Tuesday, January 19, 2010

T|ps : Kesesua|an MasA MeMaPar 'enTry'.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM

Masa merupakan salah satu faktor yang menjadi tumpuan pelawat untuk berkunjung ke blog kamu. Untuk memaparkan 'entry' blog kamu, pilih masa yang bertepatan!

Contoh aku ambil dari blog sendiri. Aku secara puratanya akan memaparkan 4 'entry' baru setiap hari. Waktu yang lazim aku manfaatkan ialah sekitar pukul 8.00 pagi, 11.00 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam. Secara jujurnya aku akui tidak semua waktu itu kunjungan pelawat berada pada tahap maksimum.

Antara ke empat-empat waktu itu, pukul 2.00-3.00 petang merupakan waktu puncak blog aku mengumpul jumlah pelawat yang paling ramai. Jadi di sini, aku mengambil kesempatan untuk memaparkan 'entry' yang agak bermanfaat seperti tutorial dan tips.

Jika kamu rasakan terlalu mengejar waktu dan tidak sempat untuk menaip 'entry' terbaru, apakata kamu gunakan 'autopublish'. Aku akan gunakan 'autopublish' untuk 'entry' yang berunsur tutorial dan tips seperti ini. Maknanya kamu sudah sedia menaip lebih awal dan setkan sahaja masa untuk di paparkan.

'Autopublish' juga amat bermanfaat bagi kamu yang tidak menentu idea menulis. Kadang-kadang manusia ini, bila ilham sampai sekali 5-6 'entry' akan di paparkan dalam satu masa. Apa kata, kamu setkan 'autopublish'. Satu jam satu pun tidak mengapa. Beri peluang pelawat membaca kesemua 'entry' kamu dengan selesa dan tidak gopoh.

Bilangan pengunjung perunik kamu juga teratur. Contoh : Jika kamu memaparkan 'entry' sebanyak 5 paparan dalam satu jam dan aku membaca kelima-limanya dalam satu masa, ini bermakna pengunjung perunik kamu hanya 1. Jika aku membacanya di dalam jam-jam yang berlainan ianya akan di kira 5. ( Betulkan aku jika aku silap!!)

Di waktu tengah malam pula lingkungan dalam jam 12.01 tengah malam sebaiknya usah letakkan 'entry' yang terlalu berat untuk di baca. Mungkin waktu ini waktu iklan Nuffnang menari-nari di blog, tetapi kamu juga perlu ingat waktu ini waktu untuk bermimpi. Selalunya jika aku paparkan, aku lebih suka meletak 'entry' yang agak santai seperti cerita-cerita lawak atau 'entry' pendek bergambar!

Andaikata kamu kehabisan idea untuk menulis, atau kesuntukan masa, kamu boleh mengulang paparkan 'entry' terakhir kamu dengan menge'set'kannya dia 'post option. Pengunjung yang terlepas pandang sebelum ini akan perasan akan 'entry' kamu jika ianya di ulang paparkan. Jika aku kelapangan, aku akan buat tutorial mengenai ini. Jika kamu rajin, kamu boleh meng'gugel'nya kerana aku dapati ramai rakan-rakan blogger yang telah menulis mengenai ini.

Sekian sahaja 'ceramah' dari guru tidak bertauliah. Semoga mendapat manfaat bersama. Jika ada apa-apa pertambahan ayat sila kongsikan di ruangan komen. Terima kasih!

Nota kakitanganku : Demi masa!







31 kUs-kUs:

Magrib on January 19, 2010 at 2:09 PM said...

nice one!!! thx!

Magrib on January 19, 2010 at 2:09 PM said...

nice one!!! thx!

Aini on January 19, 2010 at 2:29 PM said...

bagus.. berkongsi ilmu dan tips =)

maiyah on January 19, 2010 at 2:57 PM said...

menarik.. tp kalo 4 n3 satu hari.. takde idea le plak

GhOsToNe on January 19, 2010 at 2:57 PM said...

pkul 11 pn okeyh!

Cik Biol on January 19, 2010 at 3:01 PM said...

thanks lagi cikgu tedi ekeke

blueCITY on January 19, 2010 at 3:03 PM said...

adeh, x pernah cuba wat auto publish,

sehari pun paling byk 2 n3 jerk, kalau tak satu je la,
kan member2 kata aku tak ada kerja ke, asyik awt n3 blog jerk
ekekkekek

Didi Nadhirah on January 19, 2010 at 3:46 PM said...

thanks sharing :)

mukasurat17 on January 19, 2010 at 3:56 PM said...

whoah. bagus2 tips ni. tp aku bese pos time lps asar. xpun mlm.

mamai on January 19, 2010 at 4:15 PM said...

aku buat enrty ikut suka ajer tak kira bila masa yang penting masa tu aku ada mood dan free. jumlah pelawat bukan priority pada aku, tapi tips yang berguna untuk mereka di luar sana

sueanne on January 19, 2010 at 4:28 PM said...

thanks beb..nanti nak buat autopublish sbb tak pernah buat lagi..heheh

Ms.Independant on January 19, 2010 at 4:37 PM said...

Aku suke wat autopublish waktu bila aku tak dpt online!
dah standby entri awal2.
terutama ujong mgu!

:)

ikiqzana on January 19, 2010 at 4:48 PM said...

bagus ni tedi.. bole cuba buat.

thx.

U-Nie_sYa on January 19, 2010 at 5:10 PM said...

bgus la..nak buat tp mase tu xde..huhu

[s][u][e][h][a][n][n] on January 19, 2010 at 5:50 PM said...

cayalah ted..tq2..sebb aku rasa selalu tertinggal nak baca n3 ko :)

fikaryna on January 19, 2010 at 6:00 PM said...

tedi nih best la..huhu..info yg bermanfaat..

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ on January 19, 2010 at 6:03 PM said...

post n3 waktu pagi best...

a.z.r.i.n.a.03.07 on January 19, 2010 at 6:09 PM said...

alahai..kRina buat bila rasa sempat je..huhuhu....


thxs ya.

cahayachenta on January 19, 2010 at 6:26 PM said...

Ptut la xrmai baca entri aku.. aku post waktu yg slah kot.. hehe.. thanks tedi!!!

Papa meow on January 19, 2010 at 6:59 PM said...

Tips yg bagus, tp aku x kisah, main post je bila sempat sbb x da masa, lg pn cerita aku merapu heheh...

zaiMi on January 19, 2010 at 7:10 PM said...

4 entri sehari? banyaknye! haha
aku kalo dapat post 1 entri dalam 2-3 hari pun dah cukup bagus dah. takde idea maaa.

aNIe on January 19, 2010 at 7:27 PM said...

Tips yang bagus dari sifu... :) Thank u tEDl

-aTie- on January 19, 2010 at 7:41 PM said...

slalu wat auto publish kalo idea tgah byk..hehehe..sgt best ini maklumat ;)

Khaizarien Blog @ atie

rAtu saLju™ on January 19, 2010 at 7:50 PM said...

tedi...nak mnntak pendapat anda....huhuh~ melawat la blog ku

.siv. on January 19, 2010 at 8:21 PM said...

rajin ah kau bagi tips skrg.
=)

cikmemy on January 19, 2010 at 8:51 PM said...

mekasih 4 da tips.rajinnye ko tedi sampai 5 entry sehari...

Solehah on January 19, 2010 at 9:35 PM said...

teng kiu tips ni..suka

zool on January 19, 2010 at 11:00 PM said...

Bagus tips ni.. Boleh apply utk menambah traffik ni

Alimaz-Kembara Terasing on January 19, 2010 at 11:54 PM said...

thanx 4 da tips....

white rose on January 20, 2010 at 1:11 AM said...

that's good idea...TQ kak

vrdesign on January 20, 2010 at 10:34 AM said...

hoyeyyy...
thanx...tips bagushhhh...
hao lio...erk???xde kne mngene...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting