Friday, November 20, 2009

aDakah |n| saTu BenTuk Pengan|ayaAn?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:50 PM
Jangan mengambil terlalu serius dengan apa yang ingin aku katakan. Cukuplah sekadar satu perkongsian atas dasar rasa kemanusiaan.

Jika kamu baca 'entry' aku malam tadi ada aku ceritakan tentang sekatan jalanraya yang di lakukan polis di hadapan simpang pejabat aku.

Hari ini ada lagi sekatan tersebut buat kali ke empat berturut-turut. Aku memang tidak tahu apa tujuan sebenarnya sekatan jalanraya itu di lakukan setiap hari.

Pagi tadi Pakcik PRA * bercerita. 'Alahai.. sekatan lagi. Tidak dapatlah pakcik-makcik mahu pergi menoreh getah'. Aku keliru. 'Kenapa? Apa kaitannya?' Soal aku.

Bila beliau bercerita aku baru faham.

Pakcik-pakcik yang datang dari kampung bersebelahan mahu pergi dan balik menoreh tetapi takut untuk melintas sekatan. Faham-faham sahajalah, motosikal mereka semua jenis yanag hampir roboh, sudahlah itu, dengan tong getah, berselirat tong-tong lain, tidak memakai topi kaledar dan macam-macam lagi. Kebanyakannya tidak berlesen. Motosikal tidak mempunyai cukai jalan. Memang tidak tentu arah mereka di buatnya.

Mahu keluar menoreh tengah hari, petang pula pasti hujan. Alamatnya mereka bercutilah.

Sekatan di lakukan bermula pasa masa yang sama dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Setiap pagi kereta yang sama juga lalu-lalang. Kenapa perlu di lakukan berulangkali? Kasihan juga aku fikirkan orang-orang tua tersebut.

Aduhai. Memang kasihan. Aku pun tidak terfikir sampai ke situ. Yang aku fikirkan hanyalah semak mata aku memandang mereka setiap hari dengan senapang yang tergalas di bahu!

Tapi apakan daya. Kita tiada kuasa.

Nota kakitanganku : Tanam pokok getah depan rumah.








32 kUs-kUs:

Koyuki on November 20, 2009 at 2:14 PM said...

adakah yuki 1st

pakcik polis sila beri laluan kpd pakcik toreh getah

Mimie.Candy Cane on November 20, 2009 at 2:19 PM said...

adohyaii..kesian tol.
ko usulkan la cadangan ko tu.bagos jugak tanam pokok getah depan umah..hahaha

ashie023 on November 20, 2009 at 2:33 PM said...

lam kampong yang ader pokok getah dan pokok ubi, polis xleh amik tindakan untuk menyaman org..<-siyes ni aku kata nih..

tp kalu bando...erm...naseblah x berasaplah dapur..aduyai..sian jugak..

Tinie a.k.a Ibu Fatin on November 20, 2009 at 2:43 PM said...

tanam kat barn bunny

blueCITY on November 20, 2009 at 2:53 PM said...

pakcik2 pulisi hanya wat keje, dapat arahan dari bos atasan. sure ada kes, sebab tu ada sekatan.

kalo tak depa2 pulis bawahan tak mo gak sat sekatan nih , hakhakhak..

kecuali pak pulisi yg nak cari duet lebih, hekhekhek

Nakamura Kazuki on November 20, 2009 at 2:56 PM said...

ambe rasa mesti ada kes rompakan atau pembunuhan....so diorang menjalankan tugas tedi demi keselamatan penduduk korang juga tu tedi..InsyaAllah after kes reda polis2 tu beredarla....so mak cik n pak cik tu kena sabarla...

Alimaz-Kembara Terasing on November 20, 2009 at 3:09 PM said...

tanam pokok getah depan umah senang la nak motong bila hari tak keja...ekekekeke.....dah nak wat gena dah tu kerja depa.....

MaizaC'Joe on November 20, 2009 at 3:13 PM said...

salam

kesian memang kesian.. iya la kan itu rezki pakcik makcik tue.. noreh getah.. tp, pasti ada kes coz tue di sekat sana-sini.. hrp2 abg polis kasi chance kt org2 kg nak g noreh tue.. sian depa...

imHepPie on November 20, 2009 at 3:18 PM said...

kesiannya..nak mkn pe

ber_uwang on November 20, 2009 at 3:21 PM said...

sana banyak PATI kot..operasi

♥chentaMAYA™ on November 20, 2009 at 3:28 PM said...

pegi kat polis tnye ape dy wat tiap2 arie~
hee~
rimas mate tgk kn?

mier@merr on November 20, 2009 at 3:30 PM said...

adoi...xde jalan alternatif len ke utk oakcik2 penoreh tu?

Ayu on November 20, 2009 at 3:32 PM said...

ada kes kot??

tp dulu kat kampung aku nih.. polis yg baru posting.. buat roadblock kat hujung kampung.. hurmm mcm yg ko taip tuh.. pakcik2 yg nk gi ladang, kebun.. sumer kena saman...rm300.. sbb atas kesalahan yg ko mention tu la.. patut ke?? dlm kg buat gitu?? sapa keje pulis tlg jwb sket...

mat rempit yg bwk laju2 tu kau lepaskan.. tp pakcik2 yg mencari rezeki ko pi wat gitu..

tp skang xder dah.. kena sound kot.. sbb yg buat tu pulis muda2 yg baru keje..

-->>kenkadang heran ngan pulis yg baru nih.. xcited sgt nk saman org<<--

~0~ on November 20, 2009 at 3:35 PM said...

ade kes kot kak??

[s][u][e][h][a][n][n] on November 20, 2009 at 3:35 PM said...

sian mereka....pakcik penoreh.polis tu dengki kot?? huhuhu

Finaz on November 20, 2009 at 3:42 PM said...

pakcik polis sila bagi laluan kat penoreh getah sebelum diaorg toreh idung u all.hehe
Ingat! tayar keta polis tu dtgnya dr getah....

Watierman on November 20, 2009 at 3:49 PM said...

Dalam Dunia ni kita tak dapat nak puaskan hati semua orang....dan kehidupan ni kan ibarat roda...ada hari di atas...ada hari lain pulak dibawah......pasti ada pelbagai-bagai situasi dan keadaan yang datang menduga....sabarjer lah..dan langit tak kan selalu mendung....pasti akan muncul sinarnya.....bila mendung berarak pergi....wah gatai nak puisi lak....tapi cam tu lah...kalau di satu pihak pak polisi..akan kata...dia org nak wat kerja...dan disatu pihak lagi....terima akibatnya!!!

relevan on November 20, 2009 at 3:51 PM said...

Adakala pendapatan penoreh getah tu lebih lumayan dari pakcik polis..tu yang pakcik polis tu buat sekatan dilarang memotong ke apa?..

maiyah on November 20, 2009 at 4:02 PM said...

yelah sian plak, gi sruh polis tu berambus je, jsn kene tembak cam baru2 ni dah le

Samaira on November 20, 2009 at 4:26 PM said...

huhu polis ni pun
ade kes kot
tu psl dok buat kt tempat yg sama je hehe

@rE-LonG on November 20, 2009 at 4:30 PM said...

Owh..kT da dpt agak da ble pakcik tu kata mCm tu..

sb org2 tua memg jraG ada lesen..
trutamaY yg bkerja kg..
sian dorag..

ASYIQ on November 20, 2009 at 5:08 PM said...

Kalau akak jadi polis...akak lepas je mak cik dan pak cik tu pegi menoreh....cian depa.

Wanita Itu on November 20, 2009 at 5:26 PM said...

betui betui..nak wat sekatan wat la..tapi bagi kelonggaran pada pakcik makcik penoreh kan kan kan..

fikaryna79 on November 20, 2009 at 5:43 PM said...

kesian bangat..kira xde menoreh, xde hasil, xse la pendapatan kan..cpt2 la berakhir road block tuh..

Solehah on November 20, 2009 at 6:05 PM said...

kesian jugak ya..hiskk..boleh tak ko tolong pi tanya dorg(polis) apa motif..hehehe

Faarihin on November 20, 2009 at 6:09 PM said...

Salam cik tedi.. hmmm ni mesti kes nak cari duit lebih ni.. adehh.. kita memang tak berkuasa dalam hal2 ni.. kadang2 mereka yang berkuasa ada juga yang menyalahgunakan kuasa.. hmm..

Rowena Chasez on November 20, 2009 at 6:54 PM said...

kesian laa kt dorg..
huu~

Rowena Chasez on November 20, 2009 at 6:56 PM said...

kesian laa kt dorg..
huu~

oranglidi on November 20, 2009 at 6:59 PM said...

wa tengah tanam padi ni. nak join?

Papa meow on November 20, 2009 at 7:34 PM said...

Gitu lah Nasib sipenoreh getah ye...skang musim ujan, lagi lah parah

Fatt Chin Choy on November 21, 2009 at 12:00 AM said...

mungkin ada kes kot

arnamee on November 21, 2009 at 9:06 PM said...

akk, byk2 komen, faa anem tak setuju, huhu;) benar, sekatan kerap dilakukan kerana ada kes besar2, jika boleh, tanya polis sendri, mereka hanya lakukan tugas, yg baik jarang orang nampak, ~ kak tedi, hmpir dua kali akak tembak pihak seragam ini di blog akk, mereka dah cukup parah di luar sana, akak;(

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting