Monday, November 09, 2009

Kun|nG RaSaKsa, Kamu SuDah T|aDakaH?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:33 AM
Kamu pasti jarang dengar nama itu. Kuning Rasaksa. Tapi ada sesekali aku selitkan dalam 'entry' . Cuma watak sampingan. Kucing jantan ini tidak pasti milik siapa. Tetapi aku rasa milik jiran Cina di hadapan rumah. Kerana tiap kali bila di halau, dia akan berlari ke situ.

Kuning Rasaksa adalah musuh ketat Dak Kimo. Jantan sama jantan, kalau bergaduh memang teruk. Dak Kimo pernah hampir pengsan di kerjakan. Pengsan di sini bermaksud tidak boleh bangun walaupun mata buka separuh.

Petang tadi aku ke rumah jiran untuk mencari Dak Itam yang sudah 2 kali Subuh tidak balik. Jiran itu rumahnya terletak di tepi jalan besar baru yang mana kereta di pandu dalam keadaan yang tidak sedar diri . WTH!! Bukan hanya banyak binatang mati, manusia juga pernah menjadi korban di situ. Di langgar macam mereka langgar semut. Langgar dan lari.

Makcik itu mengenali kucing-kucing aku. Katanya minggu lepas ada kucing warna kuning +putih mati di tengah jalan di langgar kereta yang sedang menggila. Aku hanya mengangguk-angguk. Kuning+putih? Aku teringat. Aku pernah memberitahu adik yang mana aku telah terserempak dengan Kuning Rasaksa di seberang jalan sana. Berani sungguh dia melintas kata aku waktu itu.

Aku sudah lama tidak nampak Kuning Rasaksa. Sudah lama tidak mendengar ngiauan dia yang nyaring. Suara jantannya sudah lama sunyi.

Kuning Rasaksa, kamu telah tiadakah? Kamukah mangsa terbaru di jalan baru jahanam itu? Ya. Aku baru sedar dia sudah lama tidak aku nampak. Balik rumah aku termenung dan mengingati seketika. Betul! Memang aku tidak dengar suara dan tidak nampak lagi kelibatnya.

Airmata aku menitis.

Andai benar kamu mangsa lebuhraya jahanam itu, Rehat Dengan Tenang Kuning Rasaksa. Maafkan aku jika aku selalu marah-marah kamu. Selalu simbah kamu dengan air sampai kamu lecun kebasahan. Selalu terpekik-pekik membebel dengan kamu.

Kamu aku gelar Kuning Rasaksa sebab kamu amat gagah. Bertahun kamu bermusuh dengan Dak Kimo, jika bergaduh kamu akan menang. Kamu tetap gemuk dan nampak sihat,sedangkan Dak Kimo semakin hari semakin kurus melidi.

Aku tetap berharap bukan kamu yang di langgar itu, walaupun harapan aku nampak tipis sekali.

R.I.P Kuning Rasaksa. Aku pasti rindu akan suara kamu!!
:((

Nota kakitanganku : Aku masih ber harap akan ada keajaiban yang aku akan mendengar lagi suara kamu!!





16 kUs-kUs:

Noorlaila Mohamed Nor on November 9, 2009 at 8:48 AM said...

mcm langgar semut?
mudahnya
aku pun hari2 langgar semut!

mamai on November 9, 2009 at 8:58 AM said...

nanti dia akan jadi raksaksa dan melangar semua kereta pulak

~0~ on November 9, 2009 at 9:18 AM said...

xpe kak..jap sya henshin selamatkan si raksasa...hahhahaha

memang kejam...

Koyuki on November 9, 2009 at 9:21 AM said...

pakcik mamai::

hahahahahaha~ aduh tergelak golek2 ngan komen pakcik

RIP raksasa.

mungkin skrg die di alam barzakh tgh gaduh ngan otromen

Solehah on November 9, 2009 at 9:41 AM said...

siannya..sedih jugak walaupun tu bkn kucing aku..

relevan on November 9, 2009 at 9:45 AM said...

Jgn lah bersedih Tedi..kuning raksasa tu jumpa awek dia kot?..

Watierman on November 9, 2009 at 9:47 AM said...

Mak ooi lagu kat sini...dah lah tengah sentimental ni...RIP Kuning Raksaksa....kamu juga Hamba ciptaannya....bernyawa....moga kamu tenang dimana jua kamu berada....andainya kamu masih bernyawa.....!

cik syazni on November 9, 2009 at 10:06 AM said...

oh agak sedih :(

aNiSa hANg tUaH on November 9, 2009 at 10:10 AM said...

maybe pasni kuning akan muncul semula..

Ms.Lilies on November 9, 2009 at 10:10 AM said...

ko anggap si raksasa itu pegi mencarik bini huhuhu...
aku tak blh tgk kucing kena langgar...terbayang2 beberapa hari

fiD on November 9, 2009 at 10:46 AM said...

kucen aku x pena mati d langgar pon, heeee

Wanita Itu on November 9, 2009 at 10:54 AM said...

ala ciannya..

kiter tak suka kucing kena langgar..

Fatt Chin Choy on November 9, 2009 at 12:45 PM said...

tu ler... ko patut bg diorang kawan2 dulu

alvin takda rumah harga 8juta story.... on November 9, 2009 at 2:40 PM said...

aku rasa elok kau buat punch card utk depa...

miSs siv on November 9, 2009 at 3:05 PM said...

syg betul kamu dgn kucing kan ted|?
respect!
=)

Softtouch [Hanim] on November 10, 2009 at 10:32 AM said...

kesiannya tedi kalu betul kucing kuning rasaksa tu yg kene langgar..mmg kawasan mautlah tmpat tukan sbb tedi cite manusia pun pernah kena langgar..hati2 yer dak utih n the geng..takut plak...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting