Sunday, January 10, 2010

TeRuBaT R|nDu PaDa sETan!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:20 PM
Ya! Aku pergi melawat Setan! Hilang rasa rindu padanya yangkali terakhir aku jumpa pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Setan? Oh! Gambar Setan dan adik beradiknya di sini. Mereka semakin membesar. Sihat bagai juara. Sempat juga aku peluk dan gomol-gomol Setan dan Abu. Abu pasrah! Suka benar aku raba-raba dia. Badan mantap! Muka tidak menahan. Tapi sayangnya, tiada gambar 18 sx saat di raba yang dapat di ambil. Telefon bimbit aku bagai mensabotaj aku.

Aku sudah caj telefon malam tadi. Bangun pagi tidak sempat tengok bateri. Sampai sahaja masa untuk bergambar pelbagai posisi dengan Setan dan Abu, aku tengok bateri sudah 'kong'! Aku kecewa! Rasa ingin menonggeng untuk mengurangkan rasa kekecewaan itu!

Okey! Pagi tadi aku ke Meru, Klang. Mak Teh mengadakan kenduri Tahlil pukul 11.00 pagi tadi. Ini pertama kali aku ke sana. Rumah Mak Teh dan rumah Mak Usu, emak kepada budak-budak itu selang 3 buah rumah. Tapi si Setan boleh pula datang bertandang ke rumah kenduri. Ekekekeke...

Setan ini nama sebenar dia Cintan. Tapi bila panggil ulang-ulang tersebut Setan pula!! Ekekekeke... Si Kelabu nama manja dia Abu. Budak ini memang besar. Semua kucing makcik aku di kasi. Jadi memang debab!! Ekekekeke..

Dari Meru kami ke Bandar Tun Razak. Taman perumahannya betul-betul bersebelahan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Memenuhi undangan perkahwinan datuk saudara aku. Oh! beliau juga merupakan seorang ahli politik yang berpengaruh di Malaysia. Jemputannya adalah ramai.Oleh kerana aku dan adik malas untuk beratur mengambil makanan, kami menyelit-nyelit mencari kerusi kosong.

Panas woooO! Bergelas-gelas minum air. Tidak ingat punya!! Ekekekeke.. Teruja melihat ramai Yang Berhormat hadir. Selama ini hanya melihat di surat khabar dan televisyen sahaja. Bila tengok secara langsung memang teruja. Ha ha ha...

Sampai rumah dalam pukul 5.00 petang. Alhamdulillah. Selamat pergi selamat pulang.

Terima kasih kepada 33 orang yang datang tolong jagakan blog aku hari ini setakat 'entry' ini di tulis. He he he..

Malam ini AJL. Aku memang tidak pernah ikut sejak awal. Cuma peringkat akhir ini sahaja. Siapa yang boleh menang rasanya?

Nota kakitanganku : Maaf! Andai malam ini aku pengsan dan tidak sempat melawat!!





27 kUs-kUs:

Solehah on January 10, 2010 at 8:29 PM said...

yuna..eh..ada yuna tak? aku hentam ja ni.

ape2 jer on January 10, 2010 at 9:25 PM said...

yuna gak hehe

Dak Wan® on January 10, 2010 at 9:39 PM said...

Yuna mana ada.... tahun depan ah. Saya pilih Amy Search! Hehehe

Unknown on January 10, 2010 at 9:59 PM said...

ai..amy search pun tahun depan lah dak wan...ahaahaa

Maiyah on January 10, 2010 at 10:03 PM said...

bukan setan tapi chetan hehe

Nadiene on January 10, 2010 at 10:17 PM said...

dak utih ikot tak kak tedi??? heee

Ibu Ammar on January 10, 2010 at 10:17 PM said...

AIZAT! haha

mamai on January 10, 2010 at 10:18 PM said...

aku kalau tak kerana saudara mmg au tak pie rumah pak menteri aku tu

Qib on January 10, 2010 at 10:19 PM said...

letih betul jga blog akak hari ni.
hehehe..
best sngat la tu klu jumpa kucen.
ehh, hantu kucen betul.
muahaha

Faarihin on January 10, 2010 at 10:34 PM said...

hahaha.. ingatkan sapa la setan tu tadi.. uper2nya kucing daa.. hikhikhik.. (^__^)

sharamli on January 10, 2010 at 10:36 PM said...

ashie: amy mastura..

arboqskii on January 10, 2010 at 10:37 PM said...

taman jaya kan...sebelah HUKM ...
sblh HUKM tu la tmpt gua blaja

Cik Cookie on January 10, 2010 at 10:44 PM said...

sape yea?

jamal abdillah????

aNIe on January 10, 2010 at 11:11 PM said...

tEDl...larrr...ingatkan setan mana ler tadi...sayanglah...takde gambar....

umi_e on January 10, 2010 at 11:17 PM said...

malam ni AJL? kak e ni dari awal sampai akhir memang tak tgk pun - manka AJL pun tak tau :p

lel on January 10, 2010 at 11:33 PM said...

eh aku xtolong tengokkan pun
huhu sorry

[z@ck] on January 11, 2010 at 12:02 AM said...

Aizat menang..
oyeh!

ninim on January 11, 2010 at 12:10 AM said...

aizat ngan yun best jugak

erm

tapi faizal tahir cam meletop ja

Yuki Yusuf on January 11, 2010 at 12:15 AM said...

datang menguap kat sini jap
sambil guling2 bentang tikar nak tido ni
hehe~

Zuwairi on January 11, 2010 at 12:36 AM said...

hehehehehe;) ingat manusia td..

Anisa on January 11, 2010 at 12:38 AM said...

kak tedi jgn pengsan
hehe

Anonymous said...

hehe :)

MyaFiza on January 11, 2010 at 1:56 AM said...

no 1- PERGI-AIZAT
no 2- DAN SEBENARNYA-YUNA
no 3- BENCINTA-FAIZAL TAHIR

VOKAL TERBAIK- BLACK
PERSEMBAHAN TERBAIK- AIZAT

hehe...keputusan lengkap bagi...=)

Amal on January 11, 2010 at 2:22 AM said...

tak dtg bangi ke?

achik ezam on January 11, 2010 at 3:50 AM said...

hahahahaha ade ke panggey setan....kesian dierr.....

baideway siti is teh best malam tadi....superb!

Unknown on January 11, 2010 at 8:15 AM said...

kenapa tomok x menang..ahahha<-stemen baik punyeee

white rose on January 11, 2010 at 3:16 PM said...

dh tau pemenanganye...hahaha

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting