Tuesday, August 31, 2010

MenGaPa aDa oranG PenDek akaL TaPi cerDik DaLam Ini 'DOoOOniAAa'???

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:18 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Malas sebenarnya mahu menaip. Tapi rasa geram buat ingin menaip juga.

Mengapa manusia selalu menggunakan otak dan akal yang di anugerahkan Allah dengan memikirkan sesuatu perkara yang menyusahkan orang lain tapi menyenangkan diri sendiri?

Dia pendek akal untuk fikir lama-lama atau cari penyelesaian yang munasabah. Tapi dia cerdik dengan meletakkan kesusahan pada bahu orang lain. Nah! Masalah dia selesai. Tapi masalah bagi orang lain untuk fikir penyelesaian bagi pihak dia.

Apa yang aku membebel ini??

Esok sahajalah aku cerita.

Nota kakitanganku : Tidak suka susahkan orang dengan masalah sendiri tapi orang suka menyusahkan aku dengan cara mereka selesaikan masalah!!






Si TeDi a.k.a myQza BeLum MeninGGaL DuniA. ALLAH mAsih iziN BernaFas.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:45 PM 16 kUs-kUs Links to this post
'Saya masih hidup. Masih bernafas. Masih bernyawa. Saya belum meninggal dunia. InsyaAllah.'

Sejak semalam di hujani pesanan di Facebook dan emel bertanyakan :

'Awak masih hidup? Bukan awak yang meninggal dunia ya? Leganya awak balas emel dan pesanan saya.'

Nauzubillah hi min zalik.

Semuanya gara-gara salah faham di satu akaun Facebook.

InsyaAllah. Allah masih panjangkan usia.

Nota kakitanganku : Hidup dan mati ketentuan Allah.





sELamaT HarI LaHir MaLaysiA yanG kE 53 .

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53 tahun.






MenGaPa akU TiaDa kesaBaraN sePerTi OranG BerPuasA? MenGaPa akU TerLaLu MaHu ikUt PeraTuraN? MenGaPa akU CerEweT Dan IkUT kEPaLa akU SaJa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 19 kUs-kUs Links to this post
Hari ini ada temujanji dengan Doktor Pakar Kulit di Klinik Kulit Hospital Melaka. Tarikh tertera 30 Ogos 2010 jam 2.30 petang. Ini temujanji yang ke 4 tetapi yang pertama sejak keluar dari wad.

Aku berfikiran positif jika pukul 2.30 petang pasti pukul 2.30 petang juga giliran aku jumpa doktor. Masa bergerak perlahan di rasakan. Punggung rasa kematu dan badan rasa macam lemah sahaja.

Aku daftar pada pukul 2.00 petang.

Kesabaran sedikit terhakis bila jam menunjukkan pukul 2.45 petang tetapi nombor giliran masih belum aku dapat. Aku bangun dan ke kaunter bertanya.

'Sudah 45 minit saya tunggu. Nombor pun saya belum dapat.'

'Oh! Z... ya. Maaf. Fail awak hilang. Tengah cari kat bawah.'

Aku menggeleng-geleng kepala dan duduk semula. Kali terakhir aku ke sini 26hb. Hairan fail sudah hilang.

Jam sudah pukul 3.00 petang. Kasihan pada Abah yang kena tunggu aku. Pukul 5.00 petang kena ambil pekerja pula. Terkejar-kejar dia. Jadi aku tidak bolehlah mahu duduk peluk tubuh sedangkan entah bila giliran aku sebab nombor pun aku belum dapat.

Aku ke kaunter sekali lagi.

'Sudah jumpa fail saya?'

'Belum'

'Lama lagi perlu saya tunggu sebelum dapat nombor? Dalam pukul 5.00 petang rasa-rasanya saya boleh dapat nombor tak?'

Jururawat di kaunter diam. Aku masih berdiri tegak tidak berganjak.

'Kami buka fail sementara dulu. Ini nombornya.'

Itu bukan masalah aku. Fail hilang salah kamu yang cuai. Bukankah senang kalau jalan penyelesaian di cari awal bukan selepas satu jam aku tunggu??

Duduk dan terus menunggu nombor giliran di panggil.

3.15 petang.
3.30 petang.
3.45 petang.
4.00 petang.

Nombor amat lambat bergerak.

Jam 4.00 petang. Sekali lagi aku bangun.

'Kak, masa di kad temujanji tak di guna di sini?' Tanya aku pada jururawat di kaunter. Jawabnya TIDAK!

'Kalau macam itu, cabut saja 'signboard' atas tu.' Kata aku sambil tangan menunjukkan papantanda yang di maksudkan. Jururawat terpinga-pinga dan aku terus duduk.

Photobucket

Gambar 'signboard' di kaunter Klinik ORL berhadapan dengan Klinik Kulit. Di kaunter Klinik Kulit pun ada satu. Papantanda itu tulisannya berbunyi begini.

'TUAN/PUAN AKAN DI LAYAN MENGIKUT TARIKH DAN MASA TEMUJANJI'

Apakejadahnya kau letak papatanda itu kalau masa temujanji aku pukul 2.30 petang tapi 4.30 petang baru nombor aku di panggil?

Aku belum jumpa tahap kesabaran aku yang sebenar-benar.

Nota kakitanganku : Mengapa? .....kerana aku insan tidak sempurna. Rasa mahu marah sahaja!







Monday, August 30, 2010

MenGaPa sayA TiDak kEmaskiNi BLoG : sayA MenGinaP 4 Hari 3 MaLam. MakaN PercuMa. LayaNan seaDanyA. BiLa MaLam DrakULa DaTanG amBiL DaraH!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:01 PM 34 kUs-kUs Links to this post
21.06.2010
Pandu sendiri ke Klinik Kesihatan Jasin. Rasa memang demam. Tapi bila di periksa tidak demam. Suhu 36.6 Lain pula yang doktor jumpa. Masalah dengan darah. Datang lagi selepas puasa. 15.09.2010. EEeEEeee. Menyampah.

23.08.2010
Badan rasa lemah gila. Mahu angkat kepala pun tidak larat. Tidak pergi kerja. Tidak ambil cuti. Tapi kelainan pada seluruh tubuh. Tumbuh bintik-bintik merah macam campak. Terus ke Unit Kecemasan Hospital Jasin dalam pukul 4.00 petang. Masuk air, pergi x-ray, ambil darah lagi kemudian baring sampai suhu jadi normal. Pukul 9.00 malam balik rumah. Esok perlu ke Klinik Kulit di Hospital Melaka.

24.09.2010
Klinik Kulit Hospital Melaka. Bintik-bintik merah makin rancak di seluruh badan dan muka. Panas badan makin naik mencanak. Bertalu-talu soalan doktor, ada salah makan ubat? Ada makan ubat herba?Ada makan ubat kurus? Aku geleng kepala. Jururawat macam tidak percaya. 'Jangan malu-malu mengaku. Kalau ada cakap ada' Aku rasa mahu lesing dia sahaja. Aku kata tiada. Tiadalah!!! Buat apa aku mahu kelentong. Yang sakit aku. Yang tanggung aku. Aku lagi mahu tahu apa puncanya.

Photobucket

Doktor bagi surat pergi Unit Kecemasan. Lemah! Tahan wad ke? Berjam-jamlah jawabnya aku kat Unit Kecemasan nanti. Dari pukul 11.00 pagi. Ke hulu ke hilir, x-ray lagi, ambil darah lagi. Akhirnya masuk wad. Pukul 6.00 petang. ArgHhhhh!! Tekanan! Sehelai sepinggang. Nasib baik abah ada.

Duduk Aras 4-1. Dalam bilik berenam. Wad di luar punyalah penuh sampai kaki lima pun ada katil. Duduk dalam wad orang kata malam-malam drakula akan datang hisap darah. =))

Photobucket

3-4 kali darah di ambil. Sudah lali. Tutup mata sahaja.

Dalam bilik bersama dengan 5 orang warga emas. He he he. Macam-macam ragam. Mahu ketawa pun ada. Tapi tahan sahaja. Berlagak sopan santun. =))

Jumaat, demam kebah. Janji Doktor, demam kebah boleh balik. Yey!!!

Sekian, ringkasan 'Mengapa Saya Tidak Kemaskini Blog?' He he he he....

Nota kakitanganku : Pukul 2.00 petang ini ke Klinik Kulit Hospital Melaka semula. Ada temujanji. =))






IsniN. syukUr masiH BerNaFas. waLau Allah mEnariK seDikiT Dari nikMat unTuk MeLihaT.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:44 AM 31 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sudah hari Isnin lagi.

Alhamdulillah. Isnin hari ini bukan macam Isnin lepas.

Isnin hari ini aku sudah boleh menulis dan membaca walau sedikit merangkak kerana keterbatasan penglihatan. Allah menarik sedikit daripada nikmat penglihatan yang sempurna. Kabur. Namun syukur.

Selamat bekerja semua. Aku masih bercuti sakit sehingga satu tempoh kesihatan mengizinkan.

Nota kakitanganku : Syukur apa yang ada.





Sunday, August 29, 2010

MaJLis GoTonG RoYonG PeMBersiHan BLoG

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 43 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Majlis Gotong Royong Pembersihan Blog

Tarikh : 29 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : myqza.blogspot.com
Jamuan : Tiada kerana Bulan Ramadhan
Alatan : Bawa sendiri penyapu, mop, pongkes, cangkul, sabit, parang dan alatan yang sesuai.
Kehadiran : semua 'followers' dan bukan 'followers' di alu-alukan. Sila catatkan sendiri kehadiran di ruangan komen.

Terima kasih atas kerjasama menjayakan majlis amal ini.

Nota kakitanganku : =))






Friday, August 20, 2010

MayaT BayI usiA saTu TahUn Di BuanG Di PerHenTian Bas : ToLonGLah caRi DaN GanTunG samPai MaTi BanGsaT InI!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 46 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Usia satu tahun. Pelbagai kecederaan di seluruh tubuh. What The Hell??

Kau buang mayat bayi yang berusia setahun macam kau buang bangkai ayam?

Tolonglah cari sampai ke lubang cacing bangsat ini dan gantung sampai mati!

Nota kakitanganku : Macam mana boleh tergamak seorang manusia yang ada kepala, otak dan akal meninggalkan mayat bayi??

Sumber gambar dan berita dari Utusan Online








Apa kaiTan BuFFereD earNinGs DenGan KemaskInI BLoG? SaNa sinI TiPs suRuh keMasKini. aPa keJaDahnya? PerLu kE? PenTinG sanGat kE?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:34 PM 25 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Tertarik dengan komen dari Hanim. Terima kasih kerana bertanya. Wah! Terasa macam dalam rancangan `Kamu tanya saya jawab`. Ekekekeke..

Kenapa ya perlu kemaskini. Apa kaitan dengan BE.

Okey. Ini fahaman aku. Aku terangkan mengikut apa yang aku faham. Tapi ini bukan ajaran sesat okey?

Blog kita umpamakan sebagai Pasaraya A
Blog si polan pula Pasaraya B
BE pula umpama produk atau barangan dari pembekal.

Pasaraya A merupakan sebuah pasaraya yang suram dan muram. Tidak ramai pengunjung dan pembeli. Satu hari tidak sampai 10 orang pembeli yang datang. Susun atur kedai agak serabut. Tiada kemudahan terkini. Semua yang lama. Sudah berulan-bulan tidak bersapu. Habuk bersepah. Bersawang. Produk nampak lusuh. Tidak menarik.

Pasaraya B pula sebuah pasaraya yang maju. Nampak segar dan cantik. Di cat dengan warna yang menarik. Banner di pasang sana sini. Persekitaran bersih. Tiada berhabuk. Sampah sarap jauh sekali. Sentiasa penuh dengan pembeli. Ada potensi untuk melariskan pelbagai jenis produk dan barangan.

Kamu rasa pembekal akan pergi ke pasaraya mana? A ke B?

Adakah pembekal akan menghantar dan mempertaruhkan produk syarikat mereka di pasaraya A? Lakukah jualannya? Ada permintaan?Adakah mereka sanggup menanggung risiko kerugian?

Pembekal akan melihat pasaraya yang berpontesi untuk melariskan jualan. Jadi mereka mahukan yang terbaik untuk produk mereka laris di pasaran.

Wah! Terasa macam Cikgu Ekonomi `pulekkkk`. Macam belajar Mikro dan Mikro. =))

Faham tidak kawan-kawan? Ada soalan? ( Bajet macam Boleh jawab )

Nota kakitanganku : Maaf kalau penggunaan kata, ayat atau bahasa yang kurang sopan. =))





BorinGLah cakaP PasaL kEs RaJa azmI. KiTa TenGok GamBar PoLis PenGirinG Dia naK? : `vouGe GiTewWW`

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:41 PM 30 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

PENERBIT filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman (tengah) diringi anggota polis ketika hadir di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini. Beliau dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin. - Foto Rosdan Wahid erita Harian.

Okeylah. Abaikan wanita baju merah yang `blur` saja mukanya itu. Kita cakap pasal benda lain.

Suka tengok polis pengiring wanita yang di depan itu. `vouge gitu` gayanya. He he he.. Mungkin dia tahu kes Raja Azmi akan menjadi tumpuan media, pasang badan lagi. :))

Jangan leka bersolek sampai lambat pergi kerja tau kak!! :))

Nota kakitanganku : Seriusnya. Saya tidak pernah bersolek! :))





DenGan MuKa BerLaGaknyA Dia BerkaTa , `conFirm Je awaK DaPaT MC yE?` : DOkTor JamILaH, kaLau sayA aDa BanYak DuiT. SayA TiDaK haDaP mahU JumPa kamU!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 45 kUs-kUs Links to this post
Aku ke Poliklinik Ayer Keroh. Ini kali pertama jejak kaki ke sini. Selalu kalau klinik kerajaan aku akan pergi ke Klinik Kesihatan Ayer Molek paling dekat.

Demam aku berulang. Bangun Sahur semalam sudah reda sedikit. Aku tidur semula bangun pagi kepala sudah berat dan panas badan. Hujan turun dengan mencurah. Agak lewat ke klinik.

Di arah masuk ke bilik nombor 2. Seorang doktor perempuan memakai `mask` dan seorang jururawat sebagai pembantu. Serius sahaja dia. Dia tanya apa sakit aku terangkan dengan terperinci.

Panas badan. Sekejap okey, sekejap tidak. Sakit kepala. Selesema. Batuk. Tekak perit. Sengal-sengal badan.

Selesai. Di minta ambil ubat.

Aku : Boleh saya dapatkan Surat Cuti Sakit Doktor?
Dia : Eh! Sakit awak tak teruk sangat. Perlu MC ke?
Aku : Kenapa? Tak boleh? ( Agak kurang ajar aku bertanya )
Dia : Bukan teruk pun. Confirm-confirm saja datang klinik boleh dapat MC ya?
Aku : (Terkedu. Sebab nada berlagak gila!! )
Dia : Tunggu kat luar.

Dapat Cuti Sakit. Pasti tidak ikhlas dia bagi aku.

Tapi aku ada alasan sendiri mengapa semalam aku gagahkan diri ke klinik kerajaan.

Photobucket

13.08.2010
Sudah habis RM 35.00 .

Photobucket

16.08.2010
Sudah habis RM 40.00 Isnin ini kena datang lagi untuk rawatan susulan. Ini kes telinga. =))

Photobucket

19.08.2010. Tanpa bayaran. Paracetamol. Ubat batuk. Ubat kumur.

Faham-faham sajalah tengah-tengah bulan ini. =)) Semua perlu di jimatkan.

Okeylah Doktor Jamilah. Terima kasih atas rawatan dan Surat Cuti Sakit. Harap lain kali lebih mesra dengan pesakit. Supaya pesakit tidak bertambah tenat tengok muka kamu yang masam dan serius itu.

Nota kakitanganku : Lebih suka jumpa doktor haiwan dari doktor manusia. =))





JumaaT

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 5 kUs-kUs Links to this post
Semalam Cuti Sakit.

Hari ini?

Demam sekejap kebah, sekejap panas semula.

Nota kakitanganku : =((





RaJa azmI Di TahaN PoLis : SuDah JaTuH Di TimPa TanGGa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:35 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Lari dari undang-undang negara akhirnya terperangkap sendiri.

Macam-macam Raja Amzi ini. Tercalar nama suami yang terkenal itu.

Niat utamanya ke balai polis untuk buat aduan pasal laporan akhbar yang mengaitkan dia dengan ke Roslin Hashim tetapi akhirnya di tahan polis.

Sempat tengok Buletin Utama malam tadi pasal penahanan ini. Tapi tidak sangka pula dia yang di tahan. Baca mStar online baru tahu.

Biarlah undang-undang yang mengadili kes dia. Kita tengok sajalah macam mana dia mahu `menari` nanti.

Nota kakitanganku : Mahu lari ke mana?






waK Dan unTa

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:08 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja.Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".

Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan"alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nadayang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras.

Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan. Dalamcemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan "Amin! Amin!Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.

Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh.......

Nota kakitanganku : Apa kesudahannya?=))





Thursday, August 19, 2010

MaT BanGLa, MynmaR, InDon Dan AfRika yanG TiDak reTi BaHasa : seKumPuLan CaLon LeLakI keEmPat yanG PaTuT Di CamPak ke SUnGai LinGGi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sejak koc Komuter untuk perempuan di perkenalkan 4 bulan yang lalu, masih ada segelintir lelaki yang tidak faham bahasa memasuki koc tersebut. Kebanyakan mereka adalah warga asing.

Melaka belum ada lagi komuter walaupun di war-war akan di laksanakan di sini. Tapi rasanya komuter untuk pelancongan saja sebab landasannya di buat di Kampung Morten di tengah-tengah bandaraya.

Mat-mat di atas ini dengan selamba kodok masuk koc wanita tanpa segan silu. Kalau aku ada di situ, aku sudah karate seorang demi seorang. Mahu tunjuk besar kepala pula!! Penguatkuasaan pun longgar.

Sumber gambar dan berita dari berita Harian online

Nota kakitanganku : Ada batu besar dalam itu `kapla`.





NuFFnanG seDanG MemBeri BuFFerEd EarninGs secaRa BeSar-BeSaran MunGkin. amBiL kEseMPaTaN inI.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:34 PM 26 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Dari sebelum Subuh sampai membawa ke zohor, ramai yang menulis mengenai BE. Mendapat tamBahan BE. Aku juga perasan, sejak masuk Ramadhan, ramai yang Berterima kasih kepada Nuffnang kerana memBeri BE.

Alhamdulillah juga aku dapat tambahan satu lagi BE bila kemaskini akaun pagi tadi.

Musim BE sedang menari-nari?

Bagi mereka yang sering merungut tidak pernah mendapat BE, beberapa perkara perlu di ambil perhatian.

1. Kemaskini blog kamu. Jika kamu hanya buat `entry` seminggu sekali, jangan sebut pasal BE. He he he.

2. Kemaskini tinjauan (edit survey) di akaun Nuffnang.

3. Trafik ke blog. Ini penting. Seperti biasa `blogwalking` ( Maaf, aku sudah jarang buat ) Jika kamu tidak ke blog lain, pengunjung tidak akan datang ke blog kamu. (sudah mula kena tepiasnya ) he he he

Buatlah 3 perkara asas ini dahulu. 3 perkara ini sudah selalu aku sebut-sebut.

Nota kakitanganku : Masing-masing punya rezeki. =))







Dak ToM BuDak TeLinGa Besar : akU BaGai mEmBeLa anaK JiN. `HyPer acTivE`

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket


Budak yang tidak tahu duduk diam walau seminit kecuali tidur dan makan.

Dalam `litter box` pun tidak duduk diam. Pasir akan merata-rata atas lantai.

Pukul 3-4 pagi boleh pula ajak aku bermain. EEeEEe..

Budak ini suka sangat menggigit.

Apa vitamin yang sesuai untuk anak kucing?

Nota kakitanganku : Pakcik `Oghen` juga mangsanya.





BeTul kE, BiLa kiTa TiDak memPunyAi anaK senDiRi, kiTa BeLum cukUP TaHu PerasaaN SeoranG IBU?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 27 kUs-kUs Links to this post
Tiba-tiba mahu cakap pasal keibubapaan. He he he

Aku sering tegur Along bila dia marah anak dia. ` Kau ni, budak-budak pun nak bising`. Dan selalunya dia akan jawab `Kau tak de anak, bolehlah cakap.`

Pernah juga aku menegur sepupu yang `melepuk` anaknya di depan aku, hanya kerana anak itu bermain dengan botol susu dan menumpahkan air di lantai.

`Garangnya kau. udak-udak memanglah macam itu.` Kata aku. Dia menjawab. ` Kau belum jadi emak memanglah tenang dan sabar saja.` Dia membalas. `Kalau kau dah ada anak sendiri, baru kau tahu. Sabar pun dah jadi nipis nanti.` Sambungnya.

Mungkin betul kesimpulan macam itu. Aku belum ada anak, jadi bila tengok emak ayah yang lain cakap kasar-kasar atau tengking-tengking atau marah-marah atau cubit-cubit atau pukul-pukul anak mereka aku jadi tidak seronok. Serius aku menyampah bila jadi depan mata aku.

Tapi persoalannya, adakah automatiknya aku akan bersikap negatif seperti di atas bila aku berada dalam situasi mereka?

Nota kakitanganku : Tidak suka keganasan dan penindasan.





KhamiS

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:09 AM 11 kUs-kUs Links to this post
Demam pula.

`CobaaaaaN`





HosPiTaL

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 AM 12 kUs-kUs Links to this post

Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.

Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?

Doktor : Siapa nama suami Puan?

Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...

Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.

Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?

Doktor : Ada di bilik Mayat!

Tipah terus pengsan...





Wednesday, August 18, 2010

Kes CeraI RosLin HashiM : PuncanyA IsTerI Dakwa RosLin aDa HuBunGan SuLiT DenGan RaJa azmI.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:03 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber gambar dan berita di sini.

Wah semakin `hot` kes cerai ini. Semuanya terbongkar. Bukan hanya melibatkan satu pasangan sahaja. Tapi dua pasangan. Menurut akhbar atas talian, apakah punca melafazkan perkataan cerai, Roslin di dakwa memasuki bilik hotel yang di daftar atas nama Raja Azmi.

Aku pun kurang berkenan sebenarnya dengan makhluk yang bernama Raja Azmi ini. Kalau bab Roslin, dia selalu lebih sudu dari kuah. He he he...

Roslin bila di tanya peguam hubungannya dengan Raja Azmi, dia menjawab, Hubungannya sebagai kakak dan ibu.`

Kau tetap bukan muhrim dengan perempuan itu Roslin oooiii yang menghalalkan kau berdua-duan. Aiishhhh!!

Maaf, `entry` ala-ala ruangan gosip gitu!!

Nota kakitanganku : Apa kejadah pulekk mahu jumpa di hotel. He he he





aJaraN sesaT TenTanG BuFFeReD EarninGs Dan TukaR aLamaT IP unTuk TiPu NuFFnanG?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:04 PM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ingat lagi `entry` Tips dapatkan BE ini?

Blogger di atas tulis pasal itu. Aku tidak tahu siapa. Tapi jangan salah faham, seperti yang aku tulis itu hanyalah kebetulan sahaja.

Mungkin bulan Ramadhan ini Nuffnang mahu beri duit raya sebab itu murah sangat dia beri BE. Tolong jangan sebar-sebarkan `entry` itu dengan fahaman yang salah. Beri penerangan yang betul okey. Silap haribulan nanti aku pula kena senarai hitam. Ekekekeke..

Tipu dan tukar alamat IP?
Ini soalan yang aku tidak tahu untuk jawab bila ada yang bertanya. Aku tidak mahir. Tidak pakar tentang ini.

Aduhai. Macam-macamkan? Aku pegang pada satulah. Kalau kita mahu pendapatan yang kita terima halal dan berkat, untuk apa menipu? Mahu guna cara kotor untuk tingkat pendapatan? Tepuk dada tanya iman.

Sekian. Harap maklum ya?

Nota kakitanganku : Sesiapa pun boleh dapat BE. Rajin cari tips.





SaLLeh GrEGor SamsA : CaLon LeLakI kETiGa YanG PerLu Di CamPaK kE SUnGai LinGGi : JanGan MemPerLekeHkaN RukuN IsLam KamI.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:11 PM 23 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Calon Lelaki Pertama di sini
Calon Lelaki Kedua di sini.

Aku tidak tahu dia anak siapa dan dari mana asal usulnya. Bangsa dan agamanya juga tidak jelas. Namun bila paparan MukaBukunya tersebar meluas aku tertarik untuk memberi sepatah dua ucapan. =))

Apa yang ingin aku katakan ialan, marilah kita sama-sama berdoa agar Salleh Gregor Samsa dan rakan-rakan Melayunya yang agak jahil ini dengan memperlekehkan Bulan Ramadhan di bukakan pintu hati seluasnya, di beri petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T dan di terangkan hati mereka menerima ajaran Islam yang sebenar.

Nota kakitanganku : Jika saudara seislam sendiri bersikap biada, bagaimana agama lain ingin menghormati?





SeDaP kaLau DaPat TiDur samPai TenGah Hari ini. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 12 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Alangkah `best`nya kalau dapat sambung tidur sampai tengah hari. Ekekekeke..

Hari ini sudah Rabu. Kerja okey. bos baru setakat ini okey. Dia ada suruh balik pukul 4.30 petang. Tapi tidak mahulah. Aku masuk pukul 8.00 pagi. Habis 5.oo petanglah kan. =)) He he he... Tidak mahu ada perkara berbangkit di kemudian hari. =))

Nota kakitanganku : Mengantuk. Kesan ubat agaknya. =))





Align Center

N.A.I.K

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:31 AM 10 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber dari emel. =))





Tuesday, August 17, 2010

BanJir sEkeJaP : Terasa MaHu BerenanG Dan Main HuJan macaM zaman Kanak-kanaK DuLu. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:32 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Petang tadi leka betul tengok hujan mencurah-curah dari pejabat. Sesekali bila petir sabung menyabung cuak juga rasa hati. Teringat peristiwa pahit Pasar Ramadhan Jasin.

Photobucket

Kebiasaannya air di padang akan naik atau lebih tepat lagi bertakung. Tengok! Geram saja di buatnya. Terasa ingin berenang dan melompat dalam lopak air macam masa kecil-kecil dulu. =)) Rindu.

Suasana malam yang dingin dan sejuk. Dak Oghen jom peluk-peluk. Jangan terbabas sahur sudah =))

Nota kakitanganku : Baru perasan. Baju suami Wook dengan baju Roslin Hashim sama. Corak kotak-kotak. Sesuailah sama-sama berenang dekat Sungai Linggi nanti. Ekekekeke..





RosLin HashIm ceRai LaGi seLePas seBuLan BernikaH : SeoranG LaGi CaLon LeLaki yanG PerLu Di CamPak kE SungaI LinGGi? OpSs!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:01 PM 34 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Eh! Lama juga dia nikah tau. Lebih 30 hari. Cipta rekod peribadi. Sebelum ini 12 hari sahaja. Kita tengok pula selepas ini berapa hari. Opsss!!

Rasanya dia mahu cipta rekod perkahwinan paling singkat. Mungkin.

Beliau di jangka akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu ini, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Lelaki. Tolonglah jangan memperkotak katikkan perasaan dan pengorbanan seorang wanita apatah lagi bila sudah bergelar suami isteri.

Tiada kuasalah aku mahu campak kau ke Sungai Linggi Roslin. Buaya kat Sungai Linggi pun muak rasanya asyik makan daging saja.

Nota kakitanganku : Senang betul berubah hati.





LeLaki sPesIs MacaM InI CamPak saJa Ke SunGai LinGGi BaGi MakaN BuaYa TemBaGa HaBis CeriTa : PerLukaH PeLuanG KeTiGa keEmpaT ataU keSeraTus?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:30 PM 36 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Nenek tua ini sekali lagi terpaksa mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM 2,000.00 untuk menjamin si suami yang pendek akalnya ini. Entah berapa kali mahu keluar masuk pusat pemulihan.

Perlukah lagi peluang ke tiga, ke empat , ke lima atau ke seratus jika peluang kedua di khianati?

Sumber gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : Kebahagian yang di harap di hujung usia tuanya tidak kesampaian.





Align Center

IBu BersaMa TiGa anaK mauT KemaLanGan : aPa LaGi yanG MaHu Di KaTa, JikA kiTa berhaTi-HaTi, oranG Lain TiDak Pun TiDak GunA JuGa. HaTi-HaTiLaH....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:40 AM 23 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber gambar dari Berita Harian Online.

Hiba sangat bila lihat jenazah yang bersusun ini. Bagaimana jika mereka adalah isteri kita? Anak-anak kita? Suami kita? Saudara mara kita? Dapat selami perasaannya hilang 4 ahli keluarga sekaligus? Mungkin juga 5, 6 atau 7 orang sekaligus?

Bila kita menjadi pemandu, keselamatan mereka yang menjadi penumpang menjadi tanggungjawab kita. terletak kepada keprihatinan kita ketika memandu. Tanggungjawab yang di pikul membawa nyawa-nyawa mereka yang di sayangi perlu di ambil berat.

Musim perayaan semakin tiba. Acapkali bila tiba hari raya, bagai ada satu 'Pertandingan Maut Di Jalanraya' akan berlangsung. Takut bila memikirkannya. Giliran kita pulakah tahun ini?

Apa lagi yang perlu di kata. Hati-hati dan bertanggungjawablah di jalanraya.

Nota kakitanganku : Minta di jauhkan sebarang kecelakaan. =((





TuesDay BLues

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Selepas 4 hari cuti, liat betul mahu pergi kerja hari ini. Badan pun rasa tidak sedap saja. =)) Sahur pun hanya bangun dan buat air sahaja. Alas perut untuk makan ubat. Tiada selera mahu makan. =))

Selamat bekerja semua.

Nota kakitanganku : =))






Monday, August 16, 2010

sEPasanG KekasIh RemaJa menGakU saLah BuanG Bayi PaDa 1 RamaDhan: 65 BayI Di BuanG TahUn inI seTakaT BuLan OGos.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM 20 kUs-kUs Links to this post
Wow! Boleh masuk `Malaysia Book Of Record` tidak? 65 bayi di buang setakat Ogos. Sumber di sini.

Okey,
sepasang remaja di atas melakukan perbuatan buang membuang ini pada waktu sahur 1 Ramadhan yang lalu. Membuang anak yang di lahirkan di dalam tong sampah di Ayer Keroh, Melaka dalam keadaan bayi itu masih bernyawa.

Nasib baik, jika tidak kau dua orang sudah kena gantung!!

Yang lelakinya berumur 18 tahun, si prempuan pula belum cukup umur. Jadi nama di rahsiakan. Tapi orang kampung mesti tahukan?

Ada ke yang mahu jadikan bayi mereka bayi yang ke 66 untuk di buang? Hati-hati atur strategi nanti mati di tali gantung!!

Nota kakitanganku : Buang tabiat!







TiLam Pasir : LaPar DaLam HuJan. Puasa PenuH. TiDur BerGuLunG KePenaTaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:41 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Budak ini memang suka tidur dalam `litter box`.

Bumi Melaka basah. Hujan lebat sekarang. Sejuk dan nyaman. Memang sesuai untuk tidur sebenarnya. Budak 2 ekor sudah tergolek. Si Bulu KemBang tergolek di ruang tamu.

Selamat berbuka semua. Hari ini buat rojak dan Petola masak air sahaja. Hujan-hujan dan perut kosong mesti sedap. Ekekekeke...

Nota kakitanganku : Rindu mahu buat `entry` resepi kuih muih di bulan puasa. Belum berkesempatan =))





GoreS Dan MenanG : MenGaPa oranG MeLayU MemPerBoDohkaN OranG MeLayU SenDirI Di HadaPan BanGsa LaIn?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:31 PM 22 kUs-kUs Links to this post
Ini adalah kisah benar yang berlaku di Mydin MITC Melaka. Kisah ini kakak aku yang ceritakan kerana dia sudah terkena. Aku jadi geram mendengarnya. Jadi aku membuat keputusan untuk melihat dan mendengar sendiri di tempat kejadian.

Modus operandinya adalah sama. Seorang wanita `chinese look` yang mengaku melayu :

1. Menahan kamu untuk singgah di bothnya.
2. Memperkenalkan diri sebagai sekian.. sekian nama.
3. Pok pekk pok pek memperkatakan tentang produknya.
4. Menghulurkan satu bekas minuman yang di dalamnya ada kertas untuk cabutan hadiah percuma berupa 6 jenis periuk belanga.
5. Yey! Menang ketuhar Micro percuma.
6. Jurujual akan menelefon bosnya yang berbangsa Cina. Pura-pura cakap pelanggan sudah menang hadiah.
7. `Oh! Ye ke? bos cakap sendiri dengan pelanggan.`
8. Telefon akan bertukar tangan. Pelanggan bercakap dengan bos.
9. `betul ke you menang hadiah? You kenal ke jurujual ni. Mahal tau hadiah yang you menang.
10. Pelanggan sudah teruja dan tersenyum lebar.
11. Tapi you kena beli baranglah. Separuh harga dari harga sebenar. bla.. bla.. bla..

Okey! Sudah terasa di tipu.

Selesai sesi kelentong mengelentong tipu dan tertipu.

Jika kamu ke Mydin MITC Melaka, sila perhatikan both mereka di pintu keluar dari juruwang pertama sebelah hujung di bahagian sayur-sayuran itu. both yang jual periuk belanga dan entah apa-apa barang lagi. . Mereka pakai `uniform`.

Sasaran mereka ialah suri rumahtangga dan warga emas. Aku pernah berdiri berhampiran mereka dan ternyata mereka menggunakan strategi yang sama untuk menipu pembeli.

berhati-hati dengan manusia yang sebegini.

Nota kakitanganku : Tidak berkatlah rezeki kalau kerjanya menipu.







BiLa anak TiDak BerPuasA, IBu JuGa TuruT TiDak PuasA.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:07 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Ini adalah perbincangan dari sudut yang positif. ila anak tidak puasa ibu pun tumpang sekaki bukan sebab si ibu suka-suka tidak mahu puasa. Tetapi ada sebabnya.

Di hujung katil emak terdapat seorang pesakit kanak-kanak berusia 2 tahun 4 ulan yang di masukkan ke wad kerana demam dan tiada selera makan. Pada mulanya si ibu agak malu-malu untuk makan.

Terasa diri di perhatikan dia berkata `Kena makan dik, kalau tidak dia tak mahu makan`. Aku terima alasan itu. budak-budak. Mahu beri makan pun perlu mainan psikologi. `Satu sudu untuk emak, satu sudu untuk adik.` `EEe... Ayam ini sedaplah dik, makan meh`.

Itu antara ayat-ayat yang berjaya buat adik itu makan.

Jika ibunya berpuasa, bila di sua makanan, dia pasti menggelengkan kepala.

ila di lihat dari segi umur budak itu, agak relean juga ibunya masih memujuk dengan cara begitu. Tapi kalau sudah besar panjang, umur 12 tahun tidak perlulah ya. He he he he.

Nota kakitanganku : =))






IsnIn LaGi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Emak sudah keluar hospital petang semalam. Syukur.

Hari ini mahu ke klinik pakar telinga. Tidak selesa rasanya bila deria pendengaran terbatas.

Selamat hari Isnin. Selamat bekerja.

Nota kakitanganku : =))





DerMa

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:33 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Nota kakitanganku : Tak guna punya cucu!!





Sunday, August 15, 2010

LaGi mayaT BayI Di JuMpaI : ToLOnG CepaTkan HukUman GanTunG samPai MaTI. BinaTanG BerToPenGkaN ManusiA MakIn BerLeLuasa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:01 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu lagi mayat bayi perempuan dijumpai beberapa orang sedang menjala ikan di tepi sungai Kota Damansara pada pukul 11.40 pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dipetik melalui status pada laman sosial Facebook berkata, mayat bayi perempuan itu dibungkus dengan tuala dan sehelai kain serta diletakkan di dalam beg berwarna hitam.

“Masih ada tali pusat dan kesan najis bayi tersebut. Keadaan mayat masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di situ. Kita tidak pasti sama ada bayi itu ditinggalkan ketika masih hidup atau sebaliknya,” katanya. - Utusan


Nota kakitanganku : Bila mahu laksana hukuman Berat?





Muka LeTih berPuasa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:44 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

`bilalah boleh berbuka ni? Lapau!!`

Nota kakitanganku : =))





SuDah RamaDhaN KeLima. Emak MasIh Di HosPiTaL. TeLinGa akU MakIn ParaH.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 PM 15 kUs-kUs Links to this post
Emak masih belum keluar dari hospital. Mungkin dalam sehari dua ini. Jadi kami masih berulang alik ke hospital setiap hari.

Telinga aku pula makin sakit. Esok perlu ke klinik lagi nampaknya. Aduhai. Cuti lagi. bos baru pasti bengang dengan sikap aku. He he he. Tapi apakan daya, bukan saja-saja mahu cuti.

Dugaan bulan puasa. =))

Nota kakitanganku : Redha.





amukaN saHur, BunuH IsTerI ceDerakaN anaK : yaTim PiaTu sekELiP maTa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:42 AM 17 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Sumber gambar dari Utusan Online dan Kosmo.

Jika benarlah dakwaan anak mereka bahawa ibunya keluar untuk mencari bantuan tetapi tiada siapa yang mahu bantu, memang amat menyedihkan hidup berjiran sebegitu. Seandainya jiran yang di cari menghulurkan bantuan secepat mungkin dengan melaporkan kepada polis pasti nyawa ibunya masih dapat di selamatkan. Seandainya....

Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban dan Takziah untuk keluarga.

Sumber berita dari berita Harian online.

Nota kakitanganku : Bagaimana jika kita di tempat mereka yang meminta bantuan tetapi tidak di endah?





Saturday, August 14, 2010

Al-FatiHaH BuaT BlOGGeR zaza

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 27 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Al-Fatihah buat blogger, Allahyarham Siti Nor Izzah @ zaza yang maut dalam kemalangan jalanraya di Pasir Mas Kelantan.

Berita kemalangan boleh di baca di pautan ini.

Nota kakitanganku : Tunggu giliran.





PusaT JaGaan KucinG TerBiaR MaJLis PerBanDaraN JasIn : akU HaraP ianYa BerFunGsi DenGan BaIk.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Semalam, semasa membawa Dak Tom ke Jabatan Haiwan, Pembantu veterinar itu (Pv ) ada cakap, satu pusat jagaan kucing terbiar telah di buka oleh Majlis Perbandaran Jasin. (MPJ). Lokasinya betul-betul di hadapan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.

Dalam perjalanan balik, aku mahu singgah tengok. Tapi macam tutup sahaja. Aku cuma ambil gambar dan ambil nombor telefon. Aku harap sangat pusat ini berfungsi dengan baik. etul-etul membela kucing terbiar.

InsyaAllah, lain kali kalau ada kesempatan aku mahu pergi dan tengok sendiri keadaannya. Aku harap ianya bukan seperti pusat jagaan yang mendera dan `Put To sleep` binatang yang banyak berlaku. Menurut P itu kalau di SPCA mungkin berlaku terhadap kucing-kucing yang sakit. =((

Lega sedikit rasa hati bila lihat bangunan pusat jagaan ini. =))

Nota kakitanganku : Harap ianya di urus dengan baik.





PuTinG BeLiunG LanDa Bazar RamaDhan StaDium Jasin : 3 TerBunUh 18 yanG LaIn CeDerA. Al-FaTiHah Dan TakziaH.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 AM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Sebagai penduduk Jasin, aku amat berdukacita akan kejadian alam ini. Apalah kuasa kita sebagai manusia biasa yang mahu melawan kuasa Allah dan takdir-Nya. Melihatkan tempat kejadian, peristiwa ini pasti mendatangkan trauma kepada mereka yang mengalaminya.

Aku jarang ke Pasar Ramadhan ini, mungkin kerana lokasinya yang agak jauh dari rumah. Tetapi Pasar Ramadhan ini paling popular di Jasin. Kalau pergi memang sesak di buatnya. Lokasinya di Stadium Jasin berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah. Oh! Bekas sekolah aku. =))

Al-Fatihah buat mereka yang terkorban. Takziah untuk ahli keluarga. Ujian Allah buat kita di bulan Ramadhan ini.

Sumber gambar dan berita dari Utusan Online.

Nota kakitanganku : Ajal dan maut ketentuan Allah.





CiumaN

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:53 AM 10 kUs-kUs Links to this post
LISA: Berapa harga semeter kain ni?

PENJUAL: Harga 1meter cuma 1ciuman

LISA: Baiklah..bagi saya 10meter..

PENJUAL: (gembira)...ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???

LISA: Jap,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)






Friday, August 13, 2010

NaMa sayA HosPi. aTau naMa PenuH HosPiTaL : aKu PuLanG SeekOr. ALLAH BerI SeekOr.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:31 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Abaikan sampah sarap dalam kereta.

Photobucket

Sila jangan terbalikkan `lappy` atau PC. Gambar ini memang begini.

Aku jumpa dia pada 1 Ramadhan hari Rabu yang lalu di tempat letak kereta Hospital Besar Melaka. Dia kelihatan ketakutan mundar mandir mengelak dari di langgar kereta yang lalu lalang. Secara spontan aku yang waktu itu ingin pulang memasak untuk berbuka terus mengambilnya dan memasukkan ke dalam kereta untuk di bawa pulang.

Jantan pada mata aku. He he he. Usia dalam 1-2 bulan.

Aku namakan dia TOM. Ha ha ha. Atau nama penuhnya Tom Tom Bak. ekekekeke...

Mungkin aku akan buka dia untuk `adoption` =))

Sesiapa yang berminat boleh emel aku seperti biasa.
He he he

Nota kakitanganku : Sudah bawa `dewormed` dan dia demam sedikit. =))





LunTik : anak KucinG berTelinGa emPaT.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:48 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Luntik, anak kucing yang berusia 3 bulan ini tinggal di Rusia bersama tuannya. Dia mempunyai 2 pasang telinga tamahan di kepala.

Comel.

Nota kakitanganku : Kuasa Allah .





HukumaN MaTi BaGi kEs BuanG BayI Dan MaTi LemaS SeLePas Nahas.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:27 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Ada dua berita yang menarik perhatian aku pagi ini.

Berita pertama.
Bagi pesalah kes buang bayi boleh di hukum gantung. Yey! Tepuk tangan laju-laju. Jika sebelum ini ada yang di jatuhkan hukuman setakat dua tahun, bak kata orang celah gigi sahaja. Kali ini kasi gantung sama mereka yang berperangai lebih dari binatang ini.

Berita kedua.

Photobucket

SUmber dari kosmo.

Guru KAFA yang selamat dalam nahas, berusaha bergerak ke sebuah sungai dan terjun. Dia di jumpai mati lemas. Aku tidak tahu masalahnya. Tetapi ini satu yang mendukacitakan. Al-Fatihah untuk beliau dan takziah untuk keluarga.

Nota kakitanganku : Cuti.





JumaaT. CuTi ReHaT aTau CuTi sakiT?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 16 kUs-kUs Links to this post
Cuba kamu rasakan...

Ada sesuatu dalam telinga kamu.

Telinga jadi sebu macam ada sesuatu yang tersekat di dalam.

Kamu rasa berdengung.

Rasa tidak selesa dan sesekali berdenyut sakit.

Itulah yang aku alami sejak semalam. Entah apa puncanya. Petang semalam pergi ke Klinik Dr. Ishak di Tengkera. Dengarnya dia memang pakar dalam bab-bab telinga. Sayangnya dia tidak ada di klinik. Minggu depan baru ada. =((

Hari ini mahu ke klinik lain pula. Rasa sakit .

Hari ini sudah amil Cuti Rehat sebenarnya. boleh bertukar ke Cuti Sakit nampaknya.

Nota kakitanganku : Sudah hilang sedikit deria pendengaran. =((





NeneK Tua....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:54 AM 10 kUs-kUs Links to this post

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".

Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".

"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..

Nota kakitanganku : He he he he...






Thursday, August 12, 2010

BiLa KuaLi MemBaHanG : PoPiaH NesTum HoLicks.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Sebenarnya di buat pada hujung minggu yang lalu. Tidak sempat untuk kemaskini. Ramai juga yang tidak tahu kewujudan resepi ini. Ekekekeke. Boleh cuba ya, sebab `kacang` sahaja membuatnya.

Aku tiada resepi khusus. Buat ikut sukatan sendiri. Main agak-agak sahaja. =))

Photobucket

Secawan Nestum di kisar halus.

Photobucket

Di campur dengan secawan Holicks. Ketepikan.

Photobucket

Kulit popia yang di gunakan. Aku guna saiz sederhana.

Photobucket

Aku gulung dengan lidi sate. Tetapi nasihat aku gulung dengan straw. Aku lebih suka tidak banyak gulungan sebab ianya akan rangup. Bila gulung dengan lidi sate ianya akan jadi tebal. Susah mahu goreng.

Photobucket

Siap di gulung, potong ikut suka dan goreng dengan minyak yang panas tetapi api sederhana. Toskan minyak.

Photobucket

Gaulkan popia yang telah di goreng dengan sedikit susu pekat sehingga dia lekit. Kemudian gaulkan pula dengan campuran nestum dan holicks tadi. Aku tidak campur gula halus sebab aku guna susu pekat. Sudah cukup manisnya.

Tadaaaa.. Sudah boleh mengunyah. Ngap! Ngap! Ngap!

Nota kakitanganku : Kalau sudah makan tidak boleh berhenti. =))







BuFFereD EarNinGS : MaHu TaHu TiPs unTuk DaPaT 3 BE seKaLiGus? aKu Tahu RahSianyA.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:44 PM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ingat lagi entry `Mengapa saYa MasiH ersaMa NUFFNANG?`

Setelah menyenaraikan beberapa sebab musabab yang logik dan ikhlas dari hati, aku rasa aku sudah luahkan mana yang terbaik.

Kononnya itu macam bukti kesetiaanlah walau sebenarnya mahu beralih arah tapi tidak layak. Ha ha ha.

AKu rasa pihak Nuffnang baca. Ini kerana buktinya, keesokkan harinya aku dapat 3 BE sekaligus. Ha ha ha ha.

Okey! Okey! Tipu. Mungkin hanya kebetulan. Hari ini buat `entry, esok dapat 3BE. Ini bukan tips okey. Takut juga bila kamu sudah buat entry, tapi tidak dapat BE, aku kena boikot. Ekekekeke...

Jadi atas rasa tanggungjawab dan kepercayaan pengiklan kepada aku, aku gagahkan diri untuk buat entry. Kamu kena tahu. Ini adalah tanggungjawab.

Bila pengiklan lihat blog kamu berpotensi untuk menjual produk mereka, mereka percaya, mereka akan membeli ruang iklan kamu. Jadi tanggungjawab kamu untuk mempromosikan dan membalas kepercayaan itu dengan me`maintain`kan trafik di blog kamu. Ini adalah serius.

Bukan Bila dapat BE, kita terlalu teruja sampai lupa tanggungjawaB. =))

Nota kakitanganku : Terima kasih kerana singgah. Aku terlalu menghargai.






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting