Sunday, October 31, 2010

Dak Tom a.k.a BuDak LiPas kuDunG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:50 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Budak ini tidak reti berjalan. Berjalan definisi baginya adalah berlari.

Kamu nampak dia di sana. Kamu kelip mata, dia sudah tidak ada di tempat itu tetapi dia di tempat lain. Sekarang dia rajin berlari ke sana ke sini di laman rumah. Tidak reti duduk diam. Terloncat sana sini bagai tiada tanah untuk tapak kakinya. =))

Selamat petang Ahad. Hari terakhir dalam bulan Oktober 2010.

Nota kakitanganku : Budak kurus bolehlah, cuba Pakcik Oghen? Semput! =))





Eh! SuDah Hari aHaD kE? BukaN HaRi JuMaaT kE? aDuHai....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:07 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Oh! Sudah hari Ahad rupanya. Ingat Hari Jumaat! Ha ha ha..

Aktiviti hari ini mahu jalan-jalan cuci mata. Bajet bulan ini lari habis. Baru semalam beli cermin mata. Habis RM 200.00 =))

Oh! Saya hutang 'blackwood' dengan Cik Leha. Terima kasih sebab hantar semalam. Nun jauh dari Kuala Lumpur.

Mendung. Okey! Mahu pergi cuci mata di Jusco Melaka. =))

Sekian.

Nota kakitanganku : Siapa mahu belanja? =))





Saturday, October 30, 2010

KeLuarGa kELaBu

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ada yang ekor panjang ada yang ekor kontot. Ada yang ekor lurus, ada yang ekor bengkok!!

Tapi yang nyata, warna tetap sama. =))

Nota kakitanganku : =))





TinGGal seruMah TaPi TiDak BuaT aPa-aPa : Oh! Okey! Dia suDah BerceraI TeTaPi TinGGaL serumaH. TiDur asinG-asinG. saLah kE? arTis kaTa BoLeh Tau!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Menurut Aida, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru.

"Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.

"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.

"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.

Okey!!!

Kelakar pun ada kenyataan dia ini.

Senyum saja. =))


Sumber gambar dan berita Mstar.

Nota kakitanganku : erhMmmMM.. (Sambil urut-urut dagu!! )





TuJuH MauT kEMaLanGan Bas Di KiLomeTer 38, GenTinG SePaH : KeGemBiraaN BerakHir TanGisaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber gambar dari utusan.

Photobucket

Sumber gambar dari Mstar.

Photobucket

Sumber gambar dari Bharian.

Kegembiraan mereka ke Genting Highlands berakhir dengan tragedi yang amat tragis. 7 daripadanya maut dalam kemalangan dalam perjalanan pulang ke Kedah.

Mereka adalah rombongan Belia 4B Kampung Baru, Mukim Siong, Baling dan 6 daripadanya adalah pelajara sekolah yang masih di bawah umur.


Senarai mangsa yang maut :

Mohammad Yusof Akhit, 16;
Mohamad Khairy Mohamad Marzuki, 14;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohd Ridzuan Husain, 17;
Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17,
Mohamad Amirul Mohd Isa, 13,
Mohd Zainal Mohd Sufian, 28, ( meninggal dalam perjalanan ke Hospital Selayang )

Al-Fatihah untuk kesemua mangsa dan Takziah untuk ahli keluarga.

Nota kakitanganku : Sekali lagi.... =((





Friday, October 29, 2010

PakciK OGheN : LaMa TiDak BersiaraN.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dia sebenarnya terlalu phobia dengan Dak Itam. Sebab itulah dia lebih suka duduk dalam bilik 24 jam sehari semalam. Aku tidak pasti bila masa dia 'poooo' dan 'peee'. Mungkin masa aku pergi kerja agaknya. He he he he...

Badannya memang agak besar, tapi mukanya sudah banyak calar balar kesan di belasah oleh Dak Itam. Sebab itulah aku biarkan dia dalam bilik dengan tingkap yang terbuka itu.

Petang semalam aku bawa dia keluar di belakang rumah. Jalan-jalan. Seronok aku tengok dia. Dak Tom pun tumpang sekaki.

Usianya mungkin lebih dari 7 tahun. Giginya sudah luruh. =))

Sejarah awal pakcik Oghen di sini. =))

Nota kakitanganku : Makan angin!





KaU Ni BeTuL-BeTuL HiLanG kE TiDaK siTi BaLQis? seMakIn keLakaR PuLak RenTeTen 'ePisoD' Di SorOk Jin Ini! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Emaknya mendakwa di di larikan ke Gunung Jerai tetapi hasil siasatan polis mendapati SMS yang di hantar kepada emaknya adalah dari Negeri Sembilan.

Aku rasa budak ini mesti tertekan. Dia cuba melarikan diri dari sesuatu. Tapi apa dia? Dia enggan menaiki kereta dan mengikut keluarganya pulang? Mengapa? Dia enggan menjawab pertanyaan wartawan yang ingin menemuramahnya. Mengapa?

Bannyak rahsia yang tidak terungkai nampaknya.

Tapi tolonglah, selepas ini jangan dakwa dia di larikan Puteri Gunung Ledang sampai ke Johor 'sinun'.

Sumber gambar dan berita dari Utusan.

Nota Kakitanganku : Allah juga yang lebih mengetahui.





Thursday, October 28, 2010

PusaT JaGaan KucinG MaJLis PerBanDaraN JasIn : SekiTarnyA masiH saMa, koTor. KucinG MakIn BerTamBah. BaGai TiDak Terurus. siLaLah 'aDoPt' mEreKa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Petang tadi sempat singgah sekejap di PJK MPJ.

Rasa mahu menitik air mata bila kedatangan di sambut dengan ngiauan kucing-kucing. Dari jauh sudah dengar. Hiba betul rasa hati. Seperti biasa, tiada siapa yang menguruskannya. Aku perhati satu-satu, ada yang gemuk ada yang kurus dan ada yang kecil.

Ada sepasang anak kucing comel. Warna macam Dak Itam. Ada kolar dan loceng. Comel sangat! Airmata mahu menitis. Jika mampu, mahu saja aku bawa pulang.

Lihat di hujung sana. Seekor yang macam warna Dak Kunyit. Umur agak-agak sebaya. Sedang lena tidur. Aku berlegar lagi. Menjengah ke dalam bilik. Oh Tuhan. Seekor ibu dan anak-anak yang baru lahir. Cantik warnanya. Tidak dapat pegang sebab berkunci.

Mereka tidak di kembiri. =(( Akan bertambahkah lagi makhluk kerdil ini? =((

Nota kakitanganku : Perlukah aku bertindak sendiri?





AC MizaL TerLePas HukuMaN PenJarA 25 HaRi : SuDah TerHanTuk BaRu TernGaDah!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Pengacara popular AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini,39, terselamat daripada hukuman penjara 25 hari selepas dia menjelaskan tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.

Mampu tapi tidak mahu bayar. Sudah hampir di penjara baru mahu langsaikan. Di dunia bolehlah lari. Nafkah anak-anak buat main-main.

Apa mahu jadi.

Ini contoh bakal Datuk ke?

Kui kui kui.

Nota kakitanganku : Ada duit cakap tiada duit!





LeTusaN GuNunG MerAPi : Mbah Maridjan MaTi DaLam keaDaaN BerSuJuD DaN PerBuaLan TerakHir warTawaN vivanews.com Yuniawan Wahyu Nugroho

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:45 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam. Mayat beliau di temui dalam keadaan bersujud.

Sumber berita di sini.

Turut terkorban wartawan dari vivanews.com

Perbualan terakhir dengan beliau boleh di baca di sini.

Nota kakitanganku : Takziah dan Al-Fatihah untuk semua mangsa.





'Eh! SiaPa PuLa yanG BuanG KucinG Ni?' : iTu kuCinG sayA PakciK! NaMa Dia Dak Tom! Tom Tom Bak! JoM BaLik!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Aku sudah ajar Dak Tom membuang di luar. Tiada lagi kotak pasir di dalam rumah. Alhamdulillah. Dia mendengar kata. Kalau 2 bulan sebelum ini dia agak 'homely' kini dia sudah pandai berjalan-jalan ke halaman rumah.

Cuma hari ini, bila aku duduk perhatikan budak 10 ekor itu bermain, Dak Tom tiba-tiba berlari ke rumah Pakcik Arnab. Puas di panggil-panggil dia buat 'dekkkk' saja! Aku biarkan sebab aku boleh nampak lagi dia dari tempat aku duduk.

Tiba-tiba Pakcik Arnab keluar. 'Eh! Siapa punya kucing ni? Tak pernah nampak pun? Ada yang buang agaknya.' Aku yang keluar dari tempat duduk yang tersorok terus cakap 'Kucing saya pakcik. Selalu duduk dalam rumah je. Dah 2 bulan jaga.' =))

'Tak pernah nampak!' Jawab pakcik Arnab. Nasib baik aku ada di situ Dak Tom. Kalau tidak kau sudah jadi ahli kedai makan. Ekekekekke...

Nota kakitanganku : Malam tadi hairan bin ajaib sebab dia boleh duduk diam bila gambarnya di ambil. =))





Wednesday, October 27, 2010

BiLa aiDiL zaFuaN TunTut anaK : aDaLah TiDak BerperiKemanuSiaaN memisaHkan anaK yanG Masih kEciL DariPaDa IBunyA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:15 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Ini bukan semata-mata kes aidil dan Rita yang tiada berkesudahan. Bila baca akhbar hari ini tentang betapa penting dirinya Aidil bila sudah naik ke mahkamah untuk menuntut hak penjagaan anak, adalah amat menyedihkan aku.

Aku tidak tahu apa masalah mereka, tapi bagi aku untuk memisahkan anak yang masih kecil dengan ibunya adalah amat tidak adil.

Pernah terjadi pada saudara terdekat bila mereka bercerai. Katanya 'Langkah mayat aku dulu jika mahu ambil anak-anak aku.' Ertinya, bila sanggup untuk bergadai nyawa sekiranya antara beliau dan anak di pisahkan.

Memang anak adalah hasil dari perkongsian dua jiwa tetapi jangan bila sudah tidak sehaluan, kita bertindak kejam semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Wallahualam.

Nota kakitanganku : Ada anak kucing saja! =))







Tuesday, October 26, 2010

BiLa semakiN Cuai akhIr-akHir inI. aDaKah keRaNa LuPa aTau suDah semakIn TuA?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Masuk hari ini sudah 5 kali ulang-alik ke PBB Jalan Laksamana. Semuanya mengenai urusan pertukaran tandatangan Bos.

Kali pertama pergi ambil borang. Kali kedua pergi borang di pulangkan kerana ada yang tidak tandatangan. Kali ke tiga pergi di pulangkan sebab tidak cop di bahagian organisasi. Kali ke empat pergi di pulangkan sebab cop yang di cop berlainan antara depan dengan yang sediada. Akhir sekali kali ke lima pergi borang di terima.

Aduhai. Kalau dekat dan senang letak kereta tidak apa juga. Kecuaian berada di tahap maksimum nampaknya. Adakah kerana aku terlalu memandang ringan sebab tidak banyak kerja buat masa ini atau memang sudah di takdirkan terpaksa berulang alik atas urusan yang sebenarnya boleh di selesaikan segera?

Nota kakitanganku : Harus cepat sedar diri.





kamU raSa aDakaH IBu Dan BaPa InI MemPunyAi OtaK yanG BerFungsi denGan Baik? aDakaH Mereka aDa PiLiHan sELaIn BaWa 2 anAk MenaIki moToR SeBeGini?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Seorang di depan sedang berdiri. Seorang lagi bayi di pangku si emak. Lokasinya di simpang empat berdekatan dengan Hospital Putra, Melaka. Di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Yang mana jalannya amat sibuk dengan kenderaan yang bertali arus.

Mereka mungkin tiada pilihan. Tiada kenderaan yang selamat untuk membawa anak-anak berjalan. Tetapi mereka pasti ada otak dan akal untuk berfikir tentang keselamatan anak-anak yang di bawa.

Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Nota kakitanganku : Hanya boleh geleng kepala.





Monday, October 25, 2010

KaLau kamU PakaI GiGI PaLsu ToLonG JanGan MakaN Di ayaM PenyeT MenU BernaMa 'SmasheD BeeF'. GiGi kamU akaN BerDeraI LuruH!! siLa PercayA.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Petang tadi makan di Ayam Penyet Tesco Cheng buat kali kedua. Menu pertama kali makan ialah Ayam Penyet. Kali ini mahu cuba menu lain. Memesan 'Smashed Beef' kalau di terjemahkan menjadi 'Daging Hancur.'

Tiada gambar kerana tiada nafsu untuk mengambilnya. Daging tidak 'smashed'. Ha ha ha ha. Sebuku daging. Empat segi. Gigitlah sampai hancur. Sudahlah liat!! Boleh main tarik-tarik untuk leraikan daging. Ha ha ha ha...

Ada penyanyi dan pemuzik latar yang tidak berbayar akan menghiburkan ketika kamu sedang gigih mengunyah daging liat, iaitu sekumpulan lalat yang akan menyanyi sambail kamu makan. Ekekekekeke...

Semasa membuat bayaran, mengadu kepada juruwang tentang lalat yang banyak. Jawabnya 'A'alah kak, tak tahu nak buat apa dah. Memang banyak.' Jawapan yang tidak profesional. Sepatutnya dia menjawab 'Maaf kak. Kami akan cuba mengatasi masalah lalat ini secepat mungkin!!'

Okey. Itu sahaja peringatan buat hari ini. Pesanlah makanan yang boleh di kunyah. He he he he..

Nota kakitanganku : Pesanan khidmat masyarakat. =))





kaTa emyLia RosnaiDa GeLaraN DaTuk AC MizaL TiDak Di Tarik : ITuLah.. Lain kaLi JanGan awaL-awaL PukuL CananG. sekaranG PenaT maHu meNJawaB!! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:30 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini kenyataan Emylia Rosnaida mengenai gelaran Datuk AC Mizal. Jika ada yang tidak tahu Emylia ialah isteri kepada AC merangkap pengurus sekali. =)) Pautannya di sini.

Bila sebahagian nama penerima pingat dari Sultan Pahang di umum, aku juga tercari-cari nama AC, tetapi tiada. Wah! Ada majlis penganugerahan kali kedua rupanya. Itu kata Emylia yang menurutnya akan di adakan pada bulan Dusember nanti. =))

Kita tunggu dan lihat sajalah sambil berfikiran positif. =))

Sumber gambar dan berita dari Mstar.

Nota kakitanganku : Datuk TeDi. =)) hik hik hik..





sayA SUkA hARI inI.. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Saya suka hari ini sebab hari ini 25 haribulan. =))

Sekian, terima kasih.

Nota kakitanganku : =))





Sunday, October 24, 2010

Dak KunyiT : BuDak PaLing MuDah Bawa DirI,akTiF,coMeL ,FoToGenik Dan mesRa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:13 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Suka betul aku tengok gambar ini. Ibu Si Empat anak sedang mengadakan sesi sual kenal. Ekekekeke...

Photobucket

Fotogenikkan? Senang mahu ambil gambar dia. =)) Amat comel.

Photobucket

Suka bermain.

Photobucket

Aktif.

Masih di buka untuk 'adoption' walaupun Along kata 'Kita jaga sajalah!" He he he he... Kalau tiada orang mahu aku memang akan jaga juga. Ramai yang tanya tapi tidak 'confirm'. =))

Selamat hari Ahad. Cadangnya mahu ke Hari Peladang di MITC. Macam-macam ada. Jom!! =))

Nota kakitanganku : Suka juga tengok Dak Tom dan Dak Kunyit main sama-sama. =))





BaPa Di kurunG Dua anaK DaLam GaraJ kereTa : anaK maCam Ini PaTuT Di seMBeLih Dan BaLinG Ke DaLam KanDanG harImaU. TiDak seDar DiRi...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kurung bapa dalam garaj berkunci. Di situlah dia makan. Di situlah dia tidur. Di situlah dia membuang air besar dan kecil.

Makan dan minum atas simpati jiran.

Erhmmm.. Minta di jauhkan dari kita perbuatan keji macam ini. Walau apapun masalahnya ibu dan bapa tidak patut mendapat layanan sehina ini.

Sumber gambar dan berita dari Bharian.

Nota kakitanganku : Simpang malaikat 44. =))





Dak OGHen : HaBis maDu sePah Di BuanG. BoS suDah aDa 'enPon' BaRu, 'enPon' LamA sePaH-sePaH. BaGi akULah. SenanG akU 'CaLL' awEk!! hE hE hE....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Coretan Dak Oghen :

Bos sudah beli 'enpon' baru. Tapi dia malas mahu war-warkan. Nanti orang kata dia berlagak. Walhal beli telefon cap ayam saja. Ha ha ha ha...


Telefon lama aku yang pakai. Tapi kredit aku minta tolong Bos 'top-up'kan. Aku mana ada sen! Hik hik hik...

Okeylah, hujanlah! Aku mahu sambung tidur! Dak Tom!! Jom golek-golek!!

Nota kakitanagn Dak Oghen : Senang aku mahu telefon Bos , suruh hantar ikan rebus dalam bilik. Ala-ala hotel 'gituuuu!!' He he he he...






Saturday, October 23, 2010

HuJan LeBat. SeJuK. TiDuR Pun 'sODaP!!'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Hujan turun dengan lebat.

Macam biasa siaran ASTRO k.o!!

Tidur?

Erhhmmmmm...

Nota kakitanganku : ZzZzzZzzz...





anGkarA alaT kawaLan JaUh, aDik MauT TerkenA serPiHan kaCa : PasTinyA sesUaTu yanG TiDak Di senGaJakaN menDatanGkan TraumA sePanJanG HayaT. TakziaH.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:10 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Gambar dari Kosmo.

Berita ini yang menarik perhatian aku sejak semalam. Mungkin puncanya agak remeh namun bila mendatangkan maut itu sesuatu di luar jangkaan.

Pautannya boleh di baca di sini.

Ada beberapa blog yang aku baca, tajuknya mengelirukan. Contohnya 'Kakak tikam adik angkara alat kawalan jauh.'

Erhhmm.. Dari beberapa akhbar atas talian yang aku baca, tragedi ini bukan di sengajakan. Dari cabar mencabar, acah mengacah ianya tercetus satu hakikat yang akan menghantui diri si kakak seumur hidup.

Segalanya sudah berlaku. Tidak dapat di undur-undur. Al-Fatihah buat Muhammad Naili Nafis Zakaria, Takziah buat seluruh ahli keluarga.

Tragedi ini jadikan pengajaran.

Nota kakitanganku : Di luar kawalan....





sayA suDah BeLa kucinG 'MenkOn'. SiLa PercayA. 'menkOn!!' NamanyA Dak eM!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 10 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini kucing 'menkon' yang di maksudkan. Namanya Dak Em.


Photobucket

Sila baca 'menkon' ya? Bukan 'Mainecoon'. Ha ha ha...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ini adalah salah satu dari 5 beradik. Aku ambil yang ini. Along suka sangat yang ini. Bukan yang ini sahaja. Ada 2-3 ekor lagi dia sudah pesan jangan bagi 'adopt'. Banyaklah cantik muka dia. Ha ha ha ha...

Dalam 5 beradik hanya dia yang berbulu lebat macam ini. Yang lain-lain ada yang tercacak-cacak. =))

'Adoption' masih di buka untuk 3 ekor yang lain. =)) Tapi maaf, aku tidak mengamalkan siapa yang tanya dahulu, tapi siapa yang 'confirm' dahulu. Ini kerana ramai yang tanya tetapi tidak pasti. =)) Suruh rezab, aku minta maaf. Rezab kalau tidak pasti, aku tidak dapat mahu penuhi. =)

Nota kakitanganku : Tak dapat 'mainecoon' dapat 'menkon' pun oklah!! =))





Friday, October 22, 2010

Di TemBaK hanyA KeraNa MeminTas kereTa yanG Di naikI anGGoTa PoLis : maCaM TiDak reLeVan. TaPi kenyaTaan. anGGoTa PoLis yanG PenDek akaL!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:10 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Rasa mahu ketawa pun ada bila baca tajuk akhbar ini. Pautannya di sini. Hilang akal ke apa? Orang awam tidak boleh pintas kereta kau ke? Semuanya akan di tembak? Besar sangat ke kuasanya seorang anggota polis sehingga kejadian memalukan seperti ini berlaku?

Bahaya betul orang macam ini. Jalanraya macam 'bapak' dia yang punya. Macam dia sahaja yang boleh lalu lalang dan menggunakan kemudahan jalanraya.

Aku harap anggota polis yang bebal tersebut menerima balasan yang setimpal akibat dari perbuatannya menembak sesuka hati. Nasib baik tiada nyawa yang terkorban. Menyalah gunakan kuasa dan kemudahan.

Macam-macam manusia ini.

Nota kakitanganku : Semalam baru sahaja memintas kereta peronda polis. =)) Syukur selamat!





NamA Dia KunyiT : si KakI KuNinG yanG CeriA Dan LincaH. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini gambar hari pertama. Selepas mandi dan bersihkan dia. Aku bawa ke Jabatan Veterinar ke esokka harinya.

Alhamdulillah. Masuk hari ke empat di sini, dia sudah dapat sesuaikan diri dengan 9 ekor anak kucing yang lain. Syukur. Sudah tidak marah-marah lagi. Jika sebelum ini Cik Kerm beritahu dia kelihatan lemah dan macam sudah meninggal ( he he he he) hari ini dia sebaliknya.

Terloncat-loncat gembira. Bergurau senda. Makan pun berselera. Aku bagi Royal Canin dan susu. =))

Aku buka untuk 'adoption'. Maklumlah sudah ada 10 ekor anak kucing =))

Nota kakitanganku : 10 ekor anak kucing yang kadang-kadang tidak terkawal.





Al-FaTihah Buat Inani Zalikha Zainal Abidin : PeLaJar PeruBaTan YanG MeninGGaL Di BanDunG. TakziaH.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 9 kUs-kUs Links to this post
Gambar dan wajah ceria beliau boleh di lihat di sini. Blog seorang sahabat yang begitu kasihkan sahabatnya yang telah pergi.

Al-Fatihah buat Allahyarham Inani.
Takziah buat keluarga dan sahabat yang menyayangi.
Janji Allah kepada setiap hidupan di bumi ini adalah pasti.
Punca hanyalah sebab.

Selamat hari Jumaat. Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah tiada.

Nota kakitanganku : Kita menanti giliran...





KemaskiNi : anaK yanG Di BuanG TeLah Di seraHkan kePaDa IbunyA. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 4 kUs-kUs Links to this post
'Happy ending.'

Sebelum Maghrib tadi aku meredah rumah orang untuk mencari ibu kepada anak yang di'buang' tadi. Berjaya. Bukan dia seekor rupanya. Tapi ada lagi 3 ekor. Aku tidak tengok sebab sudah Maghrib. Nanti kena kacau 'momok' pula. Ha ha ha ha.

Setuju dengan Kak E. Ibu kucing walau haiwan dia tidak akan buang anak dia merata-rata. Ianya adalah keciciran oleh kerana habit seekor ibu kucing yang suka memindah randahkan anak-anak ke tempat yang baginya selamat.

Bila nampak emaknya tadi, aku letak atas lantai dan menyorok. He he he he. Emak dia terus gonggong leher anaknya dan bawa masuk ke dalam reban ayam di percayai ada lagi beberapa ekor.

Kucing jalanan yang bermaustatin di rumah jiran. Harap mereka selamat InsyaAllah.

Alhamdulillah.

Nota kakitanganku : Kalau manusia buang anak ada tak dia akan balik semula untuk ambil anak dia????





Thursday, October 21, 2010

kEs BuanG anaK semaKin BerLeLuasA : akU SeLaLu DengaR kEs OranG BuanG anaK. KaLi inI BerLakU Di sEBeLaH ruMah akU. seDih Dan HiBa. NasiB BaIk HiDuP.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:12 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Merenung masa depan. Masihkah ada sinar untuk anak ini? Anak ini di tinggalkan di sebelah rumah aku iaitu sebuah rumah kosong yang tiada penghuni. Tangisannya di Subuh hari menggamit aku untuk mencari di mana datangnya suara yang nyaring itu.

Photobucket

Abaikan muka Mak Labu yang tidak semenggah. Bekerja keras untuk menyusukan anak angkat yang baru lahir di anggarkan umurnya dalam seminggu. Tetapi tidak berjaya sangat.

Perkembangan kes akan di kemaskini kemudian. Masih mencari ibu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan anak yang kelaparan ini. Sesiapa yang mempunyai maklumat sila laporkan di Balai Polis berdekatan. =))

Sekian.

Nota kakitanganku : Tahu beranak tak tahu tanggungjawab!!






SusULan GaDis Di Dakwa Di CuLik : OranG cari kaU saNa sinI, KaU SiBuk 'BerhaNimUn' Di BukiT BinTanG 'PuLeeKk'!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:16 PM 22 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sudah selamat di jumpai. Sedang bertafakur 'Apalah nasib aku selepas ini?' =))

Nampak sangatlah ini bukan kes culik tapi kes lari dari rumah.

Lain kali jangan susahkan emak dan ayah. Jangan fikir diri sendiri tanpa pedulikan akan kerisauan orang yang dekat dengan kita. Jangan bertindak ikut perasaan. Jangan bertindak ikut suka hati kita. Bukan kita saja yang ada masalah. Orang lain juga.

Setiap apa yang berlaku ada ujian dan cubaan.

Sumber berita di sini .

Nota kakitanganku : Setiap masalah pasti ada penyelesaian.





LawaTan MuHiBah SesI LimA : anaK anGkat Tak JaDi . eH! KenaPa warNa BuLu Dia semakin PuDar, naMPak PucaT Dan KuRus saHaJa. SoB SOb SOb!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Budak ini pernah aku ambil sekejap tapi aku pulangkan semula sebab tidak serasi. Termenung, tidak mahu makan dan tidak mahu berkawan dengan Pakcik Oghen. Beliau adalah anak kepada SBK.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ini gambar dia yang terbaru. Tidak nampak sangat apa perubahannya kecuali sedikit besar badannya. Namun tidak berisi dan warna bulunya macam pucat saja. He he he he.

Adik dia apa khabarlah agaknya. SBk asyik di rumah aku saja. =((

Nota kakitanganku : Biar tak cukup tidur jangan tak cukup makan. He he he he...





Wednesday, October 20, 2010

CuTi uMum sEmpeNa PerisyTiharaN MeLaka MaJu 2010: sayA sanGat SukA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Kerajaan negeri hari ini mengumumkan esok sebagai cuti umum sempena perisytiharan Melaka Maju 2010. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini.

Nota kakitanganku : Terima kasih. =))





BiLa PeLakOn ayaT-ayaT CinTa Di DakwA MurTaD : sEnanGnyA MerekA MenukaR aGamA macam Tukar BaJu keraNa cinTa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:15 PM 13 kUs-kUs Links to this post
'Rianti Rhiannon Cartwright yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.'

Petikan dari HMetro. Pautannya di sini.

Beliau yang memakai purdah dalam filem tersebut. Silalah 'gugel' beliau yang mana satu. Maklumlah Blogger tidak boleh 'upload' gambar buat masa ini. =))

Minta di jauhkan. Kerana cinta sesama manusia sanggup tukar agama. Sedihnya. =((

Oleh itu, moralnya, janganlah terlalu taksub dengan pelakon yang nampak baik di dalam tapi 'hampagas' di luar. =)) Eh! Di Malaysia pun adakan? Dalam drama bukan main litup dan menutup dan nampak suci bila berlakon. Di luar buat parti 'buih'. =))

Nota kakitanganku : Moga di tetapkan hati dan keimanan..





GaDis Di CuLik, KeLuarGa DakwA anGkaRa TunanG : TenGok waJah TunaNg Dia, aDa ciRi-CirI KeseDihaN aTau seDanG TersenyUm siNis PenUh sinDiraN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:33 AM 22 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Pada pandangan mata aku dia sedang tersenyum sinis sambil menunjukkan mesej terakhir yang di hantar tunangnya yang di laporkan di culik ketika membeli belah persiapan perkahwinan. Tidak nampak riak sedih. Aku fikir positif, mungkin dia memang tenang orangnya.

Namun keluarga kepada mangsa mendakwa kehilangan anak mereka merupakan sesuatu yang di rancang oleh tunangnya sendiri. Pautannya boleh di baca di sini.

Aku harap kes ini berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan bukan dengan kesedihan. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : =))





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting