Sunday, July 31, 2011

SalaM RamaDhan Buat seMua PemBacA BloG SayA! SeLamaT BerPuaSa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:21 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Agak jarang mengemaskini blog akhir-akhir ini. Maaf di pohon.






Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca blog saya.






Terima kasih.






Friday, July 29, 2011

HakiKaT seBenar keHiDuPan yanG entah BagaimAna ianyA akaN BerakhiR!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:08 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Subuh tadi saya bangun dengan seribu rasa dalam dada. Malam tadi tidur awal sebab hati rasa sangat-sangat sebak menerima satu berita yang sangat menghiriskan hati sebagai seorang kawan.


Saya tertanya sendiri, bagaimanakah mereka yang menanggungnya berbanding saya yang mendengarnya? Sekuat manakah mereka melalui hari-hari yang mereka sudah tahu penghujungnya bagaimana?


Saya bertafakur sejenak.

Mencari-cari kenyataan hakikat kehidupan ini yang seharusnya dan semestinya akan berakhir tanpa kita ketahui caranya.

Kuatlah sahabat,


saya ingin berkongsi tetapi tidak tahu bagaimana saya ingin memulakannya. Saya ingin di sisi tetapi kamu jauh di mata. Berceritalah jika kamu ingin bercerita. Berkongsilah jika kamu ingin berkongsi. Jangan pendam seorang diri. Jangan himpunkan kesedihan dan kesakitan kamu menjadi satu yang akhirnya akan buat kamu luka dan terus luka.


Saya ingin kamu gembira. Gembira walau dengan cara apa sekalipun. Senyumlah walau pahit. Ketawalah walau sumbing. Asalkan kamu dapat menikmati kehidupan ini dengan sebaik-baiknya.

Saya bersedia menjadi bahu andai kamu mahu menumpang tangis....

Selamat hari Jumaat semua...





Wednesday, July 27, 2011

worDLess weDnesDay #2

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket





wOrDLess weDnesDay

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:07 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket





Tuesday, July 26, 2011

KucinG TerBiar Di kOTa A FamoSa : BanYAk sanGat kucinG sEBenarnyA Di siNi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:45 PM 0 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini hanya sebahagian.

Ada lagi yang cinonet-cinonet di atas Bukit St Paul.

Apa yang boleh di lakukan?

Populasi semakin hari semakin bertambah.

Semasa pilihanraya kecil Dun Merlimau dulu, ada dengar-dengar akan di wujudkan 'Perkampungan Kucing ' di sana. Tetapi sekarang sudah senyap. Tidak tahu apa ceritanya.

Mahu buat perkampungan kucing bukan setakat ambil dan kumpulkan kucing di satu tempat dan beri makan sahaja, tapi fikir macam mana mahu kawal populasi mereka dari bertambah dan tidak terkawal.


Yup.

'Spay & neuter'.

Aku harap 'orang besar-besar' boleh fikir ini semua. Fikir tentang nasib kucing di jalanan yang setiap hari akan menyumbang pertambahan jumlah kucing di kaki lima kedai makan.

Oh!
Tidak lupa juga fikir dan rancang tentang nasib kucing yang telah mendapat tempat tetapi pengurusan perlu cekap. Apa khabarkah mereka. Sudah lama tidak menziarah. Pasti di 'halau' lagi. Harap mereka baik-baik sahaja di bawah mereka yang di amanahkan.





BaGai KucinG DenGan BayanG-BayanG. Eh! PerumPamaaN BarU?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Bayang-bayang siapa itu ya?
=))






Monday, July 25, 2011

Cari HaiwaN TersemBunyi. ApakaH?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket





HuJunG MinGGu BersaMa RakaN Dari JaUh! TerIma KasIH keraNa SuDi MeLawaT MeLakA BanDaraYa warisaN DuniA. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:19 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Hujung minggu lalu saya menerima kunjungan rakan-rakan yang jauh dari Perak untuk melawat Melaka. Terima kasih buat SS, Leaya Shukri dan adik-adiknya. =))

Pagi Sabtu kami ke Zoo Melaka. Banyak lemak yang pupus bila jauh berjalan. Ha ha ha... Pada petangnya pula kami ke Banda Hilir.

Photobucket

Di sini juga di syaki lemak-lemak yang telah berabad kami kumpul, ada yang tidak dapat di selamatkan. =))

Photobucket

Main nyorok-nyorok!

Photobucket

Selepas Maghrib kami menaiki bot menyelusuri Sungai Melaka. Oh! Ini kali pertama saya menaiki bot tetapi budak baju merah jambu itu sudah ke berapa kali tidak boleh di kira. Pemandangan amat cantik di waktu malam. =))

Photobucket

Tengok! Ramaikan yang sedang menunggu giliran?

Selepas itu SS dan kawan-kawan yang lain saya tunjukkan jalan ke Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai untuk menjamu selera. Oleh kerana masa sudah larut malam dan saya membawa bersama seorang kanak-kanan bawah umur yang dari pagi sampai ke malam berjalan sahaja, saya tidak dapat turut serta. He he he.. Selamatlah mereka menjamu ikan bakar dan pulang sendiri ke 'homestay' dengan jayanya. Alhamdulillah.

Aktiviti pagi Ahad, kami berkunjung semula ke Bazaar di Banda Hilir untuk membeli belah sebagai buah tangan untuk pulang nanti.

Mereka juga sempat singgah di rumah saya bertemu anak-anak bulu yang nakal dan gedik terutama sekali Dak Onchet! Ha ha ha.. Sempat juga saya titipkan beberapa biji durian dari kebun abah untuk di bawa pulang ke Perak.

Terima kasih. Saya akan membaiki khidmat saya sebagai 'pemandu pelancong' di lain masa terutama sekali bab terlupa membawa 'pelancong' makan tengahari pada hari pertama ketibaan sehingga pelancong sendiri mengadu kelaparan. Ha ha ha...

Oh! Sesiapa yang ingin melawat Bandaraya Melaka bolehlah beritahu saya, InsyaAllah saya akan menjadi pemandu pelancong yang berhemah. Eh! Boleh dapat elaunkah?? He he he he... =))





Friday, July 22, 2011

GenG PoPia Versi TiGa : TiDur cOraK BunGA TaHi ayAM. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:45 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket


Photobucket

Tidur rapat-rapat!! =))

Selamat berhujung minggu.
Tidak sabar mahu jadi pemandu pelancong untuk pelawat dari jauh esok.

Hik hik hik...





Thursday, July 21, 2011

kOranG aDa staLker TaK Di BLoG? akU aDa Dan Dia amaT comEL. kenApA coMeL? SeBaB haRi-haRi Dia aKan TunGGu akU BaLas kOmeN Dia GunA 'SHouT BoX'.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:17 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Silalah percaya bahawa 'stalker' aku di blog ini sangat comel. Dia akan menunggu aku membalas setiap komen dia dengan setia. Dia sangat rajin membuka dan membaca 'blog gila' yang di labelkan ini tanpa jemu. Kamu rasa, adakah dia mempunyai perasaan 'benci tapi rindu kepada aku?? Eh! Kepada blog aku?? Mungkinkan? Jika tidak, masakan setelah di labelkan 'blog gila' tapi dia masih gigih membuka dan membaca. Aku amat terharu punya 'stalker' yang prihatin seperti dia.

Photobucket

Banyak lagi tulisan dia di 'shout mix'. Boleh semak sendiri . He he he he..

Puncanya hanya kerana 'entry' Guru Yang Menunjuk Jari Tengah. Mengapa beliau marah sangat?? Mengapa beliau tidak puas hati?? Mengapa??

Adakah beliau guru tersebut? Adakah beliau pengomen upahan? Adakah beliau mempunyai motif tertentu? Apakah?

Agak hairankan kerana Guru Yang Menunjuk Jari Tengah sudahpun memohon maaf dan isu ini sudah selesai tanpa perlu di ungkit lagi. Kenapa? Tidak puas hati aku masih papar di blog dan tidak memandam 'entry' tersebut.

Maaflah.
Kalau cubaan kau untuk memaksa aku memadam enrty tersebut, cubaan itu telah gagal. Aku tidak pernah memadam setiap entry 'hot' yang aku tulis walaupun 'entry' itu telah sampai di kaunter Balai Polis sekalipun.

Jangan jadi pengecut memberi komen tanpa nama. Bertanggungjawablah dengan setiap apa yang kita komen tanpa berselindung. Berani bukan penakut. Mengapa ya perlu bersembunyi tanpa menonjol diri? Itu ciri-ciri orang yang tidak berani.

Kadangkala (kadang-kadang ya. Bukan selalu ) malas mahu layan. Lagi di layan, lagi menjadi-jadi. Tetapi jika tidak di layan, rasa tidak seronok kerana tidak dapat menguji tahap kesabaran aku sampai di mana. Ha ha ha.. Okey! Serius. Jika tidak di layan, aku akan berasa simpati kerana dia akan menaip seorang diri tanpa respon!

Erhmmm..
Apakan daya. Dalam sebiji nangka pasti ada 2 3 ulas yang berulat dan busuk. Dalam banyak-banyak lalat baik, pasti ada langau yang jahat!! ha ha ha..

Guest,
jika kematangan anda lebih daripada saya ( anda mengatakan saya menggunakan laras bahasa tidak matang! Eh! Saya dapat A1 BM SPM okey? Mahu tengok sijil?? ) anda sepatutnya yang perlu bertindak matang.

Tunjukkan identiti. Guna nama yang di kenali tanpa berselindung di sebalik Tanpa Nama atau Guest?? Apakah anda tidak seberani saya?? Awwwww!!

Oh! Satu lagi.
Ejaan untuk 'gila' ialah 'gila', bukan 'giler'. Macam budak bawah umur 'giteewww'.

Opssss!!





Wednesday, July 20, 2011

worDLess weDnesDay

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:50 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket






Tuesday, July 19, 2011

meLukis kucinG DenGan cArA MuDaH : muDah?? suDah BuaT TaPi TiDak aDa ruPa kucinG Pun!! saLah siaPa? sOb! sOb! sOb!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:28 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sedang enak bersenang lenang petang semalam sementara menunggu waktu pulang, saya menerima satu bungkusan atas nama ketua jabatan. Kerana ianya merupakan sejumlah buku dan saya perlu menandatangani Sijil Akuan Penerimaan, maka saya membuka kotak, mengira dan meneliti satu persatu buku yang terdapat di dalamnya.

Hah!! Ada buku melukis gambar kucing? Sangat teruja. Selesai urusan penyerahan saya mengambil sekeping buku yang bertajuk di atas. Menelek! Wah! Sangat mudah melukis.

Atas rasa tidak bertanggungjawab saya membawa sebuah buku pulang. 'Saya pinjam satu!! Esok saya pulang!!" Selamba kodok saya meminta izin.

Cuba melukis. Tetapi hampa.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nampak mudah bukan?? Entah kemana kemahiran melukis saya bila dapat c5 dalam subjek Pendidikan Seni semasa menduduki SPM dulu. Cuba dan terus cuba. Eh! Bukan kucing! Macam botol kicap pun ada.

Sangat simpati jika guru Pendidikan Seni saya tahu. Penat lelah beliau mengajar tidak dapat saya manfaatkan sepenuhnya setelah berdekad meninggalkan alam persekolahan.

Saya akan cuba lagi. Cuba sampai lukisan saya menjadi iras-iras kucing pun cukuplah. Ha ha ha..

Oh! Buku ini sumbangan dari Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Terima kasih.





Monday, July 18, 2011

KuTu BaBi Di CuPinG TeLinGA KucinG. SiLa BersiHkaN KawasaN YanG TersemBunyi =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:43 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Agak geli-geleman untuk bercerita mengenai kutu yang bersusun ini. Tapi info ini saya perlu kongsikan bersama.

Saya rasakan kutu-kutu tidak menyerang kucing-kucing saya secara kronik. Saya selalu menyelak bulu-bulu mereka untuk memastikan tiada kutu yang berlari-lari anak mahu pun membuat larian 4x 400 meter di badan mereka. Ya! Tiada. Lulus.

Tetapi saya silap. Saya terlepas pandang di bahagian yang amat penting sekali. Mujur saya perasan walau agak lewat. Saya perhatikan kucing saya Dak Em, selalu menggaru kuat belakang telinga beliau. Saya sangkakan hanya gatal biasa. Satu hari saya terdetik untuk memeriksa.

Eh! Kenap kotor hujung cuping telinga kau ni Dak Em. Saya cuba kikis menggunakan kuku benda yang saya sangkakan 'daki' itu.

Ya Allah.
Saya telah mengikis puluhan kutu yang bertapa di cuping telinga beliau. Berderet bagaikan susunan manik di pergelangan tangan baju kurung!!

Saya menindas 4-5 ekor kutu sekaligus. Ada yang sudah jadi 'bapak' kutu bertukar warna menjadi cokelat pekat!!

Saya terus memeriksa ke semua cuping telinga kucing-kucing saya! Sah! Semuanya ada. Kutu Babi rakan-rakan saya gelarkan. Mereka mencengkam kuat di cuping telinga. Amat payah untuk kita tarik begitu saja.

Photobucket

Sila perhatikan kawasan yang di bulatkan pada kucing kamu. Bulatan merah, selak cuping yang berlapis. Periksa di dalamnya. Di bulatan kuning, periksa setiap hujung cuping telinga dengan teliti. Jika kamu nampak kesan hitam, jangan sangkakan itu daki. Telek dengan teliti.

Tidak mustahil itu adalah deretan kutu yang membuat 'kafe' di situ. Hinggap, mencengkam kuat kulit dan menghisap darah.

Sila periksa keadaan telinga kucing kamu seberapa segera ya?

Terima kasih. =))

Model : Cuping telinga Pakcik Oghen. Kui kui kui...





SeLamaT mALam....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:24 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Budak gila kuasa!!





Sunday, July 17, 2011

sELamaT DaTanG GenG PoPia VersI TiGa. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Elok sahaja SBK beranak, keesokkannya saya minta emak telefonkan tuan dia untuk tanya samaada saya perlu hantar mereka sekeluarga balik ke rumah atau tidak.

Saya perlu cepat bertanya supaya seandainya saya perlu menghantar mereka, saya sudah bersedia. Saya tidak mahu jika lama-lama nanti, bila sudah jatuh kasih, susah untuk berpisah.

Saya perlu jujur kepada tuan SBK. Memberitahu yang SBK bunting dan sudah beranak. Kita perlu berbahasa bukan? Walaupun SBK sudah duduk di rumah saya melewati 1 tahun, tapi saya masih menganggap SBK masih bukan kepunyaan saya. Beliau masih bertuan. Masih di panggil Gegirl oleh tuannya. =)) Sebab itulah anak-anak SBK saya tidak pernah buka untuk 'adoption'.

Mengapa?
Kerana mereka ada amanah untuk saya jaga. Mereka masih bertuan. SBK adalah amanah dan kepercayaan yang perlu saya jaga sendiri tanpa perlu mengagih-agihkan mereka.

Cuma tuan dia cakap 'Kalau ada yang bulu kembang, jantan, makcik nak seekor.'

Ha ha ha.. Kalau ada Makcik. Sebab bapanya pun tidak tahu siapa. Kalau Geng Popia Versi 1 bapanya memang jenis DLH. =))





sanGkar KucinG Baru 60% siaP. TaPi suDah aDa PerasmI. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:09 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini perasminya walaupun dia tahu sangkar ini bukan untuk dirinya.

Photobucket

Tadaaaaa.... Sebelah kiri bawah hanya letak jaring. Senang kalau letak kotak pasir. =))

Photobucket

Tangga yang comel. Hik hik hik... Kalau budak kecil mesti guna tangga. Kalau yang sudah besar gedabak, mesti main loncat sajakan?? =))


Photobucket

Setiap tingkat ada pintu. Senang kalau mahu bersihkan. =))


Ingatkan mahu buat dua, tetapi mengapa tamakkan? Bukankah sudah ada 2 sangkar besar. Kalau rumah kucing sudah siap, sah-sahlah budak-budak akan di lepaskan begitu saja. Jadi ada sangkar besar yang kosong.

Bajet boleh di alihkan buat yang lain. He he he he...

Harap rumah kucing saya dapat siap sebelum puasa. Yang 'basic' pun cukuplah asalkan dapat pindahkan budak-budak dulu. Kasihan. Sudah semakin besar, sangkar 3 tingkat macam tidak muat untuk 4 ekor. Jadi bergilir-gilir salah seekor kena tidur luar bersama Abang Onchet dan Kakak Em. Ekekekekke...

Alhamdulillah... =))





Thursday, July 14, 2011

SBK Dan emPaT ekOr anaK waRna CicaK!! siAPa BaPanyA? MasiH TerTanyA-TanYA. TahNiAH SBK!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ingatkan 3 ekor. Rupanya 4. Satu di luar kotak.

Photobucket

=))

Photobucket

Sedapnya yang hitak tidur kena peluk bawah leher! Ekekekeke...





rumaH kucinG! eh! BiLik kucinG 3 TinGkaT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:50 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Buat bilik kucing 3 tingkat. Maklumlah 2 ibu mengandung. Kenalah ada bilik dengan anak-anak kecil supaya anak-anak besar yang tidak sedar diri ini tidak ajak adik-adik kecil bergusti!! Hik hik hik..

Photobucket

Ingatkan mahu buat 3 bilik. Tapi abah cakap, buat satu bilik sekaligus untuk satu keluarga. =)) Senang. Emak dengan anak sekali dapat rumah besar. =))

Photobucket

Akan ada tangga di dalam untuk mereka naik dari tingkat ke tingkat.

Buat dua bilik ye Abah. Satu untuk NoName satu keluarga, satu untuk SBK.

Hik hik hik..

Supaya mereka tidak bergaduh lagi...





Wednesday, July 13, 2011

sayA aDa BLoG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:06 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Ya! Saya ada blog.

Tapi jarang di kemaskini.

InsyaAllah.

Selepas Ramadhan nanti baru boleh hidup secara normal dan punya waktu banyak mengadap blog. Hik hik hik.

Terima kasih kepada yang singgah!





Tuesday, July 12, 2011

KemaskinI RumaH KucinG : WaH! TiDak saBar TunGGU siaP!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 9 kUs-kUs Links to this post
Ada dua bahagian.

Photobucket

Ini bahagian yang berjaring.

Photobucket

Ini bahagian yang bertutup.
Hik hik hik.. Barang-barang di stor akan di pindahkan ke tempat lain. =))

Photobucket

Bahagian atas ini nanti akan di letakkan papan atau 'playwood'. Jadikan rumah 2 tingkat. Boleh mereka tidur baring atas ini. =))

Photobucket

Pemandangan dari dapur rumah saya. =))

Akan buat beberapa bilik kecil untuk mereka. =))





mStar Online : Pelajar UMT Didakwa Hina Lagu Negaraku

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

mStar Online : Pelajar UMT Didakwa Hina Lagu Negaraku





Monday, July 11, 2011

MenJuaL BlackwOOD 'aDuLt' & 'kiTTeN serTa 'wOODy. LokasI MeLaka.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:10 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Blackwood kini di Melaka dengan harga yang murah daripada 'petshop'. Sila buat perbandingan harga dengan kami =))

Selain membeli kamu juga menyumbang sedikit sebanyak kepada Dana KTAJ. =))

Photobucket

Blackwood Adult.
3kg RM 50.00 sekilo

Photobucket

Blackwood Kitten.
3kg RM 60.00 sekilo.

Photobucket

Cat Litter jenis 'woody'.
10L RM 20.00 sekilo.

Ada pelbagai jenis barang-barang lain.

Penghantaran percuma berdasarkan dekatnya tempat anda dengan saya. Ha ha ha.. Boleh bincang kemudian. Caj penghantaran di kenakan bagi yang agak jauh dan kos pos juga di kenakan bagi yang mahu beli secara pos.

Boleh call/sms/whatsapp : 014 6280901

Terima kasih.


Sunday, July 10, 2011

BuDak yanG PaLinG akHir, akaN MeLicinKan sEmuA BekaS MakaNan!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:40 AM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Orang lain sudah terlompat-lompat bermain, dia masih mengadap bekas makanan. =))





Friday, July 08, 2011

MakaN BerJemaaH dan 'worDLess weDnesDay' yanG seDikiT MenGeLirukaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Anak panah kuning kucing yang nakal. Kenapa nakal? Rujuk gambar bawah. Anak panah merah kucing kuat makan. =))

Photobucket

Tengok! Bukan tiada bekas makanan lain. Orang lain punya juga yang dia mahu mengendeng! Kucing anak panah merah itu pula yang akan membersihkan ke semua bekas yang masih berisi makanan!! Ha ha ha ha..

Photobucket

Minum dulu. Sekejap lagi sambung makan balik! =))

Photobucket

Maaf ye budak-budak. Makan BW 'adult'. Hujung minggu ini tukar 'kitten' balik ya??

Photobucket

Muat ke??

** Ramai yang salah menilai 'Wordless Wednesday' saya kelmarin. Ramai yang kata saya akan tukarkan rumah itu menjadi rumah kucing! Oh! Bukan! Sebenarnya apa yang saya ingin tunjukkan dalam gambar tersebut ialah budak dua ekor yang ada di atas bumbung!! =)) Susah juga ya meletak gambar tanpa keterangan. Ha ha ha ha..





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting