aku ingin bau syurga.

Mereka sangat comel. Sudah pandai berjalan. Syiling rumah bunyi bising sahaja dengan tapak kaki dan suara mereka. Tengah hari tadi mereka mengiaw. Aku fikirkan mereka sudah di bawa turun. Rupanya tidak. Dak Itam turut bantu mencari. Bila dia mendongak aku turut mendongak dan nampak ini.

Photobucket

Yang nampak 2 ekor sahaja. Lagi seekor sudah lari. Yang nampak muka itu warna hitam + oren. Lagi 2 ekor warna oren. Comel sangat.

Tetapi aku tahu, aku tidak dapat menjaga mereka. Sedih sekali. Jadi siapa-siapa yang mahu sila beritahu aku.Ini serius. Emel aku juga boleh.

Photobucket

Budak itu masih di situ. Sudah-sudahlah Dak Itam. Tiada warna kamu. Bukan keturunan kamulah itu. Mari balik!!

Nota kakitanganku : Ini kali ke tiga ibu si Oyen beranak di rumah ini. Oyen, Choko, Choki dan 3 budak baru itu. :)

KeNaPa Kam| t|Dak BOLeh BersaHabaT SeLePas Berp|sah?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 56 kUs-kUs
Kami pernah bersahabat. Pernah sama-sama mengharungi suka dan duka. Dari hanya sekadar kawan biasa, sahabat seterusnya ia jadi benih-benih kasih yang tidak terlafaz.
Kami tetap terus bersama. Hanya hati yang mampu bicara. Tentang rasa kasih, sayang dan cinta yang tumbuh mekar bagai kelopak mawar yang tidak mahu layu.

Bukan sehari dua namun hampir sedekad bersama menyulam rasa cinta di hati. Perbezaaan jarak jauh yang begitu ketara bukan penghalang malah jadi azimat penguat semangat. Segalanya berjaya di tempuh. Syukur.

Namun seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jika sebelum ini jarak bukan pemisah kali ini jarak pula di jadikan alasan. Sunyi dan sepi bukan bermakna kita lupa. Sering teringat. Namun apakan daya alasan tipis menjadi penyebab terlerai kasih sayang yang kononnya ikhlas bersemi.
Sampainya hati. Luluh rendam jiwa bila dua hati sudah menjadi terasing. Jika dahulu sama-sama menongkah arus kini sudah berpisah memilih hala muara yang berbeza.

Kami sudah tidak sama. Sudah jauh terpesong dari rasa cinta.

Katanya 'Cukup sampai di sini. Hatiku selalu rasa sepi dan sunyi kerana kamu jauh di sana'.

Aku terkesima lantas bertanya.' Mengapa bukan 10 tahun yang dulu kamu melafazkan ini?'

Dia menjawab 'Baru kini aku rasa seperti itu'.

Alasan! Bisik aku dalam hati.

Dia. 'Kita nokhtah setakat ini. Jangan ada apa-apa lagi. Cukup di sini sahaja.'

Okey!!
Soalan aku. Mengapa kami tidak boleh bersahabat setelah berpisah? Mengapa perlu terus hilang tanpa mahu berkawan?

Kamu dengan dunia kamu mengapa tidak mahu aku walau hanya sebagai seorang kawan?

Nota kakitanganku : 'Kami' hanya rekaan. Tiada kena mengena dengan sesiapa!! Serius!! Tidak tipu! Ha ha ha ha...


ALamak!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:54 AM 44 kUs-kUs
Isk!! Itulah... Harus aku kikis sikap buruk ini!!

Sahur tadi bangun sekejap dalam pukul 4.30 pagi menjengah emak di dapur. Emak cuma menggoreng kobis! Kata emak 'baringlah dahulu.'

Okey! Aku sedar-sedar sahaja sudah pukul 6.00 pagi. Ha ha ha.. Sekejaplah sangat aku baring. Terlepas sahur. Walaupun aku biasanya hanya sahur dengan membancuh air Quaker Oat dan melebihkan air suam.

Emak ingatkan aku sudah bersahur. Sebab selalunya aku akan bangun dengan sendirinya. Ekekekekeke...

Aduhai... Nasib baik dari semalam hingga ke hari ini hujan tiada berhenti. Mungkin suasana sejuk dapat membuatkan aku selesa berpuasa hari ini. InsyaAllah....

Nota kakitanganku : Selalunya baring sekejap akan jadi lama apabila mata sudah tutup dan tidak ingat apa-apa!! Hik hik hik...

Thursday, August 27, 2009

Dar| PasAr MaLam kE PasAr RamaDhan!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 PM 64 kUs-kUs
Photobucket

Aku ke Pasar Malam Air Molek.

Photobucket

Semata-mata untuk membeli ini. Popiah Basah. Satu berharga RM 0.60. Tetapi berbaloi.

Sementara menunggu aku nampak sesuatu yang sebenarnya aku tidak ingin lihat sama sekali. Sesuatu yang aku cuba elak untuk nampak jika ke mana-mana!!

Ini dia....

Photobucket

Kamu nampak apa yang aku nampak? Aku tidak mahu sebut. Semuanya nanti buat hati aku terluka. Buat hati aku sakit dengan perangai manusia yang tidak berhati perut. Sob sob sob!!

Adik ingin membeli air kegemarannya. Sudah pastilah hanya ada di Pasar Ramadhan. Jadi kami bergerak ke Pasar Ramadhan di Taman Seri Duyung hanya 1km sahaja dari situ. Masya-Allah ramainya orang. Susah nak letakkan kereta.

Photobucket

Inilah rupanya Air Katira. Rasanya seperti bali dan di dalamnya ada biji selasih dan buah kembang semangkuk. Aku suka yang seperti ini. Ada juga yang berwarna biru dan hijau.

Photobucket

Mari kita pulang. Jalan memang sibuk.

Masa untuk menghidang makanan.

Photobucket

Seperti yang di janjikan. Ini Mihun Sup. Mihunnya tidak nampak. Sudah tenggelam.. Ekekekeke.. Supnya lupa mahu ambil gambar.

Photobucket

Popia basah

Photobucket

Nyummi!!

Photobucket

Miss Siv! Ini untuk kamu. Ambillah. Jangan malu-malu. Penat aku susun cantik-cantik. Sampai tidak sanggup untuk makan. Hik hik hik!


Menu lain seperti biasa nasi dan lauk pauk. Hari ini hanya ada 2 jenis air sahaja. Air Katira dan Air Tebu. Air Durian Belanda kita buat lain kali okey?

Nota kakitanganku : Alhamdulillah tidak membazir. Hanya menghabiskan RM 10.00 untuk membeli 10 biji popiah basah(RM 6.00) 3 bungkus Air Katira (RM 3.00) dan 3 petak kuih Tepung Pelita ( RM 1.00)
 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting