Monday, January 25, 2010

BLoGGer : LoGhaT NeGer| DaLam PenuL|san.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM
Photobucket

Terima kasih dak ashie. Sebelum permintaan mengenai tajuk ini, aku pernah terfikir mengenainya juga kerana pernah terbaca melalui GB satu blog yang mempertahankan bahasa rasmi blognya iaitu loghat Sabah.

Setiap negeri mempunyai loghat yang kita banggakan. Aku orang Melaka. Aku boleh menaip loghat Melaka di sini. Tetapi aku tidak buat. Kenapa? Sebabnya aku lebih selesa menaip secara skema sebegini. Kalau aku menaip loghat Melaka aku pasti ianya akan menjadi bahan sendaaan!! Ha ha ha.. Serius!

Okey! Berbalik kepada blog loghat Sabah itu. Beliau membuat satu entry mempertahankan mengapa beliau menaip dalam loghat Sabah. Tetapi balasan komen yang aku baca, aku bersetuju juga dengan hujahnya .

Kamu kena lihat niat sampingan kamu untuk menulis. Jika kamu ingin menaikkan 'rating' atau 'trafik' ke blog kamu, kamu kena akur dengan pelawat yang datang. Bukan semua dari Negeri Sabah. Serius, aku baca blog kamu aku tidak faham. Bila aku tidak faham, aku tidak akan datang lagi. Aku tidak tahu orang lain. Aku pernah ikut blog seorang blogger lelaki yang menggunakan 100% loghat Sarawak. Aku tidak mengikut blog itu lagi sebab sepatah haram aku tidak faham. Jadi aku mahu baca apa? Apa yang ingin aku komenkan?

Kamu perlu jadi mesra blogger jika mahu blog kamu orang senangi dan sering lawati. Aku menulis ini jika niat kamu untuk berkongsi tulisan kamu dengan orang lain. Jika kamu berniat untuk menarik 'trafik' tinggi. Jika kamu memang berkira bab pengunjung berdasarkan unik. Jika kamu mahu 'rating' melonjak naik. Jika kamu mahu orang lain rasa atau hayati hasil tulisan kamu.

Tetapi jka niat hanya untuk orang-orang sekeliling kamu sahaja, jika hanya untuk tatapan sahabat handai dan saudara mara. okey! Itu tiada masalah. Kamu boleh menaip loghat negeri masing-masing. Berkomunikasi hanya dengan mereka yang faham bahasa kamu. Kamu gembira dengan itu. Tiada masalah.

Tetapi!
Jangan sesekali bertanya 'Saya kemaskini blog saya setiap hari. Blogwalking. Beri komen. Tetapi mengapa jumlah pengunjung ke blog saya tidak ramai. Komen tiada??'

Jika kamu tanya aku sebegitu. Aku bagi virus 'J.A.H.A.N.A.M kepada blog kamu!! Ha ha ha.. Okey! Gurau! Kamu sudah tahu jawapan pada soalan kamu. Jangan pura-pura bertanya lagi.

Aku orang Melaka, seriusnya aku tidak faham jika kamu bercakap loghat Kelantan atau Terengganu. Jika sesekali. Tiada masalah. Kami orang luar ini juga dapat belajar sepatah dua perkataan jika menterjemahkannya ke dalam bahasa Malaysia rasmi. Tetapi kalau setiap 'entry' itu masalah bagi kami. Harap faham. Aku belum membeli kamus loghat negeri sebagai rujukan lagi.

Oh! Kamu yang ingin mengomen 'entry' ini baca dari mula sehingga selesai okey! Ini bukan 'entry' A.N.T.I L.O.G.H.A.T N.E.G.E.R.I!!! Ini 'entry' berkenaan dengan penggunaan loghat negeri dalam penulisan. Baca dan fahamkan apa yang aku cuba sampaikan. Tiada bangkangan langsung jika kamu ingin menulis dalam loghat negeri.

Gerun juga bila ada yang buat laporan polis nanti mengatakan aku anti dengan loghat negeri mereka. Ekekekeke...

Nota kakitanganku : Sabau jer lah!!








44 kUs-kUs:

iedaLUVsham on January 25, 2010 at 2:12 PM said...

eheheh!!! aku suka baca setiap entry tedi coz ayat yang tersusun dan kemas, takde tulisan pendek2,dan penting tak perlu kelakar pon aku suka ngan setiap entry tedi! :)

Uruchimaru @ kf on January 25, 2010 at 2:36 PM said...

hehehe masing2 puyer blog kan so up to you lah!

Wanie-san on January 25, 2010 at 2:52 PM said...

aloh!xkan aku cakak ganu pong mung dok pahang tedi!selame ni aku cakak ganu ngan mung tu..mung wat2 pahang la???siang ke aku wei!!

hahahahaha bleh je nak tulis dlm loghat sendiri..tp jarang2la...kang org xpaham org bagi makian free aje..ihihi

maiyah on January 25, 2010 at 2:59 PM said...

kalo loghat yg biasa dlm bahasa mudah bleh le fhm, apapun terpulang pd tuanpunya nk letak bahasa apa

fikaryna on January 25, 2010 at 3:01 PM said...

aku lebih suka bahasa standard..atau dalam bahasa senangnya bahasa yg seme org paham..x kira ko trgn ker kelantan..johor..kl atau sabah bah..kalau dah bhs penulisan sepatah haram x phm cane nak phm en3 n bg komen..pk2..

zns on January 25, 2010 at 3:14 PM said...

elok la guna bahasa standard..mudah difahami..apa yang kita nak sampaikan orang blh faham dan jelas maksudnya..ni pendapat zns

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ on January 25, 2010 at 3:15 PM said...

blog ai campuq2...

ada loghat kedah

ada loghat kay el...

kekkekekke

~0~ on January 25, 2010 at 3:18 PM said...

blog aku...ntah bahasa ape aku guna pun xtau...

relevan on January 25, 2010 at 3:24 PM said...

Koi balun jer loghat daerah..tapi ramai juge yang faham menda yang koi tulih..paleh!

ONE ZABA on January 25, 2010 at 3:25 PM said...

loghat tak pa..jangan lorat!!!

nursarah on January 25, 2010 at 3:28 PM said...

err, johor pun ada loghat..(kite, sane, lapo) haha. tapi aku tak gunakan la. hikhik

ada tak blog guna bahasa jawa ke bugis ke, tertarik gak aku nak baca sekali sekala..haha

ashie023 on January 25, 2010 at 3:29 PM said...

ahaha...tq for ur concern ...chewah..
...ambe setuju gak dengan sesetengah disini....tulis untuk bagi org paham ape yang kita nak sampaikan....tp aku kekadang ske menyakat geng2 tulis bahasa ganu tanpa sub sebab nk suh dorang tanya..just for learning new things..it won't hurt right?

cheqna on January 25, 2010 at 3:32 PM said...

TEDI...

ko faham tak kalu baca blog cheqna???

huhuhuhuhuhu

seKut taWar on January 25, 2010 at 3:41 PM said...

wa nak kecek klate buleyh?hehe

seKut taWar on January 25, 2010 at 3:43 PM said...

wani-sang chakap ganu doh..haha

FarhanaDr on January 25, 2010 at 3:57 PM said...

Hohohoho.. Aku orang johor.. Tapi tak ler aku gunekan.. Even aku reti gak loghat utara, tak juge aku gunakan.. Huhuhuhu.. Yg penting entry ni, orang yg baca kalu blh biar depa faham.. ;)

cahayachenta on January 25, 2010 at 3:59 PM said...

blog teman campuq jugak.. nama ja org perak, lahir kat perak, sekolah kat perak, makan tido kat perak, kawin pn isyaAllah kat perak, tp haram aku tak reti ckap perak... sikit2 tu tau.. tapi kalo mai yg sembang ngan aku tu ckap pure utara, haram aku nak faham... angguk2 geleng2 je...

cahayachenta on January 25, 2010 at 3:59 PM said...

blog teman campuq jugak.. nama ja org perak, lahir kat perak, sekolah kat perak, makan tido kat perak, kawin pn isyaAllah kat perak, tp haram aku tak reti ckap perak... sikit2 tu tau.. tapi kalo mai yg sembang ngan aku tu ckap pure utara, haram aku nak faham... angguk2 geleng2 je...

Softtouch [Hanim] on January 25, 2010 at 3:59 PM said...

betul jgk ckp tedi..xsemua faham bahasa ape yg kita guna cthnya loghat ganu..kalu ssekali sleit tu xpelah tp kalu setiap n3 dia buat, mau haru nk baca n nk bukak kamus..he he he

Hazzy Ishak on January 25, 2010 at 4:05 PM said...

habislah tedi masuk ISA hehehehe
tapi kalau selit sikit2 xpe kot, macam saya...

jangan maghah no, cheq gu
ghau2 saja...

siti murni ishak on January 25, 2010 at 4:14 PM said...

hehe..tedi..in my opinion, kalau smp 100% loghat negeri susah jugak. Bukan semua orang dpt faham. Like u did mention. Kalau tk faham, mmg takkan ada kunjungan semula! Tapi tak ada salahnya kalau still insist nk menggunakan loghat negeri. I pun kadang2 selit jugak loghat utaqa...SELIT jer ok..no prob kot?

~LP Lum~ on January 25, 2010 at 4:18 PM said...

salam tedi~

ahaks~ en3 dlm loghat negeri eik?? aku pun setuju ngan ko tedi, kalo kita xphm apa yg d tulis,mcm mna nak poie laie kn? tapi secara amnya, aku ska akn loghat smua negeri kek msia nie.. ada yg aku phm n ada gak yg wat aku amat pening tuk memikirkan apa kah mksudnya.. :p

aku org n9, lahir n d bsrkn d n9 tp aku xrti nak ckp loghat n9.. apa kes?? ;p

ps : sabau, gebau, lebau, besau, anything else?? mak aku pun org melaka gak.. :)

[z@ck] on January 25, 2010 at 4:27 PM said...

ha..kuaq plak entry ni..kena sangatlah dengan latest entry aku..

psst..ingtkan ko nak hentam aku tadi..hahaha

BuLaN iTu aKu on January 25, 2010 at 4:29 PM said...

hurm.. betul jugak kan.. setuju.
kita harus menggunakan bahasa yang standart
supaya semua org paham

mamai on January 25, 2010 at 4:38 PM said...

bagus belajau loghat negeri lain nie...

deena awanis on January 25, 2010 at 4:43 PM said...

betul3..prefer guna bahasa yang worldwide giteww!!hihi..
walaupu x satu dunia faham, at least 1 malaysia ley faham..=)

Mybabah on January 25, 2010 at 4:50 PM said...

Salam. Apa-apapun setiap entri pastikan ada mesej yang tersirat atau tersurat. Tugas kita adalah untuk mengerjakan amar makruf nahi mungkar. Fikirkan juga pahala dan dosa, di samping perkara-perkara lain. Orang yang mencari populariti suatu masa akan lemah, tetapi orang yang menjadi redho Allah, akan terus bersemangat. Nabi s.a.w pernah berkata, sebaik-baik umat ialah orang yang membawa manfaat kepada orang lain. Wallahualam.

alvin takda rumah harga 8juta story.... on January 25, 2010 at 5:25 PM said...

minggu depan blog aku akan menggunakan bahasa kuwait..

cik EPAL on January 25, 2010 at 5:27 PM said...

tak kesah pon la loghat pape :)

JMR on January 25, 2010 at 5:51 PM said...

aku leh wt loght kelate..tapi kan takot ramai yg tak fhm..kena wt kamus lak nnt...

sueanne on January 25, 2010 at 6:25 PM said...

sokong tue beb..wlaupun kite ni asal kelate, loghat kelate pun kekadang kite tak phm..hehehe

salam penjelmaan balik dari kite..hehhe

ije on January 25, 2010 at 6:25 PM said...

ada sesetengah bloggers guna shortform.. n tulisan BeSaRkEciL. nak baca pun terasa hilang mood dan macam budak tadika. terpaksa mengeja n buka mata luas2.

Faarihin on January 25, 2010 at 6:26 PM said...

hahaha.. baik2.. saya paham.. kekadang suka balas komen ikut dialek sendiri..dengan cik tedi lagilah saya suka nak membalas komen dengan dialek melaka ni.. huhuhu.. (^__^)

aNiSa hANg tUaH on January 25, 2010 at 6:39 PM said...

suke bace entri kak tedi
sebab mudah di fahami

hehe
sabau je la

she_mah on January 25, 2010 at 6:59 PM said...

Erkk..blog sy kadang2 je full en3 guna loghat ngri..kadang2 cmpur skt2.huhu..slalunya guna BM

AzuanBudakMemandai on January 25, 2010 at 7:37 PM said...

aku paham semua loghat negeri << jgn percaya dengan kenyataan riak ini wakaka

Solehah on January 25, 2010 at 7:47 PM said...

bahasa utara paham x tedi? hehe..

oranglidi on January 25, 2010 at 8:15 PM said...

melakau upanyau

fiD on January 25, 2010 at 8:28 PM said...

apo iki tedi? west mangan ???

Didi Nadhirah on January 25, 2010 at 8:34 PM said...

melako kat mano tedi...kg den ramuan chino tu pasal loghat negori sombilan eh betul ke camni....I org kepong

sonata anak kancil on January 25, 2010 at 8:51 PM said...

pelbagai gaya bahasa santai saya guna...ikut sedap tulis....he3x

white rose on January 25, 2010 at 9:47 PM said...

akak suke, sy suke...
akak xsuke, sy xsuke...
sy suke, sy suke laaaa...

lalalalala...

Ayu on January 25, 2010 at 10:11 PM said...

den bangkang!! ntah apo di ghepek eh dek dak ted nih.. duk ontok2 dah la ted!!

>>hahahhaa... jangan ko kata x paham plak ekk...

a.z.r.i.n.a.03.07 on January 26, 2010 at 10:34 AM said...

keturunan orang Melaka jugak ni. dah dilahir dan dibesarkan di kolompo, maka bahasa rojak kot kat blog kRina tu..

nak buat bahasa melaka pure..dah tak berapa pandai.. sikit2 je..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting