Wednesday, June 29, 2011

MukA 'kETensiOnaN' BiLa KenA DuDuk DaLam SanGkaR! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:33 PM 10 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Budak-budak ini memang dalam sangkar. Boleh di katakan masa mereka di habiskan dalam sangkar. Dalam 24 jam hanya 3 jam sahaja duduk bermain di luar. Kalau waktu cuti, lamalah sedikit.

Selalu aku keluarkan mereka semasa balik makan tengahari dalam pukul 1.00 petang hingga pukul 2.00 petang. Adalah dalam satu jam. Masukkan dalam sangkar, kemudian beri makan. =))

Petang balik kerja. Pukul 5.00 sampai pukul 6.45 petang. Lama sedikit. Seronok sangat bila tengok mereka melompat dan bergurau senda. Petang-petang memang kena tengok mereka bermain. Takut sampai melintas jalan.

Sebab itu selalunya jika tidak apa-apa lebih suka balik terus bila habis kerja. Kasihan budak-budak tunggu masa mahu keluar sangkar. =))

Sabar okey budak-budak. Aku sedang berusaha untuk buat rumah kamu besar sedikit. Sabar. Sedikit masa saja lagi. InsyaAllah. =))

Hari ini ada taklimat. Harap tengah hari boleh balik atau sudah selesai. Kasihan budak-budak, tidak makan tengahari nanti..

Ehmmm....





Tuesday, June 28, 2011

SaranAn SHiT : siLa PTS semuA kucinG TerBiar. PTS aDaLah yanG TerbaIk unTuk mereKa DariPaDa BerkELiaraN Di JaLanaN! kaU TahU TiDaK PTS iTu aPA ??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket


PTS? Tahu apa itu PTS. 'Put To Sleep'. PTS di sini bukan kau tepuk-tepuk badan dia bagi dia tidur ek? Dodoilah dodoi, kucingku sayang. Silap haribulan kau dulu yang tertidurkan?

PTS di sini bermaksud mematikan kucing. PTS selalunya di lakukan terhadap haiwan yang tiada harapan untuk hidup atau pun hanya mendatangkan wabak penyakit.

Kamu faham tidak apa yang mamat di atas itu cuba sampaikan??

' DIA MAHU SEMUA KUCING JALANAN DI PTS.'

Alasan?
Sebab terlalu banyak kucing di jalanan. PTS lebih sesuai untuk mereka. Katanya, risiko kucing itu hidup di jalanan sangat tinggi. Di langgar kereta. Bergaduh sesama sendiri. Di penghujungnya mati juga. Adalah lebih baik angkut semua kucing-kucing tersebut, PTS! Habis cerita.


Dia kata PTS tidak kejam. Yang kejam kalau kucing itu mati di langgar dan bergaduh sampai luka-luka. Dia kata tidak berdosa PTS kucing. Semuanya di lakukan untuk kebaikan kucing tersebut?

What the what??

Aku maafkan dia sebab di percayai umur dia masih 21 tahun. Bukan tidak matang, cuma masih terlalu muda dan pasti tiada mpngalaman membela kucing. Aku harap dia tidak mempunyai kucing. Gusar kucingnya menjadi mangsa PTS jika beranak terlalu banyak.

Kau mahu kucing di jalanan di PTS sebab tidak mahu dia di langgar kereta dan bergaduh sampai mati??? Aku rasa mahu tampar sahaja 'papan dat' itu!!!

Kami cabar dia dan kawannya masuk ke KTAJ untuk sama-sama berdebat mengenai ini. Sayangnya dia hanya menjadi papan dat bagi kami. Kawan yang di belanya tidak muncul dan dia seorang diri menegakkan fakta bodoh dia!!

Yup! Aku cabar dia dan rakan-rakannya buat satu memorandum kepada kerajaan Malaysia agar semua kucing-kucing jalanan di PTS. Aku cabar kau!!

Apa salah kucing-kucing jalanan untuk kau suka-suka mahu PTS dia? Adakah dia mencakar kau sehingga kau menerima 200 jahitan? Adakah kucing-kucing tersebut menyerang ahli keluarga dan kawan-kawan kau sehingga ada di Unit Rawatan Rapi sekarang? Adakah kucing-kucing ini membawa wabak penyakit yang membunuh satu orang setiap saat?? Kenapa? Apa salah mereka?

Dia minta kau makan? Kau tidak suka, kau jangan beri. Mereka berkeliaran di atas jalanraya? Semuanya? Sampai kau tidak boleh memandu kereta kerana kucing banyak menguasaai jalan-jalan utama negara???

Sebab itu kami mengadakan kempen dan program mengembiri secara berterusan. Untuk apa? Kami bukan suka-suka mahu suruh orang kembiri kucing mereka. Bukan paksa. Kau tidak buat, kami boikot!! Tidak!!!

Purata kucing akan melahirkan anak 3 hingga 4 kali setahun. Setiap kali kelahiran kita ambil purata 4 ekor. Setahun 16 ekor. 2 tahun? 3 tahun? Berpuluh-puluh ekor dari satu sahaja ibu kucing. Jika kau mampu. Mampu dari segi kewangan untuk menjaga kebjikan kucing-kucing tersebut, tiada masalah. Jagalah. Beri rawatan dan penjagaan yang secukupnya buat mereka. Jika tidak mampu? Kemanakah mereka??

Merekalah yang menghuni jalan-jalan dan pasar-pasar di seluruh Malaysia. Mengapa buang dia? Sebab kucing sudah terlalu banyak. Sudah begitu menyusahkan. Sudah tidak mampu menanggung kos penjagaan dan rawatan. Langkah paling mudah, BUANG!

Mana yang lebih kejam, mengembiri kucing atau membiar mereka membiak kemudian bila sudah terlalu banyak, buang!! Bila sudah buang, kau pula cadangkan PTS semua kucing-kucing tersebut!!

Maaflah Khairul Firdaus Aizuddin,
aku tidak nampak di mana kebaikan PTS semua kucing yang kau kata tidak berdosa itu.

Soalan kau
'Ustaz mana yang ajar kalau di buat untuk kebaikan kucing itu adalah berdosa' sangat bodoh pada pembacaan aku.

Aku memang sengaja tidak mahu kaburkan nama kau.

Terimalah hakikat.

Cadangan kau untuk PTS semua kucing-kucing jalanan adalah 'SANGAT SUCK DAN SHIT' bagi aku. GO TO HELL BRO....





Monday, June 27, 2011

Doakan ImPiaN kamI semUa unTuk DaPaT RumaH BaRu baKaL TerLaksaNa DenGan IziN ALLAH. amIn.... =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:40 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Hai! Saya Dak Em! Saya akan membawa kamu semua menjelajah ke Hutan Simpan di belakang rumah kami! Jom!!

Photobucket

Fuhhhh!! Sayup mata memandang!!

Photobucket

Inilah dia tapaknya. Hutankan? Adakah gajah atau harimau akan tinggal bersama kami nanti?? Kita tunggu!!!


Photobucket

Mungkin kami perlukan pengawal keselamatan. Cik Monyet?

Photobucket

Pak Din, sila alihkan tong-tong ikan sungai ini. Nanti kami berenang dan ngap semuanya! Ngeeeee.. =D

Photobucket

Sniffff..Sniffff.. bau ikan segar!! Nyum nyum nyum..

Photobucket

Harap semak samun ini dapat di hapuskan untuk membina rumah kami.

Photobucket

Penahan ini kukuh Bos. InsyaAllah tiada berlaku runtuhan. =))

Photobucket

Kita boleh jogging petang-petangkan Bos. Boleh kuruskan badan!! (Shut up!! Dak Em!! )

Photobucket

Eh! Makcik SBK mahu turut serta ke? Makcik garang! Kami tidak mahu kawan! Ini rumah kami! Makcik SBK sila balik rumah tuan makcik!

InsyaAllah... Semoga sentiasa di murahkan rezeki Bos kami dan rumah impian kami akan terlaksana dalam masa terdekat ini. InsyaAllah.

Ada apa-apa cadangan untuk rumah kami? Boleh kongsikan di ruangan kamen. Ianya akan menambahkan lagi idea Bos kami yang ketandusan ini!

Terima kasih!!

Nota kakitanganku : Alhamdulillah.





Friday, June 24, 2011

SanGkar meraH JamBu sumBanGaN Dari aIn aTiQa unTul kTAJ. TeriMa kasIH. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 1 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

KTAJ memerlukan sangkar terpakai untuk kami menempatkan beberapa ekor kucing yang di selamatkan. Alhamdulillah, ada beberapa individu yang sudi menderma sangkar. Terima kasih. Sangkar merah jambu ini sumbangan dari Ain Atiqa dari Melaka. Terima kasih Ain. Semoga sentiasa di murahkan rezeki dan berjaya dalam pelajaran! =))

Photobucket

'Quality Control'

'Snifff snifff.. Bos! Ada bau arnab!!' Bukan main lagi Dak Em! Terima kasih buat Ain dan kawan yang sudi menghantar sampai ke rumah.

Bukan main juga budak-budak ini tunjuk 'belang' depan tetamu! Aishhhh.. Bikin malu saja!

Photobucket

Tetamu pulang, budak-budak pun di masukkan dalam sangkar. Masa bermain sudah tamat! Masa makan pula!

Photobucket

Bertiga lebih baik!

Alhamdulillah.. Masa untuk tidur okey budak-budak! Jumpa lagi esok!!





Dak MeiMei yanG LunTur warnAnyA waLauPun TiDak Di ManDikaN DenGan CloroX. KenaPa yA? GenG PoPIa VersI saTu yanG TiDak BeraPa MaHu PoPia! ehEkS!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini adik bongsu Geng Popia Versi 1.

Photobucket

Kenapa bongsu? Sebab dia saja betina dalam 4 ekor tu!

Photobucket

Budak ini sukar untuk di buli. Ligatnya bukan main. Tidak boleh duduk diam barang sekejap. Ini pun tadi bagi dia makan vitamin. Itu yang boleh lepak-lepak gromming diri.

Photobucket

Saya rasa warna dia semacam luntur. Dari kelabu pekat sudah jadi kelabu cair. Apakah?

Photobucket

Atau hanya perasasaan saya sendiri?

Photobucket

Kakak saya kata budak ini bantut! Erk! Apakah? Masa saya tiada 2 minggu dulu, dia kerap sakit. Selsema, demam dan bisul. Mungkin tidak dapat sepenuh perhatian. Jadi macam terpinggir. Balik pun agak terkejut tengok keadaan dia. Kulit dan bulu lain macam sahaja. Fungus di muka lagi. Aiyooo.. Kasihan MeiMei. Sakit tidak kena waktunya. Tiada siapa mahu belai selalu!

Okeylah MeiMei,
Sekarang sudah sihat. Cuma agak hairan, bulu kau semakin kelabu cair.

Normalkah?

=))







Thursday, June 23, 2011

Dak omEL mEManJaT TunGGuL kayU RePuT TeTaPi takuT unTuk TuruN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bukan main putih lagi kau dalam gambar ye Dak Omel. Hakikatnya kau warna kuning!! =))





oRenJa yanG TeLah BerjayA MenGkeLenTonG PuLuhaN OranG hamPir DuA TahUn yanG LaLu kemBaLi LaGI DenGan TubUh mOnToknyA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
'Entry' mengkelentong ada di sini!

Photobucket

Hari pertama saya jumpa dia ialah pad atarikh 20 Oktober 2009. Saat itu dia sangat manja. Sangat comel. Suka gesel-gesel. Mahu duduk dekat sahaja. Kecil dan kurus sahaja dia masa ini!

'Entrynya' di sini.

Photobucket

Selepas itu lama juga beliau hilang. Tidak bertemu. Sehingga bulan Julai tahun 2010. Beliau muncul sekali lagi! Kurus dan kotor. Kali ini beliau menghilangkan diri lagi tanpa sempat saya carikan rumah baru untuk beliau!

Photobucket

Hari ini beliau muncul lagi. Tapi sayangnya dia bukan kucing yang manja macam dulu. Dia sudah jadi penakut dengan saya. Sangat sedih! Setahun tidak bertemu!

Photobucket

Saya kejar dia keliling bangunan semata-mata mahu beri dia makan. Tapi dia lari! =((

Photobucket

Dia sangat cantik. Badan berisi. Bagai ada tuan!

Photobucket

Bersedia untuk lari jika saya maju setapak langkah ke depan!

Photobucket

Sangat rindu Orenja. Tapi apakandaya. Masa telah merubah semuanya. Kucing manja sudah jadi sebaliknya.

Photobucket

Dia sempat makan sedikit sahaja.

Photobucket

Saya keluarkan dari tin, terus dia tidak datang lagi!!

Bilakah kita akan bertemu lagi Orenja. Setahun sekali??? =((





Wednesday, June 22, 2011

BiLa akU BuaT 'enTry' nI, PasTi aDa yanG cakaP ' Kau saJaLah yanG sayanGkaN kUcinG!! OranG LaIn TaK!' : seJaUh manakAh niLai kasIh sayanG iTu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:46 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket

Seronoknya dia bercerita tentang 4 ekor kucing dia yang mati di baham anjing. Memang cari nahas kucing itu masuk rumah berpagar yang ada anjing.

Apa masalahnya pada aku hal ini? Mungkin tiada pada kamu. Tapi aku ada alasan sendiri mengapa ianya aku katakan bukan isu remeh yang boleh di jadikan bahan lawak atau sindiran?

Jika semua tuan kucing seperti tuan kucing di atas. Amat malanglah kucing beliau. Tidak belajar dari pengalaman. Bukan satu dan bukan dua. Tapi empat ekor sudah di baham anjing dalam masa yang berlainan.

Mahu salahkan anjing? Anjing yang salah sebab di jadikan lebih rakus dan garang dari kucing?? Mahu salahkan ajing sebab gigit dan makan sampai berdarah-darah? Gila ke apa mahu salahkan anjing!

Mahu salahkan kucing? Kucing yang salah sebab curi-curi masuk rumah orang? Kucing yang salah sebab tersilap masuk rumah yang ada anjing garang? Gila ke juga kalau jawapannya ini.

Kita yang ada akal ini patut berfikir lebih. 'Kucing aku seekor sudah mati di gigit anjing. Apa perlu aku lakukah??"

Itu yang sepatutnya. Fikir. Cari jalan. Apa mahu di lakukan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Kalau sudah 4 ekor jadi mangsa, kamu rasa mereka berfikirkah? Mereka cari jalan penyelesaian bagi mengelakkan ianya berulang lagi?

Suka kucing bukan bermakna kamu sayang kucing. Suka waktu kucing cantik, comel dan manja. Bila sebaliknya sudah jadi tidak suka.

Sayang kucing. Kamu akan jaga kebajikan kucing tersebut kerana kamu sayang kucing. Kamu tidak mahu apa-apa berlaku kepada kucing kesayangan kamu hatta dia sakit pun kamu akan turut berasa sakit.

Jaga kebajikan kucing kamu. Itu yang aku selalu tekankan. Jaga kucing bukan hanya sekadar bagi makan bila mereka lapar. Bukan hanya sekadar di gomol bila cantik.

Jika persekitaran mendatangkan bahaya, kurung kucing kamu. Hadkan pergerakannya. Pantau selalu di mana beliau berada.

Tolonglah.. Satukan perasaan suka dan sayang agar ianya dapat menjamin kesejahteraan kucing sampai akhir usia mereka....





BeLaJar menDonGak Ke LanGiT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Mei Mei saja tidak pandang!

Photobucket

Bulu! Bulu!


Photobucket

Abang Onchet sibuklah!


Photobucket


Bulat mata semua!

Photobucket

7 ekor.





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting