Monday, October 26, 2009

RenungaN Tajamku T|Dak B|sa Hent|kaN TamparaNmu...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM
Membaca 'entry' Kena tampar VS Kena cubit tulisan Cikgu Asyiq semalam buat hati jadi sebak tiba-tiba. Menitip bait demi bait buat hati rasa sebu dan tepu! Terima kasih cikgu, kerana menulis entry yang betul-betul memberi kesan.

Mungkin sebab kedua-duanya pernah hinggap di tubuh badan buat aku rasa tercuit sedikit.

Ketika di sekolah rendah agama, aku pernah di cubit di pinggang. Aku paling benci cubitan cara itu. Aku merenung Ustazah tersebut dan berkata ' Cuba uztazah cubit pinggang sendiri, sakit atau tidak?' Ya! Aku memang kurang ajar kerana menjawab.


Kesimpulannya aku memang anti orang yang mencubit di pinggang. Mungkin di situ tempat lemak berkumpul jadi senang mencubit di situ. Mencubit dan memulas cubitan. WTH sakitnya!!

Semasa aku tinggal di asrama, aku pernah di tampar di muka. Arwah warden aku ketika itu (sila rujuk sini) hilang sabar dengan sikap aku dan 3 orang lagi kawan baik aku. Kami di rotan di tangan pada mulanya di dalam bilik beliau.

Aku berkata 'Jika yang bersalah sekalipun, hanya saya seorang. Lepaskan kawan-kawan saya'.
Permintaan aku di balas dengan tamparan yang hebat. Aku merenungnya. Tajam.

Lantas satu tamparan hinggap di muka di iringi dengan kata-kata yang tidak perlu di tulis di sini. Renungan menjadi lebih tajam tanpa setitik airmata yang mengalir. Aku jadi begitu berani tanpa rasa bersalah.

Dua tamparan hebat lagi hinggap. Kawan-kawan aku yang tiga orang sudah mula melutut sambil meraung-raung menangis meminta aku tidak di perlakukan begitu lagi. Aku masih kaku. Tiada airmata. Ingin sekali aku meraung dan berlakon menangis tanpa airmata.

Hanya ungkapan ' Kawan-kawan saya tidak bersalah. Tolong biarkan mereka keluar'. Kata-kata itu sekadar menambah amarah beliau. Aku di rotan di sisi badan. Makin menggila tangisan kawan-kawan.

'Saya masih tetap dengan kata-kata saya. Saya tidak akan sesekali menariknya. Saya tidak menyesal'. Kata-kata itu umpama satu simbahan minyak tanah ke dalam api yang semakin marak. Lantas kami di halau dari bilik tersebut dan di minta mengemas barang-barang.

'Kamu semua di buang asrama. Esok saya tidak mahu tengok muka kamu semua lagi.

Aku keluar dengan senyuman yang amat sinis. Amat-amat sekali!

Nota kakitanganku : Kejamkah aku?







43 kUs-kUs:

Watierman on October 26, 2009 at 11:57 AM said...

Berani kerana benar...tak perlu mengaku pada keilapan yang tidak kita lakukan..itu juga yang Akak terapkan pada anak2 Akak...jangan goyah walau disakiti..kerana kebenaran itu perlu ditegakan...!!

Akak juga tidak akan mengiakan sesuatu yg tidak!!!

Samaira on October 26, 2009 at 12:00 PM said...

sgt2 kagum
ingin jadi spt kamu
yess berani krn benar
kuat..

leadleedeea on October 26, 2009 at 12:06 PM said...

nop...ted tak kejam..you did the right thing..warden/cikgu bukan semuanya betul..mereka pon manusia jugak..buat salah..

lead pon penah kena ngan warden camtu jugak..(yup, lead dulu duk asrama)..kena cubit n kena potong rmbut skit..huhu~! tanak ingat~!

berani kerana benar..n tak ramai yang bleh buat mcm ted buat..

Salute~!

QuEeN Of 2 Heroes on October 26, 2009 at 12:14 PM said...

kena tampar??? isk,sakitnya....lom pernah kena tampar lg sepanjag hayat ni..huhuhu

@reLong on October 26, 2009 at 12:26 PM said...

Kan best kT bsikap mCm tEdi..
kT triGin nk membalas..tp lidah kelu ..

Hmm..pnah kene puLas tLiGa smpai bdarah mSe sek rendah..then kT juz mdiamkan diri..

Mse tu memG cikgu tu yg bsalah..

cubit tu xpyh ckp la..da pnah bnyk kli da..

=( xleh kenaG kisah sedih mSe dlu..rSe mcm orG bodoh je!

imHepPie on October 26, 2009 at 12:30 PM said...

ko dak nakal eh dlu

Unknown on October 26, 2009 at 12:33 PM said...

biasa la tue kak...saya pun penah mengalaminya..zaman nakal yang indah

arboqskii on October 26, 2009 at 12:49 PM said...

mmg begitu lumrah hidup di asrama ..biarpun ramai ..tp hanya seorg sahja yg akan kene..backup kwn2 ..bace entry nie teringat zmaan asrama

Alimaz-Kembara Terasing on October 26, 2009 at 12:50 PM said...

ala tedi berani kerana benar takut kerana salah.... tedi ni jenis yang tak makan saman jugak ek...heheh sama la kita

Relevan on October 26, 2009 at 12:53 PM said...

Ganaz juga si Tedi ni yeeer..

farah on October 26, 2009 at 12:54 PM said...

tedi nakal ye dulu?

:P

[s][u][e][h][a][n][n] on October 26, 2009 at 12:59 PM said...

beraninye ko tedi...indah kan pengalaman duk asrama..

cam tetiba sedih lak baca n3 ni..huk huk

mamai on October 26, 2009 at 1:15 PM said...

anak muda memang sukar untuk menggaku salah...hati keras tapi itu satu pengajaran bila kita renungi kembali

myQza on October 26, 2009 at 1:45 PM said...

kakwatie : zaman remaja hati mmg keras :)

myQza on October 26, 2009 at 1:46 PM said...

samaira : aku berani sebab akhirnya kebenaran itu terbukti

myQza on October 26, 2009 at 1:46 PM said...

lead : sbb walau aku masa itu umur pun setahun jagung tapi aku sudah dapat bezakan yg mana boleh dan tidak.

Softtouch [Hanim] on October 26, 2009 at 1:48 PM said...

bukan kejam lah tedi..itu maknanya hati kering...org yg merotan & menampar tedi tu yg kejam

myQza on October 26, 2009 at 1:52 PM said...

queen of 2 heroes : x payahlah kalau boleh. sakitnya sampai ke hati :)

myQza on October 26, 2009 at 1:53 PM said...

are long : kadang2 aku rasa aku macam biadap juga

myQza on October 26, 2009 at 1:54 PM said...

mimie : dak baik jek.. :P

myQza on October 26, 2009 at 1:54 PM said...

~0~: yup rasa seronok sgt masa tu

myQza on October 26, 2009 at 1:55 PM said...

en.alierostam : yup. amsa tu semangat berkawan mmg tinggi

myQza on October 26, 2009 at 1:55 PM said...

alimaz : betul tu. mmg x makan saman

myQza on October 26, 2009 at 1:55 PM said...

relevan : ha ha ha ha.. aduhai..

myQza on October 26, 2009 at 1:55 PM said...

farah : aduhai.. x nakal sgt.. memberontak lebih

myQza on October 26, 2009 at 1:56 PM said...

suehann : ada pengalaman yg indah.. ada yg tidak..

myQza on October 26, 2009 at 1:56 PM said...

mamai : yup! aku takkan mengaku jika aku tidak bersalah.

myQza on October 26, 2009 at 1:56 PM said...

hanim : mungkin dia ada sebabnya

cheryna zamrinor on October 26, 2009 at 1:58 PM said...

orang boleh cakap apa saja. tp aku anak cikgu, mengata cikgu umpama mengata mak aku.

tp aku tau ramai cikgu suka over! aku pon pernah kena...tp tedi, kalau ko tak salah...tak apa ditampar. sumayyah dulu kena rebus sbb berpatah arang!

salute ko:)

myQza on October 26, 2009 at 2:02 PM said...

sha : atau aku keras hati? aku tidak tahu. tapi aku bersyukur sangat sbb kemudiannya kebenaran terserlah :)

Unknown on October 26, 2009 at 2:15 PM said...

nakal eh?hee...me pon nakal gak mse skola.ble kantoi mmg sakit ah mse tu.tp tu sume kenangan.and pengalaman dlm kite jd dewasa.tol x??

sori la.me sesat,,maafkn jela.. =P

sueanne on October 26, 2009 at 2:20 PM said...

erk???..nakal gak kamu ye ted..hehehe..

kite dulu penakut giler..tue sbb xde pengalaman yg menarik utk diigtkan skang ni..hehehe

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on October 26, 2009 at 2:46 PM said...

tak sangak ko seberani tu..memberontak dalam hati

myQza on October 26, 2009 at 3:01 PM said...

master teddy : yuP! pengalaman sebagai guru.. eh! sesat ke ? hati2 jalan balik :)

myQza on October 26, 2009 at 3:01 PM said...

sueanne : nakal dalam diam.. tak tunjuk.. ekekekek.. sekali tunjuk..nah!! amek ko!!

myQza on October 26, 2009 at 3:01 PM said...

tinie : yuP! dah lama simpan... bila meletup!!

PuanPepel on October 26, 2009 at 3:26 PM said...

erk.. terasa tak indah lak zaman remaja sy sbb tak byk kenakalan...

selalu bertindak mgikut arahan...hehe

sharamli on October 26, 2009 at 5:02 PM said...

xpayah susah2 nak l0mpat pagar kn?
trus kena buang asrama...heee

Amal on October 26, 2009 at 6:32 PM said...

ted|..
ko mmg kental!
siyes aku ckp..
aku respect ko!!
=)

myQza on October 27, 2009 at 12:19 AM said...

miera : seroang murid yg patuH! bagus!

myQza on October 27, 2009 at 12:19 AM said...

sharamli : betul! tak payah nak terkedek2 lari.. ha ha ha

myQza on October 27, 2009 at 12:20 AM said...

miss siv : i lapp yu.. yu lapp me tuu

Anonymous said...

giler kuat ko
sakit tu kena tampar

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting