Wednesday, January 19, 2011

kaLaulah semuA oranG macaM MereKa. aLanGkaH BaHaGianyA kucinG-kucinG DaLam inI 'DoniA'. TaPi BiLa aDa yanG PosiTiF, nEgaTif Pun aPa KuranGnyA.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:00 PM
Photobucket

Kredit gambar di sini.

Berapa ramai yang sanggup jadi penyelamat haiwan dan meredah kesusahan untuk membantu?Atau kau nampak sesuatu selepas itu cabut lari macam tiada apa-apa yang berlaku.

Ini Lucky. Beliau amat bertuah kerana di saat dia menghadapi kesusahan bagai di utus tuhan ianya berlaku di ketika seorang insan yang berhati mulia ada di tempat kejadian. Seandainya saat Lucky jatuh ke tasik dan yang melihat adalah seorang yang sangat mementingkan diri sendiri adakah Lucky masih hidup saat ini? Ajaibkan? Allah sentiasa mahu mempermudahkan urusan setiap hamba-Nya.

Alhamdulillah, penyelesaian awal tentang di mana lucky akan tinggal sudah berjaya di beri jawapan. Terima kasih kepada Papa Meow seperti selalu sudi menerima kucing-kucing istimewa untuk mendapat tempat dan di beri rawatan.

Lain-lain gambar boleh lihat di blog Deqdeq yang menyelamatkan Lucky dan blog Papa Meow yang menjaga Lucky sekarang. Terima kasih.

Photobucket

Oh!! Umie kepada Mahzuz juga. Dengarnya Mahzuz bertambah seekor lagi kawan baru yang di beri nama Alif. =)) Terima kasih Kak E. Mahzuz, sila suruh Umie muat naik gambar Alif secepat mungkin dalam blog ya? =))

Satu sikap manusia yang aku memang tidak berkenan ialah membuang kucing tanpa berfikir terlebih dahulu.

Kalau kau buang dekat ladang kelapa sawit yang macam MP* buat, sangatlah 'SHIT!!' Mereka mahu makan apa? Buah sawit? Gila!! Kau makan dulu baru beri kucing itu makan. Kau kunyah dulu buah sawit itu!

Aku tidak anti dengan orang buang kucing. Aku faham. Masing-masing ada masalah sendiri. Aku juga pernah buang kucing. Buat apa malu untuk mengakui. Itu hakikat. Tapi tolong buang di tempat yang logik dengan memikirkan tentang keselesaan kucing mencari tempat berteduh dan makanan!

Andai di beri pilihan antara keluarga dan kucing, aku pilih keluarga. Itu hakikat untuk diri aku. Buat apa hipokrit. Aku tidak tahu kalau ada yang sanggup buang emak dan ayah semata-mata kerana sayangkan kucing. Itu derhaka okey?

Tapi bila aku sudah di beri peluang untuk membela kucing di kelilingi mereka yang tidak berapa sukakan kucing, aku ambil itu sebagai cabaran. Walaupun kau balik saja dari kerja, belum sempat buka tudung ,aduan pertama sudah di terima 'Pakcik Oghen kencing atas alas kaki.' What the what pakcik Oghen. Mahu sunat kali kedua? GrrrRRrr....

Jadi, aku amat menghormati mereka yang masih mahu menyelamat dan menjaga walaupun mengalami kesukaran dan kepayahan yang sedia ada.

Terima kasih buat yang memahami.

Nota kakitanganku : Cukup makan minum, tempat berteduh, kesihatan yang baik, itu sudah cukup mereka syukuri walau mereka tidak mampu zahirkan dengan kata-kata!








7 kUs-kUs:

~mrs azmi~ on January 19, 2011 at 3:21 PM said...

kalau semua orang boleh bertoleransi.. takkan ada kucing kena dera...

Kak Lia on January 19, 2011 at 3:24 PM said...

Si Kecut juga kadang2 menyondol2 riba MR....agknye nk susu ibu....tp MR beli susu utk kitten kt kedai

m.q on January 19, 2011 at 4:10 PM said...

mereka mmg insan2 yg mulia :)

Nurdiyana Yaccob on January 19, 2011 at 4:28 PM said...

bila DeQdEq mula blogging ni, rasa seronok sgt dpt jumpa ramai kawan2 pencinta haiwan terutamanya kucing...

DeQdEq mmg sgt2 suka kucing..cuma x ada ruang utk bela kucing mcm kawan2..

sekrg ni, dh msk dlm wishlist 2011..nk cari rumah yg ada tanah sbb nak jaga dan bela meow yg terbiar...insyaAllah

Tuah said...

kalau suruh pilih antara kekasih dan kucing... akak akan pilih kucing.

sbb kucing xkan sesekali curang dan menyakiti hati kita. kucing akan sentiasa bersama dgn kita walau susah @ senang @ sihat @ sakit. tidak spt kekasih.............................

lupie on January 19, 2011 at 7:06 PM said...

A big salute to them! :)

meowwmania on January 19, 2011 at 8:27 PM said...

sgt kagum dgn mereka-mereka ini! :)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting