Wednesday, March 31, 2010

sErIus! Saya Suka Apr|L.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 PM 18 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Hari ini 31 Mac 2010 . Hari terakhir dalam bulan Mac. Banyak yang berlaku dalam Bulan Mac. Dak Kimo, Dak Oren, Dak Itam juga Dak Utih. Semuanya ada kisah pahit yang tersendiri.

April datang lagi. Setahun yang lalu, aku berdoa andai di panjangkan usia, aku mahu bertemu lagi April di tahun berikutnya. Alhamdulillah. Impian aku hampir tercapai! Andai di panjangkan umur, esok sudah masuk 1 April.

Siapa yang lahir bulan April? Jom raikan bersama!!

Nota kakitanganku : Mahu minta Nur belanja!







KaLau Kau TiDak DaPaT BanYak KoMen, siLa seMak BaLik Di MaNa siLaPnya. JanGan PerLeKehkan OranG Lain!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 47 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Topiknya ini.

Photobucket

Aku jawab ini. Bagi aku ini kenyataan.

Photobucket
Dia balas ini.

Photobucket

Aku balas balik.

Photobucket

Dan dia memperlekehkan.

Photobucket

Aku 'serang' balik.

Photobucket

Oh! Ini pendapat orang yang di atas kotak pendapat terakhir aku!

Dia mungkin rasa hampa sebab tidak dapat maklumbalas atau komen sepeti yang dia harapkan. Aku tidak berapa faham maksud. 'blogger juz, tulis mengenai iklan NN di chatbox.'

Aku simpulkan mungkin pelawat yang berkunjung menanyakan tips Nuffnang atau mengklik iklan beliau. Tapi itu bukan yang beliau mahu.

Bila kita kurang menerima komen, kita tengok balik di mana silapnya. Aku pun kadang-kadang terima komen yang sedikit. 'Oh! Pengunjung tidak suka tentang topik ini.' Tengok? Itu hikmahnya. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.

Mungkin kita jarang 'blogwalking', jarang komen orang, jarang tinggalkan jejak, sebab itu orang pun 'booo layan' dengan kita.

Kita perlu cari sebab dahulu sebelum meletakkan kesalahan itu pada orang lain!!

Nota kakitanganku : Maaf pada mereka-mereka yang terlibat!







PeNaJa KeDua - PerJaLaNan WaniTa MuTaLiB

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:39 AM 15 kUs-kUs Links to this post
ALhamdulillah. Ada seorang lagi penaja yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas. Terima kasih kepada blogger Te a.k.a Wanita.

Semoga beliau akan selalu di murahkan rezeki di beri kesejahteraan hidup dan di anugerahkan kesihatan yang baik. Oh! Beliau tidak sihat sekarang! Semoa beliau semakin pulih dan sembuh. InsyaAllah...

Beliau dengan bermurah hati telah memberi sumbangan sebanyak RM 60.00. Terima kasih Te.

RM 30.00 untuk pemenang pertama. RM 20.00 untuk pemenang kedua dan RM 10.00 untuk pemenang ketiga.

Masih berfikir adakah mahu memberi tunai atau di belikan sesuatu?

Ada pendapat?

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Banner akan di pasang dalam masa terdekat!




NikOn DSLR D40 : SaYa SuKa. TerIma KasIh aTas PemBerIan InI....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 32 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta. Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket

Ini adalah Nikon DSLR D40. Yeah! Amat 'hensem!!"

Harganya sekitar RM 1400- RM 1700.00 . Betul tidak?

Oh! Rasa 'heaven' bila di hadiahi dengan sebuah kamera yang canggih-manggih ini. Tiada ungkapan yang mampu di ungkap selain terima kasih, terima kasih terima kasih!!

Terharu.

'Tedi!! Oh Tedi!! Bangun! Dah pukul berapa dah ni!!'

Damn!!

Aku bermimpi!!

ARghhhh!! Tekanan!!

Nota kakitanganku : Ada sesiapa mahu beri sebagai hadiah, sila angkat tangan tinggi-tinggi!! 0/





cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:55 AM 10 kUs-kUs Links to this post
...terkelip-kelip lagi....
...memandang siling tidak berwarna...
...sudah gelap...
...pejam mata...
...tidur lena...
...aku nanti kamu dalam mimpi...
...dalam...
...amat dalam...
...namun sayang...
...mata rapat...
...tapi...
...belum mahu beradu...





IsI SamPuL sUraT InI BuaT aIrmaTa TuMPah DaLam SenYum TeruJa. ReDha. Aku JaDikan KeNanGan TerInDah....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 28 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Selamat di terima. Alhamdulillah. Ini isi sampul surat yang penuh kontroversi pagi tadi.

Photobucket

Ini setem yang aku tempah. Syukur. Walau ada beberapa masalah teknikal yang berlaku Alhamdulillah semuanya dapat di atasi. Maka inilah hasilnya. Dapat juga aku abadikan gambar aku bersama dia.

Airmata tumpah. Gugur. Satu demi satu. Bukan tidak redha. Tapi tidak boleh lupa. Ratusan gambar dia tidak aku buang. Tetap akan aku simpan. Biarkan jadi kenangan. Kenangan indah.

Setem kenang-kenangan ini juga akan aku jadikan hadiah untuk 'contest'. Untuk kemaskini hadiah 'contest' terkini, boleh selalu klik di sini ya?

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Senyum :)






Tuesday, March 30, 2010

NuFFnanG : sILa GuNa BurunG MerPaTi UnTuk HanTar cEk saYa. SuPaya SamPai seGerA!! Saya suDah CuKup TeruJa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:25 PM 32 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Serius teruja. Ha ha ha.. Tolong jangan cakap aku gayat okey!

Bukan tidak pernah terima cek sebelum ini. Selalu. Setiap bulan. Tetapi yang ini lain sedikit. Apa yang lain sukar untuk aku jelaskan. Baru dapat lampiran bayaran dari bank sudah teruja bagai! Ha ha ha ha!!

Photobucket

Cek sudah dalam perjalanan. Tidak sabar menanti. Ha ha ha.. Boleh 'cover' separuh atau lebih pembelanjaan untuk 'contest'. Alhamdulillah. Tepat pada masanya. Allah S.W.T sentiasa mempermudahkan sesuatu niat yang baik. Syukur sangat-sangat.

Jika kamu belum turut serta dengan 'contest', di alu-alukan untuk mengambil bahagian. Ada 3 penaja lagi yang mahu memberi sumbangan. Alhamdulillah. Bila sudah 'confirm' aku akan war-warkan kepada kamu. Sila klik 'banner' di sebelah okey?

Nota kakitanganku : Senyum :D






ToLonGLah JanGan BerLakOn...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:35 AM 27 kUs-kUs Links to this post
Teruja betul melihat satu sampul surat besar di atas meja. 'URUSAN POS'. Perkataan itu betul buat hati melonjak-lonjak ingin membukanya segara. Semalam aku ada taklimat jadi petang tiada.

Eh! Sampul kelihatan mudah di buka. Ada kesan koyak di tengah. Kesan 'komot-komot' macam sudah ada yang menarik. Hati jadi panas juga! Isinya aku keluarkan! Subhanallah. Cantik pada pandangan mata aku. Alhamdulillah selamat sampai apa yang aku tempah!

Aku mendapatkan 'Pak Guard' bertanyakan siapakah yang menerima surat berdaftar ini. 'Saya yang tandatangan kak, lepas itu saya beri pada Bos akak. Sudah petang. Cikgu-cikgu lain sudah balik.'

Naluri aku kuat mengatakan Bos aku yang buka. Tapi dia mati-mati salahkan 'Pak Guard'. Aku tidak beritahu dia yang aku sudah berjumpa 'Pak Guard' terlebih dahulu. Bos aku tiba-tiba kaitkan GPK pula! Sudah!! 'Tidak perlulah besar-besarkan Bos. Saya cuma bertanya sahaja'.

Aku membebel sedikit. 'Pak Guard ke Bos? Eeee.. Lain kali amanahlah kan. Hak orang jangan usik. Tidak jujur namanya itu. Macam manalah boleh bekerja tapi tidak amanah. Nanti jadi ikutan anak-anak.' Aku lebih memerli Bos aku sebenarnya.

Memang aku nampak macam menuduh. GPK pun datang jumpa aku.'Saya pun rasa Bos yang buka. Pak Guard tidak mungkin. Ini Pak Guard swasta. Takut kita komplen, nanti dia tidak dapat gaji. Mustahil dia yang buat'.

Aduhai. Amanahlah. Tidak kiralah siapa pun. Jika bukan hak kita tidak perlu sibuk-sibuk ingin ambil tahu.

Nota kakitanganku : Aku kongsikan isi sampul surat besar itu dengan kamu nanti. ;)





kETiDuraN....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:46 AM Links to this post
Eh! Ada ke perkataan ketiduran? Ha ha ha ha...

Hari ini lambat sedikit bangun. Aku bila bangun, tidak terus bangun tetapi terkebil-kebil lagi. Orang kata ambil 'mood' mengada-ngada sahaja!!

Hari ini bila sudah bangun pukul 6.00 pagi, tidak terkebil-kebil, tapi terus terlelap balik. He he he he... Dekat pukul 6.45 pagi paru terjaga. Wah! Bersilatlah atas katil, apa lagi!!

Sebenarnya mana yang lebih elok, terus bangun bila loceng berbunyi atau ambil masa sedikit. Sedikit sahaja dalam 5 minit bukat 50 minit macam aku pagi tadi okey?

Ekeekekekke...

Nota kakitanganku : Tidur-tidur ayam!





Monday, March 29, 2010

Saya TiaDa PeLuanG LaGi UnTuk MengUraT CaRa LaMa : 'PukuL BeRaPa sEkaRanG BanG?" ..kecewa..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:27 PM 27 kUs-kUs Links to this post

Photobucket

Sudah ada jam. Serius! Sudah lama tidak pakai jam. Bertahun. Tiba-tiba terasa kaya sedikit dan melabur duit juga sedikit untuk membeli jam. Ekekekekeke..

Kalau sebelum ini jam guna dari telefon bimbit, bila mahu tengok pukul berapa, asyik meraba-raba sahaja dalam beg mencari telefon bimbit.

Tipulah. Aku tidak pernah bertanya orang pukul berapa. Aku tengok matahari. Berpandukan matahari.. Ha ha ha ha.. Itu lagi tipu! Astagfirullah, asyik menipu sahaja! Maaf! Maaf!


Beli 4 helai t-shirt dengan harga RM 27.50. Tidak tipu. Kali ini betul. 4 helai semuanya berharga RM 27.50. Diskaun sehingga 70%.

Wah! Jualan murah Jusco sehingga 4 April 2010 ini. Ekekekekeke.. Sempat lagi promosi!

Okey! Mahu tanya. Kamu pakai jam tangan di tangan kanan atau kiri. Permukaannya mengadap ke atas atau ke bawah?

Aku pakai di tangan kanan dan permukaan jam di sebelah bawah.

Nota kakitanganku : Sekian!






akU InGin BercaKap JuJur DarI HaTi. MaaFkan akU GB!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 22 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta. Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket

Gambar yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Kamu majoritinya sudah tahu tentang laman komuniti ini. GengBlogger!

Aku tertarik ingin menulis mengenai ini setelah membaca beberapa blog yang menulis tentang ini. Antara tajuk-tajuk yang aku ingat ialah 'GB telah kembali,' 'Trafik merundum tanpa GB', macam-maca lagilah. Bagi mereka GB telah berjaya meningkat trafik pengunjung ke blog mereka. Ini semua gara-gara GB terhenti seketika beroperasi bagi memindahkan 'server' tempoh hari.

Aku kagum dengan mereka yang menjadikan GB sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan trafik. Memang berkesan. Sebab itulah bila GB tergendala seketika ramai yang panas punggung melihat trafik yang jatuh merundum.

Tapi aku ingin jujur berkata di sini.

Trafik aku sentiasa 'maintain' dan sekata samada GB okey atau tidak? Kamu tahu apa maksudnya? Maksudnya aku tidak popular di GB dan tiada klik yang banyak aku dapat dari ahli GB untuk ke blog aku. Aduhai! Kenyataan yang pahit!

Serius. Jika berpandukan skor dalam satu-satu masa, dapat 10 pun sudah cukup baik! Ha ha ha ha.. Jika ada pun yang datang dari GB mereka yang telah sedia maklum aku kenal sebelum ini. He he he he..

Oh! Mungkin aku jarang berkomunikasi di ruangan forum. Atau aku jarang meng'expose'kan diri. Jarang berkunjung dari satu forum ke satu forum untuk bersama-sama memeriahkan satu-satu topik. Hakikatnya memang itulah. Aku jarang. Kalau ada pun satu, dua kali sahaja aku menyelit.

Kengkangan masa membuatkan aku hanya 'ping' paparan terbaru dan berlalu. Aku lebih utamakan 'blogwalking' blog yang sedia ada aku ikut dan yang mengikut. Aku takut tidak terkejar dan aku akan rasa bersalah jika orang berkunjung ke blog aku, klik iklan aku tetapi aku tidak dapat membalasnya.

GB memang komuniti yang bermanfaat dan salah satu alternatif untuk meningkatkan trafik ke blog. Tapi sayangnya, aku belum punya waktu yang cukup untuk menfaatkan sepenuhnya.

Namun Alhamdulillah, ada hikmah di sebaliknya. Trafik tetap bertambah dan tidak merundum kerana aku lebih mengutamakan pengikut dan yang di ikut terlebih dahulu dari bersantai-santai menjawab di forum atau di 'chatbox'.

Mungkin jika punya waktu banyak, aku juga ingin mengenali ahli-ahli komuniti yang aku turut serta ini. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : En. Nuffnang, sila beri saya amaun yang sebegini setiap minggu okey? Nanti saya belanja ABC!!





MaaFLah Bos, akU TerLaLu TeruJa BiLa Kau TiaDa. SiLap Baca 'PuLeeek!!!'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 13 kUs-kUs Links to this post
Hari Jumaat yang lepas lagi, sudah dapat satu surat taklimat untuk Bos. Oleh kerana beliau sedang bercuti sakit, orang kanannya telah menelefonnya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Staff juga menjadi riuh rendah 'Wah! Berturut-turut Bos tiada. Dari Khamis sampai Isnin depan. Selesa sedikit.' Majoritinya bertepuk tangan. Ha ha ha ha!!

Pagi ini dalam pukul 8.30 pagi Bos menelefon pejabat . 'Tedi, taklimat saya betul ke di Dewan Bestari?'

'Betul Bos. Pukul 8.45 pagi.'
'Eh! Tiada seorang pun lagi yang datang ni?'

Aku pantas mendapatkan surat panggilan taklimat tersebut! Erk!!

'Maaf Bos, 5 April. Bukan hari ini. Tersilap pandang!'

'Patutlah. Pagi tadi saya sudah pastikan dengan Cikgu C. Dia juga kata hari ini. Tidak mengapa, saya balik ke pejabat sekarang!'

Aduhai! Silap tengok tarikh. Maaflah Bos. Nasib baiklah Dewan bestari memang laluan dia hari-hari ke pejabat. Buatnya tempat taklimat itu jauh, masak aku kena belasah dengan Bos! Ha ha ha ..

Moralnya, jangan tergopoh gapah membaca surat dan terus menepuk tangan! Ha ha ha ha.. 'Slow and steady!!'

Nota kakitanganku : 'Tedi, kenapa Bos datang? Bukankah dia ada taklimat hari ini?' Aku jawab. 'Bos sudah rindukan cikgu!!' Ha ha ha ha...





UnTuk Mereka Yang LeBih BerTuah...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 15 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Mereka lebih bertuah. Kamu juga bertuah.

Di sebelah kiri adalah cenderhati untuk pemenang cetak skrin angka pelawat ke 46 800 dan di sebelah kanan pula ada cenderhati untuk pemenang cetak skrin angka pelawat ke 50 000.

InsyaAllah, hadiah akan sampai minggu ini.

Terima kasih kerana turut serta. Terima kasih juga buat semua.

Nota kakitanganku : Lega jika tidak berhutang hadiah! :)




PerTanDinGan MasIh Di Buka......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:45 AM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kembali lagi untuk mengingatkan.

Sila klik 'banner' di atas untuk maklumat lanjut!

Blog aku 'Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik' mengadakan satu pertandingan yang menyediakan hadiah-hadiah yang menarik. Kamu boleh melihat apakah hadiahnya di sini.

Sila baca syarat-syarat penyertaan terlebih dahulu. Penyertaan kamu adalah amat di alu-alukan bagi memeriahkan lagi pertandingan yang julung-julung kali di adakan.

Terima kasih dan selamat men'join'kan diri.

Kamu sudah turut serta?





AF TiDak R.E.L.E.V.E.N : TuRuT SerTa DenGan KLik InI...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:06 AM 17 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.


Photobucket

Ada yang bertanya bagaimana untuk turut serta. Di mana lamannya? Kamu boleh klik di sini. Tambahlah jika kamu menyokongnya. Namun jangan sesekali mengomen atau meninggalkan kata-kata kesat atau mengeji atau menghina sesama manusia.

Gunakan kata-kata yang berhemah. Jika kita tidak sukakan sesuatu nasihatlah dengan penuh beretika.

Oh! Di ingatkan juga, bila kita tidak menyokong, itu bukan bermakna kita ini baik dan orang lain tidak, masing-masing punya pendapat dan minat. Hormati antara satu sama yang lain.

Sila katakan Ya jika kamu turut serta
Sila katakan Tidak jika kamu tidak kisah.

Nota kakitanganku : Teringin mahu tengok Faizal Tahir, bekas seorang penyanyi nasyid berkumpulan, berdakwah melalui lagu dan nyanyiannya. Tapi tolong jangan buka baju lagi okey bro....?






Sunday, March 28, 2010

AF MemanG TiDak PerNah R.E.L.E.V.A.N!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:02 PM 29 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.


Photobucket

Aku sudah menjadi salah seorang dari mereka. Aku mempunyai alasan sendiri mengapa turut serta. Aku tidak mahu mempengaruhi kamu.

Masing-masing punya pendapat sendiri. Punya minat sendiri. Punya sebab sendiri.

Terpulang! Tepuk dada tanya selera.

Dari pandangan mata kasar aku, ianya lebih banyak negatif dari positif.

Kasihan jika berjujuran airmata bila ada yang tersingkir. Namun berapa kali kita titiskan airmata bila sujud mengadap Yang Esa? Aku tidak mahu berlagak baik, tetapi semakin hari dunia ini semakin uzur. Fikir dan buatlah sesuatu untuk 'bekalan' mengadap-Nya.

Nota kakitanganku : Sepatutnya dia masuk Akademi Nasyid, bukan Akademi Fantasia. Siapa dia?







eH! aPa YanG TersanGkuT Di TinGkaP nI?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 PM 23 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket

Erk! Apa yang tersangkut di tingkap aku ni? Bulat sahaja! Sekali pandang macam koala. Dua kali pandang macam beruang!! He he he he.... Kalau tiga kali pandang? Yang pasti bukan manusia....



Photobucket

Oh! Dak Kimo rupanya tengah termenung!! Ha ha ha ha!! Nampak macam gemuk sahaja. Tetapi tidaklah gemuk mana pun!! Cekeding sahaja! Gambar selalu menipu!

Nota kakitanganku : Mengapa bermenung?





HarI YanG GeLaP kInI suDah TeranG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:03 AM 20 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.


Photobucket

Semua sudah buka lampu? Tidak bergelap lagi?

Rumah aku memang bergelap hari ini. Semua pergi ke rumah kenduri Tahlil makcik aku. He he he.. Kiranya sahut seruan jugakan?

Tapi di rumah makcik, sepastinya lampu tidak di tutup. Tercekik pula nanti orang mahu makan.

Aku makan serabai. Kalau di Melaka serabai memang popular kalau ada kenduri tahlil. Jadi aku makan 2 keping. Kenyang!! Menu utamanya sudah tentulah nasi putih dan lauk pauk. Kuih muih pun banyak. Ada kuih apam, kuih koci dan kuih seri muka. Di dulang aku tidak terusik pun kuih-muih kecuali serabai sahaja.

Jika di tempat kamu, kenduri di waktu malam, ada ke kuih muih sebegini? Atau jika kenduri hanya ada nasi putih dan lauk pauk?

Nota kakitanganku : Kenyang!







Saturday, March 27, 2010

EarTh hOur : JanGan PasanG LiLin

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:21 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket

Kalau mahu gelap, biar betul-betul gelap! Jangan pasang apa-apa. Duduk dalam gelap. Duduk diam.

Tapi..

Jangan raba-raba.

Bahaya...

Selamat bergelap!!

8.30 p.m - 9.30 p.m






Eh.. Eh.. Aku Punya TuL|san, Suka hat| akU Lah!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Okey, kamu punya tulisan macam mana??
Sekarang macam-macam gaya orang menulis. Tapi yang aku paling 'respect'. Tulis pakai pembaris. Erk!! Macam mana aku nak terangkan..? Menulis sambil pembaris membuat garisan di bawah perkataan. Yup!! Walaupun agak melecehkan tetapi hasilnya!! Wah!!
Kemas dan cantik!!

Tulisan sebegini hanya orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sahaja yang boleh lakukan. Jangan suruh aku. Pasti pembaris itu patah aku kerjakan seandainya ia bergerak-gerak waktu aku mula menulis.

Tulisan aku adalah tulisan sambung. Ada orang kata tulisan sambung tulisan orang pemalas! Wah ! Wah !Wah! Sedap mulut je cakap macam tu. Sebab bila kita menulis secara huruf bersambung, kita tidak perlu mengangkat pen atau pensel berulang-ulang kali!! Ha ha ha!! Betul! Betul! Betul!

Mungkin dah biasa. Jadi aku tidak boleh menulis secara satu-satu huruf, kecuali jika menulis cek!! Nanti pening kepala kerani bank nak baca tulisan aku. Itu pun hasilnya macam tulisan budak darjah 1. Bulat-bulat. He he he!!

Nota kakitanganku : Mungkin masa kecil-kecil dulu aku menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor. Atas sebab itulah tulisan aku bersambung-sambung dan sukar di baca!!
Hik hik hik!!






BinaTanG aPa InI......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:50 AM 22 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket

Sekali pandang macam Iguana. Dua kali pandang macam Mengkarung. Tiga kali pandang macam Cicak. He he he.. Tiba-tiba sahaja memberi lintasan hormat ketika aku berjalan ke tempat letak kereta di pejabat.

Tapi serius macam Iguana. Warna oren. Rasa macam mahu bawa balik rumah sahaja. Ha ha ha...

Siapa boleh beritahu ini binatang apa?






SaYa NyarIs Di BaHam HarImaU. TaPi saYa BerJaya Di sELamaTkan.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:03 AM 12 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.


Photobucket

Huh! Tengok budak 2 orang itu. Tertonggeng-tonggeng ketika cuba menyelamatkan aku yang nyaris di baham harimau rasaksa di Bayview Hotel!

Photobucket

Ambil gambar ketika mereka mengambil gambar! :)

Photobucket

Ambil gambar ketika dia mengambil gambar.

Photobucket
Cendol!

Photobucket

Pencuci mulut.

Ambil makanan seadanya sahaja. Gambar sebenar ialah lebih dari ini! Ha ha ha ha..

Oh! Perjumpaan sempena meraikan persaraan bekas Pengetua sangat 'havoc' walaupun kehadiran hanya 30 orang macam 300 orang.

Aku sampaikan terlalu penat untuk ketawa dan tersenyum. Penat menunjuk gigi ketika bergambar. Ha ha ha...

Kepala sudah berdenyut-denyut. Balik sahaja rumah mem'pengsankan' diri.

Nota kakitanganku : Tata....





Friday, March 26, 2010

Saya SeDang Ber'Poya' BukaN Ber'Poyo'!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM 15 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket

Sedang 'berpoya-poya' di City Bayview Hotel, Melaka.

Hotel adalah definisi makan. Lempang pipi sendiri sebanyak 'namblas' kali kerana asyik sangat makan,makan dan makan hari ini.

Aku bayar! 'Peduliksss'!!

Nota kakitanganku : Ngap!!





NuFFnanG BuffereD EarNinGs : PenDaPaTan PaLinG BanYak TeLah kE mETer!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 23 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket
Banyakkan amaun dia?

Yey! Amaun 'Buffered earning' paliiiiiiingggggg banyak telah ke meter. ( sila rujuk gambar di atas )Seronoknyaaaa!! Tidak tergambar dek kata-kata. Aku kaya! Yey!

Lain kali berilah amaun macam ini lagi ya? Kurang daripada ini pun boleh! Ha ha ha ha!! Aku terima dengan syukur. Dari tidak dapat langsungkan?

( Gelak golek-golek ).. Sudah macam bergusti dalam beg angin aku rasa!!

Nota kakitanganku : Pasrah!






sIaPa Tewas DenGan BuDak DarJah 6, sILa anGkaT TanGan?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:50 AM 17 kUs-kUs Links to this post
Okey! Pemenang untuk cetak skrin angka 50,000 telah di jumpai.

Sila tepuk tangan kepada budak darjah 6 yang tidak tidur malam dan berjaga untuk mendapat sebuah patung teddy comel. Ekekekekeke...

Tahniah kepada Adlin Kamal.

Terima kasih kepada semua yang menunggu dan mencuba. InsyaAllah, mungkin ada rezeki di lain hari.

Nota kakitanganku : Terima kasih dan tahniah!




Dia PasTi MaHu BeGini....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 14 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta.Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Ada yang bertanya, 'Mengapa letak gambar Dak Utih di 'banner' sedangkan gambar kucing yang dalam 'contest' adalah Dak Itam?'

Jika kamu membaca blog aku sedari awal semasa aku 'cash out' pendapatan dari Nuffnang, kamu mesti ada membaca berulangkali aku tulis 'Mahu buat contest.' Dalam masa yang sama juga aku sudah mula membuat draf untuk 'entry contest'. Tajuk yang sama. Berdialog. Tetapi gambar yang berlainan. Aku menggunakan gambar Dak Utih dengan Patung Ulat Hijau.

Sudah siap. Tunggu untuk di 'publish'. Atas faktor kesuntukan masa aku tangguhkan. Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang telah di rencana. Bila Dak Utih pergi secara mengejut, aku baru sedar hikmahnya aku tangguhkan 'contest' itu.

Aku tidak dapat bayangkan jika aku lancarkan 'contest itu, 'contest' itu berjalan sedangkan haiwan yang di jadikan model berdialog itu sudah tiada. Apakah aku perlu menarik balik 'contest' itu atau meneruskannya?

Photobucket
Ini gambarnya. :)
ALhamdulillah, aku di beri kekuatan untuk meneruskan 'contest' walaupun watak utamanya telah bertukar.

Jadi, aku amat terharu dengan sokongan kamu terhadap 'contest' ini. Walau ada yang tidak turut serta, tapi komen-komen kamu terhadap setiap 'entry' yang berkaitan dengan 'contest' ini cukup aku hargai.

Gambar terakhirnya di sini.

Nota kakitanganku : Dia juga pasti berbangga!







TeKa TeKi : sIaPa LeLakI PaLinG 'ensEm' Di DunIa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:06 AM 19 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta. Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket

Huraian kata kunci :

1. Eh! Itu blog aku!

2. Aku tidak tahu. Pada lengan dengan cara memukul mentega dan gula halus sehingga kembang!

3. Aku tidak pakai kasut tumit tinggi!

4. Wajib!

5. Erk! No Komen!

6. Banyakkan Istigfar dan kuatkan iman dengan amal ibadat.

7. Oh! Alamatnya di Air Hitam, Muar. Bukan Parit Jawa. Saya sudah pergi.

8. Harga Taman Buaya berlainan dengan harga untuk ke Taman Tema.

9. Oh! Ini aku tidak pasti. Siapa orangnya sila angkat tangan!

10. Bilik tidur saya warna putih.

Sekian. Terima kasih.

Nota kakitanganku : Siapa yang paling 'ensem'?






Thursday, March 25, 2010

nOTis UnTuk ahLi GenGBLoGGer

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 25 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta. Hadiahnya di sini. Terima kasih.


Photobucket

Semalam mendapat komen ini. GengBlogger bukan di godam tetapi berpindah server. Aku mohon maaf. Maklumat lanjut kamu boleh baca dalam komen di atas.

Jadi, kepada Ahli GB yang 'frust' menonggeng sebab jumlah trafik pengunjung jatuh menjunam tergolek-golek harap bersabar ya. InsyaAllah, sedikit masa lagi GB akan kembali seperti biasa.

Sementara itu apakata turut serta 'contest' aku dulu sebagai tanda perkenalan. Ha ha ha..

Nota kakitanganku : Ada penaja baru. Nanti aku umum! :)





PenaJa PerTaMa

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 AM 22 kUs-kUs Links to this post
'Contest' semakin meriah dengan tajaan barang dari blogger yang bermurah hati. Tajaan pertama yang telah mencapai persetujuan untuk menaja hadiah datangnya dari
e'sara galerry shop

Photobucket

Terima kasih buat sara di atas keikhlasan untuk menaja 3 utas gelang unik untuk pemenang di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Penaja akan di beri kredit di blog ini dengan memasang iklan blog atau blogshop sehingga 'contest' ini tamat. Namun sayangnya, penaja hilang kelayakan untuk turut serta dalam 'contest'. He he he...

Oh! Ada seorang lagi bakal penaja. Namun kata persetujuan belum dapat di capai atas faktor teknikal. InsyaAllah, andai ada rezeki kamu.

Okey kawan-kawan,
untuk barang-barang lain yang ada di e'sara galerry shop, kamu boleh klik di sini. 'Banner' akan di pasang di 'side bar' dalam masa yang terdekat.

Ucapan penghargaan untuk e'sara gallery shop! Semoga perniagaan kamu bertambah maju. InsyaAllah.

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Sesiapa yang mahu menaja, sila emel kepada aku di mylosermind@yahoo.com




Pak A.B.U

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:28 AM 23 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta. Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket
'Makan Budak!!!'

Photobucket

'Dah habis!! Nak lagi!!'

Photobucket

'Berapa 'hengget' SmartHeart ni? Macam murah je?'

Photobucket

'Burlp!! Burlp!!'

Oh! Ini bukan Pak Abu jiran kepada zaradgreat! Ekekekekke.. Ini juga bukan Abu, kucing Bos Dak Ashie. Ini Abu di rumah aku.

Secara rasmi namanya A.B.U. Sempena dengan warna kelabunya. Pak Abu macam biskut. Sekejap ada, sekejap tiada. Tapi dia sekarang paling 'glemer' di kawasan rumah aku. He he he . Maklumlah, kucing cantik! Semua ingat aku punya.

'Oh! Tidak makcik. Saya beri dia makan sahaja. Kalau dia jinak, saya sudah ambil gomol-gomol. Tapi 'time' makan bukan main baik lagi. SUdah kenyang? Lesap!!!

Wahai kawan-kawan,
'Say hye to Pak Abu' sempena beliau telah di berikan nama. Ekekekeke..

Nota kakitanganku : Berat gila kucing ni! Angkat Dak Kimo dengan Dak Itam serentak pun tidak seberat dia! Ha ha ha ...





Wednesday, March 24, 2010

JaNgan MeLamPau sanGaT Bos!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:15 PM 20 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta. Hadiahnya di sini. Terima kasih.

'Tedi, duit Kegiatan Pendidikan Islam ni, boleh buat beli buku Moral tak?'

'Kenapa nak usik duit tu cikgu. Dia tak usik cikgu pun.'

'Yelah. Tak pernah guna pun.'

'Siapa cakap tak pernah guna. Tahun sebelum-sebelum ni subsidiari tak asing. Masuk sekali dalam Moral. Mulai tahun lepas baru saya asingkan. Dah habis pun cikgu guna.'

'Pendidikan Islam kan nanti dapat duit Hari Kebesaran Islam.'

'Jangan sebut benda yang belum ada cikgu. Biar ustaz yang tentukan duit ni dia nak beli apa. Carta ke. Buku agama ke untuk budak-budak. Bukan banyak pun. 100 lebih je.'

Cukup-cukuplah 100% pembelanjaan peruntukan kau yang tentukan!! Cukup-cukuplah tu! Jangan mahu sentuh pula duit yang bukan hak.

Terus aku telefon staff yang lepas.

'Kak, bekas Bos kau ni memang macam ni ek? Hari ni dapat duit. Hari ni habis!!"

Terdengar gelak yang kuat di hujung telefon!

'Kau sabau je lah Tedi. Ikutkan je lah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian!'

Dalam betul maksud dia. Kami sahaja yang tahu!

Ha ha ha ha.

Maaflah kawan-kawan,
lepaskan geram dengan Bos lagi!!

Nota kakitanganku : RM 17620.00 boleh habis dalam satu hari. Eekkekekke..






aHLI GenGBLoGGer : aDakah InI MenGGanGGu? Jika Ya, SiLa BaCa InI!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM 35 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Sila klik di sini untuk turut serta. Terima kasih.

Photobucket

Laman GengBlogger tidak dapat di masuki. Dari sumber-sumber yang boleh di percayai memberitahu ada manusia yang tidak bertanggungjawab telah menggodam laman web tersebut. Pastinya manusia itu seorang yang penuh dengan hasad dengki dan khianat atas kesenangan orang lain.

Impaknya sehingga kita memasuki blog-blog yang mana majoritinya menjadi ahli kepada GengBlogger, paparan di atas yang meminta I.D Pengguna dan Kata Laluan akan keluar. Jika kita membuka 10 blog, 10 kotak I.D juga terpaksa kita tutup.

Sampaikan tersekat juga skrin komputer riba aku di buatnya.

Aku simpulkan, kotak meminta I.D itu keluar di dalam blog-blog yang aku buka ialah kerana kita meletakkan imej atau kod atau logo GengBlogger di blog kita. Aku cuba memadamkan logo tersebut dan hasilnya kotak I.D itu tidak lagi keluar di blog aku bila tiap kali aku 'refresh' atau buka blog.

Jika kamu rasa kotak itu mengganggu. 'remove'kan seketika logo GengBlogger itu dari blog kamu. Jika keadaan sudah kembali seperti sediakala, kita boleh meletakkannya semula. Jika kamu tidak kisah, tidak mengapa. Cuma bila pelawat ingin berkunjung mereka terpaksa berperang dengan kotak itu terlebih dahulu. He he he he.

Sekian. Harap maklum.

Nota kakitanganku : Alhamdulillah. Jumlah pengunjung masih seperti biasa walaupun GengBlogger bermasalah. Nampak sangat aku memang tidak popular di laman itu. Ha ha ha...




PemBeTuLan.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Maaf ya kawan-kawan. Tuan Pengetua yang bersara di dalam 'entry' di bawah adalah Bekas Ketua Jabatan aku yang lama. Sejak 2009 sehingga sekarang aku sudah di arah bertukar ke SJK C Ni Hau Ma.

Aku mahu betulkan kenyataan ini sebab tidak mahu kamu semua tersalah sangka yang selama aku 'dok' mengata-ngata itu dia. Tetapi Ketua Jabatan yang sekarang. Yang Ni Hau Ma ni ya? Ekekekekeke

Harap maklum!!

SeLamaT BersaRa TuaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:10 AM 10 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Sila klik di sini untuk turut serta. Terima kasih.
Pembetulan : Bekas Ketua Jabatan aku. Sebab tahun 2009 aku sudah berpindah ke tempat lain! :)

Oh! Agak lewat untuk aku ucapkan selamat bersara untuk Tuan Pengetua SMK Selandar Tuan Haji Sa'adon Bin Baharum. Tarikh bersaranya ialah pada 21 Mac 2010 sepatutnya. Di raikan pada 22 Mac 2010 sempena hari lahir beliau yang ke 56 juga kerana hari tersebut merupakan hari pertama selepas bercuti sekolah.

Selama 2 tahun 5 bulan di bawah seliaan beliau selaku Tuan Pengetua, beliau amat berwibawa sekali. Beliau adalah seorang yang tegas dan agak serius di mata aku. Tetapi di sebalik keseriusan beliau, beliau agak kelakar dan setiap bait katanya kadang-kadang ada kata-kata yang menyindir tetapi jenis pengajaran. Kalau jenis yang 'slow' sedikit itu mesti tidak dapat 'tangkap' maksud kata-katanya. Tiba-tiba dengar orang ketawa. 'Lembaplah kau ni Tedi.' Orang sudah habis ketawa aku baru mahu ketawa sebab lambat 'tangkap'! Ha ha ha....

Yang paling aku teruja bekerja di bawah seliaannya, dia banyak ilmu tentang Akaun dan Kewangan walaupun di sebenarnya seorang guru Geografi. Jika ada masalah tentang kewangan, beliaulah tempat aku membuat rujukan. Beliau amat teliti sehingga jika aku tertinggal 1 sen pun dia akan perasan. He he he... Beliau tidak akan menandatangani cek atau apa-apa borang jika ianya tidak lengkap.

Di bawah beliau aku banyak belajar. Beliau banyak memberi kata-kata semangat bila aku mula di tugaskan membuat kerja-kerja kewangan. 'Awak masih muda. Cepat belajar. Ini peluang awak mempelajari banyak perkara dalam tugas-tugas yang di amanahkan.'

Selamat Bersara Tuan Haji. Selamat Hari Lahir juga. Semoga kehidupan selepas bersara sama indahnya dengan kehidupan semasa masih lagi seorang kakitangan kerajaan yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

InsyaAllah, bertemu kita di hari Jumaat nanti.

Nota kakitanganku : Ketua Jabatan yang baik dan adil akan sentiasa di kenang segala jasa dan pengorbanannya....



cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:10 AM 16 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Sila klik di sini untuk turut serta. Terima kasih.

Photobucket

Seronoknya... Bila kita bangun pagi-pagi ada seseekor yang masih tidur di sebelah. Pandai pula masuk ke bilik mencari katil dan tilam empuk.

Mengantuk! Boleh aku tidur balik?

Eh! Hari ini hari Jumaatkan?







Tuesday, March 23, 2010

NuFFnanG : Terma KasIh aTas JemPuTan....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM 21 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sudah terpilih.

Siapa yang terpilih juga sila angkat tangan. 0/

Sedang mencari-cari 'girlfriend' untuk turut serta.

Dak Leha,
Mahu pergi ke tidak? Atau saya perlu cari 'girlfriend lain?

Susah-susah bawa Dak Acan sahajalah!!

Ha ha ha ha......






Si TeDi BuaT 'CoNTesT' : BiLa Dak ITam BerDiaLoG Dan HaDiah-HaDiahnYa IaLah..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 24 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'contest'. Sila klik di sini untuk turut serta.

Oh! Ini hadiah untuk 'contest' yang aku anjurkan. Hadiahnya tidak seberapa. Tetapi ikhlas mahu berkongsi rezeki dengan kamu. Alhamdulillah. Maka terimalah seadanya okey?


Tempat Pertama : Baucer Jusco bernilai RM 60.00 + Baucer TESCO
RM 20.00 + 1 Bulan Pengiklanan Blog* + Kad penyertaan + 1 Utas Gelang Unik + 1 Keping Setem Kenangan +Barangan bernilai RM 30.00 + Produk Tupperware (Jaminan Seumur Hidup ) berharga RM 30.00 & Produk Kesihatan Alya bernilai RM 30.00 +Hadiah sampingan** x Seorang pemenang

Tempat Kedua : Baucer Jusco bernilai RM 40.00 + Baucer TESCO
RM 20.00 + Kad penyertaan + 1 Utas Gelang Unik + 1 Keping Setem Kenangan + Barangan Bernilai RM 20.00 +Produk Kesihatan Alya bernilai RM 30.00 + Hadiah sampingan** x Seorang pemenang

Tempat Ketiga : Baucer Jusco bernilai RM 40.00 + Kad penyertaan + 1 Utas Gelang Unik+ 1 Keping Setem Kenangan + Barangan bernilai RM 10.00 + Keronsang bernilai RM 15.00 +
Hadiah sampingan x Seorang pemenang

Saguhati : Baucer Jusco bernilai RM 10.00 + Kad penyertaan + 1 Keping Setem Kenangan +
Hadiah sampingan** x 3 orang pemenang

Setiap penyertaan akan mendapat sekeping kad penyertaan sebagai tanda penghargaan.

Okey! Selamat mencuba semua!

* Pengiklanan Blog = Iklankan barang atau blog sendiri di blog ini.
** Hadiah sampingan akan bertambah dari masa ke semasa bergantung kepada penaja.



Nota kakitanganku : Jom!






Oh! Ini BukaN NesCafe 3 DaLam 1, TaPi 'awarD' 7 DaLam 1!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:35 AM 12 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'Contest'. Sila klik di sini untuk turut serta. Terima kasih.

Photobucket

1. Thank and link the person that gave you the award.

Oh! Terima kasih. Semalam sahaja 6 orang yang beri 'award' ini. Tambah 1 hari ini. Aku buat secara pukal okey! Terima kasih buat ke tujuh- tujuh kamu. Terharu!
- zaradgreat
- nareiQa
-Aimee Termizi
- unniesya
- Suehann
2. Pass this award onto 15 blogger you'e recently discovered and think are fantastic

Ahhh~~!! Ke semua pengikut aku berhak ambil award ini.

3. contact said blogs and let they've won the award.

aku sudah jerit kuat-kuat!

4. state 7 things about yourself

- kehilangan kucing yang paling di sayangi 05 Mac 2010. R.I.P Dak Utih.
- hanya ada 2 ekor sahaja lagi KKU Dak Kimo dan Dak Itam
- suka layan kucing orang macam kucing sendiri.
- ketagih pada blogging
- pendiam, pemalu, tidak banyak cakap, suka senyum. Wah! Nikmat!
- hargai kawan-kawan. amat sangat!
-eh! saya sedang buat contest. Jom join!

Done!

Nota kakitanganku : Terima kasih!!




sIaPa yanG KenTuT nI?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:00 AM 10 kUs-kUs Links to this post
Saya buat 'Contest'. Sila klik di sini untuk turut serta. Terima kasih.

Di dalam sebuah kereta ada seorang pemandu dan 4 orang penumpang. Tiba-tiba tanpa amaran dan kata-kata azimat, bertebarlah bau yang amat semerbak sekali. Oh! Bau kentut. Semua tidak mengaku siapa yang mengeluarkan gas tersebut.

Tiba-tiba pemandunya berkata 'Siapa yang mengaku dia membuang angin tadi, aku akan beri dia RM 100.00.'

Lantas seorang penumpang belakang mengaku bauan itu terhasil daripadanya.

Kamu rasa, adakah penumpang belakang tersebut akan di berikan RM 100.00 itu atau di beri sepak terajang sehingga beliau tercampak keluar melalui cermin tingkap kereta?

Cerita ini biasa kamu baca bukan?

Apakah moral dari cerita ini?

Yang positifnya, wang boleh buat manusia jadi jujur.
Yang negatifnya, tiada yang lain dalam fikiran manusia wang, wang dan wang!

Tetapi tanpa wang tiada kehidupan.

Siapa setuju? Atau ada pendapatan lain?

Nota kakitanganku : Ada kerja ada duit!





Monday, March 22, 2010

Oh Dak ITam! SiLa Beri Para PeserTa IDea....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:01 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket

Maaf andai 'contest' ini begitu melecehkan. Untuk memudahkan, tidak perlu letak kotak dialog di dalam gambar. Boleh di tulis di bawah gambar sahaja.

Aku cuba buat yang semudah mungkin. Kamu perlu baca 'entry' ini selalu kerana aku akan sentiasa kemaskininya.

Terima kasih kepada kamu yang telah memasang niat untuk turut serta. Hadiah akan di umumkan kemudian. Khabarnya ada yang mahu sponsor juga. :)

Nota kakitanganku : Masa masih panjang untuk turut serta!






Si TeDi BuaT 'ConTesT' : BiLa DaK ITam BerDiaLoG.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:51 PM 94 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Seperti yang di janjikan sempena dengan 'cash out' pendapatan Nuffnang yang 'banyaaakkkk' sangat itu, aku mahu membuat satu pertandingan. Wah! Pertandingan. Selama ini sebut 'Kuiz'kan. Kuiz macam kecil-kecil gitu. Pertandingan macam besar-besar gitu. Ha ha ha ha....

Janganlah berharap sangat. Bukan 'besauuu' sangat sampai hadiah seorang satu TV LCD tapi peruntukkannya besar sedikit dari selalu. Separuh atau lebih dari pendapatan Nuffnang yang ingin aku kongsikan dengan kamu semua.

Pertandingan B.E.R.M.U.L.A

Photobucket


Photobucket

1. Kamu di kehendaki meletakkan dialog dalam 2 keping gambar Dak Itam seperti di atas. Yang mana dahulu dan yang mana kemudian itu terpulang. * Kemaskini : Boleh juga di tulis di bawah gambar sahaja.

2. Berikan 2 sebab mengapa kamu berkunjung, membaca dan mengomen di Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik?

3. Berikan 1 tajuk 'entry' yang paling kamu sukai atau yang terkesan di hati! Tidak ingat tajuk, tulis isi-isi penting pun di terima.

4. Berikan 1 tajuk atau perkara atau isu yang dapat membuatkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik lebih mantap, lemak berkrim dan di sukai ramai.

5. "Saya mengharapkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik ................." ( tidak kurang dari 20 patah perkataan )

Pertandingan T.A.M.A.T

Syarat-syarat pertandingan :

1. Peserta perlu menggunakan ' Si TeDi Buat 'Contest' : Bila Dak Itam Berdialog sebagai tajuk 'entry' mereka.
2. Terbuka kepada semua. Mengikut ( Baca : Follow ) blog ini merupakan satu bonus, satu penghormatan dan sangat di hargai.
3. Letakkan 'banner' ( gambar paling atas ) di 'side bar' sehingga keputusan pemenang keluar. 'Link'kan ke 'entry' ini adalah di alu-alukan.
4. Pemenang akan di pilih berdasarkan dialog yang paling kreatif dan jawapan yang menarik dan asli.
5. Selepas selesai kamu membuat 'entry' sila maklumkan kepada aku dengan meletakkan URL 'entry' kamu di ruangan komen. InsyaAllah, aku akan kemaskini dari semasa ke semasa.
* Kemaskini : Jika tiada blog boleh di hantar ke emel atau jawab di kotak komen.
6. Pertandingan ini akan bermula serta merta dan akan tamat pada
16 April 2010.

7. Keputusan adalah muktamad. Sebarang emel-mengemel dan bantahan tidak akan di layan.
8. P.E.N.T.I.N.G!!! Sila baca syarat-syarat penyertaan terlebih dahulu sebelum kamu menyertai pertandingan ini.

Nota kakitanganku : Hadiah untuk pertandingan ini akan di umumkan dalam 'entry' yang akan datang! InsyaAllah.






PerTanDinGan a.k.a 'CoNTesT'!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:54 AM 21 kUs-kUs Links to this post
Pertandingan a.k.a. 'Contest' akan di lancar petang ini.Harap ada yang sudi turut serta. Seawalnya ini aku mohon maaf andai pertandingan itu agak sukar dan membebankan. Ambillah masa untuk menyelesaikannya.

Penyertaan kamu amatlah di harap dan di alu-alukan bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Takut juga tiada siapa yang mahu turut serta. Ekekekekeke...


Terima kasih.











sEBuah KisaH KLasik. TaPi akU MasiH IngaT. Aku BeLum cuKup Tua unTuk LuPa KamU Dan KenaNGan. TaPi KamU PasTi sUDah cUkUP Tua UnTuK LuPa paDaku....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:42 AM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Aku berfikir. Apa yang ada dalam kepala kamu. Apa yang sedang bermain-main di fikiran. Apa dan apa? Setiap waktu terluang aku berfikir. Mengapa kita begini dan begini.

Aku juga berfikir. Mengapa aku terlalu berfikir tentang ini? Mengapa dan mengapa? Mungkin, bila kita ada soalan, kita mahu ianya di jawab dengan jawapan. Bukan soalan di balas soalan. Arghhh!

Aku memerhati kamu. Memandang dan melihat. Tingkah kamu aku pantau dari kejauhan. Aku tidak tahu mengapa? Mengapa dan mengapa. Kamu jadi bebanan perasaan bagi aku.

Mengapa 5 patah di tanya kamu hanya beri sepatah? Mengapa bila 10 patah di tanya kamu menjawab 5 patah? Mengapa bukan 20 patah? Mengapa dan mengapa?

Mengapa kita tidak boleh bersahabat setelah sekian lama kita 'bersahabat?' Mengapa lain benar jadinya? Mengapa dan mengapa?

Ingat lagi entry ini? Dia menerima. Tetapi tingkahnya dingin. Dingin. Sejuk. Beku.

Aku fikirkan yang baik sahaja. Kamu sudah cukup tua untuk ingat padaku.

Namun, aku belum sampai tahap itu untuk lupa kamu yang hampir seabad mencipta kenangan denganku!!

Nota kakitanganku : Kamu kekal dalam kenangan. Itu kenyataan!






Sunday, March 21, 2010

My FavouriTe SUrFinG Spot

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:06 PM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sebenarnya agak lewat mengetahui tentang ini. Baru dapat emel semalam dan tidak sempat untuk menaip panjang!

Namun aku berusaha untuk turut serta juga.

Mengikut tajuk... Tempat yang paling menjadi kegemaran aku melayari internet ialah di dalam bilik tidur di atas katil. Ha ha ha ha.. Serius.

Selalunya memang sampai tertidur kalau mengadapat 'laptop' di tengah malam. Kalau emak perasan, emak akan mengetuk pintu bilik sambil berkata ' Tedi, tutup lampu nak tidur. Komputer tu tutup semua.' He he he ..

Tetapi selalunya aku akan hanyut ke 'laut'. Sampai ke Subuh lampu bilik dan komputer riba masih terbuka. Aduhai! Memang satu pembaziran. Tapi apakandaya. Sedaya aku ingin ubah juga perangai buruk ini.

Paginya emak akan cakap 'Kan sudah pesan, nak tidur semua tutup. Memang membazir elektrik, tapi yang utamanya buatnya komputer tu terlalu panas, meletup. Wayar tu nanti berselirat, pintasan elektrik ke?'

Wah! Betul kata emak sebenarnya. InsyaAllah. Sedaya upaya aku akan cuba tutup semua suiz sebelum tidur. Tapi selalu gagal. Tempat melayari internet, di atas katil memang nampak selesa, sebab bila mengantuk boleh terus tidur sahaja. Ha ha ha ha..


Photobucket

Oh! Aku menggunakan Stremyx. Agak terhad untuk aku melayari internet di luar rumah. Pasti P1W1Mx yang bernama Wiggy ini dapat membantu jika aku mahu berubah angin. Kamu boleh melihat pakej yang ditawarkan di laman webnya di sini. Jika kamu yang menggunakan 'berukbeng' yang selalu bermasalah, apakata kamu membuat tinjauan awal tentang kelebihan yang ada pada Wiggy.

Project Alpha Musim Pertama sudah berlalu. Kini Projek Alpha musim kedua yang sudah pun mempunyai peserta-peserta yang hebat. Kamu boleh mengetahuinya dengan melayari laman ini.

Projek Alpha Musim Ke-2 di bawakan oleh Adidas Action 3, PI dan MAS!!





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting