Friday, March 04, 2011

kEcEwa saMPai TiDak keMaskIni BLoG! sanGaT kecEwa. =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM
Kecewalah.

Erhmmm..

Masa sudah suntuk. Tapi Vet masih belum telefon untuk kembiri budak-budak ini. Kalau vet kerajaan kebiasaannya mereka akan kembiri seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat. Jika ada kes-kes tertentu Sabtu pun ada.

Sampai sekarang masih belum terima panggilan untuk datang bawa budak-budak. =((

Sejak malam tadi sudah kurung dan puasakan mereka. Pengalaman kembirikan Pakcik Oghen, pagi ini kembiri, pagi ini telefon buat aku bersedia awal. Tapi sayangnya tiada. Terus telefon Along pukul 10.00 tadi suruh lepaskan budak-budak dari sangkar dan bagi makan. Kasihan.. =))

Ehmmm... Mahu buat minggu ini sebab 22hb Mac ini budak-budak ada vaksin kedua. Jadi harap-harap kalau buat sekarang luka sudah sembuh sepenuhnya bila sampai waktu untuk vaksin.

Tapi..

Okey! Macam kaya sangat, jom kita pergi vet swasta Onchet!! RM 330.00 untuk tiga ekor. jom jom!! Kembiri dulu pastu kita hutang. Lepas itu kau tiga orang pergi buat kerja amal dekat Maju Animal tu. Ha ha ha ha..

Eh! Ketawa pula!!! =))

Nota kakitanganku : Kalau terpaksa kena juga bawa ke Maju Animal Isnin ini. Masa saya sudah suntuk. =))





2 kUs-kUs:

~mrs azmi~ on March 4, 2011 at 11:58 AM said...

sanggup buat apa saja untuk kesayangan kita...

AkieZecky on March 4, 2011 at 2:31 PM said...

bagus kucing2 tu dapat tuan cam tn belog nie..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting