Thursday, November 17, 2011

Kadangkala Diam Memang Lebih Baik.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:33 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Sudah lama tidak bersiaran. Masuk dua minggu sudah. Banyak yang berlaku dan terjadi.

Memerhati dan berkata-kata tetapi tidak bertindak.

Diam bukan bererti lemah. Diam bukan bererti kalah. Diam bukan bererti mengalah.

Hidup perlu di teruskan. Niat yang sudah di semat menjadi azimat. Fokus pada perkara yang yang menjadi matlamat.

Mereka tidak akan berhenti berkata-kata kerana itu hak mereka. Benar atau tidak, Allah sahaja yang menghakimi. Hidup perlu di teruskan. Nafas masih di izin untuk di hela.

Terima kasih kerana yang pahit itu ujian tanda Allah tidak mahu melekakan umatnya dari keseronokkan duniawi.

Wallahualam...





Thursday, November 03, 2011

Pets Own MiLk : Susu sesuaI unTuk anak Dan Ibu KucinG. Siap Di Bancuh!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:15 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Pets Own Milk.

Susu untuk kucing. Emak saya agak keliru kerana di sangkanya santan bila pertama kali melihatnya sekali imbas. Ha ha ha ...

Sejujurnya di Melaka saya tidak pernah berjumpa dengan susu kucing jenama ini. Yang selalu ada di pasaraya-pasaraya adalah susu tepung kucing biasa.

Jadi terpaksa meng'import'nya dari Kuala Lumpur. =))

Kalau di kedai haiwan pula susu jenis serbuk juga ada pelbagai jenama dari serendah RM 10 hingga ke RM 80++. Mahal juga. Tapi pasti berkualiti. Namun anda perlu membancuhnya sendiri.

Bila kawan cadangkan gunakan POM untuk Noname yang menyusukan ramai anak sendiri dan anak angkat, ianya nampak berkesan walaupun hanya seketika sahaja Noname mahu susukan.

Tidak perlu di bancuh, hanya terus minum mengikut sukatan dan saiz kucing. Bagi pada emak kucing jadi saya bagi ikut suka saja. Kena belajar beri mengikut sukatan dan jam yang betul jika mahu susukan anak kucing. Kena belajar lagi ni! =))

Jadi saya sarankan, anda semua menyimpan stok susu sedia bancuh ini jika ada kes-kes kecemasan seperti terjumpa anak kucing yang masih kecil. Tidak perlu cemas dan menggunakan alasan tidak tahu menjaga sedangkan segala kemudahan sudah tersedia.

Masukkan ke dalam peti sejuk jika tidak habis dan panaskan atau rendam botol susu jika mahu di suamkan. Mudahkan??







Wednesday, November 02, 2011

worDLess weDnesDay : haraP BaDan saJa Besar. BunyI GuruH masinG-masinG carI temPat TinGGi. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket





Tuesday, November 01, 2011

aDakah kucinG anDa menDapat rawaTan yanG SeLayaknyA? KucinG kamPung kE. KucinG BanDar kE. KesihaTan TetaP di Utama. TiaDa PiLih kasih.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Bila jiran saya nampak saya angkut budak-budak secara beramai-ramai mereka akan bertanya 'Nak bawa ke mana tu?'

Mereka sangat 'kagum' bila saya menyusun sangkar-sangkar di dalam kereta sambil mengatakan 'nak bawa ke klinik nek.'

Bagi warga-warga emas, lebih-lebih lagi yang tinggal di kampung, membawa haiwan ke klinik adalah sesuatu yang sangat mengkagumkan. Tidak terucap dengan kata-kata melainkan ' Baiknya kau ni nak. Kucing kampung je tu. Kalau kucing cantik lagi lah agaknya yer??'

Wah!! Keterujaan sangan mereka nampaknya.

Bila Dak Kimo ( RIP ) di jahit matanya dulu pun mereka sangat-sangat teruja. Mereka tidak menyangka kucing di layan sebegitu rupa. Di beri rawatan jika sakit. Membayar ratusan RM untuk memulihkan kesihatan mereka.


Photobucket

Cantik tidak jahitan dia? Hik hik hik.

Saya pernah berbohong bila di ajukan jumah bil yang perlu di bayar ketika membawa Pakcik Oghen ketika sakit bulan April lepas. Kerana saya tidak mahu mereka terkejut mendengar jumlahnya. Sedangkan saat menyebut RM 250.00 ketika merawat Dak Kimo, dia sudah mengurut dada terkejut. Bayangkan jika saya sebut angka 2 kali ganda dan lebih dari itu.

Saya tidak mahu nenek itu pengsan!! Sungguh!

Bawalah kucing anda mendapatkan rawatan mengikut kemampuan . Jangan hanya membatu jika kucing anda sakit. Jangan guna alasan 'tiada duit'. Bawalah ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kosnya murah berbanding swasta. Tidak mengapalah jika layanannya tidak setaraf swasta asalkan kucing kita mendapat rawatan.

Tidak perlu bergolok gadai untuk menghantar kucing kita mendapatkan rawatan yang terbaik sedangkan ianya memudaratkan diri sendiri. Asalkan anda berusaha. Itu sudah cukup baik buat mereka. Jika tidak mampu berubat cara moden, boleh guan cara tradisional seperti sakit-sakit mudah seperti kurap atau luka yang tidak besar.

Asalkan anda tidak berdiam diri. Membiarkan kucing anda yang sakit seorang diri. Buatlah mana yang terdaya untuk mereka. Kerana bagi saya, bila anda membela mereka, anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental akan kesan jangka masa panjangnya andainya mereka sakit.

Andai anda menganggp mereka sebahagian dari kebahagiaan anda, jangan biarkan mereka berasa susah hati.....





LakUkaNLah aPa saJa. sayA TerimA. TaPi ToLOnG JanGan TinGGaLkan sayA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:30 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Saya di herdik. Di pukul di kepala. Di tunjal-tunjal. Di tengking-tengking.

Saya di pertontonkan kepada orang ramai. Menjadi bahan untuk orang gelak dan ketawa. Saya tidak suka. Tetapi apalah daya saya.

Saat ada kawan-kawan yang mengacah. Saya jadi marah. Saya cuma menyerang mereka. Akibatnya saya di tampar bertubi-tubi. Di herdik. Apa yang mampu saya buat? Menundukkan kepala. Akur pada segala amarah tuan empunya.

Ya. Saya tidak akan melawan. Saat di marah saya hanya mempu memandangnya terkebil-kebil dengan mata saya yang merah menyala. Saya yang bersalah. Pukullah kepala saya. Tamparlah pipi saya. Tinggikan suara. Tidak mengapa.

Lakukan apa saja yang kamu mahu. Saya terima. Saya akur dan pasrah.
Tapi tolong jangan tinggalkan saya. Kemanakah saya ingin pergi? Saya tidak tahu. Saya buntu. Saya hany ada kamu. Jangan tinggalkan saya. Saya merayu dan meminta.

Suruhlah apa saja. Saya ikut dan akur perintah. Arahlah. Paksalah. Saya lakukan.
Tapi , tolong jangan tinggalkan saya sendiri.......

P.s: Jika ada di OneUtama 9hb lepas, anda pasti tahu dan hiba melihatnya....





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting