Tuesday, June 30, 2009

BuDak-BuDak OreN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:53 PM 26 kUs-kUs Links to this post
Aku nak cerita pasal ini budak-budak oren yang ada dalam rumah aku!!

Okey!! Aku terasa nak buat entry kekucingan!! Eh eh! Bukan kekenyangan! Aku tak salah eja! Tapi aku gatal-gatal tambah satu lagi perkataan baru 'Kekucingan'!!

Ini bukan kucing rasmi aku. Seperti yang aku pernah war-warkan. Ini adalah kucing liar sekeluarga yang datang menumpang tetapi menjadikan rumah ini seperti rumah mereka!! Membuat 'havoc' macamlah ini rumah 'bapak' mereka yang punya!! Kamu nilailah sendiri. Aku ada 3 ekor kucing jantan. Yang mana ketiga-tiganya mempunyai kombinasi warna putih dan hitam sahaja. Yang ini anak siapa?? Siapa?? Tiada keturunan kucing aku berwarna oren!! Kenapa aku yang perlu memberi nafkah zahir kepada mereka seperti makanan dan tempat tinggal!! Ini tidak adil!! Wah!! Emo sudah!!

q1
Gambar masa baru 2-3 hari di beranakkan!! Kiut-miut!! Aku suka.

q2

Yang ini pula sebulan rasanya usia mereka. Dah pandai naik atas rumah. Tapi lari bila cuba di pegang!! Tak sedar diri betul! Dah lah menumpang. Nak raba-raba pun tak boleh!! Bikin aku panas saja!!

Yang ini kali kedua beliau (Beliau??) beranak di rumah aku. Yang pertamanya yang ini. Dah besar dah budak ini sekarang!!

Photobucket

Kira abang sulunglah yang berekor kembang dan ber'stokin'. 'Ensem' bergaya. Juga tidak suka di raba-raba, di usap-usap dan di belai-belai. Amat geram sekali aku. Walaupun usianya baru 10 bulan tetapi badannya lebih besar dari Dak Utih yang dah berumur 1 tahun 8 bulan. Dak Utih aku bantut sebab masa kecil hanya minum air masak sahaja. (Sob Sob Sob!!)

Mula-mula pada asalnya memang aku mahu bagi kepada siapa-siapa yang sudi 'adopt' mereka. Tapi lama-lama, bila aku tengok ikatan kekeluargaan mereka itu begitu erat. Aku jadi tidak sampai hati. (HuH!! Aku berhati lembut juga!)

q4

Tengok!!! Mereka-mereka ini saja ber'posing' begini. Konon-konon nak tunjukkanlah betapa rapatnya mereka. Kalau boleh nak nyanyi sekali Lagu Jangan Pisahkan dari Indon tu!!! Hampagas betul!!

Nota kakitanganku : Mak kepada budak-budak oren ini bunting lagi buat kali ke-3 di rumah aku? Apakah yang perlu aku lakukan? Kos sara hidup mereka akan bertambah!! Tolonglah!! Aku orang miskin!! Mengapa aku yang perlu bertanggungjawab sedangkan kau mengandungkan anak orang lain!!! Erk!!


AkU aDa 3 kEs mEnar|k Pag| |n|.. eH Eh.. BukaN Kes akU!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:41 AM 13 kUs-kUs Links to this post
Pertama : Baca sini!
Kamu mesti dapat bayangkan betapa mulianya hati si anak sehinggakan si ibu tidak sanggup berpisah walaupun anaknya telah 3 hari MATI!! Beliau tidak dapat menerima hakikat yang anaknya telah mati sehingga sanggup menjalani kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku!!
Kedua : Baca ini pula!
Erk! Aku tidak faham! Betul-betul tidak faham! Boleh sesiapa tolong fahamkan aku? Seorang ibu yang sah, yang mengandungkan anak-anaknya 9bulan 10 hari ( eh! Betul ke?) ingin di pisahkan dari anak-anak kandungnya sendiri. Memang!! Aku tak tahu apa masalah dalaman yang di hadapi. Tetapi, secara kasarnya pada pandangan aku ini TIDAK sepatutnya berlaku!! Jangan ingat kamu ada segalanya, ada duit, sampaikan anak yang masih beribu pun kamu nak beli!
Okey!
Yang akhir : Kat sini pula!!
ErHmmmm...! Aku nak taip apa..? Apa yang perlu di kata? AKu fikir positif sahaja! Tepuk dada tanya iman!!

Nota kakitanganku : Selagi dunia ini masih ada!! Manusia oH manusia!!

Monday, June 29, 2009

Jangan Tanya a/s/l Boleh Tak..?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:34 PM 26 kUs-kUs Links to this post
hyy
Aku baru berjinak-jinak semula dalam dunia MIRC. Entahlah! Tiba-tiba rasa nak ‘install’ MIRC tu dalam ‘notebok’. Lama ‘gaban’ aku tak ‘join’. Ada lagi kawan-kawan yang masih ingat.

Aku selalnya hanya ‘pasrking’ nama di ‘channel’. Samaada meletakkan ‘nick’ sahaja, atau menambahkan perkataan’afk’ atau ‘away’ di hujungnya. Sila ‘gugel’ jika anda tidak tahu apa itu ‘afk’!!

Aku memang jarang menaip. Tidak kiralah secara ‘open’ di ‘channel’ atau secara tertutup di ‘PM’. Kemalasan untuk menaip ada puncanya.

Sebab itulah bila ada yang ‘PM’ aku tidak melayan dan mengabaikannya sahaja. Tetapi seronok melihat aksi-aksi mereka. Ada yang panas hati bila aku tidak membalas ‘PM’ mereka akan menaip begini. “Sombong!! Boleh jalanlah. Kau ingat kau cantik”. Ada juga ‘ Kalau malas menaip, baik tak payah ‘chat’. Buang masa je.” Hehehehe.. Macam-macam ragam. Itu hak aku mahu membalas atau tidak.

Ada yang meminta izin dahulu sebelum mem’PM’. Dan aku akan membalas. “ Maaf, ‘PM’ saya rosak, masuk ‘workshop’. Itu semua adalah alasan malas untuk menaip.

Hak aku juga mahu menjawab soalan atau tidak. Selalunya mereka akan bertanya. “a/s/l please!” Dan aku akan menjawab. “a/s/l/ takde”. Ada yang bertanya soalan sampai ‘detail’ sekali. “Oh! Negeri Sembilan. ( Negeri kegemaran aku!) N9 kat mana? Oh PD! Batu berapa..?” Wah Wah Wah!!! Ini semua membosankan!! Nak tahu selengkap-lengkapnya buat apa?

‘Nick’ Hubbysepi ke, SuamiKL ke, Suamiorang ke!! Huh!! ‘Goodbye’ sajalah. Kalau kamu rasa nak dengar Khutbah dengan aku, cubalah ‘PM’ dengan menggunakan ‘nick-nick’ seperti yang di nyatakan atau yang sealiran. Ha ha ha !!!

Kalau yang ‘over’ lagilah!! Semuanya taip 18sx sahaja. Ada yang siap ‘offer’ lagi ‘satu malam rm500.00”. Alahai…. Ada rupanya orang ber’bisnes’ dalam ni. Semua itu tidak mustahil.

Erk!!! Maaf! Aku membuat ‘entry’ ini bukan untuk mengutuk atau memperli sesiapa. Sebab aku tahu ada kalangan rakan-rakan MIRC juga membaca blog ini. Tetapi sekadar berkongsi cerita. Andai aku tidak membalas ‘PM’ kamu, kamu tahulah apa sebabnya.

Nota kakitanganku : Sedekad melayani karenah MIRC . Aku sudah dapat baca di mana kurang garam dan terlebih gulanya. Memang betul. Yang penting niat! Namun nasihat aku. Jangan lupa akan status diri kamu dan berbataslah apabila bergurau senda lebih-lebih lagi mengenai perkara-perkara yang tidak manis di buat gurauan!!! Akhir kata, Ingatlah Orang Yang Tersayang!!

Har| |sn|n yanG MaLas..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:45 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Bukalah Mata... Bukalah... Jangan Tidur Di Waktu Kerja!!

Nota kakitangaku : Updates adalah malas juga!! Selamat hari Isnin!!

Sunday, June 28, 2009

Kuang, Q Nampak BulaN!! WaLau hanYa separUh...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:59 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Malam ini bulan mengambang. Walau hanya separuh menjadi bulan sabit!! Selalu aku intai dari tingkap bilik!

Cahaya terang benderang. Bersinar. Nampak cantik berseri. Cerah! Ceria! Tersenyum :)

Kuang ingat tak, dulu kita selalu tengok bulan sama-sama walaupun di tempat yang berlainan!! Ingat tak?

Q banyak hendak bercerita. Banyak sangat!! Tapi... Entahlah!! Q simpan! Tak tahu!!

Nota kakitanganku : Ingin sekali menjadi bulan. Memberi cahaya kepada orang lain walau diri sendiri dalam kegelapan!!

Nak TengOk cer|ta Apa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:57 AM 0 kUs-kUs Links to this post
Nak tengok wayang, tetapi tak tahu nak tengok cerita yang mana satu. Hik hik hik

Okey!! apa kata kita buat keputusan di depan kaunter beli tiket tu!! Mesti terus sebut je cerita apa yang kita nak tengokkan? Ha ha ha ha...

Lai lai lai.. Siapa mahu 'join. Tengok sama-sama tiket dan 'popcorn' bayar sendiri. Ekekekeke..

Nota kakitanganku : Transfomerskah atau Night At Museum 2? (eh ! Ada lagi ke cerita tu?) Hehehehe...

Saturday, June 27, 2009

Aku D| 'GuGeL' PenuH KeLucahaN!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:17 PM 4 kUs-kUs Links to this post
sws

Okey! Ini kata kunci untuk hari ini. Aku tengok dari Nuffnang!

Erk!! Ada yang 'gugel' dan terkena kat blog aku!! Kenapa apakah? Macam dan tersenarai dalam blog 18sx!! Ha ha ha ha...

Nota kakitanganku : Rajinkan En. Gugel melayankan manusia-manusia yang tak makan saman itu?


tEt|kus aTau t|kus??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:10 AM 6 kUs-kUs Links to this post
xdx

Walaupun menggunakan 'notebok' tetapi aku lebih selesa menggunakan tetikus. Nampak mudah dan tidak lenguh tangan di buatnya.

Namun bila tetikus ini mula rosak sejak semalam. Aku rasa malas nak menaip!!

Kenapa tetikus tidak di jual di kedai runcit saja? Mengapa perlu pergi ke kedai komputer dan membelinya di sana?? Arghhhh!!

Hidupkan akan menjadi lebih mudah jika barang-barang yang kita perlukan ada di mana-mana sahaja!!

Nota kakitanganku : Okey! Dak Utih jalankan tugas kamu. Tangkaplah mana-mana tikus untuk aku jadikan tetikus segera!!!

:bm:

Friday, June 26, 2009

GooD ByE MichaeL JacksOn - Al-Fatihah-

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:10 PM 6 kUs-kUs Links to this post
xsxs


Aku mulanya tidak mahu menulis lanjut pasal ini.

Tetapi bila aku menonton Buletin Utama, membuka siaran MTV , Channel V, E! dan melayari internet aku dapat rasakan yang aura MichaeL JacksOn begitu dasyat sekali.

Jadi aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sedikit coretan di sini sebagai menghormati pemergian Raja Pop Dunia tersebut.

Dan aku berharap agar jenazahnya dapat di semadikan mengikut cara Islam. Insya-Allah.

Nota kakitanganku : Selamat Tinggal MichaeL JacksOn. Kehadiran anda mewarnai dunia seni dunia...

Aku, Kau, KeNangaN Dan LagU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:45 PM 12 kUs-kUs Links to this post


Okey!! Tajuk kali ini adalah jiwanges!! Sila abaikan jika kamu seorang yang suka kepada genre dondang sayang, dikir barat atau boria!!! Hik Hik Hik !!

Ini lagu kenangan aku! Kenangan zaman kanak-kanak yang indah untuk di kenang! Tapi kalau boleh aku tak mahu ingat!! Sebab sebolehnya aku nak elak hidup dalam kenangan. Lebih-lebih lagi jika kenangan yang menyakitkan.

Chewah! Chewah!! Terlebih sudah!!

Ini lagunya. Segalanya Ku Terima Nyanyian Illusi..

( Aku tepek lagu di side bar buat sementara waktu, sila 'gugel' lirik sendiri... ekekekekke)


Kamu semua boleh senaraikan, eh eh.. nyatakan 1 lagu kenangan kamu dalam ruangan komen. Serta nyatakan mengapa ianya begitu menjadi kenangan bagi kamu. Kita kongsikan bersama. Tiada pemenang dan tiada hadiah ye!! Ekekekeke...

Nota kakitanganku : Aku lebih suka dengar lagu -lagu zaman aku kanak-kanak dulu. Terasa menusuk hingga ke kalbu!! Eh eh.. Bukan lagu Tiga Kupang atau lagu Air Pasang Dalam tau... Isk.. kamu taulah lagu mana yang aku maksudkan itu!!



Thursday, June 25, 2009

Yup!! Aku seOranG PerempuaN .. tEtap| PerempuaN yanG 'Ensem'!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:51 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Aku tidak tahu adakah dia rabun warna, rabun huruf atau rabun segala rabun!!
Mengapa aku menyoal begitu? Tidak nampakkah 'banner' yang aku reka khas di atas tu. Gambar 'jantan'kah itu??

'Ted, awak lelaki atau perempuan?" Dia meng'add' aku di YM dan bertanyakan soalan itu?
Aku membisu. Ingin melihat reaksi seterusnya. 'hello!! R u there?" Eh eh! Ayat ni familiar kan? Ha ha ha..

"Kenapa? Kamu rasa aku lelaki atau perempuan?" Aku menguji. "Lelaki!" Erk! "Apa alasan kamu kata aku seorang lelaki?" "Itu, dalam blog tu. Awak tulis ada lucah-lucahlah. Ada sebut WTFlah!!" Dia memberi alasan yang membuatkan aku rasa nak tergolek ketawa!! Perempuan tidak boleh menaip begitukah? Tidak boleh sama sekali? Mengapa? Kenapa?

"Aku perempuan". Dia diam! Aku nak taip juga perkataan "Hello! R U there?" Tapi tak mahulah. Terasa keperempuanan sangat! Ha ha ha !!Opss!! Aku perempuan. Tak boleh ketawa macam 'jantan'. Hik hik hik...

"Ooo.. perempuan. Ingatkan lelaki!!". Lantas dia terus diam. Diam. Lama dia diam. Dan terus diam tidak bersuara!! Aku terasa ingin mencarut! Tapi aku sudah puas mencarut di sini.

Kerana aku perempuan dia terus diam membatukan diri?? Kenapa? Perempuan tidak boleh berkenalan dengan perempuan? Perempuan tidak boleh berbual-bual dengan perempuan? Takut di 'cop' LESBIAN??? Huh!! Aku betul-betul tidak faham!! Ikutkan hati aku nak 'copy' dan 'paste' laman blog dia di sini. Biar para Lesbian menyerang dia. Ha ha ha !! Jahat Dak Tedi ni!!

Atau dia hanya suka di kelilingi para lelaki sahaja? Aku tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan. Kamu fikirlah sendiri. Apa pantangnya bila kawan sesama jantina. Melainkan dia memang mencari ' jantan' untuk di buat 'kawan'.

Aku agak kasar tetapi aku tetap perempuan. Tetap perempuan yang ada sopannya. Tetapi sopan aku dalam 'kehenseman'.

Nota kakitanganku : Eh! Eh! Cikgu Ayu! Bukankah kamu juga hampir 'mengorat' aku di zaman kanak-kanak kita dulu di n9online?? Ha ha ha.. Jangan tak mengaku!! Hik hik hik .... Okey!! Okey!! Gurau saja!! ( Aku sudah tukar gambar yang nampak lebih 'ensem' dari biasa!! Yey!!)

Hot

Kau bUat Aku Tak tenTu araH!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:36 PM 9 kUs-kUs Links to this post
sw

Seminggu tanpamu, aku resah gelisah, jadi tidak tentu arah. Aku amat-amat memerlukanmu. Bukan aku saja. Dak Itam juga! Dak Utih juga!

Telingaku jadi sebu. Terasa ada harimau yang menari-nari di dalamnya. Terasa ada semut bergendang-gendut! Terasa ada anak lipas berlari-lari keriangan. Argghhh!!! Mengapa kau tiada... Mengapa aku terlupa!! Tekanan!!

Nota kakitanganku : Telinga aku dah gatal-gatal!!!!!

@damn

Wednesday, June 24, 2009

kEndur| Kuc|ng...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:19 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Kamu seekor kucing?? Jika jawapannya YA!! 'Entry' ini untuk kamu. Jika TIDAK!! Sila abaikan.

Okey! hari ini rumah aku ada kenduri. Ketetapannya seperti beikut :

Tempat : Rumah No. 5 dari simpang tiga lebuhraya baru.
Tarikh : Hari ini 24 Jun 2009
Masa : Bermula pukul 2.00 petang sehingga makanan habis.


Aku telah menumpah atau menterbalikkan 1kg makanan kucing jenis 'kibbles' di dalam stor. Ini semua gara-gara terlalu ingin cepat dan Si Oyen sudah memekak-mekak menjerit minta makanan sehinggakan aku terpijak kakinya yang ber'stokin' itu!!

Aku terkedu!! RM 13.60 yang baru aku laburkan tengah hari tadi untuk 1kg 'kibbles' telah melayang begitu sahaja. Stor bagi aku adalah satu tempat yang 'messy' ( amat 'messy') sebenarnya. Jadi kira-kiranya hambatan waktu tidak mampu untuk aku mengutipnya satu-persatu untuk mengembalikan semula 1kg itu. SOb SOb SOb!!

Jadi aku telah membuat keputusan untuk mengadakan kenduri kucing secara kecil-kecilan sahaja Maklumlah. Hanya 1 kg!! Kalau kamu ingin besar-besaran, berdoalah agar 5kg 'kibbles' pula akan tumpah selepas ini! ( Eh! Jangan!! Aku orang miskin!!)

Okey!! Jangan membuang masa. Kamu seekor Kucing Jalanan?? Kucing Liar? Kucing Buangan? Kucing Tiada Bertuan? Atau Kucing Muka Tak Malu Yang Ingin Makanan Percuma? Sila hadir seperti ketetapan di atas. Aku gunakan sistem ' Siapa cepat dia habiskan!' Jadi jangan berlengah lagi!

Kucing yang bertuan?? Harap maaf anda tidak di alu-alukan sama sekali!!!

iji

Okey!! Gambar adalah blur. Tiga ekor kucing pertama sudah hadir tanpa perlu mendaftarkan diri. Tahniah!! Jemput rakan-rakan kamu yang lain sekiranya kamu bukan seekor kucing yang tamak. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Makan sehingga kenyang!!

Nota kakitanganku : Cepat! Cepat! Jika kamu habiskan 1 kg ini!! Aku akan buat-buat jatuhkan lagi 4kg 'kibbles'!! Laiii laiiii!!!

:pompom:

Meng|ra bULu kamB|nG.. Eh Eh.. LeB|h Ba|k BuLu Dak Ut|h!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:46 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Mata seperti biasa tidak mahu lelap! Mengapa ya?? Aku mulanya sudah menutup Si Hitam Manis ini... Eh eh.. maksudnya notebook ini. Setelah puas mencari alternatif untuk memujuk mata ini agar pejam sehingga pagi gagal. Aku mengaktifkannya semula.

Melayari entah apa-apa laman web ( Semestinya yang bukan porno!! Dosa tau!! Haippp!! ). Leka dan masih tidak mengantuk juga!! Mulanya tidak mahu menge'post' apa-apa di sini. Tetapi jari jemari terasa gatal pula menari-nari menekan-nekan kekunci huruf!! Tanpa motif dan tajuk utama aku terus mengetik tanpa arah tujuan. Tengok!! Dah berapa baris aku taip?

Aku tidak mahu meletakkan gambar ini. Apa ke halnya gambar yang amat mengiurkan hanya di waktu tengah hari ini, di letakkan malam-malam buta pula. Tapi, anggaplah entry ini sehingga tengah hari esok... Hik hik hik...

buh


Okey!! Aku akui, mungkin gabungan warna dan bahan-bahannya membuatkan aku tidak sabar untuk mengeluarkan gambar ini esok hari. Eh.. eh.. inilah gambar sebenar A..B..C..D..E..F..G yang entrynya aku tulis di sini.

Arghhhh!! Mengapa aku sanggup mempertaruhkan Modem 'Wireless' yang baru aku ganti baru ini di tengah-tengah petir yang sedang berdentam-dentum ini?? Kaya sangatkah mahu beli yang baru..? Huh!! Hujan sepatutnya buat aku lena. ErhMmmm.. Tidurlah!! Aku tidak mahu esok mata aku di sangkut dengan lidi lagi.

Nota kakitanganku : Eh EH.. Dak Utih dah masuk beradu. Bolehlah aku kiranya bulunya sehingga mata lelap!! Hik Hik Hik..

:sleepy:

Tuesday, June 23, 2009

1..2..3..4.. TekaN-TekaN Tak Dapat!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:16 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Sudah-sudahlah. Saya memang tidak begitu 'baik' dulu. Tetapi manusia boleh berubah mengikut peredaran masa.

Bukan masalah warak, alim atau baik. Tetapi saya bersetuju dengan perkataan matang itu. Kedewasaan mengajar kita mengenal dosa dan pahala. Kematangan buat kita berfikir tentang hala tuju kehidupan yang sebenar.

Bangun dari kegagalan. Sedar dari kesilapan. Tidak selamanya hidup perlu bergelumang dengan noda dan dosa.

Sekarang bukan lagi masa untuk berpoya-poya atau bercengkerama segala. Fikir masa depan. Itu yang utama.

Ubahlah persepsi bahawa hidup ini hanya begini-begini sahaja. Jika begitu, hanya begitu-begitu sahaja.

Okey! Hindarilah jika tidak suka. Tidak mengapa! Hilang kawan yang durjana, tidak rugi apa-apa.

Yup! Pergi jauh juga andai di rasakan kita ini tidak sekepala. Tiada sepincing pun rasa kesal beraja di hati malah di alu-alukan lagi.

Manusia punya prinsip dan pendirian. Punya maruah dan harga diri. Dulu mungkin lupa, sekarang teringat semula.

Berpeganglah kepada akal dan fikiran. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan berpura-pura. jangan mempersenda.

Malah berdoalah agar hati kita sama-sama terbuka menerima Petujuk dan Hidayah Dari-Nya...
Insya-Allah.

Nota kakitanganku : Ini bicara untuk seorang kawan yang bertanya ' Sudah jadi warak ye sekarang'. Dan aku ingin menjawab.. 5..6..7..8... Jangan cakap lebih nanti aku tangan!!!

@kembar

Monday, June 22, 2009

Kuc|ng AdaLah Def|nas| T|dur...??? BetuL kE..??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:56 PM 9 kUs-kUs Links to this post
uikk

Jika di beri peluang, mereka akan tidur 24 jam sehari. Jika aku tidur mereka tidur. Jika aku bangun mereka bangun. Jika aku tidak bangun-bangun???

Mereka suka tidur atas katil. Walaupun aku dah alaskan tempat mereka dengan kain cadar warna merah jambu yang amat cantik di sulami bunga-bungaan, namun cadar berwarna 'plain' aku juga yang menjadi idaman kalbu. Marahlah macam mana sekalipun.

Tidur mereka terlalu lama. Kadang-kadang aku suka jerit-jerit. Bising-bising. Biar mereka terjaga dan bermain. Kalau rajin bawa keluar dan biar mereka berlari-lari aktif sedikit.

Dak Itam tu aku tak kisah sangat. Sebab dia memang pandai bawa dia. Tapi Dak Utih ni..? Makan pun nak kena tunggu. Silap haribulan kena bersuap!

Kucing oOh Kucing. Dalam kemarahan terbuku kasih sayang.

Nota kakitanganku : Alahai... Sabo yo lah!! Hik hik hik..

:wink:

Allah Mas|h Ber| PeLuang!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:10 PM 16 kUs-kUs Links to this post
ju
Umur masih panjang. Alhamdulillah....
Pokok ini tumbang betul-betul di hadapan mata waktu aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Alhamdulillah aku tidak gelabah dan cepat menekan brek. Nasib baik juga tiada kereta di belakang. Kalau tidak, mungkin kereta aku sudah jadi seperti 'cheeseburger'!!
Gambar itu di ambil sewaktu aku balik ke rumah tengah hari tadi. Aku berada di laluan sebelah kanan pagi tadi. Walau pokok getah tua itu tidak terlalu besar tetapi cukup kuat untuk meranapkan sebuah kereta atau beberapa buah. Angin bertiup agak 'ganas' sedari Subuh. Mungkin itu puncanya. Eh! Mengapa di salahkan angin? Memang sudah sampai seru pokok getah itu akan rebah ke bumi sebenarnya! Angin hanyalah sebagai salah satu penyebab sahaja.
Pokok ini merintangi dan menutupi jalan. Kereta di belakang sudah penuh. Aku dengan selamba mematah-matahkan ranting untuk memudahkan perjalanan. 'Uncle' kedai motor yang rumahnya bersebelahan membawa parang. Eh eh!! Bukan untuk membunuh aku tetapi membantu membersihkan jalanraya. Terima kasih 'uncle Gemok'!! ( nama glamour dia memang macam tu sebab perut dia boroi tapi baik hati!!) Hik hik hik...
Aku sampai ke pejabat dengan selamat walau sedikit lewat!! Syukur Alhamdulillah...
Allah S.W.T masih beri aku peluang untuk hidup. Memuhasabah diri bahawa ajal dan maut tidak mengira siapa, dimana, bila dan bagaimana!! Syukur....
Nota kakitanganku : Aku hairan! Macam mana 5-6 buah kereta di belakang aku hanya mampu melihat dan tidak keluar dari kenderaan. Sedangkan aku yang berlagak sopan santun selama ini turut sama menyinsing lengan membantu!! Oh ! Lupa! Mereka takut bau minyak wangi mereka bertukar bau peluh!!

Sunday, June 21, 2009

GaMbar saya t|Dak Lucah!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:21 PM 20 kUs-kUs Links to this post
sxs
Okey!! Bukan seorang dua yang cakap dan bisik-bisik kat aku. 'Eh eh Tedi.. kau guna avatar lucah ek..??
Cikgu ayu cakap 'skali pandang mcm org pakai tutt..dua kali pandang.. berbulu plak tutt..
'Dak ashie pulak 'ke kotak tisu ader mashimaro??ke???
"Dak Leha lak cakap agak lucah sedikit 'cam gamba nenen bile pestime tgk.. bile 2nd time nenok, ade cam gaye nenen tucen..tp bile 3rd time nenok, ade cam tapak kaki kucen :-? ke kucen pakai bra :-?!!
Kucing pakai bra?? Wah itu satu penghinaan kepada manusia normal yang memakai bra Cik Leha!!Korang ni.. tak bolehlah aku ambil gambar ala-ala jurugambar proesional sikit. Macam-macam telahan korang buat ek??Untuk membersihkan nama pemilik kaki ini aku terpaksa membuat 'entry' khas untuk menerangkan keadaan sebenar!! Sekian. Harap maklum.
Nota kakitangan Dak Utih : Kecoh la lu orang!! Gua nak tidur pun tak senang maaa!!
sww

MaafkaN akU keraNa t|dak dapaT menzah|rkannya dEngaN kaTa-KaTa Lag|....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:10 PM 8 kUs-kUs Links to this post
SeLamat Hari Bapa.
Abah Bapa Terhebat Di Dunia.....

Saturday, June 20, 2009

Puan Za|Dah Azura.. Anda memPunya| Nalur| ke|buan YanG Hebat!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:17 PM 20 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
Aku rasa nak tergelak besar walaupun ada keluarga yang dalam kesedihan. Aku rasa nak bertepuk tangan sekuat hati walaupun ada keluarga sedang berdukacita. Aku rasa nak berhoye-hoye 3 hari 3 malam walaupun ada keluarga yang bermuram durja.
Aku dah lama menyampah betul dengan kenyataan-kenyataan penafian pihak
hospital bila tiap kali ada kecuaian yang berlaku. Berapi-api mempertahan
akitangan mereka. Hari ini keluar surat khabar, esok dah buat kenyataan
akhbar menafikan kecuaian tidak berpunca daripada mereka.
Aku ingin mencarut dengan sopan! WTF!!
( menggunakan singkatan, korang sebut pun sebut huruf je ok!! )
Bila masa kau tubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Siasatan kau tak
sampai pun
24 jam dah umumkan keputusan!!
Apa yang kau siasat?? Huh!! Kau lepas tangan kemudian kau tuduh kecuaian itu
berpunca ddari ibubapa!! Pakai otaklah!!
Ibubapa mana yang mahu anak mereka menderita sebegitu rupa!!
Tapi hari ini bila aku baca ini. Aku terasa ingin membuat aksi-aksi yang
aku nyatakan di perenggan yang teratas.
Berani mengaku kesilapan. Siasat lah bersungguh-sungguh sebelum
membuat pengumuman. Tengok!! Akhirnya.. Allah itu Maha Besar!!
Naluri keibuan Zaidah Azura mengatasi segala-galanya.
Pengalaman aku sendiri menjaga mak aku di hospital.
Jururawat yang masam mukanya tersilap membetulkan
kelajuan air yang jarum di cucuk di tangan tu ( aku tak tahu apa nama dia).
Jadi bila tiba-tiba air tu deras berjalan mak terjrit kesakitan.
Jururawat dengan muka yang masih masam berkata 'A'a terlaju sikit'.
Tiada permohonan maaf. Aku paham kau kerja 'shift' malam, tapi kalau bila penat
kau nak tarik-tarik muka, nak masam-masam, bengis-bengis. Jangan jadi jururawat.
Nanti semua pesakit bertambah sakit.
Satu lagi kes seminggu dua ni aku baru aktif balik di MIRC selepas
bertahun-tahun merehatkan diri. Aku terkejut gila bila seorang nicknama ni
( aku rahsiakan nama) sebenarnya sedang bertugas di hospital .
Aku perasan bila dia sebutkan wad dia dan siap berpesan pada seorang
pemilik 'nickname' lelaki supaya jangan lupa menelefonnya di wad tersebut!
Aku ingin mencarut!! WTF!!!! Aku taip begini..
' Puan A...... awk boleh ber'chatting' waktu bertugas. Nanti 'Sister' awak marah!'
Dan dia dengan bangga menjawab!
' Eh.. siapa Sister. Saya lah Sister kat wad tu'!!
WTF sekali lagi!! 'Sister' sedang berchatting. Kementerian Kesihatan sila pantau ini!!
Ini satu kes yang amat serius!! Dia ber'chatting' dengan alasan BOSAN!!!
Sister yang tiada otak!!! Tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak buah!!
Bila ada kes kecuaian berlaku. Kementerian Kesihatan akan bangga mempertahankan anak-anak buahnya.
Inikah? Beginikah?? Huh!!!
Panjang aku menulis. Ingin aku ingatkan. Aku tidak mengutuk semua kakitangan
Kementerian Kesihatan bersikap begitu. Dalam seribu mungkin satu.
Tetapi andai boleh di elakkan. Elakkan!
Jangan bila sudah terhantuk baru terngadah!!
Nota kakitanganku : Seperti biasa aku harapkan orang-orang 'besar'
Kementerian Kesihatan membaca luahan aku ini. Mengakui kesilapan jika anda betul-betul silap!!
'Sister' ber'chatting' waktu bertugas????? WTF!! ( Maaf, aku tidak pernah menaip huruf-huruf ini selama ini. Tetapi 'Ini Serius'!!!)

Friday, June 19, 2009

Kenapa Apakah InI??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:19 AM 10 kUs-kUs Links to this post
Hampir demam.. Badan sudah terasa suam-suam kuku kambing!! Eh eh.. suam-suam kuku!! Kenapa?? APakah??

Kenapa aku boleh hampir demam kus-kus ini?? Apakah kerana terlalu marah kerana peristiwa semalam ( rujuk posting di bawah) atau aku terlalu banyak makan buah durian..? Sebab itukah...??
Tekak terasa perit. Sebab En. El-Ninokah puncanya?? Huh!! Segalanya berkemungkinan! Janganlah demam terlalu tenat. Kerana hari ini aku masih menyimpan sisa-sisa harapan agar KPM mengfakskan surat tawaran kursus itu!!! Hari ini hari terakhir.
Jika tidak katakan tidak agar hamba tidak tenanti-nanti! Eh eh.. demam-demam pun nak berseloka segala!! hik hik hik...
Nota kakitanganku : Ya Atau Tidak?? Wah!! Mari kita berteka-teki di hari Jumaat ini!!

Thursday, June 18, 2009

Amat MaraH sekaL| DengaN En. Haizad, aizad?? Izat..?? Apa-apa je lah!!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:03 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Grrrrrr!!! Aku bersungguh-sungguh meninggalkan pesan dan dia bersungguh-sungguh mengambil pesanan itu. Berkali-kali aku ingatkan beliau sampaikan pesanan ini kepada mereka yang bertanggungjawab kerana aku terlalu berharap!!
Tapi hari ini kemarahan aku berganda-ganda. Aku telefon balik Bahagian Sumber Manusia KPM( dahlah susah nak dapat line, dah dapat tak berangkat pula), pegawai yang angkat beritahu nama aku tiada dalam senarai!!! Perlukah aku mencarut?? Aku rasa aku jadi orang yang terawal telefon sebagai calon simpanan. Kawan aku dapat surat hari Selasa minggu lepas hari Rabu aku dah telefon KPM minta di tempatkan aku sekiranya ada kekosongan. Tapi hari ini..??
Wahai En haizad, aizad, izat.. apa-apa je lah!!Adakah anda seorang yang amanah?? Menyampaikan pesanan saya kepada 'bos' anda atau orang yang di pertanggungjawabkan?? huh!! Kalau jawapan anda 'YA' mengapa nama saya tiada tercatat. Sedikit pun tiada. Bau-bau durian pun tiada..?? Jika jawapan anda "TIDAK". Jawablah di akhirat nanti!!
Kalau kursus yang lain-lain aku tak terkilan sangat. Tapi ini Akaun dan Kewangan. Kursus yang aku dambakan 2-3 tahun kebelakangan ini. Huh! Kecewa gila!!!
Nota kakitanganku : Eh Eh! Anda kenal dengan beliau? Jika ya, sampaikan salam saya dan katakan saya tunggu beliau di Padang Masyar nanti!! InssyaAllah. Grrrrrr!!! ( Hampir menjadi harimau bintang!!!)

Ani anGkat jemURan.. Hujan daH tuRun....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:24 AM 4 kUs-kUs Links to this post
wahhhhh!! Seronok...seronok.. Hujan adalah lebat pagi ini. Amat menyejuk dan menenangkan. Alhamdulillah. AKhirnya. En El-Nino beralah jua. Mungkin tidak dapat menahan panas asmara Cik Awan Mendung. Ekekekekeke....
Guruh bersambung-sambung bagai irama dan lagu yang tidah dapat dipisahkan dengan titisan hujan yang lebat. Chewahhh.. Ayat adalah jiwang!! Okey!! Mari kita mulakan kerja dengan penuh bersemangat dalam keadaan yang amat mendamaikan ( Ayat ini hanya untuk mereka-mereka yang punca udaranya menggunakan kipas sahaja. Ekekekekeke..)
La la la la la.. Senangnya dalam hati...
Nota kakitanganku : En Blogger adalah amat kejam. Lihat layout yang canggih-canggih dulu. Semuanya dah berterabur!! Huwaaaa!! Ini semua mendatangkan kemarahan!!!

Wednesday, June 17, 2009

A..B..C..D..E..F..G.. Eh eh!! ABC Jer!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:37 PM 10 kUs-kUs Links to this post
frfr
Entry ini untuk men'jeles'kan Dak Ashie sebenarnya... Tapi sayangnya atas sebab begitu rakus dan gelojoh, gambar yang mengiurkan itu tidak sempat di ambil. ( Mungkin Dak Ashie dah jampi sebelum itu.)
Jadinya... hanya cawan plastik kosong yang tidak berapa meyelerakan aku tepekkan di sini. Ekekekeke...
ABC RM 1.50 yang telah habis dan hanya tinggal ketul-ketul kecil ais. Cuaca memang panas. Fenomena Al-Nino kembali menjengah! Selamat datang!! Serang sikit-sikit cukuplah ye En Al-Nino!!
Nota kakitanganku : Rasa secawan tak cukup. Tapi malu nak beli cawan ke dua. Eh eh!! Lupe dietku!! Ekekekekeke..

Tuesday, June 16, 2009

Dur|an Oh Dur|an!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:54 PM 14 kUs-kUs Links to this post
w
Hari ini di pejabat memang sibuk. Sibuk 'sorting' surat-surat untuk masuk dalam fail. Tak habis-habis lagi kerja ni. Maklumlah aku seorang je, tiada siapa nak tolong.
Minggu depan kawan-kawan lain ada kursus Kewangan kat Ayer Keroh. Aku dah 3 tahun minta kursus ni. Nama tak lekat-lekat juga. Dari minggu lepas asyik telefon Bahagian SUmber Manusia KPM. Sekali je dapat yang lain-lainnya talian sibuk. Ingat nak minta menyelit untuk kursus kali ini. Maklumlah buat di Melaka jadi tak lah jauh sangat. Ekekekekeke...
Macam hari ini, aku call dari pagi sampai petang tidak berangkat. Nada deringan ada. Dekat pukul 4.oo petang baru berangkat. Itu pun pegawai yang bertugas tu 'outstation' lah pula!! Alahai.... nampak gayanya lepaslah aku lagi untuk sesi kali ini.
Kepala pun dah 'miong'. Mungkin asyik makan durian je. Hehehehehe... Tapi aku bukan 'hantu durian'. Ada orang yang lebih 'hantu' lagi dari aku. Aku makan 5-6 ulas je. Tapi kalau tempoyak tu memang aku suka.
Nota kakitanganku : Siapa tahu 'skill' kopek buah durian yang paling mudah? Sebab aku selalu dapat merasa yang comel-comel je sebab hanya itu yang mampu aku kopek walaupun aku dah ikut betul-betul laluan garisan tu.. Ekekekekeke...

L|ne tak Berapa Nak cLear...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:27 AM 4 kUs-kUs Links to this post
Sekolah dah buka!! Jadi keterbasan mengadap PC adalah sangat-sangat kerana ini satu-satunya pc yang masih 'hidup'. Aku pun tak faham. Mengapa sekolah UE macam ni bantuan dari kerajaan adalah terbatas.
Satu PC ini di kongsi bersama-sama guru-guru sekali. Kadangkala jika nak guna terpaksa menunggu giliran. Sebab itulah, kerja-kerja menaip aku lebih suka buat waktu petang bila keadaan reda sedikit. Cuma waktu pagi wajib tengok emel sekolah.
Nasib baik cikgu-cikgu kat sini boleh bertolak ansur. Jadi jika aku 'urgent' nak guna tak lah payah sangat! Hik hik hik...
Kerja adalah banyak. Mungkin sebab aku rajin nak ubah itu ini. Jadi, orang kata takda kerja carik kerja! Ekekekekeke.. tapi takpalah. Ini semua untuk kebaikan bersama dalam jangka masa yang panjang!
Nota kakitanganku : Dah lama tak pekena ABC kat gerai depan! Mak guard yang selalu belikan tu kursus seminggu. Jadi aku adalah malas nak pergi beli sendiri. Ekekekeke...

Monday, June 15, 2009

|ngaTan paDa saTu kas|h yanG taK jaD|

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 PM 0 kUs-kUs Links to this post
Kesilapannya,
kau tidak berdaya berterus terang,
dan aku tidak berjaya mentafsir.


Kesilapannya,
kau membina harapan,
bagai mengatur gambar-gambar,
pasa sebuah album yang indah,
sedang aku tidak pernah melihat,
gambar-gambar itu.


Kesilapannya,
kita telah bertemu,
dalam mimpi yang menggembirakan,
tapi aku lebih gembira,
bila terjaga dari mimpi itu.


Karya: Zurinah Hassan


Aku suka gila dengan karya dari Zurinah Hassan ini. ( Maaf aku kurang pasti gelaran bagi beliau). Dah lama aku simpan puisi ini. Maksudnya amat dalam sekali.


Bagi pemahaman aku yang amatur dalam bidang penulisan ni. Puisi ini mengisahkan sebuah kasih yang tidak kesampaian kerana cintanya tidak terluah.

Jadi, sebelum anda kehilangan insan yang anda sayang luahkanlah apa sahaja perasaan yang terbuku di hati masing-masing.

Nota kakitanganku : Aku dah lama tidak menulis. Rangkaian 'Buku Berwarna' juga tiada sambungan untuk buku ke-4. Mengapa sering terpedaya dengan hasutan syaitan yang membuai perasaan malas ini??

Okey!! |n| BeLum mUktamaD!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:47 AM 7 kUs-kUs Links to this post


Aku dah kehabisan idea. Aku akui kadangkala perkara yang kita fikirkan mudah, rupanya tidak. Jangan pandang remeh orang kata.

Hik hik hik.. Akhirnya aku dah nampak rupa blog aku macam mana. Maaf kawan-kawan andai ini bukan seperti yang di harapkan. Aku akan 'edit' dari masa ke semasa.

Sekurang-kurannya aku mencuba. Berjaya atau tidak janji kepuasan itu dapat aku rasakan.

Terima kasih kepada yang beri semangat gila-gila tu. Ahaks!! Over sangat ek minah ni, nak tukar template pun lorat gila!! Orang lain tukar sehari 5-6 kali pun tak lorat macam ni.
Ha ha ha ha..

Yup!! Malu bertanya sesat jalan. Terima kasih pada kawan-kawan yang beri nasihat.

Nota kakitanganku : Jauh Perjalanan Luas Pandangan!!!
(eh eh!! Macam tak kena je dengan tajuk entry!!)
Hik hik hik..

Sunday, June 14, 2009

arGhhhhh!! Kawan-kawaN!! Ber| akU kekUataN!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:09 AM 11 kUs-kUs Links to this post


Kenapa ada perasaan sebegini..?? Mengapa?? Dan mengapa aku yang terpilih. Apa salahku? Apa kesilapanku? Inikah keadilan??

ArghhH!! Tekanan!! Bantulah aku leraikan semua kebuntuan ini. Buntu membuat keputusan. Keputusan yang di perlukan segera.

Mengapa perlu tertangguh-tangguh? Ini semua satu kesilapan yang aku sengaja menempah awal-awal. Sepatutnya aku berfikir dahulu sebelum bertindak. Selalu macam tu! Cuai!! Tergopoh-gopoh! Gelojoh! Erk!!

Kini penyesalan tiada berguna. Masa yang lepas tidak boleh di undur lagi. Mahu atau tidak aku perlu lakukan sesuatu supaya semuanya menjadi seperti sediakala. Walau tidak sama tetapi biarlah serupa.

Kawan-kawan!!!
Bantulah aku!! Beri aku semangat dan kekuatan untuk menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian blog aku ini!! Sob sob sob!!!

Nota kakitanganku : Yer betul!! Fikir dan rancang dahulu sebelum bertindak supaya jika apa-apa berlaku tiada penyesalan!! Singkirkan rasa malas kerana syaiton-syaiton sedang manari-nari girang memperdayakan aku yang dah sampai tahap kritikal malasnya ini.

Saturday, June 13, 2009

UnDer cOnstruct|oN...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:26 AM 14 kUs-kUs Links to this post




Tangan adalah gatal-gatal untuk tukar template baru... Ambil yang itu, tukar yang ini. Ubah yang itu, ubah yang ini. Tapi sampai ke sudah tak jumpa mana yang berkenan di hati. Lagi pun aku tak mahir dalam mengubah-ngubah ni.. Hehehehehehe

Akhirnya, aku tertidur sedangkan template baru tak juga lekat-lekat. InsyaAllah. Aku akan baik pulih semula blog ni. Tapi ambil masa sedikit. Sebab hujung minggu hari untuk jalan-jalan.
Ha ha ha ha..

Nota kakitanganku : Aku boleh di umpamakan seekor tupai yang sedang membaiki labu!! Ekekekekeke...

Friday, June 12, 2009

HujanLah ... BasahkaN seMuanya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:35 PM 6 kUs-kUs Links to this post


Yang ini bukan hujan airmata ye. Tapi hujan betul-betul. Bukan juga hujan cobaaaaaan!! Korang suka salah sangka. Ingat kerja aku asyik nak menangis je ke? Dah tak da kerja lain agaknya.
He he he he..

Sedari pukul 6.00 petang tadi sudah ada tanda-tanda hujan akan turun. Awan hitam sudah berarak datang. Mendung menutupi cahaya matahari. Guruh silih berganti memancar cahaya. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut membawa udara sejuk. Nyaman sekali. Terasa tenang itu ada. Sempit itu sudah terasa lapang sedikit. Alhamdulillah. Ada hikmah di sebalik kesedihan.

Elok benar aku tidur awal sedikit malam ni. Mengqada' tidur semalam yang tak lena. Itu pun kalau mata izinkan. Kadang-kadang kita hanya boleh merancang.

Hujanlah... Basahkan semuanya Bumi Allah S.W.T, Tuhan Alam Semesta.

Nota kakitanganku : Terima kasih Spongebob. Hari ini baru terasa nak ketawa kuat-kuat dan sepuas hati. Dah lama tidak ketawa dalam erti kata sebenar ketawa. Terima kasih. Semoga hujan melenakan malam ini.

Aku Memang MacaM BurunG H.A.N.T.U!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:45 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Aku maksudkan burung hantu okey!! Bukan macam hantu. Malam tadi memang tak tidur langsung. Bukan tidur-tidur ayam. Bukan tidur-tidur kucing juga.
Jadi kesan dan akibatnya adalah pagi ini. Mata amat sembab dan pedih. Aku masuk pejabat pukul 8.30 pagi. Ikut suka hati aku je kan...?? Astagfirullah al azim.. Apa nak jadi ni Dak Tedi oiiiii!!!
Orang tidur kau jaga!! Orang pergi kerja kau nak tidur pula!!
Jadi hari ini kerja-kerja pemfailan berada di tahap ke 3 daripada 4. Kira-kira macam nak habislah tu. Kerjanya asyik berdiri untuk 'sorting' surat-surat yang tidak berfail tetap sejak Januari 2009. Agak cergaslah sikit daripada duduk melepek je atas kerusi!!
Tapi mata masih malu-malu garfield nak buka.
Nota kakitanganku : Haruskah aku tidur sekarang??? Buat-buat macam aku tak sihat walau sebenarnya aku mengantuk!! Huh!! Tak baik!!! Kerja!! Kerja!! Kerja!!

B|La Hat| sEmak|n JauH....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:22 AM 0 kUs-kUs Links to this post
Aku tidak perlukan alasan yang panjang!! Kerana kadangkala alasan itu tidak begitu munasabah! Aku sudah penat. Terlalu sarat memikirkan yang negatif sahaja. Aku ingin tersenyum. Aku ingin bila malam tiba mata akan selalu ingin terlena.
Aku tidak mahu terkebil-kebil dalam gelap dah fikiran merepek-repek sahaja sampai ke pagi. Tetapi kenapa masih ingin bertahan? Sedangkan aku rasakan kaki sudah tidak mahu melangkah ke hadapan. Sedangkang hati aku rasakan semakin mengecil.
Aku tidak mahu lebih. Tidak mahu banyak. Tidak mahu yang bukan-bukan. Sedarilah kewujudan aku dalam sehari-hari ini. Kerana aku juga punya perasaan.
Aku tidak ingin hati terasa sakit. Tapi itu yang aku dapat. Aku dapat semuanya. Penat dan lelah menanti seharian. Tidak di endah. Aku masih hidup dan bernyawa.
Nota kakitanganku : Aku akan berdiri selagi aku tidak rebah. Jika sekali aku jatuh, untuk bangun semula pasti perit dan menyakitkan.

Thursday, June 11, 2009

Eh! Eh! Lama Tak Ma|n bEnDa n|!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:52 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Okey kawan-kawan! Sempena 'posting' yang ke-100 ini saya nak menjawap tag dari Cik Nana. Lama tak jawab tag kawan-kawan. Jadi, hari ini mari kita bermain teka-teki menjawab soalan bersama Cik Tedi!! Hik Hik Hik...

1) APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU ?


sOmEtmEs sLenT s thE bEst aNswEr~!

Kadangkala Diam Adalah Jawapan Yang Baik..... Ehm... Aku ni selalu ada angin kus-kus. Kalau marah atau terasa hati atau merajuk segala. Aku lebih suka diam. Lebih suka menjauhkan dia dan tak suka nak marah-marah. Kata orang simpan dalamlah!! Hik hik hik.. Kalau dah okey. Aku sendiri yang akan memula percakapan.

2) APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?



http://myqza.blogspot.com/

Nick yang dah aku guna berabad. Asalnya Nick ni Qriedza. Tapi di pendekkan menjadi Myqza.

3) APAKAH 'METHOD' PENULISAN DALAM BLOG ANDA


Method..? or.. Metot!! Ha ha ha !! Metot tu nama gelaran anak buah aku sebab dia comel!! ekekeke... Tetiba!! Okey!! Aku suka tulis secara skema tanpa menggunakan 'short form' atau bahasa pasar. Tapi tak semualah. Entahlah. Mungkin aku nak menunjukkan bahawa aku ni mendapat 'straight' A dalam Bahasa Melayu untuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM!! ( Riak... riak... Astagfirullah al azim... )
Aku menulis mengikut kehendak hati. Tapi blog ni lain dari blog aku di 360 dulu. Di sini aku cerita tentang hidup aku hari-hari. Tiada yang menarik. Sekadar menulis untuk tatapan sendiri.


4) PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?


Tak pernah terlintas lagi. Sebab blog ni baru sahaja beroperasi. Bak kata orang. Belum panas punggung. Apa kehelnye nak hapus-hapus ni. Nyah.. nyah soalan ini. Tak sesuai!!!


5) ORANG SETERUSNYA UNTUK DI TAG


Siapa-siapa yang baca 'posting' ni dan rasa diri begitu kacak dan kiut-miut silalah ye, ANDA DI TAG!! Hik hik hik...

Nota kakitanganku : Wah! Taglah lagi!! Tengah ada mood nak jawab ni!! Ekekekeke!! Kalau ada hadiah menjawab tag lagi bagus!!! He he he he!!

Ses| B|ncanG sOaLan UPSR sEmaLam!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:49 AM 8 kUs-kUs Links to this post
eh eh.. bukan UPSR!! BITK da....
Aku katakan soalan-soalan itu amattttttttt 'kacang' sehinggakan aku rasa nak tidur je dari tanda jawapan!! Aku ingat nak bawa dadu!! Tapi dah kira macam judi pula, jadi dah haram!!
Bila rasa nak tidur tu memang tak boleh layan sebab meja aku adalah nombor 2 dari depan. Ketua Pengawas Peperiksaan tu pula meja dia di atas Dewan. Amat bernasib baik juga Ketua dia adalah 'Handsome' . Eh eh... ke situ pula!! Isk isk isk...
Jadi masa yang terluang itu aku isi dengan menghafaz soalan-soalan supaya aku dapat bincangkan di sini. Ha ha ha.. Soalan adalah sulit jadi dah tentulah buku soalan tu tidak boleh di bawa keluar apatah lagi meminjam sekejap untuk di buat salinan. He he he..
Okey!! Secara rawak soalan yang aku ingat :-
Ayatnya macam ni : Kadar perlaksanaan dengan perolehan kerajaan barang-barang import ni pasal insurans siapa yang perlu tanggung. MTO..?? FOB..?? MITI..??
Dah macam soalan ekonomi dah...
Lagi satu : Yang ni pasal nak keluarkan tender ratus-ratus ribu. Soalan suruh kita kira % bon lah depositlah.. Amat senang soalan ini untuk di jawab.
Lagi : APakah komponen-komponen utama kos output dalam sistem perakaunan Mikro..?
Lagi : Soalan tentang Akaun perbandaran.
Banyak soalan yang putar-putar buat aku pening. Patutlah kakak dari Lembaga Hasil Dalam Negeri tu ambil peperiksaan untuk kali yang ke 5.
Satu je cadangan aku kepada Jabatan Akauntan Negara. BUatlah soalan BITK mengikut agensi-agensi tempat kami bertugas. Kami bertugas di sekolah, kami tak tahu akaun Majlis Perbandaran itu macam mana, apatah lagi akaun Angkatan Tentera Malaysia. Asingkanlah soalan-soalan mengikut kesesuaian. Patutlah payah sangat nak dapat RM80.00 tu kalau macam ni soalan dia. Bukan masalah tak baca buku atau baca. Tapi kalau setakat soalan-soalan yang berkenaan dengan kerja kita sehari-hari takkan kita tidak dapat jawab dengan sempurna.
Susah sangat nak dapatkan elaun RM 80.00 walhal kerja-kerja kewangan di sekolah memang berat di lakukan untuk yang Gred N17 lulusan SPM! Melainkan yang dah ada asas perakaunan.
Kalau setiap tahun ambil periksa tapi tak pernah lulus buat habis kertas jer.
Nota kakitanganku : Aku tak pedulilah pegawai yang mebuat soalan dari Jabatan Akauntan Negara baca atau tidak walau aku amat-amat berharap mereka baca!!!!!

Wednesday, June 10, 2009

Al-Fatihah....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:50 PM 9 kUs-kUs Links to this post
ggbf
Aku memang minat dengan beliau. Setiap lakonan beliau memang menjadi. Tak kiralah jadi lelaki miang ke, watak ranggi ke... lawak ke macam dalam cerita Cinta Gila... atau warak seperti lakonan yang paling terkesan dalam hati aku Cinta Madinah!!
Hilang seorang pelakon yang amat berbakat. Al-fatihah untuk Allahyarham Shukery Hashim. Pelakon Malaysia yang perlu di ingati dan di hargai.
Takziah untuk keluarga Allahyarham...
Berita boleh anda baca di sini ...
Nota kakitanganku : Al-Fatihah....

Aku Amb|L UPSR har| |n|.. Eh... Eh.. BITK!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:44 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
Hari ini ada Peperiksaan BITK pukul 9.30 pagi di SMK Tinggi Perempuan Durian Daun, Melaka. ( sila gugel jika anda tidak tahu apa itu BITK).

Aku harap aku tidak tertidur di dalam dewan nanti. Manalah tahu soalan merepek-repek macam tahun lepas. Aku tak dapat jawab, aku mengantuk, aku tidur. Sedar-sedar je kertas jawapan telah pun di ambil oleh pengawas peperiksaan. Ehh.. Ehh.. Ke situ pula imaginasi aku.

Aku perlu yakin menjawab walaupun hanya 40 soalan objektif. Aku harap aku tidak kandas lagi untuk kali yang ke dua. Hik hik hik...

Nota kakitanganku: Balik nanti bolehlah singgah makan tengah hari di Restoran Lot 85. Rindu dah dengan ayam goreng dia. He he he

Tuesday, June 09, 2009

TongkaT Mata DeNgan L|D|

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:04 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Huwaaaaaa!!! Ngantuk gila!! Asyik menguap gajah jek!!!
Semalam aku tidur awal. Sebelum pukul 9.00 malam aku dah tidur. Kepala rasa sakit sangat. Makan Ponstan 2 biji, aku terus pengsan. Aku sedar pun dah pukul 2.30 pagi dah. Budak 2 ekor tu kalau aku tidur, mereka tidur. Kalau aku bangun mereka bangun!! Jadi untuk tidurkan derang balik aku bagi makan ikan. 4 beranak tu pun lapar agaknya. Bagi makan kat dapur lepas tu semua bawa haluan masing-masing.
Jam dah pukul 3.00 pagi. Mata tak mahu lelap. Berpusing-pusing aku tidur. Budak 2 ekor tu dah kenyang tidur balik dalam bakul. Dak Itam je menyeludup keluar lalu tingkap!! Wey Itam!! Kau nak pergi berpoya-poya yer..???
Dengar lagu dari 'handset'. Konon-konon bolehlah lelap mata ni. Tak juga!! Golek punya golek punya golek, jam dah dekat pukul 4.30 pagi. Ayam pun dah berkokok. Dak Itam yang keluar pun dah balik ikut jalan yang sama dan menyambung 'membuta'. Aku juga yang masing terkebil-kebil dalam gelap.
Akhirnya mungkin dekat pukul 5.oo pagi juga aku lelap. Sebab bila nak bangun dalam pukul 6.00 pagi tu, mata punyalah lekit nak buka!! 'Alarm' dari 'handset' macam lagu yang membuaikan lagi lena aku. Adehhhhh!! payahnya nak bangun. Jalan pun macam mata tertutup je. Hik hik hik...
Sekarang kat opis rasa nak 'melanding' je. Mata rasa pedih dan lekit nak buka!! Asyik basuh muka je. Nasib baik aku tinggal seorang. Sekejap-sekejap aku boleh letak kepala atas meja. Berehat-rehat sebentar bersama kit-kat!! Hik hik hik...
Nota kakitanganku : 'Overdose' ambil ponstan dan 'overdose' tidur!! Ha ha ha ha....

Monday, June 08, 2009

argHhhh!! |n| BoLeh MendatanGkan KemaraHan!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:26 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Papan kekunci notebook adalah rosak!! Lain huruf yang di tekan lain huruf yang keluar. Ini semua angkara kucing-kucingku yang suka bermaharajalela memijak-mijaknya saat aku terlena di depan notebook yang masih 'on'. Kadang-kadang notebook menjadi katil yang empok bagi haiwan-haiwan ini.
Ini mendatangkan kemarahan. Untuk meng'updated' blog menjadi sukar. Jalan penyelesaiannya ialah menyalahgunakan harta kemudahan pejabat untuk melayari internet. Arghhhhh!!! Aku terpaksa! Maafkan aku 'Bos'!!
Tapi korang jangan salah sangka. Walaupun aku berpeluang melayari internet sepanjang hari tanpa bekerja, tapi aku tidak mengambil kesempatan. Cheeewahh!! Betul!! Sekejap-sekejap je. Bak kata orang. 'Sambil menyelam minum air'. ( sampai buncit!!!)
Okey!! 'Posting' adalah merepek kerana hambatan kerja yang di tinggalkan selama 5 hari. Mari kita teruskan bekerja sekarang!!

Nota kakitanganku : Nasib baik pernah ada kes yang sama macam ni. Tak berfungsi. Jadi aku dah tahu 'workshop' mana yang perlu aku hantar ini notebooklah!!!

Saturday, June 06, 2009

sEhar|an D| TanjuNg B|dara...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 PM 2 kUs-kUs Links to this post
pantai2

Singgah di Pantai Kemunting, Tanjung Bidara. Kira arah-arah Pengkalan Balaklah!

pantai1

Maaf ye!! Pantainya tidaklah seindah mana. Kotor dan airnya agak keruh! Tapi ramai orang datang! Sebab ada chalet dan rumah tumpangan di tepi pentai!

wani1

Kanak-kanak ini sedang menggigit jari. Tidak sabar untuk mandi-manda. Tengok rambut beliau yang tercacak tu. ANgin kuatkan??

pantai3

Wah!! Agak romantik sikit pancaran mataharinya. Ada juga orang yang memancing! Ada ke ikan cik abang oi!!

wani2

Akhirnya. Beliau mandi sampai tak mahu naik ke darat. Menjerit-jerit histeria bila di dukung untuk balik.

kebun2

Okey! Masa untuk singgah di rumah pusaka arwah atuk. Rumah ni bersebelahan dengan sekolah Maahad Ehya Al-Karim. Nampak tu 4 tingkat. Huh!! Dekat sangat. Hanya pagar yang memisahkan.

kebun1

Dah lama gaban tak balik. Tak tahu pun kewujudan kebun ni. Siap ada pangkin untuk lepak-lepak lagi. ni semua mesti makcik-makcik aku dari Kuala Lumpur yang buat. Hujung-hujung minggu mereka rajin balik.

kucen2

COmel gila!! Mak dia pun 'sepesen' macam ni. Tengok!! Mana mata dia..?? Ha ha ha ha... Kucing pak itam lah ni. Patutlah hitam. Ha ha ha ha.. Ada banyak lagi. Orang yang jaganya seorang, tapi kucingnya lebih dari 6 ekor.

wani4

okey!! one more time!! Budak kecik ni tak penat-penat berlari-lari keliling laman. Aku yang mengejarnya dah sesak nafas minta di CPR!

Okey!! Masa untuk berehat. Kepala sudah pusinglah!!

Nota kakitanganku : Habiskan masa macam ni, memang 'mereleasekan' tekanan. Hik Hik Hik.. 5 hari cuti ni, betul-betul berehat dan berjalan-jalan. EhMmm... Nasib baik esok Ahad. Rancang nak ke mana lagi ye..??
 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting