Wednesday, January 06, 2010

t|ps MuDah MeNer|ma PeLawaT D| BLoG

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:03 AM
Aku rasa macam tidak kena sahaja tajuk itu. Okey! Senang cakap, tips untuk membuatkan pelawat masuk, singgah dan datang kembali ke blog. Aku minta maaf, nama pun tips mudah jadi ianya agak ringkas. Sesuai untuk mereka-mereka yang teringin untuk menceburi dan baru mendaftar menjadi seorang 'blogger'.

1. Gunakan alamat blog yang mudah.

-Tips ini aku dapat dari pembacaan. Ramai yang memberikan tips ini. Kamu tidak perlu meletak alamat blog dengan perkataan yang panjang berjela.

Contohnya : http://kausukaakutapiakutaksukakau.blogspot.com/
Gila panjangkan? Bila ada yang mahu meng'gugel' jadi keliru. Jadi tersalah eja. Jadi teragak-agak.

Gunakan yang ringkas seperti contoh :
http://myqza.blogspot.com/
Ceh! Mahu juga promosi.

2. Templete mudah dan mesra mata

-Okey! Ini aku dapat idea bila melawat satu blog ke satu blog. Ada yang susah mahu baca sebabnya 'templete' yang di gunakan agak serabut. Kertas dindingnya bercorak-corak. Bila menulis 'entry', aku jadi berkerut dahi untuk membaca kerana hurufnya sudah tenggelam dek kertas dinding.

Sebaiknya, kertas dinding untuk 'column entry' biar kosong. Warna tulisan biar berlawanan dengan warna dinding. Jika warna dinding hitam, tulisan biar warna cerah. Putih ke, kuning ke. Begitu juga sebaliknya.

3. Tambah gambar

-Tambah atau letak gambar dalam setiap 'entry' yang kamu tulis. Gambar biar nampak sesuai dengan tajuk atau tulisan. Jangan pula cerita pasal kucing letak gambar pokok mengkudu. Gambar biar sopan. Jangan letak gambar lucah atau separa lucah! Orait??

4. Jangan 'berat'kan blog.

-Berat di sini bermaksud, meletakkan banyak 'widget'.Masa untuk paparan di ambil terlalu lama. Contohnya meletak banner-banner yang tidak berapa perlu. Meletak jam. Meletak kalendar. Meletak kalkulator. Juga sealiran dengannya.

5. Kemaskini blog.

-Ini penting. Sekurang-kurangnya sekali sehari. Supaya orang akan ingat tentang kamu.

6. Tajuk.

-Menamakan setiap 'entry' dengan tajuk yang dapat membuat pelawat tertarik untuk membaca. Seperti contoh : 'Nama Saya Zaleha'. Eh! Menarik ke?

Tapi awas! Jangan terlalu teruja untuk menarik pelawat, kamu kerap sangat meletak tajuk berunsur lucah atau seks. Mula-mula memang menarik, lama-lama orang sudah tahu taktik kamu dan jadi jemu. Kadang-kadang atau jarang-jarang masih boleh di terima. Tapi kalau satu hari 5 'entry' semua tajuk yang 'hot' sahaja, jelak jugakan?

Okey! Cukuplah enam. Ini pendapat dan pandangan aku sahaja. Tidak mewakili sesiapa. Aku juga masih belajar. Maaf jika ada perkataan atau tips yang menyinggung mana-mana pihak. Sama-samalah kita salingbreteguran jika ada yang tersilap.

Sekian!

Nota kakitanganku : Aku paling suka tips nombor 1. Ekekekekke..





158 kUs-kUs:

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting