Thursday, March 31, 2011

aPa yanG sayA MaHu 'LeT Go' UnTuk KumPuLkaN DanA KTAJ?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:35 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Kawan-kawan semua ada perancangan sendiri untuk kumpul dana KTAJ. Jualan amal sedang berlangsung. masing nak buat tu lah.. buat inilah.. =))

Aku tengah selongkar almari dan laci apa yang sesuai aku mahu jual ni?

Ha ha ha ha..

Dak Tom, kau nak kena lelong tak? =P





ErhmmM...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:22 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Entah!

Rasa macam 'tak best'.

Sekian!






NoTa HarI iNi....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 4 kUs-kUs Links to this post
Saya mahu kemaskini.

Tapi masa dan kelengkapan tiada.

Notebook sudah setengah tahun rosak.

Menumpang kasih PC ayah dan Notebook adik.

Pakcik Oghen sudah balik.

Tapi masih sakit agaknya.

Mahu buang air pun takut-takut.

Hari ini Kursus Pengurusan Aset.

Satu hari suntuk.

Mesti mengantuk.

He he he he...

Tapi tengah hari kena baliklah sekejap.

Kesian dekat budak-budak ni.

Selamat untuk semuanya...





Wednesday, March 30, 2011

HuhuhuhuHuhuHuhuHUhUhuuUHU

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:10 PM 4 kUs-kUs Links to this post
'Nebes'nya mahu ambil Pakcik Oghen dari vet sekejap lagi!!





LaTesT FrOm NursEry... PLeasE ReaD!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 8 kUs-kUs Links to this post

Latest from Nursery Schools:

A: APPLE


B: BLUETOOTH


C: CHAT



D: DOWNLOAD



E: E MAIL



F: FACEBOOK



G: GOOGLE



H: HEWLETT PACKARD



I: iPHONE



J: JAVA



K: KINGSTON



L: LAPTOP



M: MESSENGER



N: NERO



O: ORKUT



P: PICASSA



Q: QUICK HEAL



R: RAM



S: SERVER



T: TWITTER



U: USB



V: VISTA



W: WiFi



X: Xp



Y: YOU TUBE



Z: ZORPIA


Thank God .... A is still Apple


Nota kakitanganku : MakE mE smiLe. =))





D.O.A

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 5 kUs-kUs Links to this post
Sudah Rabu.

Pakcik Oghen,
kau kuat okey?

Aku doakan pembedahan kau berjay adan kau boleh hidup normal macam dulu.

Petang nanti aku ambil kau!





SayA PasRaH MenYeraH KePaDa-Mu Ya RaBBi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 1 kUs-kUs Links to this post
Saya serahkan semuanya ke pengetahuan Dia Yang Maha Esa.

Menguji kekuatan hati dan ketabahan saya sebelum saya mengadap dan bersemuka dengan-Nya.

Ya Rabbi,
ku terima cubaan ini dengan dada yang lapang. Walau ada titisan airmata yang tidak berhenti, aku pasrah dan menadah tangan memohon keampunan atas segala kekhilafan.

Permudahkan semuanya Ya Allah,
dan hanya pada Engkau, aku berserah.

Amin...





Tuesday, March 29, 2011

PakCik OGheN, aPa Pun yanG TerJaDi nAnTi, akU MahU kaU TaHu aPa yanG akU BuaT semUanYa unTuk KeBaikaN kAu! JanGan MaraH Dan JanGan MenanGis!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 24 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Dia nampak saya datang dia bangun dan mula meggeselkan badan di pintu sangkar. Mungkin minta di bukakan sangkar dan mahu berlari keluar!!

Photobucket

Dia memang begini. Suka menggesel-gesel. Saya selalu kata pada dia 'Antara ramai-ramai, kau paling tua tapi perangai macam budak-budak!!'

Saya ke Vally ANimal Clinic petang tadi untuk beritahu keputusan saya. Atas nasihat dan sokongan rakan-rakan saya bersetuju untuk meneruskan rawatan Pakcik Oghen di Melaka saja.

Dr. Tan menerangkan tentang potensi Pakcik Oghen untuk sembuh adalah 70%. Mana lagi 30% Dr.? Mungkin atas faktor usia, pemakanan dan persekitaran.

Adakah saya ada pilihan selain melakukan pembedahan ke atas Pakcik Oghen? Ya! Saya ada. Pilihannya ialah membiarkan Pakcik Oghen terus menderita sakit tanpa rawatan. Sekejam itukah saya? Amat zalimkah saya.

Saya bersetuju. Amat yakin dan tidak mahu teragak-agak. Pembedahan akan di lakukan pagi esok. Sambil airmata deras mengalir dari pipi saya usap kepala Pakcik Oghen dan terangkan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Kau bertahan okey! Kau duduk sini lagi semalam. Esok aku ambil kau! Aku janji esok kita balik. Kau rindu Dak Tom ya? Lama tak bergumpal dengan diakan? Tinggal semalam saja lagi. Esok kau akan di bedah ok? Jangan menangis. Aku akan doakan kau. Ramai yang akan doakan kau. Ramai yang sayangkan kau! Apa yang penting kau kena kuat dan tabah. Jangan mengalah. Aku buat apa yang terbaik untuk kau!

Photobucket

Duduk elok-elok okey? Tolonglah makan. Nanti aku susah hati!!

Esok aku ambil! Aku janji!!

Nota kakitanganku : Saya korbankan segalanya untuk kamu! =((





sayA HaraP kePuTusaN yanG akaN sayA BuaT unTuk Pakcik OGheN aDaLah tePaT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Dr. Tan dari Vally Animal Clinic telefon tengahari tadi. Tiub yang di masukkan ke dalam saluran kencing Pakcik Oghen sudah di buka semalam. Setelah pemantauan di buat, Pakcik Oghen masih tidak berapa lawas mahu kencing. =((

Jalan terakhir adalah pembedahan akan di lakukan.

Rancangan awal saya mahu membawa Pakcik Oghen ke Kuala Lumpur untuk di rawat di sana. Tapi saya setuju dengan rata-rata nasihat kawan-kawan, selesaikan saja di sini. Prosudernya tetap sama. Jika lain pun hanya pengalaman.

InsyaAllah,
saya harap saya akan buat keputusan yang tepat.

Doakan saya. Doakan agar Pakcik Oghen selamat. Saya akan lakukan yang terbaik buat dia. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Semoga di mudahkan segalanya....





arnaB BakAr sEParuh RenTunG : waHai manUsiA ToLonGLah BerPerikeManusiAaN seDikiT. JanGan LemPar tanPa PeDuLi!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:45 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini gambar arnab. Arnab yang rentung. Rentung? Rentung separuh.

Tolonglah jangan buat begini ya kawan-kawan. Haiwan peliharaan kamu mati, tolonglah tanam! Jangan lempar sesuka hati.

Ini berlaku di hadapan saya. Saya tahu arnab kepunyaan siapa. Saya juga tahu siapa yang melempar. Aduhai! Hiba betul hati melihat arnab kelabu sederhana besar ini yang di mamah api. Sayangnya tidak rentung.

Aku pernah dengar 'jika kita tanam bangkai kucing,ianya akan jadi sasaran kilat dan petir.' Khurafat bagi aku. Mereka lebih sanggup melempar bangkai kucing ke sungai atau tempat pembuangan sampah semata-mata tidak mahu di panah petir sedangkan waktu petir adakah kamu akan terkinja-kinja mandi hujan di luar rumah?

Tolonglah tanam. Setakat ini aku belum dengar lagi ada orang mati terkena panahan petir sebab tanam bangkai kucing!

Cuba letakkan diri kita di tempat arnab tersebut. Di buang dalam api sayangnya tidak rentung. Hanya terbakar sedikit. Lalat datang menghurung dan ulat berpesta di tubuh kita. Nauzubillah...

Hormatilah mereka. Bagaimana sewaktu mereka hidup, mereka menggembirakan kamu, gembirakanlah mereka walau waktu itu mereka sudah tidak bernyawa.

Sempurnakanlah tubuh kaku mereka.

Wallaualam...

Nota kakitanganku : Jalan mudah..





PenJaGaan KucinG DaN 'aDoPtion'. : JanGan TerLalU TeruJa sehInGGa MenGaBaikaN asPek KeBaJikAn MerekA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Kadang-kadang bila kita tengok orang 'adopt' kucing kita pun mahu turut serta. Rasa teruja sangat. Tapi cuba kita tanya pada diri sendiri 'Bersediakah saya?' Adakah menjaga kucing ini semudah ABC?

Ada seorang rakan FB yang bertanya 'Tedi, kamu ada pusat jagaan kucing ya?' Oh! Tidak! Bila di tanya mengapa tanya begitu 'Saya tengok kamu banyak letak kucing untuk 'adoption'.

Selain kucing-kucing yang saya pungut sendiri, kawan jumpa dan kucing jiran tetangga, kawan-kawan pembaca blog aku juga ada yang meminta bantuan untuk bukakan 'adoption' untuk kucing mereka.

Mahu 'adopt' kucing yang aku iklan? Aku menggunakan kaedah 'Siapa cepat Dia Dapat.' Selepas di temuduga dan mereka lulus ,kucing sudah jadi hak mereka. Status 'Booking' selagi kucing tidak bertukar tangan.

Alhamdulillah,
kerja penghantaran jadi semakin meluas bila adanya Kucing Terbiar & Anjing Jalanan? Mengapa? Kerana pentadbirnya tinggal di utara hingga ke selatan. Jadi penghantaran untuk 'adoption' jadi meluas. Lebih-lebih lagi KTAJ juga ada sukarelawan-sukarelawan yang ramai untuk membantu menjadi 'agen' atau orang tengah untuk transit kucing-kucing. =))

Aku juga ingin menegur mereka yang 'membooking' kucing. Contoh terbaru kes Suara Kalbu yang mana sebenarnya anak-anak kucingnya sebelum ini sudah di 'booking' tetapi mereka yang membuka hilang tanpa berita? Mengapa?

Jika kamu ingin membatalkan bila sudah mem'booking' ianya bukan satu masalah. Tapi yang jadi masalah bila kamu membisu seribu bahasa tanpa kata-kata. Tidak elok begitu. Kamu seolah-olah memberi harapan palsu.

Seelokknya tuan baru perlu ada kelengkapan dan keperluan kucing seperti sangkar, kotak pasir, pasir dan persekitaran yang selesa. Paling penting orang di sekeliling menyenanginya.

Jangan tukar makanan kucing serta-merta. Jika tuan terdahulu beri makanan jenama A, sila gunakan jenama A juga. Jangan tukar makanan secara mendadak dan tergesa-gesa. Tukar secara perlahan. Kurangkan saiz makanan Jenama A dan tambah sedikit Jenama B. Sedikit demi sedikit setiap hari sehingga bertukar sepenuhnya Jenama B.

Jika kamu menukar secara mendadak kucing boleh sakit dan cirit birit. Itu boleh menyebabkan kematian juga.

Sila cari di internet tentang cara-cara penjagaan yang betul. Kebajikan kucing adalah atas tanggungjawab kita. Tolong jangan ambil mudah.

Not akakitanganku : Nampak macam senang!





sayA MeLihaT kamU Dan Dia Di SinGGaHSana BersaMa....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Melihat kamu.

Melihat kamu dan dia.

Melihat kamu dan dia bersama.

Melihat kamu dan dia bersama di atas singgahsana.

Tahniah.

Saya tidak sengaja.

Saya tidak sengaja melihat.

Saya tidak sengaja melihat kamu.

Saya tidak sengaja melihat kamu dan dia.

Tahniah.

Kamu bersama dia.

Kamu bersama dia juga.

Kamu bersama dia juga akhirnya.

Tahniah.

Terima kasih.

Terima kasih pada semua.

Terima kasih pada semua yang pernah ada.

Terima kasih pada semua yang pernah ada antara kita.

Selamat Pengantin Baru.

Selamat Pengantin baru buat kamu.

Selamat Pengantin Baru buat kamu dan dia.

Semoga bahagia sampai ke syurga selama-lamanya.......

Nota kakitanganku : Saya selalu mengelak untuk tahu dan melihat. Tetapi, Allah juga yang maha mengetahui...





Monday, March 28, 2011

BiLa MeLiHaT aGo, sayA RinDu PaDa Dak UtIh sayA yanG TeLaH PerGi TiaDa kEMBaLi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Seiras Dak Utih, kucing saya yang telah mati pada 05 Mac 2010 yang lalu tanpa di ketahui apa sebabnya.

Photobucket

Kalau kamu pengikut blog saya yang agak senior, kamu pasti kenal dengan Dak Utih. Beliau sangat fotogenik dan suka sangat bergambar. =))

Dak Utih dan Dak Itam adalah adik beradik kandung yang di buang di rumah saya sewaktu mereka sebesar tapak tangan.

u3

Tapi sayangnya beliau telah mati mengejut tanpa saya ketahui puncanya.

Rehat dengan tenang Dak Utih,
walaupun kamu telah tiada, aku akan tetap teruskan usaha membantu kucing jalanan seperti kamu.


Agro a.k.a Ago masih bersama saya. InsyaAllah akan di serahkan kepada tuan baru sedikit masa lagi. =))

Nota kakitanganku : Patah tumbuh, yang patah tidak sama dengan yang tumbuh!





For aDoPtiOn : 3 ekOr KucinG coMeL. comPok, TeciK Dan kELaBu.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 10 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Compok, anak kucing betina.

Photobucket

Ini Tecik , jantina betina.


Photobucket

Compok kiri dan Kelabu kanan.Kelabi jantina jantan.

Photobucket

Tecik.


Kucing-kucing ini milik Suara Kalbu. Ibunya kucing jalanan yang di selamatkan. Sangat comel dan cantik bukan?

Lokasi : Seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. InsyaAllah jika kami tidak mengalami kesulitan.

Tiada tempoh 'booking' berbulan-bulan. Maksudnya jika mahu 'adopt', dalam seminggu perlu ambil.

Boleh emel kepada saya di mylosermind@yahoo.com

Terima kasih.

Nota kakitanganku : =))





DuGaaN Dan CuBaaN. ALhaMDuLiLLah.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Sudah hari Isnin.

Cepat sangat masa berlalu.

Saya semakin gementar.

Cubaan dan dugaan silih berganti.

Di hina dan di keji hanya kerana kucing kurap.

Pakcik Oghen yang bersabung nyawa untuk terus hidup.

Jangan di tanya berapa saya berhabis untuk Si Kurap Pakcik Oghen itu supaya dia sihat. Takut nanti bila saya nyatakan Si Pencacai akan tergelak besar dan mengatakan saya G.I.LA pula. Sedikit pun saya tidak menyesal. Malah saya tidak akan mengungkit.

Terima kasih untuk semua. Untuk semua yang memberi sokongan dan untuk yang memperkecilkan. Terima kasih.

Nota kakitanganku : Saya terima semua dugaan.







BiLa PakCik OGheN BerkaTa : TeriMa kasIh kEPaDa yanG MenDoakaN sayA. saYa HaraP sayA BoLeh BerTahaN. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 12 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Hai kawan-kawan! Nama saya Oghen. Entah mana datangnya 'pakcik' saya pun tidak tahu. Mentang-mentanglah gigi saya sudah banyak luruh.

Pagi tadi Bos tengok saya dekat Vally Animal Clinic. Saya sangat menyampah pakai kolar macam orang dari Marikh ini. Oh! Hari ini saya sudah boleh gerakkan badan. Semalam memang sakit sangat. Mahu angkat kepala pun tidak boleh. Asyik muntah sahaja. Rasa macam mahu mati! Nasib baik Bos cepat bawa ke klinik, kalau tidak.....

Photobucket

Ini jiran sebelah sangkar saya. Entah kenapa telinga dia tiada sebelah. Muka lawa. Apakan daya. EhMmm... Bila saya boleh keluar? Dr. Tan kata hari Selasa. Itu pun kena tengok keputusan rawatannya dulu.

Oh! Bos, semalam aku kena marah dengan Dr. Tan sebab tidak mahu makan ubat. =)) Aku ingat aku boleh lepaslah, rupa-rupanya dia suntik ubat dekat aku punya 'tuttt'. EEEeEeeee.. Aku puas ketap mulut aku, sekali aku rasa sakit dekat 'montot'. Rupanya dia main kasar. Isk!

Photobucket

Ok! Ok! Sudah! Kau jangan mahu 'melalak' dekat sini Bos! Sudah! Pergi balik. Aku okey! Akukan jantan! Aku okey dekat sini. Kau janganlah datang hari-hari. Malu akulah dengan jiran sebelah ni! Mak dia datang sekejap-sekejap saja. Okey! Nanti Selasa ambil aku okey??

Tata!

Nota kakitangan Pakcik Oghen : Saya harap saya akan cepat sihat!





Sunday, March 27, 2011

For aDoPtiON : sayU sanGat PanDanG GamBar ni. =(( ToLonG BanTu mereKa. IBu yanG BunTinG Dan anaK yanG cOmeL. LokasI MeLaka/N9/ Kuala LumpuR/SelanGor.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:20 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Apa reaksi kamu melihat gambar ini? Airmata saya bergenang. Tidak tahu kenapa rasa tersentuh sangat! Terima kasih Adik Tqa. 'Wartawan lokasi' saya yang tolong ambilkan gambar anak beranak ini.

Photobucket

Photobucket

Terima kasih juga Tqa bagi mereka makan Whiskas. =))

Photobucket

Calico. Pasti betina. Umur dalam 2-3 bulankan?

Photobucket

Emak yang di percayai sedang bunting!

Lokasi sebenar di Bandar Jasin berdekatan dengan KFC.

Sesiapa yang berminat untuk 'adopt' kedua-duanya atau salah satu boleh emel kepada saya di mylosermind@yahoo.com

Lokasi penghantaran Melaka. Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor sebelum 1 April 2011.

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Hanya mahu yang baik-baik saja!





Terima KasiH KePada yanG BerTanYa kHabaR PakcIk OGheN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 9 kUs-kUs Links to this post
pakcik Oghen di tahan di wad sampai Selasa.

Menurut Dr. Tan saluran kencingnya tersumbat jadi dia tidka boleh membuang air kecil.

Sejak semalam dia muntah-muntah air. Tidur tidak nyenyak. Asyik beralih posisi dan mendengus saja. Mungkin sakit! Pagi ini dia muntah buih. Banyak. Sudah tidak larat mahu jalan. =((

Bawa ke Vally Animal Clinic, Dr Tan raba perut saja sudah tahu penyakitnya. Sudah beberapa hari dia tidak boleh buang air kecil rupanya. Maaf Pakcik Oghen, aku tak tahu.

Kucing-kucing aku semuanya 'outdoor' . jadi aku tidak dapat pastikan 'poo dan pee' mereka normal atau tidak. =((

Satu lagi Pakcik Oghen ini dia trauma mahu keluar bilik. Takut bertembung dengan Dak Itam dan bergaduh! Sebab tu lah dia suka tahan jika mahu membuang!

Harap semuanya akan okey!

InsyaAllah!





Saturday, March 26, 2011

sayA PerLu BanTuan anDa unTuk DoakAn PakciK OGheN sayA yanG SeDanG nazaK meLawaN sakIT. BanTu saYa. =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Saya mahu minta tolong dari kawan-kawan agar sama-sama berdoa agar Pakcik Oghen saya kuat dan dapat melawan penyakitnya.

Pakcik Oghen sekarang di tahan di wad Vally Animal Clinic dan kondisinya agak mengecewakan.

Pakcik Oghen,
tolong jangan buat aku rasa sakit hati! Aku janji akan beri kau ikan rebus semula jika kau sihat nanti. Sila cepat sembuh!

Aku tunggu okey!!

Nota kakitanganku : Jangan kecewakan saya Pakcik Oghen!






For aDoPtiOn : saTu IBu BersaMa enaM anaK PerLu Rumah Dan Tuan Baru. LokasI MeLaka/N9/KuaLa LumPur/ SeLanGor.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Enam beradik usia dalam lingkungan satu bulan. Lokasi Kuala Lumpur.

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Ini emaknya Cik Tam!!

Kucing jalanan yang di jaga oleh pelajar UKM Bangi Cik Anis .

Di alu-alukan untuk mengambil satu keluarga!!

Boleh emel kepada mylosermind@yahoo.com

Terima kasih.





BaGi naMa aGrO BoLeH TaK? TaKKan NaK BaGi naMa kELEDek PuLakan? =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Budak semalam yang aku ambil dari depan AGRO Bank Alor Gajah. Tengah tidur beralaskan batu di belakang gerai jual keledek goreng.

Kucing ini sudah di 'cop' oleh Tiqah. Mahu letak nama apa Tiqah? Agro atau Keledek? Ha ha ha ha..

Atau Kak E mahu letak nama Pisang sempena Pisang Goreng di gerai yang sama? =))

Nota kakitanganku : Kucing ini akan aku jaga sementara sampai semangat dia pulih!





Friday, March 25, 2011

kerJa KamI PerLu PuBlisiTi. BuKan unTuk MenuNJuk-NunJuk. TaPI unTuk Beri kesEDaraN. kEnaPa? Tak PercaYa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Budak Tanpa Nama Kata :

Photobucket

Kalau tak hipokrit pun tapi penakut nak 'show off' identiti sebenar, 'apekehelkan?' Kira pengecutlah tu!! Kui kui kui . Lagi-lagi mahu cabar! Kau tidak kisah sebab kau sorokkan identiti sebenar kau. Kalau kau tunjuk muka, nama, nombor telefon, kau fikir kau akan kisah tak?

Kerja kami perlu publisiti. Perlu di war-warkan.

Contoh macam aku,
jumpa kucing aku perlu beritahu sebab macam mana orang mahu tahu kalau aku tidak berritahu? Ha ha ha ha.. Berapa banyak tahu daaaaa....

Takkanlah aku mahu emel seorang demi seorang atau 'inbox' di Facebook seorang, seorang untuk beritahu 'Saya ada anak kucing, awak nak tak?'

Tiadalah aku kerja lain selain mahu hadap emel dan FB saja. Kau lainlah. Banyak duit. Goyang kakipun duit masuk, ye tak?

Aku tetap percaya kepada niat aku! Kalau kau tidak tahu pun Allah Maha Mengetahui...

Eh! Mana emel kau? Aku tunggu ni. Malam tadi aku tidak nyenyak tidur. Tertunggu-tunggu emel. Jangan takutlah, kita 'face to face' saja. Kalau tidak mahu pandang muka aku pun tidak apa. Janji aku mahu tahu apa masalahnya yang buat kau tidak tentu hala ini. Jangan pendam seorang diri. Nanti merana. Kau yang sakit jiwa. Kami tidak apa-apa. =))

Tolong komen dekat blog aku okey? 'Jeles'lah, blog Sunyi Sepi kau komen, blog aku jadi pembaca senyap. Sedih okey! Sob sob sob!!

Nota kakitanganku : Sebagaimana kawan boleh menjadi musuh, apa salahnya musuh di jadikan kawan?






'makcIk aDa namPak Tak Budak kuruS-Kurus, warNa PuTih tOmPok-TomPok keLaBu aSaP DekaT sinI.BerPeLuh SuDah sayA cari ni. PisanG GorenG Dua RinGGiT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:10 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Dari longkang ke longkang.

Photobucket

Tertinjau-tinjau.

Photobucket

Hah! Tu dia!! Erk! Mati ke??

Photobucket

Bikin 'suspen' saja!! Huhuhuhuhu.. Alhamdulillah. Jumpa juga kau. Berpeluh aku cari. Sampai belakang Agro Bank aku menyusup. Nasib baik Pak Guard tidak tembak aku. Ingat penjenayah ke apa asyik mundar mandir saja!

Photobucket

Dah! Jom iku aku balik. Kita makan dulu. kau makan biskut tu!

Photobucket

Aku layan pisang goreng dengan keledek goreng ni! Air jagung pun ada.

Photobucket

Kenyang! Tidur!

Kak Umie yang dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Johor Baharu sedang menunggu bas di Perhentian Bas Sementara Alor Gajah terlihat budak kecil ini dalam keadaan daif. Yang memang daif sampaikan aku sangka dia sudah mati bila pertama kali nampak dia.

Tengok gambar atas tu? Dia tidur beralaskan batu dan tanah. Warna sudah kelabu asap. Bau minyak pun ada.

Semalam balik lewat. Hari ini baru aku akan mandikan dia. Biar putih sedikit.. =))

Nota kakitanganku : Eh! Ada orang nak kutuk ke aku kutip kucing kotor ni? =))






Dua ekOr anaK MaGeT suDah BerTuaN. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Hantar dua daripada kepada tuan baru mereka di Alor Gajah petang semalam.

Terima kasih kepada

Jaga budak-budak itu baik-baik okey?

Lagi seekor petang ini hantar ke Jasin. =))

Nota kakitanganku : Eh! Sudah Jumaat!





Bayi Di TinGGaLkan aBanG unTuk BermAin Di sanGkA Di BuanG : BuDak 6 TahUn JaGa aDIk 3 oranG usIa 3 BuLaN, 2 DaN 3 TahUn. aPaKaH?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:06 AM 1 kUs-kUs Links to this post
Saya tidak tahu mahu senyum atau menangis bila baca berita ini. Budak 3 bulan di tinggalkan abangnya sebab dia mahu pergi bermain.

Kawasan perumahan jadi gempar sebab ingatkan orang buang anak!!

Mak ayah pergi kerja. Nenek pergi klinik.

Tanggungjawab jaga 3 adik di pikul si abang usia 6.

Aduhai..

Sumber berita di sini!

Nota kakitanganku : Macam-macam.





Thursday, March 24, 2011

MaGeT & FLuBBy : KisaH IbU MaLanG YanG MeNgUsiK HaTi kamI. saLahkaH KamI MemBanTu? BerDosakaH kamI MemoHon suMBanGan BaGi menYeLamatkaN Nyawa MerekA?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 15 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ini Maget. Kucing yang di biarkan tanpa rawatan oleh tuannya. Untungnya beliau berjiran dengan seseorang yang berhati mulia. Cikgu Farahliza. Mengwar-warkan keadaan Maget ibu beranak 3 ini di halaman Kucing Terbiar & Anjing Jalanan.

Alhamdulillah.

Sebanyak RM349.00 berjaya di kumpul. Jumlah yang digunakan ialah sebanyak RM200.00 untuk rawatan, kembiri , de-fleas & deworm serta vaksin. Rawatan untuk maget di lakukan di Klinik Haiwan Port Dickson.

3 ekor anak Maget di buka untuk 'adoption.' Alhamdulillah anak-anaknya sedang bersama saya sekarang untuk saya serahkan kepada tuan baru mereka nanti.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Ini Flubby. Ibu yang mengandungkan anak tetapi menghidap hernia. Anaknya terpaksa di korbankan demi menyelamatkan nyawa Si Ibu.

Rawatan untuk Flubby di lakukan di Honey Vet, Bangi.

Flubby masih di rawat di Honey Vet dan sumbangan untuknya yang berjaya di kumpul ialah sebanyak RM 590.00. Menurut Dr. Nurul yang merawat Flubby, ada seorang wanita yang berhati mulia telah datang ke klinik dan menyumbang sebanyak RM 185.00 menjadikan keseluruhan sumbangan untuk Flubby sebanyak RM 775.00.

Lihat! Tidak salah kami membantu bukan? Pencinta haiwan di luar sana sama-sama berkongsi kesedihan kucing jalanan yang terbiar ini. Tiada dosanya membantu. Tiada silapnya. Jadi mengapa masih mahu mempertikaikannya? Mengapa masih mahu menghina dan memperkecilkan usaha kami?

Lebihan wang yang kami ada akan kami gunakan untuk membantu kucing-kucing serta anjing lain yang memerlukan. Selain untuk rawatan kami juga menyumbang makanan.

Ini adalah usaha kami bersama-sama. Usaha semua pencinta haiwan yang tidak mahu melihat kesengsaraan haiwan tanpa kita melakukan apa-apa.

Seringkali kita ucapkan 'kasihan', 'simpati'. Tapi bila kita bertindak sebegini, mereka yang kasihan dan simpati dapat sama-sama menyumbang sedikit demi untuk nyawa haiwan yang berharga.

Fahamilah,
ini bukan untuk suka-suka. Bila kami sudah pegang duit orang, itu adalah amanah. Tanggungjawab. Salah kami gunakan, di akhirat kami akan di soal. Ini bukan main-main. Kami tidak minta di puji atau di hormati. Cukuplah sekadar sokongan atas usaha bersama ini.

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Tolong kawan, jangan putus asa.





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting