Thursday, February 25, 2010

MaTa KaNannya SuDah TIaDa. DIa ReDha. Aku JuGa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:16 PM 48 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Aku mengambilnya pulang dari Vally Animal Clinic pada pukul 7.00 malam semalam. Kali ini aku dapat mengawal perasaan. Redha. Sekali lagi doktor itu berkata ' It's ok! Dia ada sebelah lagi untuk melihat!' Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya.

Oh Kimo! Bermula sudah hidup kamu hanya dengan sebelah mata. Bersedialah! Mahu atau tidak. Kamu kena hadapi.

Kucing yang sudah telalu biasa hidup bebas tanpa kongkongan akan memberontak. Di kurung dalam sangkar yang lebih besar tidak memberi apa-apa makna. Dia tetap mengamuk ingin keluar. Tanpa henti. Aku tidak sampai hati. Mengangkatnya dan memasukkannya ke dalam bilik tidur. Di berlegar-legar di luar kawalan. Menarik langsir, memanjat kerusi. Mengamuk-ngamuk dengan suara yang nyaring.

Aku tidur dalam tidak. Mata terkebil-kebil. Dia kepenatan lantas tertidur. Aku mematikan diri atas katil. Takut untuk bergerak. Gusar dia akan tersedar dan mengamuk lagi.

Photobucket

Siangnya dia di dalam sangkar di beranda luar rumah betul-betul di pintu masuk . Hanya sekeping gambar. Takut dia sedar dan sambung mengamuk.

Dia mahu makan. Minum guna picagari. Makan ubat. Juga hanya membuang air kecil. Matanya di sapu dengan ubat kuning.

Minta bantuan beri pandangan. Adakah ikan tidak sesuai untuk di jadikan makanan? Gatal ke? Aduhai. Tiada pilihan lain. Aku beri dia makan Whiskas paket perisa ikan kembung atau ikan laut. Dia makan sepeket sekali makan. Jika ikan tidak boleh, apa lagi yang boleh dia makan? Hanya itu kesukaannya. Mustahil pula mahu beri dia sayur-sayuran.

Terima kasih untuk semua yang beri aku sokongan dan kata-kata semangat. Terima kasih sangat-sangat. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa baik kamu semua. Terima kasih kerana kamu semua ada saat aku perlu kekuatan dari segi mental dan emosi. Terima kasih. Alhamdulillah.

Selamat Bercuti. Salam Maulidul Rasul buat semua yang beragama Islam.

Nota kakitanganku : Kesakitannya mengajar aku erti kesabaran yang tinggi!!





MaaFkaN akU Dak KImo...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 48 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Aku hantar kamu ke Vally Animal Clinic. Aku tahu kamu marah. Kamu tidak suka ke klinik. Aku kuatkan juga hati. Biarlah kamu marah pun. Aku tidak kisah. Semuanya untuk kebaikan kamu. Tengok mata kamu? Sudah separuh terkeluar biji matanya. Sakitkah?

Doktor kata kamu kemungkinan besar kemalangan. Bukan bergaduh. Situasi mata tersembul keluar ini adalah kesan dari hentakan kuat. Rahang kamu juga berdarah di dalam. Pipi kamu tersagat sedikit. Kepala kamu juga luka. Semuanya di sebelah kanan. Kamu di langgar sesuatu.

'Matanya tidak dapat di selamatkan'. Ayat itu membuatkan aku menangis tanpa segan silu. Airmata tidak dapat di tahan. Kata doktor perempuan itu lagi. ' Jangan sedih. Dia masih boleh melihat. Cuma kehilangan sebelah mata. Dia kemalangan, tapi syukur masih bernyawa.'

Airmata bertambah laju. Kamu juga demam Kimo. Sebab itu kamu tidak mahu makan. Doktor kata perut kamu kosong, pembedahan boleh di jalankan petang ini. Oh! Mungkin sekarang ini. Ya Allah, permudahkan segala urusan.

Photobucket

Badan kamu di masukkan air. Kamu di suntik dan di bawa pergi. Aku masih menangis. Mendaftar dalam keadaan yang di luar kawalan. Selesai segala urusan pembayaran aku duduk seketika untuk menenangkan diri. Ya Allah. Aku begitu lemah.

Sepanjang perjalanan balik aku memandu dalam keadaan menangis. Sungguh -sungguh menangis. Hibanya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Aku sudah tidak peduli orang melihat. Rasa sakit hati ini melihat kamu begitu mengatasi segalanya. Aku beristigfar sepanjang pemanduan. Allahuakbar..

Maafkan aku kerana mengizinkan mereka membuang sebelah daripada mata kamu. Aku harap kamu faham. Semuanya demi untuk menyelamatkan nyawa kamu. Maafkan aku sungguh-sungguh!

Kamu paling lama dengan aku. Empat tahun lebih. Aku sayangkan kamu. Aku mahu buat yang terbaik untuk kamu. Percayalah.

Aku berhenti di sini. Nanti aku tulis lagi pasal kamu. Airmata aku tidak mahu berhenti. Semoga pembedahan kamu berjaya. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Aku buat mana yang terdaya untuk kamu....





Wednesday, February 24, 2010

KamU MemanG SeLaLu Buat akU MeNanGIs....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:52 AM 23 kUs-kUs Links to this post
Pagi-pagi lagi sudah ada ujian baru. Ujian lama kehilangan Dak Oyen masih belum terjawab. Dak Oyen masih belum balik lagi. Ujian baru ini juga beri aku persoalan. Namun apa pun ujian aku tetap berpegang pada yang satu, Allah S.W.T ingin menduga hati dan kasih sayang.

Pagi tadi bila aku jerit-jerit nama Dak Kimo sebelum pergi kerja untuk bagi dia makan, dia datang dengan segera. Dari jauh aku sudah nampak ada kelainan pada mata kanannya. Mustahil tahi mata terlalu banyak sehingga matanya nampak 'hitam' seperti lebam selepas di tumbuk di mata. Semakin dia dekat menghampiri semakin jantung aku berdebar.

Aku nampak kelainan pada matanya. Aku hanya mampu memanggil Abah untuk melihat mata Kimo dari jarak dekat dan aku cuba-cuba untuk melihat sendiri.

Masya-Allah....

Biji matanya tersembul keluar. Ya Allah. Aku sudah mula menangis. Kasihan betul aku tengok dia walau dia macam tiada apa-apa sahaja. Dari pandangan tepi memang nampak biji mata dia. :(

Aku berfikiran positif. Mungkin dia bergaduh sehingga jadi seteruk itu. Jika lain dari itu, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Mahu membawa dia ke klinik. Tetapi aku tidak terfikir mahu terus mengurung dia tadi. Telefon semula ke rumah, Kimo sudah tiada. Tapi InsyaAllah. Hari ini juga akan di bawa ke klinik supaya tiada jangkitan apa-apa yang akan buat ianya melarat.

Semoga kedudukan biji matanya dapat di betulkan. Tapi seandainya dia buta, aku terima. Mungkin balasan kerana aku membuang Si Buta dan rakan-rakan dulu. Allah itu Maha Adil...

Pohon rakan-rakan mendoakan agar Dak Oyen dapat kembali dengan selamat dan kecederaan Dak Kimo tiada yang parah. InsyaAllah..

Nota kakitanganku : Terima sepatutnya dengan senyum bukan tangis..




Tuesday, February 23, 2010

aDa BuDak HILanG!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:05 AM 43 kUs-kUs Links to this post
Sudah 6 hari aku cari. Tapi masih tidak jumpa. Sudah hilang suara aku jerit panggil namanya. Tapi masih tidak pulang! Mengapa? Apa yang di rajukkan? Mengapa buat aku begini? Mengapa pergi membawa diri tanpa sebarang berita dan pesan?

Aku mencari anak yang hilang!

Usianya dalam satu tahun lima bulan. Berbulu Oren tanpa belang. Sedikit putih
di bawah dagu sehingga ke leher. Berstokin pendek juga warna putih.

Hati menjadi gundah bila mengingatkannya. Minumkah dia? Makankah? Berpanas atau terkena tempias hujan? Sihat atau cedera?

Perlu juga berfikiran negatif andai dia sudah tidak bernyawa. Namun tiada bau apa-apa yang membuktikannya. Atau ada yang durjana membuangnya jauh dari pandangan mata?

Kata Abah, jika dia ada, sejauh manapun dia melangkah dia akan kembali juga. Tapi bila? Aduhai! Mengapa ini yang terjadi?

Dak Oyen,
Baliklah walau sekejap menunjuk diri.... :(

Nota kakitanganku : Rindu bisingnya....




Friday, February 19, 2010

SabTu Dan AhaD akU suNyI TanPa KemaskInI....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:29 PM 47 kUs-kUs Links to this post
Jumaat yang terang dan cerah! Esok sudah cuti. Rasa sekejap sahaja bekerja. Ekekekekek..

Kesulitan yang aku alami masih belum dapat di atasi. 'Entry' tiada yang mahu di papar. Rasa bersalah pula jika aku buat banyak 'entry' baru dan kamu selalu berkunjung tapi aku tidak dapat membalas lawatan. :)

Tetapi rasa terharu sangat. Walau blog tidak di kemaskini kamu semua sentiasa datang menjengah ke sini. Terima kasih banyak-banyak. Aku hargai semuanya.

Walau tidak mengemaskini minggu ini juga, Nuffnang tetap menambah satu lagi 'buffered earninfg'. Terima kasih Nuffnang! InsyaAllah. Bila semuanya okey, aku akan kemaskini seperti biasa.

Selamat bercuti semua.

Nota kakitanganku : Hidup rasa lain tanpa berblog!! :(




Thursday, February 18, 2010

KamU DI SyurGa ITNi.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 40 kUs-kUs Links to this post
Wajah kamu tetap tenang!Pasti kamu pergi dengan aman dan ingin tersenyum kerana kamu sudah di layan dengan selayaknya.

Melihat kamu di hari terakhir ini aku menangis kerana kamu seperti tidur dalam asyik dan tidak mahu di ganggu. Lena. Kamu lena selamanya.

Pasti sudah kamu tinggalkan pesan kepada rakan-rakan agar dapat menjaga diri sesama mereka.

Kamu begitu indah. Begitu menggembirakan hati semua.

Kak e,

Jika dia boleh bercakap pasti dia berkata 'Umie sudah buat yang terbaik. Aku pergi dengan gembira!'

Rehat dengan tenang Itni. Menanti dengan senyum di Jambatan Pelangi!!!


Nota kakitanganku : Kenapa aku menangis? Aku telah kehilangan seorang lagi sahabat!! :(





Tuesday, February 16, 2010

Memo

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:21 AM 47 kUs-kUs Links to this post
Salam.

Tuan Blog mengalami sedikit kesulitan dan mohon rakan-rakan mendoakan agar kesulitan tersebut dapat di atasi dan beliau dapat berblog seperti biasa. Terima kasih atas sokongan semua dan mohon maaf di atas kesulitan yang timbul.

InsyaAllah.

Terima kasih






Friday, February 12, 2010

SIApa KaTa KucIng TIada WarnA warNI? TapI aKu MemanG mEnyamPaH kAu AmerIka. BaJeT sEmuA kaU BoLeH BuaTLaH!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:17 PM 47 kUs-kUs Links to this post
Tajuk panjang dan emo. Aku pun tidak tahu apa perasaan bila menerima emel dari seseorang. Membuka dan melihat gambar-gambar itu.

Rasa marah? Rasa geram? Rasa lucu? Rasa kelakar? Rasa... ehmm... macam-macam. Campur aduk!

Mungkin jika ada yang melihat akan kata 'Wah comelnya'. 'Kiut-miut!' 'Cantik!'

Tapi persepsi aku pula 'Semacam penganiayaan!' Tapi kalau tengok dengan teliti memang nampak lain dari yang lain. Memang nampak comel!! Erk!!

Ahhhh!! Kau bajet macam kau boleh buat semualah Amerika. Aku menyampah tahu tak? Janganlah buat sesuatu yang diluar norma kebiasaan manusia dan haiwan!

Aku tidak sempat mahu tepek gambar. InsyaAllah esok aku letak 4-5 keping gambar di antaranya.

Photobucket

Terima kasih kepada semua yang bagi sokongan dengan 'entry' sebelum ini. InsyaAllah.. Di mana ada usaha di situ ada jalan!! :)

Nota kakitanganku : Jalan-jalan cari makan jap!





NuFFnanG : 'CasH OuT'!! JuMLahnya IaLah...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:10 PM 42 kUs-kUs Links to this post

Photobucket

Sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, aku telah meng'cash out'kan pendapatan aku. Jika sebelum ini aku berasa berat hati untuk mengeluarkan pendapatan aku yang tidak seberapa ini, tapi aku mula berubah fikiran. Siapa yang hasut aku sila angkat tangan. Ha ha ha ha...

Oleh kerana 3 'buffered earning' telah ke meter dengan jumlah yang memuaskan aku mengklik butang Tebus dengan senang hati. Alhamdulillah....

Amaun itu sebagai sumber inspirasi untuk kita berusaha lebih lagi untuk mendapat pendapatan yang kita idamkan. Macam kita bekerja, bila tiba hujung tahun kita mesti mahu markah prestasi yang kita dapat berbaloi dengan kualiti kerja kita.

Photobucket

En. Nuffnang,
Sila hantar cek sebelum hari lahir saya ya? Saya mahu beli kek!! He he he..

erhMmm.. Amaun?
Alhamdulillah. Terasa mahu beli kamera di gital cap ayam satu! Ha ha ha ha...

Buat yang pernah 'cash out' buat pertama kali berapa lama di ambil untuk kita dapat cek? Boleh kongsi? Terima kasih!! :)

Nota kakitanganku : Sengeh sampai cek Nuffnang sampai! Ekekekeke...





You Ni PemaLas TaPI DuIt Nak!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 24 kUs-kUs Links to this post
' You dah bangun ke belum?'

' Dah tengah hari ni. Ambil saya awal. hari ni Jumaat'.

'Eh! Kan saya baru bagi kelmarin?'

'Awak buat apa?'

'Mana ada lagi. nak raya ni. Guna duit.'

'50 pun tak de.'

'Dahlah. Nanti kita cakap lagi. Jangan lupa ambil saya pukul 12.'

Duit...duit.. duit... (merungut-rungut kecil!!)

* Boleh tak kau jangan bawa masalah rumahtangga kau dalam bilik aku ni??


Nota kakitanganku : Perbualan telefon antara seorang guru dengan suami yang tidak bekerja. Aku pernah menulis mengenai ini.




yEy! MeNanG LagI...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:46 AM 18 kUs-kUs Links to this post
Alhamdulillah! Menang 'contest' ini pula! Aku memilih hadiah yang di peruntukkan untuk kucing!! Rezeki Dak Utih. :) 'Say Cheeseeee Dak Utih!!!' Sila kongsi hadiah dengan adik beradik yang lain okey?

Aku juga ingin umumkan untuk pemenang Kuiz Spontan Teka Umur Dak Utih pemenangnya ialah ein. Umur Dak Utih ialah 2 tahun 5 bulan. Alhamdulillah. Semoga panjang umur Dak Utih. Ein! Nantikan baucer yang akan aku kirim okey? Terima kasih juga kepada semua yang cuba meneka. Ada yang jawab dengan tepat tapi lambat sedikit. :)

Hari ini Jumaat! Indah sungguh Jumaat kali ini sebab selepas ini cuti agak panjang! He he he... Tapi tiadalah panjang sangat! Jika sekolah tutup selama 9 hari, pejabat tidak. Aku hanya bercuti seperti biasa mengikut cuti umum. Rabu sudah kerja balik.

Kamu pula? Jika cikgu cikgi tu ialah cuti ikut murid-murid, yang kerja pejabat ambil juga ke sampai seminggu? Sakanlah cuti!!


Nota kakitanganku : Selamat Bercuti!






akU Rasa Nak mInTa kaU LImaU ManDarIn sEPuLuh KoTak seBab Kau HaLanG KerETa akU!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:02 AM 16 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Abaikan cermin hadapan kereta aku yang kelabu. Nampak pacuan 4 roda di hadapan itu? Tuannya telah menghalang kereta aku dari tempat letak kereta!

Okey! Aku cerita dari mula. Tengah hari aku tidak balik ke rumah tetapi terus ke Jusco. Pelbagai aktiviti di lakukan di sana. Eh! Urusan. Bayar bil, sembahyang dan makan. Eh! Siapa pandang-pandang aku semasa aku makan tadi? Perempuan okey! Kamu kenal aku ke? He he he he.. Tahulah aku makan seorang diri. Tiada berteman. Main jeling-jeling pula. Nasib baik kamu senyum. Kalau kenal tegurlah. Mahu minta autograph pun boleh. Ekekeekkeke..

Siap semuanya aku terus ke CIMB di Bukit Baru untuk memasukkan cek. Siap sahaja urusan kamu tengoklah gambar di atas itu. Macam mana aku mahu keluar? Panas terik. Berasap jugalah! Baju batik pun dah kena peluh! Dalam 15 minit tunggu baru tuan dia datang. Lelaki Cina yang sudah agak berumur. Tidak berani aku mahu ambil gambar. Ekekekekke..

'Soli... soli... manyak olang dalam tu wooo'. Sambil tunjuk-tunjuk bank! Ayat itu aku main agak sahaja sebab aku dalam kereta. Ha ha ha ha..

Aku senyum dan angkat tangan sahaja. Malas mahu berbalas pantun dalam cuaca yang panas terik begini. Tidak pasal-pasal berlarutan pula nanti! Siap dengan dondang sayang segala!

Nasib baik tidak sampai 1-2 jam. Jika tidak aku yang kepanasan pasti sudah rentung kebakaran dan akan menjadi hantu untuk mencari tuan punya pacuan empat roda itu. ha ha ha.. Tinggi betul imaginasi aku!

Kamu ada pengalaman sebegini? Jika kamu apa yang akan kamu katakan kepada tuan punya kereta yang meletak kereta macam tempat itu 'bapak' dia yang punya?

Nota kakitanganku : Minum Jus Oren Mandarin saja!!






Thursday, February 11, 2010

EskLusIF : CuBaan BunuH D|r|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:35 PM 38 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Di klasifikasi 18SG kerana mengandungi unsur-unsur ganas dan ugutan. Tidak sesuai untuk mereka yang begitu lemah kadar degupan jantungnya. Jika ingkar, apa-apa yang berlaku di luar tanggungjawab penulis.

Photobucket

Ini dia yang ingin terjun membunuh diri. Perhatikan. Beliau sedang mencari tempat yang sesuai untuk membuat terjunan sambil merenung jauh nasib diri. Adakah penerjunan akan berjaya? Belum cuba belum tahu. Perlukah di halang keinginannya?

Photobucket
Dak Itam :

'Jangan ganggu aku. Kau nyah dari sini Bos. Aku boleh turun tetapi dengan beberapa syarat.
1. Nyahkan Dak Utih dari bilik kau. Aku rindu nak tidur atas tilam empuk!
2. Aku nak 2 jenis makanan. Ikan rebus 3 ekor sekali makan dengan Whiskas Ikan Laut.
3. Air minuman aku kena tukar setiap kali waktu makan.
4. Beli bekas makanan baru untuk aku.

Photobucket
Dak Itam :

'Mengantuklah pula!!! Ketepilah Bos. Aku mahu terjun!!'

Photobucket

Dak Itam :
'Kau ni lecehlah. Aku nak terjun pun tak bagi. Aku tidur dululah. Kau tunggulah kat bawah tu!!!'

Photobucket
Aku :
'Sajaknye muka kau. Dah pukul 1.00 pagilah wey! Siapa nak tunggu kau kat sini? Aku nak tidurlah!! Kau kalau boleh duduk diam tak pe. Ini memekak je atas bumbung rumah. Orang nak tidur pun tak boleh!!! Turun!!!!

Dak Itam : ZZzzZZzZZz.. (bla... bla... bla... )

Nota kakitanganku : Misteri bumbung berderap terungkai!! ( Berapa banyak misteri da....)





KesILaPan TeknIkaL

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:01 AM 17 kUs-kUs Links to this post
Aduhai! Terkejut juga bila bangun Subuh tadi tengok 'entry' Nuffnang keluar pukul 2.00 a.m. Eh! Siapa yang publish!! Misteri sungguh! Ha ha ha ha..

Ini kes mengantuk. Malam tadi menaip pasal entry Nuffnang itu mata sudah kuyu. Mahu set pukul 2.00 pm terset pukul 2.00 a.m. Okey! Baik! Cuai! Mesti ada yang gelak bila tengok 'entry' itu pukul 2.00 pagi. Orang sudah tidur siapa mahu baca. Ekekekekeke..


Demam sudah reda. Selsema juga. Namun batuk pula yang melanda. Masih tahap terkawal. Ekekekeke..
Petang ini ke Pejabat Audit menghantar dokumen-dokumen yang di perlukan.

Hari ini cuaca mendung sahaja. Mungkin sebab semalam sudah hujan lebat! Teruja gila 'mandi'kan kereta semalam. Bila mendung sahaja, cepat-cepat aku keluarkan kereta dari garaj di pejabat. Sampai ada yang menegur.

'Eh! Kenapa keluarkan kereta? Nak hujan dah ni!'
'Memang saja saya keluarkan cikgu. Nak basuh kereta. Dah teruk sangat dah ni.'

Dia ketawa kuat.

'Saya pun tak terfikir mahu buat macam awak. Gelap sahaja, saya masukkan dalam garaj lagi adalah.

'Kereta cikgu bersih. Kereta saya berkeladak. Daki dah 5 sm tu.'
Kami ketawa dan di ikuti hujan turun dengan lebatnya. Huh! Syukur. Jimat duit mahu cuci kereta.

Nota kakitanganku : Hari ini hujan tak?







NuFFnanG : BeTuL kE BoLeH DaPaT Du|T?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:35 AM 22 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Bila aku menulis mengenai Nuffnang. Ada beberapa komen yang bertanya 'Betul ke dapat duit dengan Nuffnang?' Jika kamu di soal dengan soalan ini apa jawapan yang ingin kamu berikan?

Ingatan sekali lagi, apa yang aku tulis mengenai tips atau Nuffnang ada atas pengalaman sendiri. Aku tidak tahu untuk mereka-reka cerita atau mengadakan benda yang tiada.

Aku ingin menjawab soalan di atas.

Jawapan aku ialah 'YA!'

Bagaimana?

Itu yang perlu kamu cari. Aku juga membuat kesilapan di awal pembabitan aku dengan Nuffnang. Aku mendaftar dengan Nuffnang bulan April 2009 dan pendapatan pertama aku ialah pada bulan Ogos tahun yang sama.

Photobucket

Selesai sahaja kamu mendaftar dan memasang iklan di blog, selain terma-terma dan syaratnya mahu atau tidak kamu perlu membaca soalan-soalan lazim yang ada di laman webnya juga.

Photobucket

Semua ini dapat membuatkan kamu kenal lebih rapat lagi dengan Nuffnang. Sebelum kamu buat apa-apa spekulasi mengenai pendapatan, banyak ke tidak, itulah ini lah, khatamkan dulu membaca semua soalan-soalan yang telah di beri jawapan dalam lamannya.

Kemudian barulah rajin-rajin masuk ke blog-blog yang selalu beri tips dan panduan berblog. Amacam? Boleh?

Macam mana boleh dapat duit? Dengan klik ke iklan yang keluar di blog yang kamu lawati. Klik dan biar sehingga kesemuanya di paparkan. Sesetengah blogger ada yang meninggalkan pesan bahawa mereka telah mengklik iklan. Okey! Aku terima. Namun yang klik secara senyap pun aku terima. Tidak kisahlah. Janji bukan di paksa-paksa.

Tiada perkara yang mudah dalam dunia ini. Semuanya perlu usaha.

Kamu pula? Boleh ke buat duit dengan Nuffnang ni?
He he he he...

Nota kakitanganku : Alhamdulillah.






MIsTerI MesIn BasUh ruMah akU TerUnGKaI....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 26 kUs-kUs Links to this post
Sudah 2-3 hari aku fikir mahu cerita di sini. Tapi biarlah dahulu. Namun tidak boleh di simpan-simpan lagi misteri mesin basuh ini. Aku kena cerita juga. Dalam mahu berfikir-fikir dari sehari ke sehari misteri itu terungkai juga.

Sejak seminggu yang lalu mesin basuh rumah aku di hujani dengan perkara misteri. Misteri itu aku tidak ceritakan kepada sesiapa di dalam rumah ini. Bimbang ianya menjadi bahan ketakutan seisi rumah. Aku simpan sahaja. Peliknya misteri ini hanya berlaku pada waktu tengah malam sahaja.

Kemucaknya malam tadi. Aku belum tidur lagi dalam pukul 1.oo pagi. Tiba-tiba aku dengar mesin basuh berbunyi seperti ada orang membasuh baju. Ini kali ke tiga aku mendengar dalam minggu ini. Aku silap dengarkah? Aku pasang telinga betul-betul. Pasti! Mesin basuh di dapur yang berbunyi. Tetapi tiada ciri-ciri ahli rumah aku yang membasuh pakaian. Ngeri. Aku takut mahu bangun.

Oh tidak! Siapa yang mahu mengganggu aku di pagi-pagi buta ini. Aku menekup kepala dengan bantal namun bunyi mesin basuh yang berbunyi masih kedengaran. Aku tertidur dalam peluh dingin.

Pagi tadi aku terasa mahu bertanya kepada yang lain tetapi aku gusar andainya perkara ini menjadi ketakutan di kalangan ahli keluarga. Takut juga pelbagai spekulasi yang timbul.

Balik tengah hari pula emak membasuh baju. Mulut aku berat untuk bercakap hal malam tadi dan malam-malam sebelumnya. Tiba-tiba adik aku ke dapaur.

'Mak, malam tadi mesin tu berbunyi lagi.'

Aku 'blur'.

'A'a. Mak lupa nak tutup suis. Meter dia tu dah tersangkut.'

Aku mencelah.

'Kenapa? Meter apa'.

'Lah.. Tak tahu ke kak? Mesin basuh tu kalau kita putar, dia gerak sampai nombor 3 saja. Lepas tu dia berhenti.Kalau kita tak putarkan sampai habis ke kita tak tutup suis ke malam-malam nanti dia bunyi sendiri.'

'Ye ke??'

'Malam tadi dengar tak?'

Aku rasa mahu ketawa sahaja. Aduhai!!! Sia-sia sahaja peluh jantan aku mengalir malam tadi. Ha ha ha ha..

Aku seorang sahaja yang tidak tahu cerita. Maklumlah. Basuh baju seminggu sekali. Ekekkekee..

Nota kakitanganku : Bikin gua panas saja mesin basuh bertuah ni!!








Wednesday, February 10, 2010

NuFFnanG : MenGaPa |kLan saYa T|Dak KeLuar?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 34 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ada beberapa blogger yang tanya 'Mengapa iklan tidak keluar. Hanya promosi Nuffnang sahaja?' Aku pun tidak pasti sebenarnya. Aku takut aku silap jawab. Jadi aku patut menerokai laman Nuffnang dan mencari jawapan. Ini jawapannya.

Kamu perlu membaca bahagian 'Soalan Lazim' terlebih dahulu sebelum membuat pilihan iklan.

Photobucket

Baca dan buat pilihan iklan.

Photobucket

Klik pada 'Blog Manager'.

Photobucket

Dan pilihlah pilihan iklan yang kamu mahu. Ubah di situ. Jika sebelum ini kamu rasa ke semua iklan kamu hanya ada promosi iklan Nuffnnag, mungkin kamu telah meng'set' 'Papar Iklan Default'. Jadi ubahlah sekarang.

Aku tidak mahir untuk terang dengan jelas. Jika tidak faham, sila bertanya okey?


Nota kakitanganku : Masih belajar juga!





LeLak| BuJanG T|Dak TerUrUs??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 31 kUs-kUs Links to this post
Dekat sini ada seorang guru lelaki Cina yang masih bujang walau umur sudah 40+. Aku bukan mahu cakap pasal dia bujang ke atau lambat kahwin ke apa. Itu dia punya pasal. Aku hanya mahu cakap pasal penampilan diri dia.

Penampilan diri dia menunjukkan dia memang tidak terurus. Baju yang tidak bergosok, muka yang serabai, dan bau badan yang 1 kilometer sudah berbau. Baju yang di pakai juga di ulang-ulang dalam seminggu.

Aduhai.... Begitu terukkah orang bujang bila tidak berkahwin? Semua orang bujang begitu? Aku tidak tahu. Bagaimanakah guru yang duduk di sebelahnya di bilik guru menahan perasaan? He he he he....

Adakah kamu mengulang pakai baju ke pejabat kamu dalam seminggu? Aku pasti yang wanita akan jawab tidak. Lelaki pula bagaimana? Adakah bila hari Isnin pakai baju biru hari Khamis masih ulang pakai baju yang sama tanpa di basuh? Jika kamu bekerja dalam suasana yang nyaman dengan penghawa dingin, duduk di pejabat sahaja tanpa mengeluarkan peluh, itu mungkin agak relevan.

Tetapi, jika kamu bekerja tanpa kemudahan itu, berpanas mengharapkan putaran kipas sahaja, berpeluh, mahukah di ulang pakai baju yang basah dan kering semula itu? He he he he


Kita mungkin fikirkan diri kita. Senang. Mudah. Jimat pakai baju ulang-ulang. Tapi kita juga kena fikir pasal orang yang ada di sekeliling kita.

Tapi maaf cakaplah, hal begini hanya berlaku pada orang lelaki. Orang wanita tidak setahu aku. Kami akan pakai baju yang berlainan, menjaga penampilan agar nampak kemas walau muka tidak cantik! Oucchhh!! Terasa! Ha ha ha ha...

Okey! Ada apa-apa perkongsian mengenai ini? Ada pengalaman? Jom kongsi.

Nota kakitanganku : Ada lelaki bujang yang kemas. Eh! Kemas untuk mengurat ke? he he he he



MacaM MaHu M|nTa CPR...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 15 kUs-kUs Links to this post
Bila hidung tersumbat, sukar untuk bernafas. Terasa mahu minta di CPR. He he he.. Hari ini tidak boleh mahu bermalas-malas sebab perlu bekerja seperti biasa. Cuti sakit cuma sehari.

Hari ini Bos pula cuti sakit. Awal-awal lagi sudah di beritahu semalam. Wah! Dia sudah tahu bila di mahu sakit dan bila dia mahu bercuti sakit. Sabar sahaja!!

Kemaskini kerja-kerja kewangan buat kali terakhir sebelum menghantar dokumen ke Pejabat Audit esok.

Serius! Tidak selesa bekerja dalam keadaan selsema kerana terasa air hingus mahu mengalir sahaja dan kadang-kadang tanpa sedar. Aduhai!! Cubaan!!

Hari ini hari Rabu tapi macam 'Monday sickness' jadinya.

Okey! Kerja tetap kerja.

Nota kakitanganku : Rasa mahu tidur !






BuLan ayaM, ku|z sPonTan DaN PeMenanG 040040

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 AM 32 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kemaskini : Kuiz tutup pada pukul 12.00 tengah malam ini.

Pernah dengan Bulan Ayam? Ha ha ha ha.. Pandai sahaja aku bagi nama bulan. Tapi serius. Februari Bulan Ayam bagi aku. Tengok! Baucer hadiah kemenangan gambar Dak Utih sudah sampai. Alhamdulillah.. Terima kasih empatapril.com

Oleh kerana baucer yang aku terima agak banyak aku ingin cari seseorang untuk aku agihkan beberapa keping baucer. Tapi ada syaratnya. Ini macam kuiz spontanlah. Hadiah pun tidak seberapa tapi aku harap ada yang sudi meneka.

Soalan aku ialah :

Berapakah usia Dak Utih? Contoh jawapan seperti ini : 1 tahun 1 bulan. Kamu boleh tinggalkan di ruangan komen. Pemenang berdasarkan peneka paling tepat atau hampir tepat yang terpantas. Selamat meneka.


Pemenang bagi salin nombor 040040 ialah En. PenyuBiru. Tepuk tangan! Terharu En. Penyu sudi masuk sini dan turut serta mencuba. Terima kasih. En. Penyu, sila tinggalkan nama dan alamat dalam emel yang sama okey?

Jangan lupa jawab soalan kuiz 'malam' aku ini. He he he

Nota kakitanganku : Februari Bulan Gemuk! Aduhaiiii!!





Tuesday, February 09, 2010

aNaL|T|k NuFFnanG : JuMLah PenGunJunG TerJunaM.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 29 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Minggu lepas dalam kesedihan. Jumlah 'entry' sehari yang di papar berkurangan. Automatiknya jumlah pengunjung perunik juga adalah kurang. Ini adalah salah satu contoh, jika kita kurang kemaskini blog dengan paparan terbaru, jumlah pelawat atau trafik ke blog juga akan berkurangan.

Bila jumlah trafik berkurangan pendapatan juga berkurangan. Ekekekekeke.. Minggu ini apabila genap 7 hari pendapatan hanya bertambah sebanyak RM 5.00 ++ sahaja. Alhamdulillah. Ada juga bergerak dari tiada langsung.

'Buffered earnings' amat berkembang maju terutamanya Celcom Broadband! Oh! Terima kasih untuk kamu yang klik-klik. Ianya semacam sumber inspirasi untuk aku terus memaparkan 'entry' yang boleh buat kamu senang untuk baca .

Untuk membuatkan trafik kamu tidak jatuh merundum macam aku, konsisten dalam memaparkan 'entry' baru adalah penting. Jika kamu rasakan dengan memaparkan 4 'entry' sehari buat trafik kamu nampak 'cantik' teruskan. Cuba dalam seminggu, InsyaAllah jumlah pendapatan kamu juga akan meningkat. Munstahil jika hanya naik 0.25sen seminggu.

Okey?

Rumusannya. Kemaskini blog selalu. Ha ha ha...

Nota kakitanganku : Rindu amaun minggu sebelum ini. :P





NaMa saYa Dak |Tam...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 23 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Aku bertugas hari ini.

Kamu tengoklah muka aku sampai muntah sebab Bos suruh aku kemaskini blog! Dak Utih masih tidur. Aku pun kemaskini sambil tidur! Bos aku Cuti Sakit hari ini.

Oleh sebab warna aku hitam, aku sudah lama tidak mandi. Itulah kelebihan warna hitam dengan warna putih. Yang hitam kalau tidak mandi tidak nampak kotor. Nampak semulajadi. Yang putih kalau tidak mandi nampak kuning! Ha ha ha ha..

'Sabau' Dak Utih. 'Sabau!!' Aku gurau sahaja.

Bos cakap aku sudah kurus sedikit. Dak Utih asyik buli aku sahaja. Minta tolong ya kamu semua. Nasihatkan Dak Utih jangan asyik mahu buli aku sahaja. Sudah lama aku tidak tidur di rumah. Dalam bilik apatah lagi. Semua Dak Utih mahu kuasai. Eeeeee!! Geram! Sebab itu asyik gaduh sahaja.

Okeylah!

Kamu tunggulah Bos aku kemaskini ya? Aku tidak pandai menaip macam Dak Utih. Ekekekeke..

Nota kakitangan Dak Itam : Hitam itu menawan. Teka! Iklan apa?






cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 23 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
040040

'Captured' nombor ini dan emelkan kepada mylosermind@yahoo.com

Walaupun jika ada 4 orang atau lebih yang emel angka yang sama tetapi hanya seorang pemenang terawal di cari.
Hehehe...

Terima kasih.






MacaM OranG S.T.I.M.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:17 AM 34 kUs-kUs Links to this post
Mulut ternganga-nganga... Kepala terdongak-dongak. Mata terpejam-pejam. Tecelik-celik. Nafas turun naik. Dada berombak-ombak. 10 saat dalam kedaan begitu. Tidak jadi! 5 saat selepas itu, kembali lagi dalam keadaan begitu.. Eeeeeee!! Tekanan!!!

Rasa mahu tampar diri sendiri sebab gagal melepaskannya. Arghh!!! Dia buat lagi! Nafas di tarik-tarik.. Mata buka katup! Tiba-tiba!!!


AcHUMmmmmmMMMMmmm!!! Huh! Lega!!

Eh! AchUmmmmm lagi dan lagi sampai 5 kali tidak berhenti. Terasa hidung sudah tercabut! Kutip balik sambung semula. Bersin lagi!!!

Kamu pernah, bila mahu bersin tidak jadi? Rasa geramkan? Bila sudah bersin memang saja di kuatkan bunyinya. Kata emak 'Kalau bakal emak mertua dengar, 'kensel' jadi menantu!! Terperanjat!!' Ha ha ha...

Selesema berada dalam tahap kronik. Esok ke klinik InsyaAllah. Sudah beli air asam jawa sebab tekak gatal. 2 botol 100 plus. Siapa yang cadangkan tadi? Terima kasih ya?

Badan sudah panas. Memang sudah demam.

Maaf andai malam ini aku hanya mampu pandang skrin!

Doakan aku tidak teruk. Sebab pagi tadi semasa emak buat rawatan rutin di Hospital Jasin, sesiapa yang selsema melampau semua di tahan dalam wad! Suspek H1N1!

Aduhai! Kalau aku masuk wad, kamu mahu datang? Sila bawa coklat dan bunga ros! Ha ha ha.. HUh! Minta di jauhkan!! Audit wey Khamis ini!

Dak Utih, sila kemaskini blog selepas ini! Jangan mahu tidur sahaja!

Nota kakitanganku : Kepala sudah mereng!






Monday, February 08, 2010

NuFFnanG : kENaPa PenDaPaTan saYa sED|k|T saHaJa? ( S|r| ii)

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:11 PM 37 kUs-kUs Links to this post
Siri pertamanya ini, dan ada yang mengomen 'Blogging sebab Nuffnang ke?' Serius aku menyampah dengan komen itu dan aku sudah membalas komen itu. Walaupun komen itu di tujukan kepada mereka-mereka yang merungut tentang pendapatan yang sedikit, tolong jangan komen dan adili orang lain tanpa mengetahui kehendak dan keperluan orang berblogging.

Masing-masing. Aku selalu menulis di sini. Pendapatan melalui berblogging bagi aku adalah satu bonus. Jadi aku tidak salahkan blogger yang merungut-rungut bila pendapatan mereka sedikit. Tidak juga salahkan mereka jika mereka berusaha mencari tips bagaimana mahu meningkatkan pendapatan.

Macam inilah, lain orang lain ragamnya. Macam ada blogger yang mengklasifikasikan 'entry mengarut' dengan 'entry' yang berisi. Separuh orang tidak suka membaca 'entry' yang tiada isi, menipu katanya. Letak tajuk bukan main gah, tapi isi 'hampagas'.

Aku tidak suka mahu mengadili orang lain. Kalau kau rasa, kau menyampah orang merungut-rungut pasal pendapatan mereka yang sedikit, itu hak dia. Suka hati dia. Siapa kita mahu adili orang?

Tidak salah mencari dan bertanyakan tentang tips-tips untuk trafik. Tidak salah berkongsi. Aku ada terbaca dalam satu blog yang bertanya mengapa nilai sen pendapatannya masih tidak bergerak. Ada tips? Aku sudah beri beberapa tips atau lebih kepada pengalaman aku sendiri. Eh! Siapa punya blog sila angkat tangan? He he he..

Aku memang tidak layak untuk bercakap mengenai ini sekali lagi. Tapi aku tetap mahu berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang sedikit ini. Perkongsian itukan kasih sayang. Ini tanda kasih sayang aku kepada kamu yang sudi membaca dan menjenguk blog yang tidak seberapa ini.

Tips aku ini berpandukan daripada pendapatan aku sendiri. Tips ini juga boleh di baca oleh mereka yang bertanyakan 'Mengapa mereka tiada Buffered Earnings?'

Aku menulis berdasarkan apa yang aku lakukan sehingga aku dapat menggerakkan pendapatan aku dalam setiap genap 7 hari. Aku menulis berdasarkan 'buffered earnings yang aku dapat 5-6 ketul itu. Aku menulis dengan cara yang mudah dan ringkas :

1. Aku menulis. Aku mengemaskini blog sekurang-kurangnya 3 'entry' terbaru setiap hari. Kena rajin okey.
2. Aku menjarakkan setiap 'entry' itu sekurang-kurangnya 3 jam dan lebih.
3. Aku 'blogwalking' dan suku dari mereka akan membalas lawatan. Mengapa suku sahaja? Entah. Jika aku 'blogwalkang' dalam 100 blog, hanya 30 yang membalas dan tinggalkan komen. Lagi 70? Tidak di ketahui. Mungkin 70 itu kamu? He he he...
4. Aku memastikan trafik ke blog aku sentiasa ada. Jika tidak sempat menulis 'entry' baru, aku akan mengulang setkan 'entry' yang terakhir.
5. Tidak membalas komen! Opss!! Ini tipu!! Jangan ikut.

Okey! Perkara 1 hingga 4 sahaja. Mungkin 4 yang paling penting kerana perkara 1-3 hasilnya adalah nombor 4.

Itu sahaja setakat ini. Lagi sekali aku ulang, ini atas pengalaman aku sendiri. Berdasarkan pendapatan sendiri. Jika kamu mahu seminggu RM 100.00 masuk ke akaun, jangan tanya aku, aku tidak tahu.

Nota kakitanganku : Alhamdulillah...






saYa sak|T...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 AM 32 kUs-kUs Links to this post
Oh! Sila jauhi aku! Jangan peluk dan cium! Ambil bau boleh. Tapi dari kejauhan sahaja. Aku telah di serang virus. Virus yang membuatkan hidung banjir. Cubaaaaan!!

Bersin berkali-kali. Hidung rasa mahu tercabut. Setengah kotak tisu untuk satu malam. Hari ini belum ambil kira. Badan rasa mahu demam! Oh tidak! Jangan demam minggu ini. Audit akan berjalan pada Khamis. Boleh tunda demam?

Minggu depan boleh. Minggu depan Tahun Baru Cina. Boleh cuti! He he he...

Aku gagahi diri ke Pejabat. Petang ini mahu ke AG untuk menghantar Kew. 320 untuk gaji bulan Mac 2010. Gaji? Sila senyum sekarang. Kakitangan awam menerima gaji untuk bulan Februari hari ini. Tetapi jangan senyum pada awal bulan 3 jika duit gaji telah habis di labur. Ha ha ha ha...

Poket masih penuh sudah mahu di tambah lagi. Jangan lalai. Keluarkan gaji dan langsaikan hutang bank. Hulurkan bahagian-bahagian kepada mereka yang sepatutnya. Jangan bertangguh. Nanti duit habis ke lain.

Semoga hidung tidak tercabut! Sabarlah menghadapi dugaan selsema dalam cuaca panas ini!

Hari ini tiada serangan 'Kesakitan hari Isnin' kerana Isnin hari ini duit gaji masuk! Ha ha ha..

Sabar je lah!!

Nota kakitanganku : MC esok boleh Bos?





kEk cOkLaT kUkUs

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 AM 24 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Gambar dari atas! Ceh! Macamlah ambil gambar dari dalam helikopter. ha ha ha

Photobucket

Selepas di angkat dari kukus. Merekah di bahagian tengah.

Photobucket

Setelah di simbah coklat 'ganache'. Tiada deko-deko sebab tidak terfikir pula mahu beli 'choclate rice' segala. He he he he..

Photobucket

Okey! Sudah makan buat minum petang! Sedap. Lembut. Cantik.

Resepi aku ambil dari cikguisza. Terima kasih. Kira jadilah ini. Marilah jamah dan beri markah. Ha ha ha..

Alhamdulillah. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Sudah lama rindu akan bunyi hujan!! Syukur. Bumi basah juga. Alhamdulillah....

Nota kakitanganku : Pasrah ASTRO tiada siaran!






Sunday, February 07, 2010

'akU MemanG T|Dak Puas HaT|!!!'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM 30 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
Apa pandang-pandang?

Photobucket

Menyampah!!

Photobucket

Kau memang pilih kasih Bos!!

Photobucket

Aku mahu tidur! Malas mahu layan kau!!

Photobucket

Aku 'majuk' ni Bos!!

Photobucket

Kau tengok sajalah yang ini!


Pagi-pagi lagi aku sudah mandikan Dak Utih. Aku sendiri belum mandi aku sudah mandikan dia. Ha ha ha ha.. Itu yang dia marah benar itu. Yang lain aku tidak mandikan. Dia seorang sahaja yang kena mandi! Tidak puas hatilah tu!!

Seingat aku kali terakhit aku mandikan dia apabila dia di 'simbahi' tahi ayam kira-kira dua bulan yang lalu. Kamu boleh tengok rupa Tahi Ayam Punai itu di sini.

Oleh kerana warna bulunya tidak sama dengan namanya iaitu bulunya warna kuning namanya warna putih aku gagahi mandikan dia pagi ini. Oh!! Indah sekali kau selepas mandi Dak Utih. 'Say Cheeeseeee' Dak Utih!!! Ha ha ha ha...

Sebelum mandi aku sudah beri dia makan kemudia habis sahaja mandi aku lapkan sedikit selebihnya dia yang jilat sendiri. Aku 'snap-snap' gambar kemudian aku tengok dia sudah tergolek tidur. Ekekekekeke...

Nota kakitanganku : Perlu mandikan dia seminggu sekali. Setuju?





akU BuKan G|La TaLak!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:36 AM 21 kUs-kUs Links to this post
Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?Terima Ke Tidak?

Aku telah membuat permintaan untuk menambah seorang 'bekas kekasih' di dalam MukaBuku aku yang setahun sekali aktif itu. Entah! Tiba-tiba pula! Tangan gatal sekali mengklik untuk menambah dia sebagai kawan bila jari jemari juga yang gatal mencari namanya di MukaBuka.

Pernah aku cerita pasal dia di sini sebelum ini. Salah satunya di 'entry' ini.

Masih menanti adakah permintaan aku di terima atau tidak? Kamu rasa?

Atau aku yang silap mencari dan berjumpa kemudian ingin bersahabat pula?

Ahhh!! Aku bukan gila talak, tapi aku sekadar ingin bertanya khabar. Kerana dia belum berdua, itu yang buat aku berani menyapa. Ha ha ha ha..

Cari penyakitkah aku?





Kamu sUnGGuH |nDah... TaP| sayanG.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:01 AM 24 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
Kiut.

Photobucket

Beliau sungguh comel dan cantik.


Photobucket

Ini gambar terbaru beliau.

Namanya Flex. Kamu boleh membaca kisah-kisah terakhirnya di blog Mummy Flex.

Kadang-kadang ada yang selalu berfikir, kami terlalu emosi bila berhadapan dengan sebuah kehilangan walaupun hanya dengan seekor binatang. Namun jika kamu memasuki 'zon' kami, kamu pasti akan faham mengapa kami meratapi kehilangan seekor binatang seolah kami kehilangan seorang insan yang rapat.

Aku juga pernah mengalami situasi kehilangan seperti ini. Peritnya berhari-hari. Sakitnya hanya Allah S.W.T yang tahu. Parut masih ada. Kadang-kadang bila teringat, airmata akan bergenang. Kamu boleh menyelami kehilangan yang aku alami di sini.

Flex, kamu sungguh indah. Tapi sayangnya kamu sudah tiada. Flex pergi pada 04 Februari 2010 yang lalu kerana F.I.V. ( Informasi mengenai F.I.V di sini. )Semoga Flex berehat dengan tenang.

Selamat tinggal Flex...

Nota kakitanganku : Kasih sayang mengatasi segalanya...





Saturday, February 06, 2010

H.O.R.N.Y

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:18 PM 27 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Perhatian :

Siapa 'boipren' 'gelpren' suami, isteri, ayah, ibu, atuk, nenek, anak saudara, bapa saudara, emak saudara kepada si penghantar mesej ini, sila bawa dia ke hospital bagi rawatan lanjut.



Nota kakitanganku : S.H.I.T.




'JusCo MeLeTup Tu Dah Buka!!'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 18 kUs-kUs Links to this post
Sebelum Subuh lagi Along sudah mesej beritahu pasal ini. Aduhai.... Aku yang sedang mamai terpinga-pinga. Ada Jusco meletup lagi ke? Di mana? Dalam keadaan berfikir-fikir aku terlena semula. He he he he..

Subuh tadi baru aku baca mesejnya dalam keadaan sedar. Oh! Jusco yang meletup dulu sudah di buka dengan rasminya semalam. Baguslah. Tambah satu lagi tempat membeli belah di Melaka ini. He he he.. Tempat 'perabehh' duit gaji! Ha ha ha ha..

Melaka banyak benar pasaraya. Tidak cukup tanah di tambak laut. Wow!! Kalau dulu orang tanya 'kau kerja apa?' Kemudian ada yang jawab 'Tambak laut!!' Ha ha ha.. Sekarang dekat Melaka sudah ada weyy!! Laut semua sudah tenggelam dek tanah. Rumah atas laut. Pusat belah belah atas laut. Lepas ini taman tema air atas laut! Huh! Dasyat!!

Tapi aku bukan jenis orang yang terlalu teruja hingga mahu pergi di minggu-minggu pertama di buka ini. Kamu boleh bayangkan betapa ramai umat manusia nanti.

Tapi ada yang sudah pergikan? Apa yang menarik dan lain dari yang lain yang ada di sana ya? Ada Zoo tidak dalam Juscoitu? Maklumlah, dengarnya yang paling besar di Malaysia!!

Kamu pula bagaimana? Suka pergi minggu pertama bila ada pasaraya baru di buka? Atau kirim salam sajalah... Ha ha ha..

Nota kakitanganku : Poket masih penuh! He he he ....






Friday, February 05, 2010

MenanT| HuJaN....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 26 kUs-kUs Links to this post
Malam ini angin kuat. Guruh juga berdentam dentum. Awan Mahgrib tadi memang hitam! Tanda akan hujan dengan lebat. Namun sehingga pukul 8.00 malam hujan belum turun.

Sudah lama tidak hujan. Cuaca begitu panas sekali. Namun panas itu ada hikmahnya kerana Allah S.W.T beri angin yang kuat . Jadinya panas itu terubat sedikit dengan hembusan angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa.

Sebelum tidur aku mesti mahu mandi. He he he.. Baru boleh lelap. Jika tidak tergolek-golek sahaja biji mata ini.

Malam ini tidak menghadiri kenduri Tahlil, sebab adik sakit perut. Jadi tinggal berdua di rumah sambil aku melayan berita yang rasa jemu mahu tengok sebab berita utamanya yang memualkan.

Budak-budak semua tidak dapat di kesan. Semua perut sudah kenyang tidak jumpa jalan pulang!

Guruh sudah reda. Tapi aku masih setia menanti. Menanti hujan yang belum kunjung tiba.

Tempat kamu hujan?

Nota kakitanganku : Pernah tengok orang panggil hujan!.








Skr|n TeleFon B|mB|T...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:37 PM 26 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Apa yang aku mahu taip ini? Ada idea? Bos macam mogok sahaja! Awal sangat sudah masuk pejabat balik. Ada ke patut bagi aku 'laptop' suruh aku kemaskini blog. Gila ke apa?

Aku mahu tanya.

Gambar apa yang di letakkan di skrin telefon bimbit kamu? Gambar 'boipren?' 'Gelpren?' Atau macam Bos aku letak muka aku yang 'ensem' ni?

Da...

Nota kakitangan Dak Utih : ZzzzzzZzzZz.. Aku bangun nanti mesti dah ada 10 komen okey?






Oh! Dak UT|h!! TOLonG JanGan JaD| MacaM OScAR!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:25 PM 34 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini Oscar! Seekor kucing gemuk yang boleh tahu tentang ajal manusia. Beliau tinggal di hospital. Merayau-rayau dari satu wad ke wad yang lain untuk memberitahu ajal siapa yang akan tiba seterusnya.

Huh! Menggerunkan Si Oskar ini. Berita lanjut kamu boleh baca di sini.

Photobucket

Ini Dak Utih. Dak Utih, tolong jangan jadi macam Oscar. Jika tidak aku lesing kau jauh-jauh! Ha ha ha!!

Sudah hari Jumaat. Sabtu dan Ahad datang untuk merehatkan hati dan fikiran.

Nota kakitanganku : Rehat secukupnya!





Thursday, February 04, 2010

B|La Car| T|aDa. B|La Tak Car|, aDa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 21 kUs-kUs Links to this post
Hari ini Penyelia Kanan Sektor Jaminan dan Kualiti datang membuat pemantauan. Dari satu soalan ke satu soalan di tanya kepada Bos! Tiba-tiba dia bertanyakan tentang akaun. Jumlah baki tahun lepas. Aku jawab sedikit. Bos cakap banyak. Bos cakap ada lebih kurang RM 5,000.00. Eh! Mana ada! Dalam RM 2,000.00 sahaja.

Pegawai tersebut bertanya pula tentang Audit. Oh! Audit 2009 akan di lakukan di Pejabat Audit pada minggu hadapan. Audit 2008 memuaskan. Beliau meminta laporan Audit 2008.

Cari punya cari punya cari, aku tidak jumpa-jumpa. Sedangkan laporan itu selalu aku tengok sebagai bahan rujukan untuk siapkan PATSKOM 2009. Baru lagi.

Geledah sana sini, tidak juga berjumpa. MasyaAllah, kemanakah menghilangnya? Hairan bin Ajaib! AKhirnya aku hanya hulurkan salinan surat jawapan Audit 2008 beserta fail sahaja. Penyatanya sampai ke sudah tidak jumpa.

Aku malas mahu terus mencari dan mengadap komputer semula. Duduk sahaja aku jengah bawah meja komputer ada buku berkulit hijau. MasyaAllah, bawah meja komputer rupanya laporan tersebut. Ya Allah. Waktu perlu ia tidak muncul, bila tidak mahu ada pula. Ha ha ha ha..

Pernah tidak kamu mengalami situasi ini, bila perlu tiada bila tak perlu ada.

Nota kakitanganku :Macam biskut!





MeReKa Seh|Dup, TetaP| t|Dak semaT|.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:46 PM 27 kUs-kUs Links to this post
Allah S.W.T mentakdirkan aku perlu pulang terus ke rumah di waktu tengah hari tanpa melencong kemana-mana. Ini kerana pada awalnya PT dari sekolah berdekatan meminta bantuan aku untuk menyeimbangkan penyata kewangannya dalam sistem PATSKOM. Aku sudah merancang untuk terus ke sekolah beliau pada pukul 1.00 tengah hari dan terus ke PPD Jasin atas urusan gaji.

Namun perancangan awal bertukar. Hati tiba-tiba di gerakkan supaya pulang makan tengah hari dan sembahyang di rumah terlebih dahulu sebelum ke mana-mana. Melalui hadapan Tanah Perkuburan hati tersentak laju. Melihat beberapa orang sedang menggali kubur di barisan kubur-kubur saudara mara. Telefon bimbit berbunyi. Melihat nombor yang tertera adalah telefon rumah, aku tidak berani untuk mengangkatnya. Biarlah aku sampai ke rumah dahulu daripada menerima perkhabaran yang tidak gembira dalam keadaan memandu.

Turun sahaja dari kereta adik sudah mendapatkan aku 'Kak Ndak sudah meninggal'. Innalillahhi wa innalillahi rajiun... Hati menjadi sebak. Emak sedang menangis. 'mengapa tak beritahu awal. Orang lain semua sudah tahu. Ini yang lalu-lalang, seorang pun tidak berhenti mahu cakap.' Ucap emak sambil menangis. Airmata aku turut laju mengalir.

'Mungkin mereka ada sebab tak beritahu. Mungkin mereka ingat kita sudah tahu. Ataupun mereka tahu emak ada darah tinggi, tak berani mahu beritahu.'

Emak masih menangis. Rumah emak kak Ndak di belakang rumah aku. Emak sedih kerana tidak di beritahu awal. Anak saudara dari Kuala Lumpur yang beritahu, sedangkan ayah Arwah berulang-alik melalui hadapan rumah aku untuk menguruskan hal pengebumian. Dalam hal sebegini tidak boleh salahkan sesiapa. Semua dalam keadaan sedih dan terkejut.

'Emak telefonlah sesiapa yang teringat. Beritahu sahaja. Kalau kita fikir mereka sudah tahu, buatnya mereka tidak tahu?' Emak mendail nombor telefon sanak saudara yang lain. Tiap kali bercakap, menangis.

Hari raya yang lalu Kak Ndak sekeluarga ceria datang bertandang. Aku tidak pasti bila mulanya kak ndak sakit. Mungkin di awal bulan Disember 2009 selepas di masukkan ke Hospital Sungai Buluh selama hampir sebulan. Pada pertengahan bulan Januari 2010, kak Ndak ada balik ke kampung untuk berubat kerana penyakitnya masih tidak dapat di kesan. Itulah kali terakhir kami jumpa beliau. Beliau masih boleh bercakap seperti biasa cuma tidak mampu berjalan tanpa di papah.

Apabila pulang semula ke Sungai Buluh sekali lagi beliau di masukkan ke hospital untuk mencari punca penyakitnya. Satu pembedahan di lakukan untuk mengambil air di kepala. Sejak itu beliau terus koma dalam 3-4 hari sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Jenazah di beritahu sudah siap di kapan dan di sembahyangkan di Hospital Sungai Buluh. Menanti jenazah di rumah buat hati bertambah-tambah sebak dan pilu. Aku mengambil tempat di hujung kepala tilam sambil kusyuk mengikuti bacaan Tahlil. Azan Asar sudah berkumandang, elok sahaja selesai bersembahyang Asar, Van Jenazah pun tiba.

Jenazah di bawa masuk ke rumah. Suara tangisan kedengaran apabila anak-anak arwah seramai 3 orang berpelukan dengan nenek mereka. Hati tidak dapat di tahan apabila mereka berpelukan pula dengan kembar kepada emak mereka. Ya Allah! Airmata turut laju mengalir. Seorang demi seorang mengucup kasih dahi jenazah yang wajahnya amat bersih dan tenang sekali.

Si Bongsu membuatkan hadirin bertambah sebak. Mengucup si Ibu bertalu-talu sehingga di tenangkan oleh si Ayah. Si kakak pula tidak mahu melepaskan pelukan di tubuh ibu yang sudah tidak bergerak. Si Abang mengusap-usap kepala ibu tenang. Memberi kucupan terakhir dan berlalu. Si Ayah nampak tenang. Tidak dapat di lupakan kata-katanya ' Sudah penat menangis sejak arwah sakit. Allah permudahkan kita. Allah sayangkan dia. Dia yang terpilih. Kita redha sahaja. Kita sudah cuba buat yang terbaik.'

Jenazah di bawa ke surau untuk di sembahyangkan sekali lagi seterusnya di bawa ke tanah perkuburan. Walaupun cuaca panas terik menikam aku gagahi juga diri mengiringinya. Alhamdulillah. Semuanya selesai dalam pukul 7.00 malam. Syukur.

Apa yang sempat aku dengar Arwah mengidap barah otak yang lambat di kesan. Arwah juga adalah kembar seiras dan tahun ini bakal mencecah usia 48 tahun. Kak De, kembarnya kelihatan amat sugul dan insan yang paling terkesan sekali atas kehilangan ini. Mereka di takdirkan untuk sehidup tetapi bukan semati!

Terima kasih kepada kamu yang menyedekahkan Al-Fatihah dan ucapan Takziah.

Nota kakitanganku : Mendengar bacaan Talkin, begitu menginsafkan!





cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:02 AM 12 kUs-kUs Links to this post





BEREHAT SEKETIKA!
TERIMA KASIH!








Wednesday, February 03, 2010

aL-FaT|haH.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:05 PM 58 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kemaskini : Masih menanti Jenazah dari Hospital Sungai Buluh. (4.00 ptg) Terima kasih kepada yang sudi bersedekah bacaan Al-Fatihah!

Al-Fatihah buat sepupuku Allahyarham Hamizah Binti Hj Sailan yang menghembuskan nafas terakhirnya di Wad ICU Hospital Sungai Buluh hari ini. Semoga perjalanan terakhirnya berjalan lancar hingga ke tempat persemadian.

Allahyarham akan di kebumikan pada hari ini, di sini di tempat kelahirannya. InsyaAllah selepas Asar.

Pohon rakan-rakan menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.
Terima kasih.


'Kak-Ndak, selamat berangkat.....'

Nota kakitanganku : Al-Fatihah...






TePuk TanGan UnTuk Dak UT|h...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:35 AM 27 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Alhamdulillah. Gambar ini terpilih di antara 3 pemenang tempat ke dua dalam Pertandingan ' I Love My Pet' anjuran empatapril. (klik untuk keputusan penuh) Pemenang di pilih oleh penganjur sendiri.

Tahniah juga buat Millalara yang ajak aku turut serta sebab beliau menang tempat pertama.

Terima kasih Dak Utih kerana bakal menggemukkan Bos kau dengan baucer makanan segera!! Tidak sia-sia Dak Utih mandi bunga 'namblas' jenis.

Dak Utih tidak makan ayam. Mahu beli apa untuk Dak Utih sebagai ganti hadiah yang di menangi? Mahu beli rantai, sudah ada. Mahu beli bekas makanan yang besar tu Dak Utih tidak makan kibbles. Mahu beli alas tempat tidur, sudah ada. Mahu beli sangkar? Bukan guna sangat pun. Takkan mahu beli baju 'pulekkkk'.

Ha ha ha ha... Ada idea?

Nota kakitanganku : Bekas makanan kot!








Tuesday, February 02, 2010

C|mb-clicks D| seKaT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:25 PM 24 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
'The access has been suspended'

Sudah 2 minggu aku tidak boleh lakukan transaksi melalui CIMB-clicks. Semuanya gara-gara aku gatal tangan memasukkan ID dan kata laluan ke dalam satu emel SPAM yang aku terima.

Logo di dalam emel memang sebiji macam CIMB. Aku tidak syak apa-apa.

Photobucket

Emel pertama dan kedua aku abaikan. Masuk emel yang ke tiga aku sudah keliru dan berbelah bahagi. Hari tertanya-tanya, benarkah dari CIMB. Tengok macam 'real'. Bila klik terus di bawa ke lama web sama bentuknya dengan CIMB kemudia masukkan ID dan kata laluan. Tidak berjaya. Rupanya itu semua hanya helah dari mereka yang tidak bertanggungjawab.

Aduhai! Menyesal sungguh. Semua bil belum berbayar. Sebelum ini semua melalui dalam talian. Hari ini telefon khidmat pelanggan CIMB mereka suruh buat surat dan fakskan. Aku sudah buat petang tadi. Akaun masih belum di aktifkan.

Nasihat aku kepada semua, jangan di layan sebarang emel dari mana-mana bank kononnya. Jika berasa syak wasangka silalah berhubung dengan bank yang berkenaan.

Jangan jadi seperti aku. Dalam berhati-hati terpedaya juga akhirnya.

Nota kakitanganku : Bayar bil cara manual esok!