Friday, October 01, 2010

Allah Beri LaGi LimA ekOr kuCinG. saTu Ibu Dan emPaT anaK. aKu TeriMa PeNuh PasRaH. Eh! InI BeTuL-BeTuL. BukaN 'CoBaaaN'!! aDa LiMa BeLas ekOr suDah!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:08 AM
15 belas ekor tidak campur kucing olok-olok ya. He he he he...

Ingat lagi 'entry' ini ? Di mana aku membebel tentang mentaliti manusia yang mengambil jalan mudah membuang kucing yang bunting. Ada juga aku ceritakan tentang 2 ekor ibu yang sudah beranak. Satu emak kepada 5 beradik ini. Satu lagi perut sudah kempis tapi anaknya aku tidak nampak.

Photobucket

Tada....

Dia tahu aku jenis baik hati teramat. Jadi Si Ibu dengan penuh keyakinannya telah memindahkan anak-anaknya dari rumah jiran berbangsa Cina di hadapan ini ke rumah aku . Tengok! Betapa yakinnya dia bahawa aku akan terima dia anak beranak?

Dia menggonggong leher anaknya satu persatu. Berapa ekor semuanya anak kau ni? Aku jadi tertanya-tanya. Satu demi satu dia bawa.

Photobucket

Sampai hati tidak, kau tidak mahu terima budak-budak ini?

Photobucket

Buat muka simpati tapi garang. Asyik kena sembur sahaja. Aku rasa mereka ini sebaya dengan budak-budak yang 5 ekor itu. Entah-entah emak mereka di buang oleh tuan yang sama sebab mereka nampak macam ada bau-bau bacang!!! Ha ha ha ha!!

Photobucket

Emaknya buat muka 'seposen' agar aku menerima mereka sekeluarga. Jadinya, aku tempatkan mereka ke dalam sangkar turun temurun. He he he he...

Photobucket

Belum bercadang di buka untuk 'adoption'. Pembantu rumah 'Indon' jiran aku bising-bising. 'Kenapa ngak beritahu saya mahu lelong kucing ini. Saya mahu satu.' Ha ha ha ha. Bengang dia budak 5 ekor itu sudah pun di tempah. He he he he. Kucing dia 2 beradik sudah hilang.

Semoga sentiasa di murahkan rezeki untuk aku tanggung budak 15 ekor ini. Tidak termasuk bakal anak Si Bulu Kembang.

Nota kakitanganku : Rasa seronok tengok 9 ekor anak kucing ini. Eh! 10 termasuk Dak Tom!! Hik hik hik....





29 kUs-kUs:

m4rilyn on October 1, 2010 at 8:11 AM said...

may Allah bless u dear.amin

umi_e on October 1, 2010 at 8:16 AM said...

Insyaallah akan ada rahmat dan berkat yang Allah berikan...

Rezeki anak2 bulu yang comel itu pasti ada... yakinlah akan ganjaran NYA...

* Kalau boleh melakukan hal yang sama... alangkah bahagianya... *

Suara Kalbu on October 1, 2010 at 8:19 AM said...

CIk Tedi,

Insya Allah, perkara dan niat yang baik akan sentiasa Allah permudahkan jalanNya.

Semuanya tu comel-comel. Rasa mahu gigit saja hidung mereka tu hikhikhikhik

Tuah said...

kiutnya budak2 bulu ni cik ted.
mudah2an Allah akan murahkan lg rezeki cik ted dgn menyelamatkan mereka ni.

mmg xsampai ati sgt tgk mak yg tgh menyusukan anak, dan anak yg masih lg terkedek2 belum pandai carik makan sendiri dibuang mcm ni...

Unknown on October 1, 2010 at 8:39 AM said...

alahai...kiut-kiutnya...nih kalau dia gongong bwk depan rumah mmg tak sampai hati nak tolak nih..haahaahaa :D apa2 pun semoga murah rezeki cik tedi.bukan senang tu nak jaga 15 ekor :)

[s][u][e][h][a][n][n] on October 1, 2010 at 9:18 AM said...

geram aku tgk anak2 kucin tu...comel macam aku x ? hihiihi

kella on October 1, 2010 at 9:31 AM said...

tedi, comel sungguh anak2 kucin tu..
tedi, semalam aku bermain2 dengan kucing2 peliharaan seorang teman, lepas tu timbul di hati nak bela kucing jugak!! rasa cam best giler je...
wehh.. kalo ko dekat sini mesti aku mahu minta seekor anak kucing tu...seriuss!
errr ada rasa nak turun kl tak? geee..

gadisBunga™ on October 1, 2010 at 9:34 AM said...

comel...murah rezeki...anak ramai..hihihi

m.q on October 1, 2010 at 10:07 AM said...

serius mmg cumel
tak sanggup nak buang comel2 camni

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on October 1, 2010 at 10:07 AM said...

semoga ko murah rezeki tedi :)
besar pahala bela kucing

kucingorengemok on October 1, 2010 at 10:16 AM said...

anak kucing pun kita sayang dan bela kan... orang sanggup buang anak sendiri- tu manusia ke haiwan?

semoga rezeki cik tedi bertambah²!

Unknown on October 1, 2010 at 10:23 AM said...

same here =16 :)

ikan emas on October 1, 2010 at 11:14 AM said...

awak buat sy sedih tau...

raya dulu ,balik kg si belang yg sy tinggalkan kat kg rupa-rupanya dah mati sebab bergaduh !

huhuhuhu

fara murni on October 1, 2010 at 11:27 AM said...

tomeinye tucen..

Softtouch [Hanim] on October 1, 2010 at 11:52 AM said...

byk n3 tedi sy dah tertinggal sory yer..smalam sy cuti..

comelnya budak2 tu yer tedi..Sy doakan tedi di bykkan rezeki spy dpt mnjaga budak2 tu...

Unknown on October 1, 2010 at 12:15 PM said...

comel.//hehe

bylindakitchen on October 1, 2010 at 12:16 PM said...

semoga rezeki kamu murah tedi ;)

lupie on October 1, 2010 at 1:39 PM said...

:) Thanks sis for taking care of the beauties!

You have been chosen for your kind loving heart!

d0tbl0gsp0td0tk0m on October 1, 2010 at 2:25 PM said...

huhuhu.... hang buka kedai penjagaan kucing la teddy..... huhuhuh

princessayang on October 1, 2010 at 3:30 PM said...

insyallah bertambah la rezeki cik tedi..

princessayang on October 1, 2010 at 3:30 PM said...

insyallah bertambah la rezeki cik tedi..

Sharz on October 1, 2010 at 3:45 PM said...

memang xsampai hati nak buat xtau kalau tgk bende berbulu nie...comel sgt!!!!

last-last terpaksa buat mcm kucing sendiri..haha..

anis on October 1, 2010 at 4:17 PM said...

alolo, tomey2nyer...
smoga rezeki cik tedi dan catluver sntiasa bertmbh...
hehe...
anis kt umah dh ada 8, tmbh cik tam n babies, jd 12...hehe

Dee on October 1, 2010 at 5:54 PM said...

cute-cute je suma kittens tu..moga murah rezeki cik tedi..

norliza_osman on October 1, 2010 at 6:03 PM said...

Salam tedi, Hari-hari menjenguk.. Cuma jadi silent rider.. sekarang saye lapor diri.. semoga tedi di murahkan reZeki.. Amin..

starzieti on October 1, 2010 at 7:37 PM said...

sume comel2..geram tengok !

mast on October 5, 2010 at 5:08 PM said...

sayang ... bg email boleh ... akak ada masalah besar ngan kucing akak n perlu sgt2 pandangan kamu ... plssss n helpsss ...

myQza on October 5, 2010 at 6:08 PM said...

mast,
mylosermind@yahoo.com

TQ

Fiza Zura on October 22, 2010 at 4:56 PM said...

comelnya.....

insyallah rezeki akan berlipat ganda amin...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting