Monday, November 30, 2009

ManGsa Kedua! |n|Lah yanG MereKa car| Mungk|n?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:27 PM
Aku pernah menulis mengenai mangsa pertama di sini. Kamu baca sehingga habis, kamu akan tahu siapa mangsa pertamanya di situ.

Hari ini aku mahu cerita pasal mangsa kedua. Yang ini betul-betul punya mangsa. Sila percaya bawah sekatan jalanraya masih di adakan dan telah masuk minggu ketiga. Kejadian ini berlaku pagi tadi kira-kira pukul 11.00 pagi!

Photobucket

Nampak? Ini mangsa kedua dari sekatan jalanraya yang di lakukan tanpa henti. Sila lihat bulatan kuning itu. Sekatan di lakukan bermula dari situ.

Photobucket

Yang ini dari jarak dekat. Kerja-kerja untuk menarik van sedang di jalankan.

Kerja aku bertambah. Perlu membuat panggilan dan surat kepada Balai Polis Jasin bagi menuntut ganti pemadam api yang mereka gunakan. Van itu sejurus terbalik kerana melanggar tiang lampu jalan, asap keluar berkepul-kepul. Sepantas kilat mereka mengambil pemadam api dari sekolah.

Okey!! Pemandu van selamat kerana keluar dengan pantas. Penunggu bas di hentian bas bertentangan juga selamat kerana mereka lari sambil menjerit 'Api!! Api!!' Aku tidak dapat bayangkan jika van ini terbabas dan melanggar orang ramai di hentian bas.

Aku tidak perlu bertanya kepada Si Pemandu Van atas sebab apa dia terbabas. Mari aku buat kesimpulan berdasarkan logiknya.

Jalan di hadapan pejabat aku memang lurus. Van mungkin di pandu laju. Mungkin terperanjat melihat sekatan jalanraya beliau menekan brek dalam keadaan panik. Kemudian? Inilah jawapannya. Maka berpusu-pusulah yang datang. Anggota BOMBA, Polis, Polis Trafik dan orang ramai. Macam pesta!!

Aku ingin bertanya kepada Polis Di Raja Malaysia. Atas sebab apa sekatan jalanraya perlu di adakan tanpa henti sudah hampir 3 minggu ini? Aku tidak tahu jawapannya. Sila beri aku jawapan yang relevan!! Aku tidak marah! Kamu mungkin sedang bertugas! Tapi tolong beri aku satu jawapan yang kukuh.

Nota kakitanganku : Dengar sahaja satu dentuman kuat, sebelum menjengah keluar, perasaan jahat di hati aku berbisik. "Polis di langgarkah??




32 kUs-kUs:

PROFkusut on November 30, 2009 at 2:04 PM said...

wahh dasatttttttttttt!!

mier@merr on November 30, 2009 at 2:09 PM said...

ada penjenaya yang belom tertangkap kot... ati2 tedi..hehe

Wanita Itu on November 30, 2009 at 2:11 PM said...

dia cari kamoo ker?ihiks ihiks..

Faarihin on November 30, 2009 at 2:36 PM said...

Salam cik tedi.. aduhai.. kesian jugak melihat pic2 ni.. hmmm... polis tu cam uat dunno aje..

a.z.r.i.n.a.03.07 on November 30, 2009 at 2:40 PM said...

selalunya kalau road-block berpanjangan mcm tu; penjenayah disyaki ada kat area tu...tp tak taulah kalau2 PDRM ada sebab lain..

rileks Ted..dorang pon carik makan ..tp jangan carik makan susutkan poket orang orang lain sudah...

ONE ZABA on November 30, 2009 at 2:57 PM said...

hujung- hujung tahun ni kan....

banyak benda nak kena beli untuk awal tahun depan. kena la cari duit kopi lebih sikit.

mamai on November 30, 2009 at 3:10 PM said...

sebab mereka nak tangkap orang yang melanggar undang-undang jalan raya mesti ada yang dok potong double line tu

YobSumo on November 30, 2009 at 3:19 PM said...

aku mula terfikir motif van dan motif polis. Motif polis yang tidak jelas tapi aku agak2 ade kes serious mengaitkan mat pet mungkin.

motif van? aku rasa dia cuba lari dari sesuatu lah.

relevan on November 30, 2009 at 3:26 PM said...

Fuyoo Tedi..dapat ambil nomber plat van tak?..

[s][u][e][h][a][n][n] on November 30, 2009 at 3:36 PM said...

wah sampai begitu sekali perasaan jahat ko pada polis..hik hik hik

cahayachenta on November 30, 2009 at 3:41 PM said...

serius la mmg jahat perasaan ko tu...

nak buat camne.. diorg pun mendapat arahan org atasan

maiyah on November 30, 2009 at 3:57 PM said...

nak kene tnya kat pegawai tu nape tak berenti2 wat sekatan.. duit tak cukup mashukk kot hehe atau mungkin ada penjenayah yg dicari

bleh apa gi tnya kat balai tu kalo ada perkara yg kita rasa x puas hati sbb melibatkan kemalangan jiwa

ashie023 on November 30, 2009 at 4:08 PM said...

aku hengat mendelah yg ko bulatkan tuh....ahahha..x baca abis, dah konpius..humang ai...

ahahha..tedi..ekau nye kg cam kampung je tuh, tp buat sekatan jalan raya??.pekebende buat sekatan lam kg..mano ado eh org buek sekatan lam kg...aduh

LORD ZARA 札拉 on November 30, 2009 at 4:12 PM said...

pergh~
cam bahaya tu~

sharamli on November 30, 2009 at 4:12 PM said...

kadang2 tensi0n gk ngn p0lis2 ni...


p/s:ad bl0gger p0lis x bc bl0g ni?

xiiinam on November 30, 2009 at 4:27 PM said...

salam...
saya jumpa URL Tedi dalam forum, tentang error yang menyerang edit section. Sudah selesaikah masalah itu?
Saya belum dapat selesaikan...sudah seminggu lebih!

alvin takda rumah harga 8juta story.... on November 30, 2009 at 4:29 PM said...

tedi..kau tau tak kerajaan dah tak da duit??so nak cari duit la...

ASYIQ on November 30, 2009 at 4:38 PM said...

Mesti pemandu van tu darah gemuruh...patut tekan brek tapi tertekan minyak la pulak.....

fikaryna79 on November 30, 2009 at 4:50 PM said...

laa..x abis lg polis2 tuh wat road block? tedi..g la tanya..aku pun nak tau nih..

en_me on November 30, 2009 at 4:55 PM said...

tergolek dog tewww.. ehehe

Hisham on November 30, 2009 at 4:59 PM said...

salam...apekate u p siasat plak.nape 3 hari berturut2 ade roadblock...i nk tau...u kt melaka kn...kitaorg jauh..p la tnye..plsssssssssssss..hehehehe..tk cre

kuina on November 30, 2009 at 5:20 PM said...

klu jalan lurus tentu sedap tekan minyak... tuptup ada halangan.. mau tak brek mengejut..

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ on November 30, 2009 at 5:21 PM said...

uish...
dah mcm dalam pilem la kak..
huhuhu..

ada abe polis hensem tak? kekekeke

Tinie a.k.a Ibu Fatin on November 30, 2009 at 5:45 PM said...

"polis dilanggar kah??""

hahahhahaa

aNiSa hANg tUaH on November 30, 2009 at 6:03 PM said...

musykil~

hans on November 30, 2009 at 6:15 PM said...

adalah tu dia nak tangkap sapa2 tu

rAtu saLju™ on November 30, 2009 at 6:27 PM said...

aduhai..tetibe terbayang ku jadi hero disitu..erk..apakah?

sueanne on November 30, 2009 at 7:26 PM said...

ted, mesti laju bebenor van tue ted..masakan jalan lurus, ada road block die leh terbabas cmtue..bahayanye..lagi2x situ kawasan sekolah..bahaya sihh..

a'ah la ted..mesti ada sebab polis tue wt road block..:p

Solehah on November 30, 2009 at 9:27 PM said...

banyak juga ya masalah jadinya..adeh sampai terbalik smeua van..isk3..

::alwaniamalini:: on December 1, 2009 at 7:50 AM said...

erkk..ada panjanayah kot hihhii..

jangan kamu yg disekat sudahla tediii..

Fatt Chin Choy on December 1, 2009 at 9:25 AM said...

rajin plak polis tu
keke

paTonG kerTaS on December 2, 2009 at 12:11 AM said...

siyes dasat!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting