Friday, December 18, 2009

JumaaT TerakH|r KaMu.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:41 AM

Setiap petang dia akan duduk di pondok di hadapan kawasan itu. Sambil merenung kosong ke satu arah dia mengesat-ngesat airmatanya.

Setiap kali aku melihatnya, aku akan berasa hiba. Definisi kehilangan baginya adalah ratapan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari itu Jumaat. Penghulu segala hari. Pagi itu juga kami di kejutkan dengan berita Emy kemalangan. ’Tidak teruk, hanya melecet di lutut. Tapi dia pengsan dan sudah di bawa ke hospital.’ Aku berasa lega dan meneruskan hasrat untuk ke pejabat seperti biasa.


Emy adalah anak kepada sepupu aku yang mana usianya adalah muda setahun sahaja daripada aku.

Dalam pukul 10.00 lebih, seorang pembekal yang juga seseorang yang aku kenal, Pakcik Am datang menghantar barang. `Eh! Kau tak balik ke? Anak buah kau meninggal?’ Aku terkedu. ’Siapa?’

MasyaAllah!! Emy sudah tiada. Aku beristigfar dan menahan airmata.


Jenazahnya belum lagi tiba. Masih di hospital. Aku duduk membaca Al-Quran sambil fikiran menerawang teringatkan Emy yang sudah tidak bernyawa.


Oh! Jenazahnya sudah sampai. Ramai sekali rakan-rakannya yang mengiringi. Aku duduk berteleku di hujung kakinya. Hanya aku seorang perempuan yang duduk hampir. Lain-lainnya rakan lelaki.

Arwah sudah siap di kafankan. Wajahnya di buka.MasyaAllah. Maha Suci Tuhan yang menjadikan bumi dan langit. Wajahnya cerah. Tersenyum. Namun yang buat aku sebak, matanya separa terbuka.


Puas sepupu aku cuba menutupnya. Tapi masih terbuka. Di pintanya pula ibu kepada Emy menutupnya dengan sekeping duit syiling 50 sen. Alhamdulillah...


Aku menyentuh hujung kakinya yang sudah berkafan. Aku bisikkan di dalam hati.

’Selamat berangkat Emy. Selamat perjalanan kamu. Kak Za doakan kesejahteraan kamu di sana. Selamat tinggal.’


Jenazah di kebumikan selepas Solat Jumaat. Di sembahyangkan oleh ratusan orang di masjid. Alhamdulillah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kakaknya,yang memangku jasadnya, yang melafazkan kalimah Syahadah di hujung telinganya sehingga ke hospital, paling tidak dapat menerima hakikat.


Setiap petang akan duduk di pondok hadapan kawasan perkuburan akan menangis tersedu-sedu. Aku merapatinya pada suatu hari.


’Redha. Allah tentukan perjalanannya setakat ini sahaja. Bersyukurlah kerana dia di jemput awal. Allah lebih menyayanginya.’


Dia akur dalam terpaksa.


Emy sudah pergi 5 tahun yang lalu. Pondok tempat ratapan juga sudah tiada. Kawasan Tanah Perkuburan sudah bertembok. Yang ada hanyalah kenangan dan ingatan.


Nota kakitanganku : Masih terbayang senyum kamu!





20 kUs-kUs:

umi_e on December 18, 2009 at 8:11 AM said...

Al-fatihah... semoga dia terus tenang di sanan.

*kenanngan dan ingatan pasti akan terus datang...

Catwoman on December 18, 2009 at 8:17 AM said...

Al-fatihah buat yg telah kembali kpd Penciptanya.



**salam Maal Hijrah.**

ASYIQ on December 18, 2009 at 8:22 AM said...

Moga ruhnya dicucuri rahmat...sesungguhnya buah kelapa yang muda pun biasanya akan gugur, bukan tentu yang tua sahaja.

Entah bila agaknya masa kita....

p/s maaf tEDI, lama akak tak dtg sini...apatah lagi update blog. Cadangnya hari ni nk tulis sesuatu....entah berjaya atau tidak!! hihi

Yuki Yusuf on December 18, 2009 at 8:58 AM said...

Sedihnya ni kak
tak sanggup saya nak baca
T.T
semoga Allah menempatkan dia bersama2 orang yang beriman
Amin~

Fara Adila on December 18, 2009 at 9:14 AM said...

hiba je baca..al fatihah buat yang telah tiada..

ŝŐŦĩŷĂ ʷˡͭʱ♥♥ on December 18, 2009 at 9:17 AM said...

insan yg di sayangi pergi dgn mengejut memang sukar untuk diterima hanya iman yg dapat mengawal segalanya..teringat juga pada cousin yg juga telah "pergi" untuk selamanya 12 tahun yg lalu..ibunya insan yg paling sedih dan sering meratapi pemergian beliau hingga nafas terakhirnya..kini ibunya turut "tiada"..moga2 mereka bertemu di Syurga..

niesz on December 18, 2009 at 10:19 AM said...

same2 la kite sedekah kan AL-fatihah tuk arwah..

PAP on December 18, 2009 at 10:43 AM said...

hanya al-fatihah dapat kita berikan pada mereka yang telah pergi.

ape2 jer on December 18, 2009 at 10:58 AM said...

al fatihah..semua hanya pinjaman..

Unknown on December 18, 2009 at 11:42 AM said...

al fatihah
moga rohnya dicucuri rahmat..


....
salam maal hijrah

bobo on December 18, 2009 at 11:52 AM said...

gua tgk tajuk da rs nk nangis... hmmm...

bobo on December 18, 2009 at 11:53 AM said...

Al~Fatihah..

Anisa on December 18, 2009 at 12:11 PM said...

al fatihah
:)

kus-kus saya:

salam maal hijrah ya
:)

Zuwairi on December 18, 2009 at 12:12 PM said...

sama2 kita sedekahkan al fatihah~

Dina Zakaria on December 18, 2009 at 12:18 PM said...

kita sama2 lah redha...

al-fatihah..

mamai on December 18, 2009 at 12:43 PM said...

jumaat pertama tahun baru ini

Bulan Dilangit Osaka Biru on December 18, 2009 at 1:10 PM said...

semoga roh nya ditempatkan dikalangan org yang beriman.. al-fatihah

sharamli on December 18, 2009 at 1:36 PM said...

alfatihah...

kal0 0rg p0n mesti ssh nak terima hakikat..tp kena jgk redha..tu hak ALLAh

amie on December 18, 2009 at 5:37 PM said...

al fatihah tok arwah..
best nye tido tersenyum dan hari jemaat..
huhuhuhhhu..
moge arwah di tempatkan di tempat yang mulia..

Faarihin on December 18, 2009 at 10:39 PM said...

Al-Fatihah.. beruntungnya arwah meninggal pada hari Jumaat.. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang2 yg beriman.. Aminn..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting