Friday, July 31, 2009

Mat| |tU Past|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:46 PM 64 kUs-kUs Links to this post
za

Aku baru balik dari Tanah Perkuburan. Jiran aku meninggal dunia petang tadi. Jenazah di bawa dari Kuala Lumpur pulang ke kampung dengan menggunakan Van Jenazah BOMBA! Macam arwah atuk dulu. Meninggal dunia di rumah aku dan di kebumikan di kampunnya di Tanjung Bidara menggunakan Van BOMBA juga kerana Paksu aku seorang Pegawai Bomba. Ramai saudara mara yang hadir. Al-Fatihah.

Nota kakitanganku : Aku juga. Andai esok aku tiada, sedekahkanlah aku dengan AL-Fatihah....

IngaTkaN JaD|, Tap| Hat| TaK saMpa|!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:23 PM 26 kUs-kUs Links to this post
'Shoutbox' masih bengong! Maafkan aku kerana tidak dapat membalas mesej-mesej kamu semua. Hari ini setengah hari sahaja aku bekerja. Kerana selepas mendapat keizinan aku perlu ke hulu ke hilir menjadi minah 'despatch'!

bu1

Big Apple !! Lama 'gaban' tidak makan. Ini buah tangan dari bekas Bos aku. Jumpa dia tadi sebab ada projek usahasama. (muehehehehe)

bu2

Susunan tidak teratur. Ini kesan daripada brek kecemasan tadi. Dari kerusi belakang jatuh ke bawah. Ha ha ha.. Nasib baik masih comel tersusun. Ekekekeke...

Okey!
Aku aku mahu cerita pasal Ibu Si Oyen. Aku ke SPCA Melaka tadi untuk membuat tinjauan. Kedatangan aku di sambut oleh bunyi-bunyian anjing yang bersahutan. Aku ingin menghantar Ibu Si Oyen yang bunting ke sana. Itu jalan yang terbaik sebelum emak menghantar ke pasar. AKu sudah berjanji dengan 'Uncle Apek' untuk menghantarnya sebelum pukul 5.00 petang ini.

bu4

Aku sempat membeli 8 bungkus makanan kucing APRO.

Photobucket

Empat bungkus untuk di sedekah ke SPCA. Sebungkus untuk tuan Budak-budak Oren yang baru (mereka akan di 'adopt') dan selebihnya untuk rumah ini.

Sampai ke rumah hampir pukul 4.00 petang. Mencari Ibu Si Oyen. Aku perasan sejak semalam perut dia agak susut sedikit.Aku jadi serba salah. Aku tidak dapat pastikan adakah ibu SI Oyen sudah beranak. MasyaAllah. Masa sudah suntuk. AKu memasukkan Si Ibu Oyen kedalam sangkar dan aku berjalan mundar mandir.

AKu perati betul-betul perut dia. Memang susut walau nampak buncit sedikit. Aku menyelongkar stor, keliling rumah mencari andaikata beliau sudah beranak. AKu tidak jumpa tanda-tanda itu. Cuma di atas siling rumah saja aku tidak periksa. Tapi sejak semalam Si Ibu Oyen rajin turun naik siling. Adakah anak baru beliau di atas?

Setelah berbincang dengan adik, aku lepaskan semula Ibu Si Oyen. Aku tidak mahu menjadi zalim seandainya dia benar-benar sudah beranak. Pasti anaknya akan mati tidak makan. Nantilah dahulu. Sebab semalam jug aku perasan kakinya ada kesan basah dan kotor. Tapi aku tidak dengar bunyi anak-anak kucing. Biarlah dulu Ibu Si Oyen. Mungkin dia sudah beranak dan menyimpan anaknya di tempat yang aku tidak nampak.

Pasti ' Uncle Apek' tertunggu-tunggu kedatangan aku. Maafkan aku 'Uncle Apek' hati aku tidak sampai untuk menghantarnya jika beliau benar-benar sudah beranak.

Nota kakitanganku : Sejak balik pukul 4.00 petang tadi aku tidak nampak bayang budak Utih ni? Mana dia merayap??

|n| T|kus BoLeh MakaN aTau t|Dak..?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 42 kUs-kUs Links to this post
h1

"Bos!! Aku lapar! Ini tikuskan? Aku makan ek?"

"Itu bukan tikuslah! Itu tetikus!!"

h2

"Lantaklah! Janji ada kus-kus belakang dia."
"Suka hati kaulah!!"

Nota kakitanganku : Kalau tak mengusik barang-barang aku memang tak sah! Duduk diam-diam tak boleh??

Nas| 'AmbenG' oRanG JowO!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:22 AM 54 kUs-kUs Links to this post
Maaf kalau aku salah fakta. Tetapi dari pengetahuan aku yang tidak berapa banyak ini. Nasi Ambang a.k.a Ambeng ini berasal dari Jawa. Selalunya jika ada orang Jawa kenduri sahaja nasi ini ada. Tapi aku memang asal orang Jawa, tidak pernah buat cara ini. Lebih selesa berdulang.

Photobucket

Aku sampai sahaja, sudah siap semua. Cepat kan?

am2

Ini lah rupa sebenarnya. Setompok lauk di atas. Lauknya terdiri seperti Ayam Masak Merah atau Sambal Ayam, Serunding Kelapa, Pacelis (tolong betulkan ejaan! ) terung, Lodeh, Mee Goreng dan timun. Itu yang selalulah. Yang kadang-kadang ada juga yang letak ikan masin :).Satu dulang di bahagi empat orang. Banyakkan nasinya? Selalunya nasi ambang terus di bungkus untuk di bawa pulang. Setakat ini aku belum pernah tengok orang makan lagi di rumah kenduri. Semuanya bungkus dan bawa balik. Ringkas. Tidak perlu seperti aku hari itu, semasa cukur jambul adik Ija membasuh pinggan mangkuk sehingga pinggang hampir patah.
Ha ha ha...

sw3

Selalunya lauk di bungkus sekali dengan daun pisang dan di masukkan ke dalam plastik untuk di bawa pulang. Tapi kami masukkan ke dalam plastik putih supaya balik nanti boleh terus masukkan ke dalan peti sejuk. Kenapa? Iyalah, aku pergi kenduri bertiga, setiap bungkusan itu boleh makan sampai empat orang lagi. Kalau bawa balik tiga bungkusan, bukankah banyak? Jadi masuk dalam plastik senang. Lauk tidak rosak. Sayangkan rezeki?

Okey.

Itu sahaja. Ada apa-apa pertambahan maklumat? Sila kongsi bersama.

Nota kakitanganku : Tidak semua orang makan Ambang. Sebab kata mereka, geli mahu makanan yang telah bercampur-campur lauknya. Eh! Bukan makanan ayam. Rezeki, mengapa mahu rasa loya? Masing-masing...

Thursday, July 30, 2009

Yup! K|ta Patut BersyUkur DenGan Apa yanG K|ta aDa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:45 PM 38 kUs-kUs Links to this post
q4

Aku jumpa di tengah jalan masa mahu kembali semula ke pejabat selepas balik tengah hari tadi.

q2

Aku tidak salahkan orang yang membuang anak kucing ini di tengah-tengah jalan yang kiri kanannya hutan dan di tanah perkuburan. Kenapa aku harus marah? Aku tiada hak untuk marah kepada mereka yang tidak berperikemanusiaan ini. Kerana sewaktu kanak-kanak dulu aku juga pernah berperangai sedemikian. Dan aku insaf!

a1

Aku mengangkat badannya yang kotor dan berkurap masuk ke dalam kereta. Kemana ingin aku bawakan anak kucing ini? Aku jadi buntu? Balik ke rumah? Pasti emak akan melesing aku dengan laju. Cukuplah 7 ekor di rumah. Yang akan bila-bila masa menjenguk dunia juga belum di kira lagi.

q3

Aku bawa ke pejabat. Aku bagi makan 'kibble' yang memang sentiasa ada di dalam kereta dan minum air masak. Selepas itu anak kucing ini menjilat-jilat bulunya. Aku pasti dia kenyang. Aku memanggil Jaga dan memintanya meletakkan anak kucing ini di gerai makan yang berhampiran. Maafkan aku anak kucing. Aku tidak mampu untuk membawamu pulang! Aku kuatkan hati!

q5

Alangkah beruntungnya kamu Dak Utih. Punya tempat untuk tidur, makan dan bermain dengan selesa dan sepuasnya. Bersyukurlah......

Nota kakitanganku : Anak kucing, aku juga menumpang. Bagaimana ingin aku bawa kamu pulang dan menumpang di rumah yang juga aku menumpang?

"BLog Aku, sukA hat| akULah!!"

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:57 AM 74 kUs-kUs Links to this post
Okey,
Pertama sekali aku minta maaf dengan tajuk 'entry' ini. Kadang-kadang kita rasa ianya nampak biadap. Tapi orang lain kadang-kadang nampak biadap lagi daripada kita.


Kesnya begini.

Semalam aku 'blogwalking' dan ternampak satu 'perbalahan' di kotak komen. Puncanya kerana En/Pn/Cik/Datuk/Datin/TanSri/PnSri etc. Anoy tidak puas hati dengan cara tuan blog menjawab komen.


Katanya," patutlah nampak banyak komen kau. Balas satu-satu!"

Kalau kamu tidak tahu apa itu 'balas satu-satu' kamu boleh tengok cara aku membalas komen. jadi secara tidak langsung kata-kata itu terkena ke batang hidung aku sendiri.


Tuan punya blog membalas "Blog aku, suka hati akulah!" Ya! Aku setuju itu. Lantaklah dia mahu balas macam mana cara sekalipun.


Macam inilah,

Masing-masing punya blog, jadi masing-masing berhak untuk berbuat apa sahaja selagi ianya tidak melanggar peraturan SKMM. Setakat balas komen satu-satu itu tidak kemana pun. Bak kata orang, tidak berkudis. Jadi tiada isu di situ. Kalau tuan punya blog mahu komen sampai 100 komen pun di kotak komen sendiri, tiada masalah bagi aku.


Aku pun tidak kisah kalau termasuk ke blog yang tiada pengikut dan tiada berkomen. Bila aku tinggalkan komen di situ dan mengikut beliau, tuan punya blog membalas, "ingatkan takda orang baca'.


Aku menjawab begini,

"Jangan tunggu kawan mencari kita. Kita yang harus bergerak dahulu.Rain-rajinlah mengikut blog kawan-kawan walaupun kita tidak saling mengenali. Insya-Allah orang akan ikut kita balik. Rajin-rajinlah meninggalkan komen dan bertegur sapa. Kata orang jangan bodoh sombong. Jangan iri hati dan hasad dengki."


Ini tidak, tengok komen orang lain lebih sedikit, tengok 'ranting' pengunjung cecah beribu sehari, sudah bising-bising. Orang yang mcam ini tidak perlu ada blog, tetapi hentakkan sahaja batu 'block' ke kepala sendiri. ( Okey! Gurau! Jangan buat!)


Nota kakitanganku : Ada orang yang buat blog untuk suka-suka. Tiada komen, tiada pengikut tiada orang baca pun tidak mengapa. Yang itu juga aku setuju. Tiada maslah, tiada kes dan tiada isu di situ. Sebabnya seperti tajuk di atas, "Blog aku. Suka hati akulah!!"

SKMM sama dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

wOrDLess ThursDay!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:34 AM 37 kUs-kUs Links to this post
l1

q3

q2

q1

Nota kakitanganku : ...........................

Wednesday, July 29, 2009

aNtara IE & MF, yanG manakaH jaD| p|L|han?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:39 PM 48 kUs-kUs Links to this post
Sebelum ini aku menggunakan IE. Tetapi sejak dua menjak ini aku lebih selesa menggunakan MF. Kenapa ya aku berpaling tadah?

Aku rasakan MF lebih cepat bertindak dari IE. Mahu kemaskini blog pun jadi mudah. Kalau di IE aku susah nak buat perenggan dan memasukkan gambar atau ikon. Mahu cari kod HTML pun susah sebab kena telek satu-satu. Tapi di MF hanya tekan kekunci dan perkataan yang di cara, jumpa!! Memang, tiap kejadian itu ada lebih dan ada kurangnya.

Okey!
Antara IE..

e

Dan MF..

m

Yang mana satukah yang kamu lebih suka gunakan atau selesa dan mudah di gunakan?

Nota kakitanganku : IE sama dengan Internet Explorer dan MF sama dengan Mozilla Firefox!
Icon IE kecil sebab aku lebih suka guna MF!! Ha ha ha ha...

uLser : N|kmat MakaN |tu, TerbaTas!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 41 kUs-kUs Links to this post

Sempat ke KFC sebab ada orang mahu belanja makan. Harus pergi walaupun tidak boleh makan.
Selepas itu harus pula memecut pulang ke rumah untuk menunggu Abang ASTRO datang.. Telefon cakap tengah hari. Tapi sampai ke sudah.....

Okey!!
Aku hanya mampu melihat ini.

ke1

Aku menjamah roti dan kentang putar sahaja.

ke2

Yang ini langsung tidak boleh usik.

ke3

Alahai.... Bila Allah S.W.T tarik sedikit nikmat makan yang kita ada selama ini, baru kita sedar bagaimana rasanya orang yang tidak dapat merasai semua jenis makanan seperti ini.

ke4

Allah menguji untuk menyedar dan menginsafkan. Tidak boleh menjamah makanan nampaknya aku ini. Lebih baik aku berpuasa daripada perut kosong menahan lapar tetapi tidak dapat apa-apa pahala.

Nota kakitanganku : Allah memberi cubaan dan pasti ada rahmat di sebaliknya.

D|aLog AnaK Kuc|ng!! ( |n| BukaN D|aLog Anak WayanG!!)

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 20 kUs-kUs Links to this post
pp1

Bos... oOooo Bos...

pp2

Bagi aku masuk Bos!!

pp3

Kamu tak bagi aku sondol pintu ni sampai pecah!!

pp4

Okey!! Aku lalu tingkap! Macamlah aku tak cerdik sangat!! La la la!!

Nota kakitanganku : Ya! Kucing juga sudah semakin cerdik sekarang!!

|n| JawapaNnya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 23 kUs-kUs Links to this post
wsw
Penyertaan di tutup awal sebab dah ada pemenang. Apa senang sangat soalan aku bagi ni????
Okey .. kepada 6 peneka terpantas.. ha ha ha... Sila tinggalkan nama dan alamat di emel aku mylosermind@yahoo.com Ini serius. :))
Ena Qaisya
Ustazah Dylla
Kakwatierman
Yanie Putrajaya
Kakrina
Cikgu Ayus
6 orang lah!!
Aku mula-mula dulu memang tidak tahu cara memakannya macam mana.
Ha ha ha!!

Selepas menuntut ilmu barulah tahu. Sebab itulah namanya pun Pulasan! Kena pulas baru boleh makan. Isi macam rambutan. Dua kali pandang macam laici pun ada.

Semalam ada cikgu bawa 2 bakul pulasan. Cikgu cina tidak berapa makan sangat. Jadi akulah bawa balik semua. Kalau beli sekilo mahunya RM 3.00.

Nota kakitanganku : Orang memberi kita merasa. Ada siapa-siapa mahu rasa tangannya di pulas? He he he he...

Okey!! Mar| k|Ta tekA Nama bUah |n|!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:20 AM 20 kUs-kUs Links to this post
b1

Lima peneka pertama yang tepat akan mendapat hadiah. :) Teka sekali sahaja. Jangan gatal-gatal mahu teka sampai 20 kali.

Nota kakitanganku : Aku dapat sebakul percuma semalam. Kenyang!!!!

Tuesday, July 28, 2009

MaLam ( ii )

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:39 PM 16 kUs-kUs Links to this post
uj1

Malam melagukan suara unggas mendayu,
titis hujan masih bersisa,
entah bila reda,
dan aku masih leka.

Sedang dirimu,
sudah pasti hanyut,
di bawa mimpi indah,
mengasyikkan.

31 Januari 2004

KePaNasan Aku TeLah beraKh|r...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 36 kUs-kUs Links to this post
k1

Kipas aku rosak pernah aku 'entry'kan di sini.

k2


Sekarang sudah ada pengganti yang berharga RM 58.00. Nyonya itu cakap ada diskuan
RM 10.00. Aku iakan sajalah.

Nota kakitanganku : Aku tidak perlu menumpang tidur bilik orang lain lagi. Ha ha ha!!


|n| 'LembU SusU' Dak|nya suDah t|Dak bOLeh TanggaL!! ( Part 3 )

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:20 PM 22 kUs-kUs Links to this post
Ini kucing kesayangan adik aku. ( Tolong jangan gelak)!

f7


Beliau memang nampak kotor dan tidak terurus. Nampak comot dan tidak 'ensem'!! Nampak kurus keding dan tidak gemuk! Tetapi beliau amat-amat di sayangi oleh adik aku.

f6


Jika ada siapa-siapa yang mempertikaikan akan ketidak'henseman' kucing ini. Siaplah!! Adik aku akan mengungkit sejarah silam kucing ini dan akan mereka-reka cerita eh bukan!! Fakta sebenar , contohnya seperti 'Eh! Dulu dia gemuk tau abah'. 'Tengok sahaja dia kurus tapi kuat makan'. 'Biarlah kotor pun, orang sayang'. 'Nak buang, buang yang lain, yang ni tak boleh'. 'Mak janganlah tinggi suara kat dia'. 'Janganlah pijak perut dia'. (kucing ini suka tidur tidak kira di mana-mana sahaja terutamanya di depan pintu masuk dan pintu bilik!


f4

Ekekekekeke.. Dan macam-macam lagi menandakan kucing ini kan di bela dan di belanya (dua maksud berlainan) sehingga ke hujung nyawa salah seorang/seekor daripadanya.

f1

Dak Kimo kucing pertama yang datang ke rumah ini kira-kira 4 tahun yang lalu.

f3

Kucing yang aku sendiri tidak tahu di mana asal-usulnya.

f2

Kucing yang bersuara nyaring dan di takuti oleh semua makhluk kucing di rumah ini. Dengar sahaja suara semua cabut lari cari perlindungan.

f5

Dak Kimo, kucing 'Lembu Susu' yang dakinya sudah melekat dan susah untuk di tanggal.

Nota kakitanganku : Yup! Aku juga sayang kepada ini 'lembu susu!!'

K|sah TragIs Dak |tam PuLa!! ( Part 2 )

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 38 kUs-kUs Links to this post
it2

Ini Dak Itam!! Aku ada kisah yang tragis untuk di ceritakan.

it5

Toleh ke kanan!!

it4

Toleh ke kiri!!

Okey, mari kita mulakan!!

it6

Nampak tanda hitam di bawah bibir eh mulut beliau?? Itu bukan tanda asli tetapi tanda yang telah beliau dapat kesan dari satu tragedi. Cheewaah!! Di suatu petang yang hening ( he he he) ketika aku sedang menyapu laman. Dak Itam telah di langgar oleh sebuah motor. Aku memang nampak dia di lenyek oleh tayar motor itu!! Beliau melarikan diri entah ke mana sedangkan malaun penunggang motosikal itu buat-buat seperti biasa sahaja.

it4

Hari sudah Maghrib. Sudah hampir gelap. Maka menagislah tuan punya blog ini meratapi kehilangan Dak Itam. Puas aku cari. Ke mana beliau telah pergi. Aku pasti beliau telah mati! Aku nampak beliau di gelek roda motor jahanam itu. Aku takut keadaan gelap akan menyukarkan aku menjumpai 'mayat' Dak Itam!! Menangis dan terus menangis sambil mencari-cari. Satu rumah kecoh kehilangan 'bangkai' Dak Itam. Ke manakah ghaibnya?? Sok sek sok sek. Aku terus menangis sambil mengelap air hingus!!

Tiba-tiba abah aku menjerit 'Ini hah! Elok saja dia!!!'
Ha ha ha ha.. Aku rasa mahu sahaja aku menari dangdut ketika itu. ( Lahabau Dak Itam, buang airmata dan hingus aku saja)

it1

Allah Maha Besar! Aku tidak tahu bagaimana Dak Itam boleh selamat. Hanya mengalami kecederaan kecil-kecilan sahaja. Alhamdulillah.

Nota kakitanganku : Tidak sanggup aku menghadapi kematian kucing aku buat kali kedua :(

KamU t|Dak Dapat MasuK |n| TV cHok|!! ( Part 1 )

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:20 AM 35 kUs-kUs Links to this post
e5

Saya Oyen dan ini adik saya Choko! (sebutan : co-ko!!) Choki (sebutan : co-ki!!) tidak dapat turut serta kerana masih di atas bumbung tidur!

e4

Hanya kami berdua!!

e3

Tidak bertiga!

e6

Tidak juga berempat!

e1

Mana datangnya warna putih ini?

e2

Maaf ya! Budak Putih ini tiada kena mengena dengan kami! Sibuk!! Sudah-sudahlah asyik kamu sahaja yang masuk TV! Kali ini giliran kami! Tolong ketepi sedikit. Mengganggu! Jangan geng dengan Budak Putih itu Choko!! Buweeekk!!

Nota kakitanganku : Semalam hujan, budak dua ekor ini tidak cukup 'korum', sebab seekor lagi tertinggal atas syiling tidak dapat turun kerana tersekat dek hujan!!
 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting