Monday, February 28, 2011

sELamaT TinGGaL NuFFnanG. sEmOGa BerTemU LaGi : eH! maCaM MeraJuk saJa? yA! sayA BenCi MiLkaDeaL! =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sudah 'cashout' dan ada BE 'kasihan' seketul.

Ya. Merajuk. Satu bulan punya pendapatan adalah dalam RM 1.00 sejak MilkaDeal ini wujud. Baru kemaskini hari ini. Terima kasihlah Nuffnang. Menyampah okey! Macam kacau daun saja! Macam Nuffnang letak iklan percuma di blog aku yang mana Milkadeal hari-hari ada, 24 jam sehari semalam tapi tidak di bayar! What the what kan?

Ini bukan pasal duit ke apa, tapi pasal hak aku, blog aku kau guna letak iklan Milkadeal itu 24 jam sehari tapi kau tidak bayar. Boleh macam itu?

MilkaDeal ini mungkin sesuai untuk orang yang ada ribu-ribu pengunjung perunik sehari. Yang boleh klik dan beli baucer barang yang di iklankan. Baru ada pendapatan.

Cakap banyak pun tidak guna.

Nota kakitanganku : Cepatlah ke meter BE....





BiLa maSa hanya aDa 24 JaM SeHari....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:15 AM 1 kUs-kUs Links to this post
Eh! Tidak sempat kemaskini.

Mahu bebel apa pun tidak tahu. =))

Boleh tambah lagi 6 jam menjadikan 30 jam sehari semalam?





Sunday, February 27, 2011

ResePi PuDinG KaramEL GuLa HanGus TanPa TeLur : CuBaan PerTamA yanG LuLus. KenyAnG Dan LiciN. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Jika sebelum ini aku mencuba Puding Karamel Gula Hangus Dengan Telur ( pautannya di sini ) kali ini cuba resepi yang tanpa telur.

Jujurnya bila letak telur rasa dan bau hanya telur itu ada. Tapi kali ini resepi mudah, cepat dan tidak leceh. Leceh bermaksud tidak perlu kukus segala. =))

Bagi yang tidak makan telur dan tidak suka bau hanyir telur boleh cuba resepi ini. =)) Klik sini untuk resepi penuh. Terima kasih. =))

Nota kakitanganku : Cepat buat dan cepat habis. =))





aBanG OncHeT BaDan PanJanG MacaM KereTaPi. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:45 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket





AhAD

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 1 kUs-kUs Links to this post
SiBuk mengalahkan PM : =))





harI YanG SanGaT SinGkaT. sELamaT JaLaN atED. JanGan naKaL-naKaL. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pagi tadi bawa dia keluar jalan-jalan buat kali terakhir sebelum dia ke rumah baru. =)) Abang Onchet, dalam garang-garang masih sudi menemani setiap langkah si kecil ini. =))

Hari ini memang rasa masa itu singkat sangat. Dari pukul 11.30 pagi sampai pukul 1.30 petang pergi menziarah jenazah jiran yang meninggal dunia ketika Subuh tadi. Cuaca sangat panas, jadi selepas Zohor rebahkan badan sambil tengok Syurga Cinta.

Tapi Awal Ashaari pula tengok aku tertidur depan televisyen. =)) He he he .. Tunggu punya tunggu punya tunggu Cik Wani yang mahu ambil Ated belum sampai. Sudah janji dengan emak mahu bawa dia tengok kawan baiknya yang sekarang berada di Wad ICU Hospital Melaka. Okey! Kita pergi dulu. InsyaAllah jumpa Cik Wani kemudian. =))

ALhamdulillah, walaupun macam lari dari rancangan awal, dapat juga serah Ated pada Cik Wani. Terima kasih untuk Cik Wani dan adik-adiknya yang sudi menunggu lama. =)) Terima kasih sebab akan menjaga Ated. Semoga dia gembira. =))

Nota kakitanganku : Eh! Teater Bangsawan Siti Zulaikha jadi ke tidak di pentaskan di Taman Budaya Ayer Keroh 26 dan 27 Februari ya??





Saturday, February 26, 2011

FoR aDoPTiOn : Dua ekOr anaK KuCinG BeTinA. sanGaT comEL. KeLaBu keOreN-OrenAn. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Anak kucing ini di buka semula untuk 'adoption' sebab tuan dia tidak mampu atau dengan kata lain tidak tahu untuk menjaga anak kucing tanpa ibu. Jadi dua ekor ini di pulangkan semula.

Photobucket

Yang sebelah kanan yang tengah makan. Warna kelabu ke oren-orenan. Jantina betina.

Photobucket

Kelabu ke oren-orenan dua ekor di depan.

Photobucket

Empat beradik. Dua ekor jantan sudah di adopt. Tinggal dua ekor betina lagi.

Lokasi Muar/ Kuantan/ Melaka

Sesiapa yang berminat boleh emel ke mylosermind@yahoo.com

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Jaga kucing bukan mudah yang di sangka dapat-dapat anak kucing sebesar ini. =))





aL-FaTiHaH. haTi sAyA sanGaT seDiH. MakcIk yanG CinTakAn KuCinG SuDah TiaDa. KasihaN sI cOmeL. =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:02 AM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Saya sedang memegang comel. =((

Emak dia a.k.a tuan dia meninggal dunia subuh tadi. Ya Allah. Hati sangat sedih sebab hari-hari lalu depan rumah arwah. Selalu tengok dia mandikan kucing-kucing bulu gebu dia.

Lagi gambar kucing-kucing arwah di sini.

=(( Baru jumpa malam Jumaat lepas di surau. Emak gurau dengan arwah 'Akak dah dapat cucu empat ekor'. Sebab Emak SBK dan arwah adik beradik. =((

Sangat sedih sebab arwah pergi mengejut kerana demam biasa sedangkan beberapa tahun lepas dia pernah terlantar di ICU kerana sakit. Allah Maha Mengetahui.

Dia tinggal seorang di rumah. Kucing-kucing adalah peneman.

Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Mahu bersiap menziarahi jenazah yang masih belum sampai dari rumah anaknya.

Al-Fatihah. Semoga tempatnya yang terbaik di sisi Ilahi. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Sangat hiba.





PikOm PC FaiR 2011 Di MITC, ayEr kErOH, MeLaka. 25 HinGGa 27 FebRuaRi 2011

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 1 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Along sudah sambar satu Notebook Mini HP, RM 988.00 semalam. Percuma satu pencetak HP. =)) Saja bikin aku cemburu sebab 'notebook' aku sudah setengah tahun rosak dan sudah sebulan di hantar ke Acer. Apakah? Perlu beli baru?

Emak cakap tidak payah beli. Sudah ada 2 notebook. Mahu buat koleksi ke apa? Alahhh.. Kalau ada 10 sekalipun tidak boleh guna 'apakehel'nya. =))

Sila bawa bersabar. Tunggu dulu khabar 'notebook' Acer yang sudah di hantar untuk di baiki itu. Kalau masih tidak boleh guna, kita beli baru, okey?? Hik hik hik...

Bajet macam mahu beli gula-gula, sepuluh sen dapat 3 biji. Kui kui kui.

Nota kakitanganku : Ehem! Sakit tekak pula! =))







aTeD : ToLonG LinDunGi maTa akU DaRi 'FlasH' KamerA Bos! RosaK matA akU, akU SamaN kaU nanTi!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Aku : Apasal kau tutup mata sambil buat aksi gedik Ated?

Photobucket

Ated : Silaulah Bos. Kau ambil gambar, petir keluar. =))
Aku : Itu 'flash'lah!

Photobucket

Ated : Tak kiralah apa pun. Tolong belikan aku cermin mata hitam !! Nanti mata aku sakit, siapa mahu bertanggungjawab????
Aku : Pulekkkk....

Nota kakitanganku : Esok tuan baru mahu ambil dia.... =((





Friday, February 25, 2011

aPa iTu miLKaDeaL? kEnaPa PenDaPataN TiDaK Di KemasKini? maRI BacA! TeriMa kasiH NuFFnanG. aKu BaRu TanYa kamU SuDah BaGi BE. MacaM MaHu BoDek saJa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Sejak ada MilkaDeal sudah malas mahu semak Pendapatan setiap minggu. Ekekekeke.. Sebab ianya sudah tidak bergerak. Jadi, untuk memuaskan hati sendiri aku menghantar tiket pertanyaan ke Meja Bantuan Nuffnang. Tiket 4D649C1E aku di jawab dengan emel di bawah.

Photobucket

Walaupun macam tidak jawab soalan dan aku tidak berapa mahu faham, aku iyakan juga. Buat-buat macam faham walaupun dalam hati 'Buat aku tambah pening ada.'

Maksudnya memang tiada pendapatanlah. Habis cerita. Malas mahu fikir-fikir. =))

Tiba-tiba petangnya aku nampak ada sesuatu yang menari-nari tanpa henti di bahagian atas blog. Apakah?

Photobucket

Tiba-tiba saja Nuffnang beri aku satu BE! Wah! Selepas sebulan sunyi sepi dari BE, aku hantar tiket komplen saja kau terus beri satu ya? =)) Terima kasihlah walau aku rasakan BE ini macam BE ambil hati aku saja. BE bodek gitu.Ha ha ha ha...

Tidak mengapa.

Nota kakitanganku : Tulis tetap tulis. =))





sHaHiR AF Di syakI MenGiDap KansEr HaTi : kaLau akU Pun akan raSa 'Down' DaN amBiL maSA unTuk TenanGkaN DirI.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Shahir AF, menurut akhbar atas talian di syaki mengidap kanser hati. Masih menjalani beberapa siri ujian darah dan keputusan yang pasti masih belum di perolehi.

Erhmmmm.. Kadang-kadang bila kita di kejutkan dengan sesuatu yang di luar jangkaan seperti ini, kita juga perlu masa menyendiri dan menabahkan hati menerimanya.

Sumber gambar dan berita dari sini.

Nota kakitanganku : Setiap yang berlaku ada hikmahnya.





FoTo KucinG #11 : Cik IZah Dan BuyaT =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

As Salam cik tedi, Nak bagi tengok gambau kucing cik Izah yang comel nih... Namenye Buyat. Umo dah 3 tahun. Jantan yang sangat manja dengan cik Izah. Almaklum lah satu-satunye keturunan kucing cik Izah yang tinggal, sebab kucing yang lain-lain tu semua cik Izah amik dari tepi jalan. Buyat suka merayau, tapi time makan mesti die balik dan mengiau dengan suara yang sangat kuat. Suka lepak atas tudung saji dan Buyat ni suke makan coklat! Memang favourite die. Hehehe Anyway thanks ye tedi. cik Izah memang suke lepak blog tedi yang banyak cite pasal kucing yang comel-comel belaka. Cik Izah attachkan 3 keping gambau, 2 darinye memang cik Izah yang amik dan satu gambau adik cik Izah yang amik. Lokasi kucing yang bernama Buyat ni adalah di Kg Sempang, Merlimau, Melaka. Nanti banner akan di tepek di blog cik Izah http://nahdatulizah.blogspot.com Sekian. Tima kasih. :)

Terima kasih Cik Izah. =))





atED : BuDaK PeruT BoroI, ekoR ciPuT. HoBi? JaLan-JaLan mAkaN anGin. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nama dia Ated. =)) Budak comel ekor ciput yang suka sangat kalau di keluarkan dari sangkar. Dia mahu berkawan tapi sayangnya Abang Onchet garang sedikit. =)) Asyik ketuk kepala dia saja bila dekat. =))

Nota kakitanganku : Jalan terkedek-kedek. =))





Thursday, February 24, 2011

DaPaT cUcU anGkaT emPaT ekOr. Eh! aDa warNa LemBu suSu Dua ekOr. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:50 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Tercari-cari juga dia sejak Subuh sebab tidak nampak batang hidung. Kalau tidak dia sudah kelentang-kelentung 'turun dari langit' bila tahu kita sudah bangun. =)) Dia suka tidur tempat tinggi. Cuma akhir-akhir ini saja suka tidur dalam tandas. =))

Dia sudah beranak. Mungkin pagi tadi sebab kami masing-masing sedang sibuk memasak untuk kenduri kecil selepas Zohor, dia tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian. =))

Dia beranak dekat belakang almari lama. Ada empat ekor. Satu warna macam Dak Em atau warna hitam. Satu warna putih di telinga ada oren-oren dan dua macam lembu susu hitam putih. Warna wajib anak dia setiap kali dia beranak. =))

Emak dia masih belum balik dari umrah. Kau duduk sinilah dulu ye SBK. Sebelum ini pun dia beranak dekat rumah aku tapi aku terus hantar dia balik rumah emak dia. =)) Pautannya di sini.

Harap boleh jaga dia lebih lama sedikit. =))

Nota kakitanganku : Tidak sabar mahu pegang-pegang! =))





MenDerA? Di DerA? TerDerA? LukA? Di Luka? TerLukA? MenGaPa PiLih RumaH akU? KenAPa PiLih akU? MenGaPa kaU amBiL JaLan MuDah Dan SusaHkaN OranG LaIn?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Mengapa? Kenapa? Adakah dia mencederakan diri sendiri? Apa salah dia? Apa dosa dia? 'What the fuck' dia jadi macam ini? Adakah ini macam dia di cucuh putung rokok? Bisul dalam 10 tempat sekaligus? Kenapa??

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Luka, luka dan luka. Seluruh bahagian bawah badannya penuh dengan lubang dan luka. Duburnya macam 'ulser'. Ya Tuhan! Azabnya dia. =((

Kenapa buang di rumah aku kucing yang begini rupanya? Mengapa? Kenapa? Apa salah aku pada kamu? Apa silapnya aku untuk kamu campakkan masalah ini di bahu aku? Mudahkan? Sangat mudah....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang perlu aku buat? Apa lagi alasan yang perlu aku beri. Banyak mana yang aku perlu berbohong untuk aku bantu dia? Apa cerita yang ingin aku reka?

Kamu yang membuangnya,
mahukah kamu memikul dosa aku kerana perlu menipu dan berbohong untuk selamatkan kucing ini dan menjaga dia sehingga dia sembuh? Mahukah kamu membayar segala dosaku kerana perlu melakukannya secara sembunyi-sembunyi agar tidak di marahi? Mahukah?

Jika mahu mari kita buat perjanjian. Kamu tanggung semua dosaku menipu agar kucing ini dapat terus hidup. Muncul kamu dan mari kita tandatangani perjanjian itu!

Entahlah! Aku rasa sangat marah! Sangat-sangat marah! Dengan keadaan kucing. Dengan keadaan aku!

Semoga Allah akan sentiasa membantu.... Amin..

Nota kakitanganku : Pernahkah aku menolak? Otak beku... =((






FoTo KucinG #10 : ekIn , LaurA daN meLLy.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:20 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Cantikkan gambar ini? Tapi kasihannya Laura yang belah kanan itu sudah hilang. =((. Cik Kerm, ada macam Teh tak Laura? =))

Photobucket

Gambar unik. Mesti mereka tahan teksi, tapi teksi tidak berhenti. =))

Photobucket

Semoga Laura dapat kehidupan yang baik walau di mana dia berada. =))

Coretan Ekin :
1. Nama kucing - Laura (ekor kembang), Melly (ekor kontot) 2. Nama Tuan punya kucing / Tukang ambil gambar - Ekin 3. Lokasi - Taman Johor Jaya, Johor 4. Alamat Blog - x ade P/S : laura dan melly da berumur lebih krg 2 tahun. mereka adik beradik close gile. tp syg, laura hilang tnp kbr berita. sesiapa y mbaca blog kak teddy ni kalau pernah ternmpk dia, tlg hubungi sy ye. Sgt suke bC entry psl kucing2 kak teddy. sy trut ngis kalau kucing k. teddy mati @ sakit.. smp hari ni kucing sy da ade 19 ekor. kalau blh post smua gmbr mereka, psti sy akn hntr smuany!! sy sgt2 syg kucing sy!!!! terima kasih krn wujudkan entry mcm ni... Yg benar, EKIN

Terima kasih juga Ekin. =))

Mahu hantar gambar kucing kamu? Klik di sini. Terima kasih.

Nota kakitanganku : Yang tumbuh tidak sama dengan yang patah. =))





saYa CuTi. MereHaTkaN haTi DaRi BanyAk BicarA. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Cuti.

Alhamdulillah.

Semoga semuanya berjalan lancar.

InsyaAllah.

Amin.

Nota kakitanganku : Doa yang terbaik.






sEmOGa ALLAH meMBuKA HaTi sayA MeMBeri keMaaFan KePaDa Dia YanG MemInTA. SeHinGGa saMPaI wakTu iTu....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Seseorang yang rapat dengan saya bakal kembali kepada lelaki yang pernah melukai hatinya. Sangat luka waktu itu sehinggakan saya turut merasa kesakitannya. Sangat sakit dan saya juga menangis.

Tanya saya kepadanya 'Mengapa perlu kembali kepadanya? Mengapa ada peluang kedua itu?'

Jawabnya 'Setiap manusia melakukan kesilapan. Dia amat kesal dengan apa yang terjadi. Ingin kembali memperbetulkan kesilapan itu dan peluang sepatutnya di beri.'

Oh Tuhan! Mengapa saya tidak boleh begitu? Mengapa saya terasa sangat emosi mengenai ini? Mengapa ada peluang kedua itu? Bolehkah di manfaatkan sebaiknya? Atau bakal mengulangi kesilapan serupa?

Saya juga berbuat silap. Banyak. Tidak terhitung. Tetapi mengapa saya sukar menerima kesilapan orang lain? Mengapa saya begitu angkuh dan ego sedangkan saya juga manusia biasa yang sering meminta pengampunan dari Yang Maha Esa?

Begitu kejamkah saya? Menyimpan kemaafan tanpa memberi kepada mereka yang meminta?

Sujud saya kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa agar membukakan hati beku saya untuk memberi kemaafan kepada dia yang meminta. Mungkin bukan waktu ini keikhlasan itu tiba, mungkin satu hari mendatang. InsyaAllah.


Jangan bersedih, kerana dunia ini terlalu hina untuk di tangisi.....


Nota kakitanganku : Saya sudah jadi sensitif kepada peluang kedua. Gusar tidak di manfaatkan.






Wednesday, February 23, 2011

BenarKaH ManusIa TiDak PernaH BeLaJaR DariPaDa TeGuraN TenTanG HukUm HaLaL Dan HaRaM? DuLu syiLinG, haRi iNi BeraS Di anGkuTnyA MaCam HaK SenDirI!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:45 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Aku pernah menulis mengenai ketidakmaluan manusia yang mengambil syiling bukan hak seolah-olah ianya duit sendiri.

Hari ini bila melihat orang ramai sekali lagi berpusu-pusu mengambil ratusan kilogram beras yang jatuh dari treler yang mengalami kemalangan jalanraya, aku hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum sinis.

Kelindan treler maut dalam kemalangan ini.

Photobucket

Photobucket

Mahu buat apa beras itu? Jual semula atau beri makan anak isteri?

Kredit gambar untuk Kosmo dan Utusan.

Sumber berita dari sini.

Nota kakitanganku : Sudah jadi kebiasaan mungkin. Malu sudah hilang!





FoTo KucinG #9 : Mrs. AzmI DaN aLy DoBoT. Eh! DoBoT Tu naMa Dia JuGa kE?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:30 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Sudah sertai Foto Kucing di blog kami? Jika belum sila klik pautan ini untuk mengetahui caranya. Ini BUKAN pertandingan tetapi sekadar berkongsi gambar kucing kesayangan bersama peminat-peminat kucing yang lain. Terima kasih.

Photobucket

Tengok gambar ini? Sudah tahu kenapa dia di panggil 'Dobot'. Kira macam Debablah juga. He he he.. Duduk bersandar kekenyangan ek?

Photobucket

Wah!!! Gitu gayanya!!

Photobucket

Bahagia!!

Ini coretan Mrs. Azmi. =)) :

Nama kucing : Aly dobot!

umur: 2tahun ++
tatau umur betul sebab masa jumpa dah agak besar...

jantina : jantan yang sudah dineuterkan

hobi: tido, makan, intai anak dara kut sliding door

nama tuan kucing : mrs azmi

lokasi : dalam rumah sajek.. sebab aly memang tak dibenarkan keluar rumah dengan alasan nanti gaduh, luka2.. padahal takut dia hilang!



aly ni bukan kucing yang dibeli riban2 dari petshop... cuma kucing biasa yang dijumpai depan opis, masa tu memang cari kucing jadi terus masuk kotak bawak balik! dah sampai rumah baru perasan bawah perut dia ada luka2.

akibat tak lepas dia kat luar, aly jadi jadi alim kucing... bila orang tak pandang dia intai2 bila orang nak pegang dia lariii... hahahah

dah terlebih manja.. mana mama dia ni pegi dia ikut.. bila mama masuk bilik air dia jadi jaga depan pintu!

Terima kasih Mrs Azmi kerana sudi berkongsi gambar kucing kesayangan dengan kami. =))

Nota kakitanganku : =))





mAkciK rEha! kaMi JumPa keLLy semaLaM. NamPak aDik sAyA yanG TerTonGGenG mEmELuk 'TeDDyBear' Di BeLakanG iTu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:45 AM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini Gambar saya sengeh. Kelly tidak nampak. Malu agaknya. =))

Photobucket

Ini gambar senyum nampak gigi. Tengok! Perut Kelly sudah boroi dan bulat!

Semalam kami pergi rumah Makcik Kerm tengok Kelly dan Kakak Teh. Kasihan kakak Teh. Leher beliau sakit dan berdarah. Semoga cepat sembuh kakak Teh! Jangan lupa makan ubat. Oh! Lupa mahu ambil gambar Kakak Teh. =((

Kelly agak sombong dengan kami. Maklumlah. Sudah duduk rumah bertingkat. Rumah kami tiada tingkat. Kami sempat peluk-peluk dengan Kelly sebelum Kelly di hantar ke Kuala Lumpur untuk duduk dengan Pakcik Jebon nanti. =))

Baik-baik tau Kelly kawan dengan Bubu dan Ward-Ward nanti. =))

Nota kakitangan Dak Kakak : Makcik Reha, sila 'bersabau' sehingga Kelly sampai di pangkuan. Buat Makcik Kerm, harap maaf dengan kelakuan kami adik beradik yang 'terover' semalam. =))





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting