Monday, March 21, 2011

SeroNok BeTuL kE JaBataN PerkHiDmaTan VeterInar JasIN Hari Ini. Ramai BeTuL kUcinG Dan TuannYa sekaLi. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM
Petang rancang mahu ke Pusat Jagaan Kucing Terbiar Jasin untuk hantar makanan kucing yang di beli hasil duit sumbangan hari itu. Ambil Atiqah di Jasin kemudian ke PJKT. Serahkan makanan kucing sambil Tiqah mahu tengok kalau-kalau ada anak kucing yang sederhana besar warna oren. Sayangnya tiada. Semuanya kucing dewasa. Kalau ada pun masih kecil lagi.

Dari PJKTJ kami ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jasin. Aku bawa Dak Onchet dengan Dak Em untuk suntikan vaksin kedua.

Aik! Hari ini ramai orang. Seronok berbual pasal kucing. =)) Beri info dan terima info. =))

Photobucket

Gemukkan? Kucing milik seorang wanita India. Menurut si kakak, adiknya ini ada memelihara dan 8 hingga 9 ekor kucing. Semua di kembiri. Sebab tu gemuk.

Photobucket

Si kakak pula lebih kepada memungut kucing-kucing terbiar. Ada dalam 18 ekor di rumah. =)) Yang warna oren itu kakinya macam terseliuh tidak boleh berjalan. Yang hitam ini tidak tahu punca, sakit dan tidak berdaya untuk bangun.

Ada 2 ekor lagi kucing. Si Putih dan seekor kucing yang mahu suntik kurap. =))

Photobucket

Budak 2 ekor ini berdebar menunggu giliran! Ha ha ha ha.. Menikus diamnya. Dalam kereta bukan main bising lagi. =))

Selesai vaksin kedua. Temujanji seterusnya pada bulan September nanti. =))

Nota kakitanganku : =))





3 kUs-kUs:

aNIe on March 21, 2011 at 8:42 PM said...

tEDl...seronok bila berjumpa dengan mereka yang sama dgn kita.. kadang banyak cerita yang boleh dikongsi bersama

meowwmania on March 22, 2011 at 10:03 AM said...

kann....sonok bila jumpa org yg ada minat sama, rancak berborak :D

Anonymous said...

Salam tumpang tanye. Vaterinar aham bukak x? Kucing saye cedera..rasenye b.gdh dgn anjing..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting