Monday, August 15, 2011

PanDanG anaK inI. LihaT NanaH Di maTanYa Dan raSa HeLaan NaFasnyA. PaHaLakaH iNi yanG menanTi anDai kamU kaTakaN KemBiri iTu BerDosa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:25 PM
Photobucket

Nampak dia datang kelmarin, lepas itu hilang. Aku sempat bersihkan mata dia. Sementara aku mahu ambil ubat mata, dia sudah tidak kelihatan. Dia sangat agresif dan cuba meloloskan diri.

Semalam dia datang lagi. Hari ini dia agak pasif. Keadaan matanya sangat teruk. Aku cuba lapkan dengan tisu basah. Darah yang keluar dari matanya. Sudah tidak nampak biji mata melainkan isi yang terkeluar.

Aku rasa sangat marah! Tapi, perlukah aku luahkan kemarahan aku pada mereka. Berbaloikah? Akan kembali normalkah mata anak kecil ini? Akan sihatkah dia? Hati menjadi bertambah sakit.

Photobucket

Aku ambil dia dan masukkan ke dalam rumah bawah. Kurung dia dalam sangkar. Dia tidak mahu makan. Tidak mahu minum. Diam kaku sahaja. Sampainya hati mereka membiarkan dia begini. Kamu semua berhati apa??? Ya Allah. Hibanya hati.

Photobucket

Aku akan bantu kamu kerana kamu datang ke rumah aku. Aku tidak akan peduli kamu jika kamu tidak menunjuk diri. Apa yang berlaku kepada kamu dan adik beradik kamu serta emak kamu, itu antara tuan kamu dengan Allah. Aku tidak mahu menghukum apabila melihat kondisi kamu begini. Kebajikan kamu yang terabai, itu juga antara tuan kamu dengan Yang Maha Esa. Tidak guna bukan menjadi seseorang yang di hormati tetapi sebaliknya berlaku kejam pada binatang??

Photobucket

Itu adik kamu. Maaf sayang, aku tidak dapat bantu kamu melainkan kamu datang kepada aku! Kemari, dan aku akan cuba berikan rawatan semampu aku untuk kamu. Datang ke sini kerana sayangnya aku tidak dapat pergi kepada kamu.

Nasihat aku,
seringkali aku ucapkan, membela haiwan bukan sekadar memberi makan sahaja. Kembirikan kucing kamu jika kamu tidak mahu mereka beranak pinak dan itu akan menyusahkan kamu. Kembirikan mereka jika kamu tidak mampu menjaga kebajikan mereka.

Berdosa?
Lihatlah anak kecil ini. Renung ke matanya yang tidak dapat lagi melihat. Pandang setiap titisan nanah dan aliran darah yang mengalir dari kelopaknya.

Apakah mendapat pahala jika layanan kamu sebegini terhadap mereka semata-mata mahu mempertahankan 'memandulkan kucing itu berdosa dan sangat kasihan???'

MasyaAllah.

Semoga Allah mengembalikan semula penglihatannya. InsyaAllah.

Bertahanlah, aku sedang cuba membantu....








9 kUs-kUs:

NoRHaNa CorNER on August 15, 2011 at 8:18 AM said...

orang nk bela kucing nk bela jugak suruh kembirikan kesian kat kucing lah inilah..tp lagi kesian bila dh beranak pinak anak2 diorg x terjg n terbiar..korang tahu tak dosa yg korang dpt hanya kerana telah abaikan kebajikan mereka...moga2 Allah beri hidayah kepada mereka2 ini semua

el on August 15, 2011 at 8:59 AM said...

masa mula2 sy bela kucing,biler sy mandulkan makcik2 sy sumer marah!!katanya kenapa mandulkan??nnt ko tak beranak sbb ko mandulkan kucing!pom pam pom pam mereka membebel..mak sy mls nak lyn..tp biler sy dah berkahwin,mereka dok pom pam pom pam lagi sbb dah lama kawin tp takde anak..suami sy kata,lantak pi diorang tu...igt anak ni manusia bg ke??itu rezeki...sy mandulkan kucing2 sy sbb tanak kena FIV,tanak beranak byk2...sbb sy tau sy tak mampu nak jaga mereka sume..tp biler org mengaitkan mandulkan binatang dgn diri sy yang takde anak ni,mula la bengang je rasanya!!manusia bodoh!!!sorry la walaupun makcik sy,sy tak respek mereka sbb mereka benci kucing!!rela buang anak kucing!

Nieza A said...

saya pernah bawak balik kucing exactly macam ni, mata teruk both sides,badan penuh kutu. saiz pon lebih kurang this kitten,kaler putih with few black spots. jumpa kat tempat kerja. tak sampai hati tgk sbb lapar tp takleh nak mkn sebab x nmpak n takleh bau (ada flu as well). brought to clinic. Vet said very bad eye infection,maybe buta. so bagi choices to continue treatment which is cute pricey or PTS. Opted for treatment,so warded for a week. lepas 2 hari,dia dah boleh makan, happy main2, eye discharge pon improved a lot. bila dah finished antibiotic,boleh balik. she was one happy cat,tapi takleh get along with my other 4 cats (diorang jeles sbb whitey dapat dok dlm rumah, sebenarnya xnak bagi jangkit kat diorg). jaga dalam sebln. last year masa puasa bagi for adoption. tapi umur tak panjang lps 2 mths mati sbb poisoning :( tapi rasa puas hati dapat tolong setakat yg boleh).

Muslimahhariini on August 15, 2011 at 9:58 AM said...

salam..

sy penah jmpa kes mcm ni. kucing tu mgiau2 d blakang umah sy...xtau kucing sapa.. sy ambik bawa g klinik haiwan...
pbantu doktor bg antibiotik, m'kan lembut, vitamin, ubat mata...dia mmg xnak mkn...cian btul.
thari esoknya dia kembali ke rahmatullah...sy kubur kat blakang umah.
sy xbela kucing, tp kucing2 jiran suka lepak d kws umah sy..alhamdulillah stakat neh sume sihat.

Annursufi on August 15, 2011 at 10:41 AM said...

hampir menitis air mata bila membaca post ini...semoga ALLAH sentiasa memberkatimu kerana rasa sayangmu yang tak terhingga kepada haiwan kesayangan nabi ini...

KittyWorld on August 15, 2011 at 3:15 PM said...

sedey..:( seb bek da mndulkan sume..

Shahira Fizuni on August 15, 2011 at 3:33 PM said...

Saye rase, kondisi kucing ni da t'lampau kronik.. Kemungkinan buta! Dapatkan raeatan dari veterinar segera! Mungkin ubat mata yg d'guna merupakan alahan pada mate kucing ni..
Alhamdulillah! Ade jgak yg prihatin t'hdap binatang ciptaan ALLAH.. Setiap kali bace blog ni, perasaan saye bercampur aduk.. gembira, sedih n simpati.. Moga amal mu d'berkati! Doa kan saye dpat m'jadi seorang veterinar agr sy dpat m'bantu haiwan2 lain mcm tuan nyer blog ni! Amin!!

Anonymous said...

bagus tedi, dan yg lain semua..
pasal kembiri ni adalah mentaliti kita orang kita yg suka mengharamkan dan meng ada adakan..

Sama la macam peranagi arab yang tak senonoh..

Sebenarny jika kita kembiri kita dapat menjamin kebajikan haiwan yg sedia ada. Dan juga kemampuan menjaga kebajikan.
Bayangkan

tabiat org kita, buat anak , nak makan pakai didik ugama dan sekolah tak mampu, binikena jadi amah di rumah dan tolong cari makan.
Tapi ada yang berhajat besar samada kawin dua, 3, kaki ppuan, pentingkan material dari mengikat perut utk anak anak..
so this sort mentality actually yang merosakkan pemiiran.

Kemudian boleh di cemuh orang yang melakukan jalan penyelesaian yg terbaik.
Jangan dihiraukan org berusara lantang tapi otak tinpot ini. Bukan dia tahu hukum sebenar, dia cakap apa otak cetek yg rasa..

Tapi saya benar benar bangga dengan usaha awak awak semua. Semoga mendapat bantuan.
Pergi lah jumpa Ali Rustam, cakap dgn dia kearah masyarakat penyayang, kempen sayang org tua dan haiwan perlu di adakan dan diserapkan ke seluruh melaka.
Cakap pelancung kalau nampak kucing haiwan terbiar tanpa kerajaan menjaga kebajikan adalah bad PR. Mereka akan gembira dan menghargai usaha kita..

Jgn jadi bekas mp labuan, esok nak nak pergi umrah bila pergi berjumpa minta bantuan,katanya " oh haiwan liar terbiar majlis bandaran akan tembak saja bunuh mereka" ... so mentality sampah mereka ni..


Semoga usaha anda dapat diteruskan...

ctpayong on August 15, 2011 at 6:47 PM said...

hubby bwk balik cikTam dulu yg boleh gerak kepala aja. mata sebelah mmg tertutup abes. terbiar tepi jalan s/ada kena pukul atau accident. tak boleh berdiri lansung. cuma doktor kata, dia mungkin ada harapan sebab mahu makan. sekarang, cikTam sudah boleh berkawan dgn Teby. syukur pada Allah. hebat pertolongan-Nya.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting