Monday, May 31, 2010

BiLa KePaLa sI kuraP BerLuBanG : MacaM-MacaMLah kaU Ini sI KuraP!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:13 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dari Hari Jumaat sudah perasan. Aku cuci. Bernanah. Baunya MasyaAllah.

Hari ini bawa dia ke Jabatan Haiwan. Sudah puasakan awal-awal. Manalah tahu mahu jahit ke apa.

Tapi pegawai veterinar itu kata tidak perlu. Hanya cuci. Dia ada bekalkan entah apa nama cecair itu. He he he..

'Kucing jumpa lagi ke kak?'

'Eh! Inikan yang awak suntikkan ubat kurap hari tu.'

'Lah.. Ye ke? Tak perasan. Lain dah.'

He he he he.. Dia pun tidak kenal Si Kurap sebab masa bawa hari itu, kurap penuh sangat.

Dapatlah Si Kurap satu suntikan antibiotik. Balik dalam kereta dia muntah. Aduhai! Kurap!! Mual agaknya.

Okey Dak Itam! Kau pergi cuci kereta aku sekarang!!

Nota kakitangan Dak Itam : Apa hal aku pula yang basuh????? Adilkah??





DoakaN MuJahiD kiTa sELamaT Di Gaza Dari SeranGan Yahudi Lakhnatullah..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 10 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan tentera Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP

Ya Allah ! Selamatkan mereka dari serangan musuh-Mu.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuabar!

A-Fatihah buat mereka yang syahid.








BuaT PencinTa KucinG : akU JuMPa BLoG YanG mEnarik HaTi unTuk DiBaca Dari TaiwaN. MenGaPa kUcinG TerBiaR merEka GemUk BerBanDinG Di MalaYsia?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:41 PM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

The header from michiko's blog. Thank you!
'A Great Cat's Blog From Taiwan With Love'

Aku memang suka melayari atau mencari-cari blog yang di tulis oleh pencinta kucing. Itulah kerjanya kalau aku ada waktu terluang. Dan itulah salah satu cara untuk aku ubati kesedihan bila teringatkan tentang kehilangan yang di hadapi.

Dalam pelayaran itu aku jumpa satu blog ini. Di tulis oleh seorang wanita dari Taiwan. Pertama kali melihat aku sudah jatuh cinta. Bukan hanya pada blog, tetapi pada kucing-kucingnya juga.

Adan dan Lego. Dua ekor kucing yang beza umurnya terlalu jauh. Adan, Julai ini masuk 13 tahun dan Lego baru tidak silap aku 2 tahun lebih.

Blog ini amat menarik hati kerana ianya di sertakan dengan gambar-gambar yang hebat. Mudah di fahami kerana pemiliknya menterjemahkan penulisan ke dalam Bahasa Inggeris.

Tidak jemu membaca dan melihat gambar. Kucing terbiarnya juga berbeza dengan kucing terbiar di Malaysia. Jika di Malaysia kucing kurus kering, di layan kejam, tidak di endah, tetapi di sana, macam di bela pula. Gemuk-gemuk tandanya cukup makan walau tidak bertuan. Oh! Seronoknya tengok!!

Nota kakitanganku : Leka.





PeLatih PTD kOMa MeniNGGaL Dunia : Al-Fatihah Untuk NorHashimah WahiD.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:07 PM 22 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Allahyarham Norhashimah Wahid
Kredit gambar kepada Berita Harian Online

Reaksi pertama. Oh! Cantik sungguh dia. Senyuman manis dan menawan.

Namun sayangnya, beliau telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.20 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah setelah koma akibat daripada jangkitan paru-paru yang serius.

Semuanya di dakwa berlaku semasa beliau menjalani latihan ala-komando di sebuah kem latihan di Banting.

Al-Fatihah untuk beliau. Takziah untuk ahli keluarga.

Nota kakitanganku : yang indah hanya sementara.





Bos takDe! Hoye! Hoye!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:06 AM 18 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Setelah bercuti selama 3 hari di tambah 1 hari Cuti Sakit menjadikan 4 hari semuanya, untuk kembali bekerja adalah sangat 'bluess! Bluess!' sangat.

Tapi 'kebluesan' itu terubat bila mendapati Bos berkursus sehingga Selasa! Hoye! Hoye!!

Mari kita mulakan kerja dengan senyuman lebar!

Nota kakitanganku : Bos aku kalau bercakap tiada nokhtah. Mahu buat kerja pun tidak selesa!




Tuhan, Beri akU KekuaTan, Ini hanyA DuGaan keciL!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:02 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Mereka hanyalah haiwan yang ada otak tetapi tidak akal. Tolonglah gunakan kepala otak bila bercakap!!

Oh Tuhan! Kuatkan hati aku!

Kuatkan aku! Kuatkan aku! Berikan aku kekuatan!

Jangan lemahkan aku dengan segala dugaan!

Dak Kimo,
Aku rindu kamu!
Rindu sangat!
Datang dalam mimpi aku malam ini.
Banyak perkara ingin aku ceritakan pada kamu sejak kamu tiada.

Malam ini hati aku sakit!
Dan aku teringat pada kamu! :(







Sunday, May 30, 2010

si cOmeL Ini SuDah aDa rumaH Baru....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:23 PM 15 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

2- 3 hari lepas ada yang memberi mesej di Facebook bertanyakan anak kucing. Lyn namanya. Katanya Papa Meow yang kenalkan kepada aku. Oh! Terima kasih Papa Meow. Seronok sangat bila ada yang bertanyakan tentang anak kucing sebab kebetulan memang ada yang mahu di beri kepada orang.

Ini kucing kepada jiran Etty. Beliau pernah iklankan di blog. Jadi aku tunjukkan anak-anak ini kepada Lyn dan beliau bersetuju untuk mengambil seekor. Setelah mesej demi mesej menjadi penghubung, hari ini bersaksikan hujan lebat, anak-anak ini beralih tangan.


Ironinya, kami semua baru pertama kali berjumpa. Baik antara aku dengan Lyn, aku dengan Etty mahupun Etty dengan Lyn. Kerana anak kucing bertuah ini kami bertemu dalam limpahan hujan rahmat.

Setelah melihat sendiri, Lyn mengambil keputusan untuk mengambil dua ekor sekali. Aduhai! Syukur. Yang di tepi pagar ini seekor dan yang warna hitam putih itu seekor. Sepasang. Jantan dan betina. Alhamdulillah. Semoga Allah memurahkan rezeki kamu sekeluarga Lyn.

Yang lagi dua ekor itu pun sudah ada orang tempah.

Photobucket

Aku suka yang ini tapi tidak boleh ambil. He he he he. Eh! Si Merah itu Etty okey! He he he he..

Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Lyn dan keluarga. Terima kasih kepada Etty yang melayan karenah kami. Terima kasih kepada Makcik tuan punya anak kucing. Semoga anak kucing yang di ambil itu akan sihat sejahtera hendaknya. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Seronok tengok semua seronok!





LisDawaTi : saYa PercaYa Fauzi 100%

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:30 PM 25 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Boleh ke kita letak kepercayaan 100% kepada kamu lelaki walaupun kepada suami sendiri? Aku minta maaf, aku belum berkahwin. Mungkin aku ada pendapat sendiri. Kamu yang sudah berumahtangga, mungkin ada alasan sendiri.

Tapi bagi aku, sesiapa pun di dunia ini, aku tidak akan letakkan kepercayaan 100% kepada mereka. Tidak akan sesekali. Sebab aku percaya, manusia itu bukan malaikat. Hati akan cepat berubah. Fikiran tidak akan dapat di baca.

Hari ini begini, esok begitu. Kita tidak tahu.

Eloklah kita hanya sebutkan 'Saya percayakan dia.' Tanpa meletakkan peratusan. Kerana jika apa-apa berlaku kita tidak akan di umpamakan 'meludah ke langit'.

Ada pendapat mengenai kepercayaan 100% kepada pasangan ini?

Jom kongsi!!

Nota kakitanganku : Selalu ambil langkah berjaga-jaga.





LawaTan MeLePas GeraM Dan BeramaS MesrA Dan BerGoMoL-GoMoLan Dan CiUm-CiUmaN!! BeraPa banYak Dan daaa..!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:03 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Hik hik hik! Setelah bertangguh akhirnya dapat juga tengok sendiri anak-anak Pheea. Selalu skodeng blog mummy dia sahaja! Geram sahaja tengok anak-anak dia yang menguit-nguit dalam bakul itu.

Memang comel. Muka semua 'inesen' sahaja. Ekekekeke. Belum berjalan lancar. Terkedek-kedek lagi. Tapi mata semua sudah buntang terbuka. He he he he...

Photobucket

Photobucket

Ini Caspian. Memanglah kucing 'peberet i yu!!'

Peluk dia sampai tudung tumbuh bulu. Ekekekekeke.... Dia main gigit-gigit.

Petang semalam ke rumah Mummy mereka. Terima kasihlah pada Sha yang sudi melayan aku semasa mengadakan lawatan amal ini. Beramallah sangat. Dia yang beramal dengan aku sebab bagi gomol kucing-kucing dia. He he he he.

Oh! Tengah hari mahu jumpa Etty. Ada orang mahu anak kucing. Minta Etty tolong carikan. Aduhai! Kasihan dia asyik melayan karenah aku !! Ha ha ha ha.. Terima kasih Etty. InsyaAllah, semoga proses 'adopt mengadopt' ini berjalan lancar.

Cuaca mendung. Macam mahu hujan!

Nota kakitanganku : Selamat hujung minggu!







Janda Yang Dahaga

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:06 AM 15 kUs-kUs Links to this post
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa..





BiLa Dak Itam BeLaJar MemasaK : JeLi PuDinG BerroTi Dak ItaM

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 15 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket


Ekekekeke.. Aku tidak tahulah kenapa pula nama Dak Itam termasuk dalam nama resepi ini. Ekekekeke.. Tiada pun warna hitam dalam puding ini.

Mahu buat ini senang sahaja. Kamu hanya perlu beli puding dan jeli segera. Ini aku guna puding dan jeli segera Jenama Nona.

Masak satu persatu mengikut sukatan yang terdapat di belakang kotak. Bila sudah mengeras, lapiskan selapis lagi. Jumlah lapisan terpulang. Jika mahu letakkan kek gulung yang di potong pun boleh yang macam aku buat itu. Mahu gantikan dengan nata de coco pun okey. Ikut citarsa masing-masing.

Jumlah lapisan tu terpulanglah ya. Warna warni lagi cantik. He he he. Macam aku, aku buat 4 lapisan sahaja. :)

Bekukan sebentar dalam peti sejuk. Siap! Boleh makan! Yey! Mudah, senang dan kos yang murah.

Sekian. Laporan masakan dari dapur Dak Itam.

Nota kakitangan Dak Itam : Bos! Sila bayar royalti sebab guna nama aku sebagai tajuk resepi!







Saturday, May 29, 2010

skanDaL Dak ItaM.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:35 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket


Photobucket

Kucing ini mula datang ke rumah sejak Dak Kimo tiada. Selalunya Dak Kimo yang akan ke rumahnya. Mungkin dia tertunggu-tunggu kelibat Dak Kimo yang tidak kunjung tiba, dia sendiri naik ke atas bukit mencari.

Memang rezeki Dak Itam nampaknya dapat skandal baru. Pantang minah ini datang, mengekor sahaja kerjanya.

Cantikkan dia. Ekornya juga. Kembang dan lembut sahaja bulunya.

Nota kakitanganku : Tidak sesuai dengan Dak Itam yang selekeh itu!





sELamaT PenGanTin Baru CamELia

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

kredit gambar mstar.

Dulu, masa dia baru merakamkan album, aku suka lagu-lagu dia. Semuanya sedap di dengar. Suaranya juga. Namun dia tenggelam timbul dalam dunia nyanyian negara.

Selepas itu dia lebih di kenali sebagai ikon fesyen. Lebih popular dalam bidang itu. Ke luar negara selalu.

Baca Mstar Online hari ini, dapat berita dia sudah berkahwin semual selepas bercerai dengan dan bergelar Datin. Sudah menetap di luar negara.

Berita lanjut boleh di baca di sini.

Selamat Pengantin Baru Camelia, seandainya berita itu benar.

Nota kakitanganku : Suka dengar lagu Dengarlah Kasih.






MaLu TuTuP MukA, TaPi TaLi Bra NaMPaK. MaSa tengaH BuaT Dosa Tidak maLu Pula DenGan ALLAH!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:56 AM 25 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Apa yang aku membebel ini?

Oh! Kalau orang yang di hadapkan ke mahkamah, mesti tutup muka dengan pelbagai cara. Ada yang tutup dengan baju, dengan suratkhabar, dengan tangan dan terkini pakai mask.

Malu. Mungkin malu dengan orang yang akan melihat muka mereka terpampang di dada-dada akhbar. Tapi masa mereka melakukan kesilapan itu, mereka tidak terfikir pun mahu malu dengan ALLAH yang Maha Melihat.

Gambar di atas ini suspek utama kes pembungan (atau boleh di sebut pembunuhan? ) bayi yang di tanam berhampiran stesyen komuter. Ibu bayi malang tersebut di syaki berusia 17 tahun sahaja manakala kakaknya yang bersubahat berumur 24 tahun.

Ke manakah teman lelakinya yang bertanggungjawab mengandungkannya? Bebas? Lepas?

Ahh!! perempuan juga mangsa utama. Kau yang bertarung nyawa melahirkan, kau yang mencari idea untuk menghapuskan bukti, kau yang menahan sakit, menahan malu, sang lelaki keparat hilang entah ke mana.


Itu pun masih tidak sedar-sedar lagi. Nikmat sekejap, derita berpanjangan. Kau tanggung seorang.

Teremosi sudah. Bukan apa, kasihan betul tengok remaja-remaja yang hanya memilih keseronokan sementara ini.

Nota kakitanganku : Bila di tahan, kau seorang saja selalunya yang di bicarakan!





kenyanG LayaN MurTabaK MamEE!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:01 AM 22 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Tidak nampak mee segeranyakan? He he he he.. Sudah tenggelam dek bahan-bahan sampingannya.

Makan ini saja sudah kenyang!

Makan dengan sos cili!

Nyum!!

Mahu resepi dan lihat gambar yang lebih mengiurkan?

Klik di sini.

Nota kakitanganku : Cuti yang terasa letih!







Friday, May 28, 2010

sELamaT HarI wEsak.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:52 PM 23 kUs-kUs Links to this post
Seriusnya aku ingatkan , HAri Wesak di sambut oleh mereka yang beragama Hindu. Aduhai! Rupa-rupanya untuk mereka yang beragama Buddha. Kesilapan yang besar di situ. Itupun baru 4-5 tahun aku tahu. Ekekekeke..

Mengikut wikepedia, Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Artikel sepenuhnya boleh di baca di sini.

Perancangan hari ini belum di rancang lagi. He he he..

Okeylah! Mahu buat Murtabak Mamee. Hik hik hik. Itu pun kalau jadi. Pertama kali mahu buat. Kalau jadi aku tepek di sini. Kalau tidak jadi pun aku tepek juga! Ha ha ha ha


Selamat bercuti semua! Eh! Semua cutikan?






Thursday, May 27, 2010

10 waJah TerkaYa Di MaLaysia : 'PLus' 1 waJaH TerkaYaP Di MeLaKa!! eH! SiLa sEmaK Jika kamU JuGa TersEnaraI.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:47 PM 25 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Robert Kuok

1) Robert Kuok AS$12 bilion (RM39b), 86, berkahwin, 8 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Photobucket

T. Ananda Krishnan

2) T. Ananda Krishnan AS$8.1 bilion (RM27b), 72, berkahwin, 3 orang anak. Sumber: Telekomunikasi.

Photobucket

Tan Sri Lee Sin Cheng

3) Tan Sri Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion (RM15b), 71, berkahwin, 6 orang anak. Sumber: Kelapa sawit.

4) Puan Sri Lee Kim Hua dan keluarga AS$3.9 bilion (RM13b), 81, janda, 6 orang anak. Sumber: Perjudian.

Photobucket



Tan Sri Quek Leng Chan

5) Tan Sri Quek Leng Chan AS$3.85 bilion (RM13b), 69, berkahwin, 3 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Photobucket

Tan Sri Teh Hong Piow

6) Tan Sri Teh Hong Piow AS$3.8 bilion (RM12.5b), 80, berkahwin, 4 orang anak. Sumber : Perbankan

Photobucket

Tan Sri Yeoh Tiong Lay

7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga AS$2.5 bilion (RM8.2b), 80, duda, 7 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Photobucket

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary

8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.7 bilion (RM5.5b), 58, berkahwin, 5 orang anak. Sumber: Pelbagai.

Photobucket

9) Tan Sri Vincent Tan AS$1.6 bilion (RM5b), 58, berkahwin, 11 orang anak. Sumber: Pelbagai.

10) Tan Sri Tiong Hiew King AS$1.2 bilion (RM4b), 75, berkahwin, 4 orang anak. Sumber: Pembalakan.


Photobucket

Dak Itam

11 ) Dak Itam AS$ 134.35 Bujang . Sumber : Pendapatan Pertama Nuffnang Bos.

Nota kakitangan Dak Itam : Wey!! Apa gelak-gelak?? (Maaf! Senget benget 'entry')!


No. 1 hingga 10 sumber di sini .







MaaF Bos! TahaP KeGaTaLan akU suDah TiDak DapaT Di TaHan LaGi!! akU PerLu UbaT aGar GaTaL inI TiDak BerTerusaN BerTukar MenJaDi MianG KeLaDi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:36 PM 21 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Oh!Tergolek-golek menahan gatal malam tadi. Seriusnya aku tidur pukul 6.15 pagi! Itu pun selepas aku menggaru kesedapan dan melecet hingga berdarah.

Oh! Saham aku merundum jatuh.
Kaki sudah berparut. Sob sob sob!!

Motif gambar kaki? Kaki ini paling teruk alahan gatalnya. Hik hik hik!!

Photobucket

Ubat gatal!

Bos! Sijil Cuti Sakit itu, semulajadi tahu!! Bukan palsu!! He he he he..

Masih gatal-gatal. Cuti-cuti pun kaki yang gatal masih gatal mahu berjalan!!! Ha ha ha ha!!

Nota kakitanganku : Dak Itam!! Angkat hujan!! Jemuran mahu turun!!! Ekekekeke!!







kES AllahyarhaM NuriN JazLin JazimiN : 2 oranG BekaS susPek Di BayaR GanTi ruGi!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:46 PM 27 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Mereka menang dalam tuntutan saman.

Seorang dapat RM 41 500 dan seorang lagi RM 31 500.

Mereka merupakan bekas suspek dalam pembunuhan adik Nuriz Jazlin Jazimin. Aibnya mereka bila wajah mereka terpampang di muka depan majoriti akhbar negara bila di tahan reman dulu. Trauma jadinya. Bukan calang-calang kes.

Kes yang mendatangkan amarah seluruh rakyat Malaysia yang mengutuk pembunuhan kejam terhadap adik Nurin.

Tetapi , di manakah akhirnya kes ini? Sedang berjoget atau berdangdutkah pembunuh kejam yang sebenar? Mereka berpesta meraikan kegagalan pihak berkuasa mengesan mereka?

Kes ini belum berakhir. Sama juga seperti kes Norrita Shamsudin.

Pembunuhnya masih belum di temui. Entah ceruk mana mereka tinggal. Entah bomoh mana yang mereka jumpa hingga kelibat mereka sukar di jejaki.

Mereka mungkin terlepas di dunia tapi tidak pada hari perhitungan di Padang Masyar kelak.

Berita tentang saman bekas suspek tersebut boleh baca di sini.

Nota kakitanganku : Al-Fatihah!





RM 4 JuTa unTuk kOs PerkaHwinaN Dian Sastrowardoyo : BerI akU 1 JuTa ruPiah Buk! TiDak BanYaK. SikiT saJa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:44 PM 23 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Aduhai! Dasyat betul bila orang-orang kaya dan terkenal ini kahwin ya? RM 4 juta macam RM 4 sahaja lagaknya.

Kalaulah untuk majlis kahwin sahaja sudah RM 4 juta, kehidupan sehari-hari lagilah mewah agaknya.

Mungkin inilah cara orang berduit menikmati erti kehidupan.

Aku tertarik dan tersentuh dengan satu video klip yang aku tonton di blog Qief semalam. Memang menitis airmata ini.

Siapa yang mahu berkongsi keinsafan silalah klik di sini. Link ini akan terus membawa kamu ke blog Qief dan tontonlah video pendek 6 minit itu. Bezakan pula dengan kehidupan kita. Jauh juga tersasar dengan kehidupan Dian yang sanggup berhabis RM 4 juta hanya untuk majlis kahwin.

Nota kakitanganku : Oh! Ini bukan 'entry' iri hati atau hasad dengki!





UJiaN Cari JawaPan TersemBunyi : aPa yanG PeLik Dan JenGkeL PaDa arTikeL inI?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:21 AM 16 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Boleh kamu baca artikel di atas. Ada tidak rasa sesuatu yang lain bila membacanya? Ada tidak sesuatu yang tidak kena pada bacaan kamu?

Aku bukan wartawan. Tapi aku suka menulis. Jadi bila selalu menulis dan membaca, aku dapat rasakan ada sesuatu pada ayat di atas.

Ada sesuatu yang tidak kena.

Boleh kamu kongsikan apa yang kamu rasakan bila membaca artikel di atas?

Berita selanjutnya di sini.

Nota kakitanganku : uhuks!






ayaT TunGGanG TerBaLik. eJa Pun saLah. aDa haTi maHu 'cacaTkaN' akaUn 'FesBuk' akU!! BoLeh JaLanLah!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 29 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Aku pun tidak tahu apa maksudnya 'Perbuatan Yang Mungkin Di anggap Tidak Senonoh' itu! Ha ha ha ha.. Aduhai!! Pening mahu fikir.

Dengan ayat lintang pukangnya dia beri amaran pada aku!Ceh!!!

Aku cuba meninggalkan komen kepada satu akaun, tetapi amaran itu yang keluar. Tidak tahu sebab musababnya.

Cuma sebelum itu aku ada masuk ke akaun itu dan mengomen pada 184 gambar kucing yang masuk bertanding. Tapi tiada satu pun komen aku yang mengajak kepada perbuatan terlampau antara aku, kucing, tuan kucing dan tuan tanah!! Ekekekeke...

Okeylah! Mungkin aku perlu menggunakan bahasa yang skema dan lebih berhemah!! Hik hik hik.

Okeylah Mark Zuckerberg!!
Silalah cacatkan akaun aku sekarang!!

Nanti dapat gelaran baru 'Facebook Kurang Upaya. a.k.a FKU!!!'

Ha ha ha ha!!

Nota kakitanganku : Aku tidak buat gangguan seksual di situ!!






Wednesday, May 26, 2010

GurU PerkOsa PeLaJar Di PenJara : akHirnyA. syUkur PaDa keaDiLan. siFaT syaiTan kamU Harus Di HenTikaN. seLamaT BerehaT Di BiLik BaTu. akU KenaL kamU.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:31 PM 21 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sujud syukur atas keputusan mahkamah yang mendapati kau bersalah dan di penjara 8 tahun. Eh!Kenapa tidak 20? Okey! Bukan urusan aku untuk pertikaikan. Kau berwajah manusia tetapi bernafsu syaitan. Syukur kau di sumbat ke bilik batu itu!

Maaflah aku cakap! Muka kau memang tidak kacak! Gagah perkasa jauh sekali. Senjata kau hanya wang ringgit dan kata-kata. Sayangnya budak bawah umur yang kau sasarkan itu cepat terpedaya.

Kegiatan syaitan kau sudah terhenti. Aku harap untuk selamanya bukan setakat 8 tahun di penjara. Kau harus muhasabah diri. Merenung asal usul kau yang serba sempurna sebenarnya. Sayangnya, kau palitkan dengan lumpur beracun.

Fikirkan tentang anak dan isteri, tentang ibu dan ayah. Jangan pentingkan diri dan nafsu semata-mata. Tengok! Ke mana kau akhirnya??

Membaca 2 muka surat penuh luahan pelajar terbabit, buat hati menjadi hiba. Dia hanya budak mentah yang menjadi mangsa akibat kurangnya kasih sayang dan perhatian. Lantas kau begitu cekap mengambil kesempatan.

Nah! Kau sudah terima akibatnya. Keadilan di muka bumi Tuhan ini.

Bertaubatlah bro!!!

Bertaubatlah sementara sempat!

Nota kakitanganku : Pasti ramai antara kami yang lega dengan keputusan ini. Berbaloi segala bantuan yang di hulur kepada mangsa!





UJiaN keseTiaaN YanG MenyakiT Dan MeLukaKan HaTi : "aBanG sunyiLah. BoLeh aBanG TeleFon?"

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:44 PM 48 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Pernah lakukan ujian ini. Ini bukan ujian Matematik atau Statistik. Tapi ujian kesetiaan kepada pasangan masing-masing.

Seorang kawan bercerita tentang ujian kesetiaan yang di lakukan kepada suami. Keputusannya, dia berasa hampa dan kecewa. Tertekan dan gundah gulana.

Dia hanya menyamar dengan berSMS dengan sang suami. Menggunakan nombor baru dan berpura-pura salah nombor ketika menghantar mesej. Tapi sayangnya, ianya tidak berakhir di situ. Tetapi itu satu permulaan yang tragik.

Sang suami terus menerus menghantar SMS dengan harapan ada balasan yang di inginkan. Ianya hanya mengguris hati sang isteri. Oh! Inikah suamiku?

Dia mengambil langkah drastik. Melayan setiap SMS yang tidak putus kunjung tiba. Berlarutan hingga berminggu-minggu. Setiap panggilan tidak pernah sekali pun di layan. Setiap ajakan keluar di berinya pelbagai alasan yang munasabah demi menjayakan misi ujian yang sedang berlangsung.

Kemuncaknya, pada satu malam ketika sang isteri dan anak pulang ke rumah emaknya untuk bermalam, si suami menghantar mesej kepada 'kekasih gelapnya'.

'Abang sunyilah. Boleh abang telefon?'

Gugur airmata sang isteri mendapat mesej tersebut. Apa yang berlaku seterusnya tidak pula di ketahui kerana cerita tergantung setakat itu sahaja. Aku juga tidak mahu bertanya lanjut. Hanya mendengar apa yang di luah sahaja.

Siapalah aku untuk beri nasihat. Cuma aku pesankan, jagalah rumahtangga sebaik mungkin. Jangan jadikan keputusan ujian ini alasan untuk menjauhkan diri dan berasa kecewa atau luka kerana sakit yang sedang di rasa ini, kitalah puncanya. Kita yang tiada kerja cari kerja.

Aku tidak tahu orang lain. Tapi jika aku, biarlah aku tidak tahu dari mahu mencari sendiri bagaiman dia sebenarnya.

Kamu pula bagaimana? Sanggup buat ujian kesetiaan kepada pasangan?

Nota kakitanganku : Ujian mata pun aku gagal! He he he he






TanDa-TanDa kamU MenGhaDaPi masaLaH......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 PM 35 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

1. Kamu sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur

Photobucket

2. Tengkuk kamu sentiasa sakit dan sukar memusingkan kepala.

Photobucket

3. Rambut kamu tetap kusut masai selepas mandi walaupun menggunakan syampu yang terbaik.

Photobucket

4. Kepala kamu sentiasa merasa pening dan berasa seperti di awangan.

Photobucket

5. Berat badan kamu terus naik dengan mendadak walaupun telah berusaha kerasa mengurangkannya.

Photobucket

6. Kamu sentiasa merasakan fikiran terlalu sempit.

Photobucket

7. Kamu sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat.

Photobucket

8. Kamu rasa diri kamu begitu kecil dan selalu di permainkan.

Photobucket

9. Bos sentiasa marah dengan kamu.

Photobucket

10. Sentiasa basah kuyup waktu keluar makan tengah hari walaupun berpayung.

Photobucket

11.Kamu sentiasa merasa terlalu penat setiap hari.

Photobucket

12.Sentiasa merasa diri tersepit.

Photobucket

13. Sentiasa merasa kehadiran tetamu asing.

Photobucket

14. Sentiasa merasa hendak demam dan panas pada bahagian kepala.

Photobucket

15. Yang terakhir sekali, kamu sentiasa merasa keseorangan dan merasa amat takut seolah-olah ada orang lain di dalam rumah.

Adakah tanda-tanda ini pada kamu? Jika ada ini adalah beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah mental!! Sila dapatkan rawatan segera!

Nota kakitanganku : Terima kasih kepada Kak Tuah atas kiriman emel ini. Telah di ubah suai sedikit kak!! He he he he...





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting